Saturday, June 21

Bali With Love - Last Day (Part 5)

Salam semua,

Ok sebelum mood update blog hilang better update secepat mungkin, dah la panjang berjela part by part nak buat. Tak habis-habis pulak rasanya. Untuk part ni kite buat part last okay. Panjang pun panjang je lah. Harap uols redho membacanya. *sambil jeling budak 2 tahun kat sebelah tengah meniru gaya kite menaip. Bila kite berhenti dia pun berhenti. Sabor je lah*

Ok terus sambung kepada story. Lepas buat aktiviti parasailing dengan pergi tengok pulau penyu, dah tentulah lapar kan? So, memang mengikut jadual Pak Supir bawa kitorang pergi makan restoran padang yang halal. Nama restoran tu ialah Restoran Rindu Rasa. Ayuh!

Restoran Rindu Rasa
Masuk-masuk tengok semuanya memang orang melayu Islam, ada yang berkopiah. Ada yang bertudung juga. Kitorang takde buat apa semua Pak Supir kitorang yang uruskan, dia just tunjuk kertas ke apa entah lepas tu cakap-cakap sikit. Mungkin dalam tu dah tuliskan apa menu yang kitorang dapat. Terus pekerja situ faham dan angguk. Sambil-sambil tunggu makanan melayan tv kat sana. Lepas tu bila makanan sampai je, berdesup terkejut kite laki bini.


Semangkuk demi semangkuk lauk la diorang nak letak. Punya la banyak ya ampun, makan dua orang je kot! Tapi bila dua perut bersatu, apa kisahhhhh!? Memang gedempol la jawapnya. Masa ni memang gemuk pon. Konon-konon seminggu cheat day tak nak rugi nak makan sedap kan. Padahal hari-hari pun cheat day. Nasiblah! Masakan diorang lebih kurang sama je dengan kita. Uols patut try sambal hijau, sambal merah diorang. Boleh tahanlah. Tapi mana nak lawan sambal belacan kite ye dak?

Yang kite masih ingat, lauk yang dihidang Ayam Masak Kari, Sayur Campur Rebus (agak manis kite tak berapa suka), Rendang Daging, Daging Goreng (daging lagi), Sayur Kacang (sedap), Sayur kangkung (sayur lagi). Berapa banyak sayur pun kite tak tahu. Tapi memang kenyang habis. Alhamdulilah.

Pandawa Beach
Lepas dah kenyang, dengan perut buncitnya pergi lepak kat Pandawa Beach. Time tu ada la dalam jam 3pm, boleh tahan panaslah. Bukan boleh tahan, memang tengah panas terik pun. Berpeluh-peluh berlengas badan dah. Tapi pantai dia memang cantik sangat. Beza sangat dengan pantai kita. Air dia jernih boleh nampak dalam, dari jauh pun nampak biru lagi.



Pantai ni boleh dikira sebagai pantai baru la yang dibangunkan, kawasan keliling dia semua batu kapur, tapi sebelum apa-apa memang nak cakap awal-awal la, kat area batu kapur tu memang banyak la patung-patung Hindu. Kat area bawah sikit baru nampak pantai. Pemandangan atas pun dah cukup cantik. Kalau uols bawak Pak Supir atas drive sendiri boleh mintak berhenti dari atas ni untuk ambil gambar, memang ramai pun ambil gambar kat sini. Layan gambar ok.

Jalan-jalan je, tak berani nak lepak makan sebarangan. Sebab kite nampak ada orang jual pork. Huhu.


Selamba je duduk kerusi payung ni sebab tahu nanti mesti ada orang datang cakap tempat tu kena sewa. So duduk-duduk ambil gambar cepat-cepat, lepas tu orang datang cakap kena sewa bangun je la. Haha! Tak kuasa nak sewa sebab time tu memang tengah panas sangat. Lepas jalan-jalan ambil gambar kitorang gerak tempat lain pulak. Ok sambung layan gambar.







Pusat Ole-Ole Khas Karang Kurnia Bali
Actually ada banyak tempat jualan souvenior tapi Pak Supir bawak kitorang ke sini, katanya lebih murah dari yang lain. Tak sure la kan. Kite ingat dia bawak kite pergi Krishna tempat ole-ole Bali yang popular tu tapi rasanya kat sini pon ok. Harga pun not bad la. Bila sampai kat sini borong habis-habis souvenior macam kopi bali, t-shirt, keychain, baju batik, dll. Tu pon sehabis boleh nak bajet supaya tak membazir. Tips kalau nak beli baju Batik kat Bali better beli kat sini daripada kedai khas jual batik Bali sebab harga dia memang beza sangat. Kat tempat ole-ole pun lagi murah. Padahal sama je semua. Souvenior pun sama. Nyesal beli-beli kat tempat lain sebab kat sini semuanya ada. Bila nak bayar debor-debor jugak membayar yelah sekali shopping bunyinya dah berjuta. Haha.

 

Tengah cari baju kelawar untuk Mama sebab dia pesan nak baju kelawar. Hihi.

  

Aiyoo souvenior camni pon ada. Seni katanya.


Hasilnyaaa, kedai ni je dah sebungkus besor. Tak masuk tempat lain lagi. Shopping barang-barang yang lain-lain semua dah masuk dalam van siap-siap. Berfikir-fikir harap-harap tak kena tax mahal kat airport nanti. Sobs!

Adi Spa
Memang dalam pakej yang dinyatakan ada perkhidmatan spa laki bini. Memang ni yang kitorang tunggu. Sebab orang cakap spa kat Bali memang THORBAIKKK! Tapi memang tak dinafikan memang terbaik. Pak Supir cakap Adi Spa ni kira popular jugak kat Bali. Sampai-sampai dia siap bagi green tea sebagai welcome drink. Then dia tunjukkan beberapa sampel minyak urut untuk kita pilih mana yang kita nak pakai. Ada beberapa jenis Lavender, Jasmin, dengan lagi dua apa entah. Lupa! Husband kite pilih Jasmine, kite pilih apa nama bunga tu entah. Tapi suka!


Servis dia memang bestlah. Tempat dia pun cantik. Satu bilik untuk laki bini so takdelah segan sangat. Dalam bilik tu ada katil untuk 2 orang, lepas tu siap dengan tub mandi, shower sekali. Diorang massage lembut sangat, dulu pernah sekali kite pergi spa kat Malaysia. Dia punya urut sampai lebam badan kite. Haish! Lepas massage, diorang scrub badan, lepas tu pakai masker semua. Kite dengarkan je (sebab orang tu tutup mata kita) time nak tunggu masker tu kering satu badan 'orang sebelah' dah krooooohhhh kroooohhhhh! Naik turun nafas kite sebab bengang. Haha!



Paling tak boleh blah dia massage apa semua betul-betul satu badan, pastu dia directly buka kain kemban kite sampai ke pinggang. Perghhhh! Segan kot, kite terkejut lepas tu beriya nak tutup-tutup. Lepas tu dia cakap apa nak tahu tak?

Tukang Urut : Nggak apa-apa, Bu...nggak beda..

Kite macam nak ketawa guling-guling masa tu. Boleh dia kata takde beza. Tapi nak gelak tahankan je la. Terasa macam kekok dia suruh kitorang mandi bunga berdua dalam tub. Yelah first time kot nak mandi berdua tapi ada orang tengok. Aiyooo. Dia siap-siapkan bunga semua, lepas tu kitorang pun mandilah. Lepas tu baru diorang keluar. Dia bagi masa jugak untuk kitorang mandi dan bersiap-siap. So far memang bestlah, dah penat-penat satu hari badan terus fresh la. Kalau pergi Bali, kite suggest uols pergi Adi Spa ni.

 

Garuda Wisnu Kencana Cultural Park

Destinasi seterusnya di Garuda Wisnu Kencana Cultural Park. Datang sini agak lambat sebab masa shopping tu kitorang terlebih ambil masa, so jadual macam dah lari sikit. Tapi tak kisah pun, sebab tak minat sangat nak tengok persembahan Bali Dance. Masuk-masuk pun dah separuh cerita. Berkejar-kejaran Pak Supir membeli tiket. Hihi.



Persembahan dia lebih kurang macam kite pergi tengok Makyung la. Cuma dia macam ada selitkan lawak-lawak sikit. Tapi tak pasti diorang cakap bahasa apa. Yang pasti sepatah haram pun tak faham. Haha. Rasanya orang kat sana pun tak semua faham. Kira macam salah satu loghat jugak la kot. Ok kalau siapa-siapa nak tengok show boleh refer kat website.






Senibina tempat ni memang sangat cantik. Patung-patung memang kiri kanan la. Besar-besar pulak tu. Huhu. Dalam perjalanan untuk makan malam, boleh lalu kat area patung-patung ni. Tempat dia tinggi, macam kena naik tangga-tangga. Tapi kite tak perasan sangat sebab tengok kesenian patung-patung diorang. Tahu-tahu je dah sampai atas untuk ke restoran.



Besar gila patung dia. Itu baru siap kepala garuda je, bertahun tau nak siapkan.


 

Yang ni pulak badan dengan kepala, serius besar gila. Kalau ada yang tak tahu, patung ni bukan dibuat pakai batu konkrit ke apa, tapi dari tembaga. Gila tak? Kite dah berdebar-debar. Takut ok bila tengok, yelahh benda ni kan diorang buat sembah jugak kot. Tapi serius besar sangat, baca-baca je la apa yang patut. Takut balik kena sampuk lagi aniaya. Hihi.


Ambil je la gambar buat kenangan.


Ha ni la projek diorang tengah usahakan. Tak pasti lagi berapa puluh tahun baru siap. Bayangkan kepala dengan badan je dah sebesar apa. Kalau siap semua ni kata diorang, kalau naik flight sampai Bali je terus nampak benda ni dulu. Kira macam Liberty of Statue la. Masa diorang bagi penerangan pun kitorang dah berdebar-debar. Yelah tak dapat bayangkan besar gila kot.


Ambil gambar kenangan lagi.

Jendela Bali Restaurant

Kite memang recommend tempat ni kat uols. Memang terbaik. Tempat paling romantik kalau uols nak bawak pasangan kalau di Bali. Serius superb! Memang terbaik. Before ni pernah candle light dinner kat Menara KL. Rasanya itu dah cukup tinggi dan romantik. Kali ni setinggi bukit. Kite dapat lihat pemandangan keseluruhan Bali tau.



Pintu masuk Restoran Jendela Bali. 

 

Bila masuk je baru tahu kenapa restoran ni dipanggil Jendela Bali. Pintu masuk pun dah macam sebuah tingkap besar, terus menerus nampak satu pemandangan seluruh Bali. Cantik sangat! Tapi tempat duduk kitorang bukanlah kat area tengah-tengah pintu tu, takde orang pun masa tu. Tempat kitorang kat area gelap sikit, open air. Tempat betul-betul tepi lereng bukit, lagi jelas satu Bali. Sampai-sampai je memang diorang dah setting meja.



Disebabkan tempat duduk kitorang open air, agak panas ye tuan puan. Lagipun baru lepas menapak naik turun tangga. Husband dah berpeluh-peluh satu badan. Dia bila start panas je better jangan tegur kang tak pasal-pasal emosi kite. Sampai-sampai je kite ambil gambar dulu biarkan si husband pergi sejukkan badan dulu.

Lepas tu makanan pun sampai. Bab makan kitorang serahkan kat Pak Supir sebab semuanya pihak agensi dah aturkan. Tapi tulaaaa memang banyak betul lauknya. Makan nasi, lauk memang sedap. Sebelum-sebelum ni makan tak berapa nak masuk tekak. Tapi kat sini, terasa sangat macam makan kat tempat sendiri. Sedap sangat! Makan punya makan sampai perut kembung. Untuk dessert kitorang mintak diorang bungkuskan je sebab dah tak larat sangat nak makan. Katanya ada apa entah, special dessert. Balik hotel buka-buka kotak rupanya goreng pisang dengan jemput-jemput. Haha. Masa tu dah start rindu Malaysia.

Hari Ke - 3. Balik Malaysia


Walaupun memang dah jatuh cinta dengan Bali tapi hati tetap rindu nak balik Malaysia. Tiket kitorang pulak masa tu dalam jam 11am. Sepatutnya ada lagi aktiviti tapi awal-awal kite mintak dengan pihak agensi supaya terus ke airport takut tak sempat. So pagi tu bersiap-siap kat hotel dengan perasaan tak sabar nak balik Malaysia.



Gambar wajib lepas check out.


Sarapan siap-siap kat hotel. Makan kenyang-kenyang nanti kat dalam flight gak payah gedik-gedik nak makan pulak. Hihi.


Bye bye Bali.



Kalau tak silap pihak Tareeq Al Jannah dah tak buat lagi pergi ke Bali. Tapi uols boleh contact atau berurusan direct dengan Alia Travel kalau dah sampai sana. Servis diorang ok. Serius.

Website Alia Travel : http://www.aliatravel.net/


Bergambar kenangan dengan Pak Supir a.k.a Guide Tour kite. Pak Johny. Muda kan?



Bergambar kenangan jugak sebelum naik flight. Hehe.


Yeay dah sampai KL. Yang ni kat dalam KL Transit nak balik TBS untuk ambil kereta. Apapun pergi Bali adalah kenangan manis yang tak dapat kite lupakan. Best! Terima kasih sekali lagi kepada pihak Tareeq Al Jannah kerana merealisasikan impian kami berdua untuk ke destinasi honeymoon impian. Alhamdulilah! 

Tamat...

No comments:

Lazada Philippines