Saturday, June 14

Bali With Love - Pusat Kerajinan & Romantic Dinner di Jimbaran Beach (Part 3)

Salam,

Ok tengah semangat bercerita ni. Taip semuanya lepas tu draft part by part. Penat jugak nak flashback benda lepas-lepas ni maklumlah kite ni memang jenis pelupa. Kat Part 2 kite cerita pasal jalan-jalan kat Tanah Lot dengan makan kat Restoran Pawon Pasundan kan? Oklah lepas dah siap makan semua, Supir ajak pegi Pusat Kerajinan. Mula-mula dah blur, apa tu kerajinan? Tempat orang rajin berkumpul? Supir cakap kalau di Malaysia, kraftangan. Barulah kitorang faham. Aktiviti untuk hari pertama tak la banyak sangat cuma tengok-tengok tempat je. Kitorang ikutkan aje takde masalah pun. Memang datang sana nak tengok tempat orang kan.

Pusat Kerajinan Batik & Tenun Ikat Bali
Sampai-sampai dah ada orang sambut siap bukakan pintu van lagi. Mulalah nak feeling menteri kan. Haha. Apapun kitorang bayangkan tempatnya macam kat area Melaka tu ada banyak orang meniaga benda-benda seni. Ruapanya saling tak tumpah macam kite pernah pergi Noor Arfa Batik kat Terengganu. Kat situ dia tunjukkan cara-cara buat Batik segala.


Semuanya lebih kurang sama je dengan kite punya tak banyak beza pun. Cuma apa yang kite perhatikan kalau batik kat Malaysia, kite akan canting dulu baru color. Tapi diorang color dulu baru canting. Entahlah tak tahu la kan. Mana tahu dia tunjuk sekadar buat demo je kan. Batik kat situ pon macam boleh tahan mahal la. Baik beli kat Terengganu ye dak?

Pusat Kerajinan Perak dan Emas Celuk - Perak Celuk Bali
Lepas tu Pak Supir bawak pulak pergi tempat orang buat silver. Sebab hari tu hari biasa kalau tak silap, maka memang kitorang berdua je la dalam kedai tu. Kat situ dia ada tunjukkan macam mana orang buat silver dan ada jual silver juga. Kitorang tak minat sangat, pusing satu kedai lepas tu terus mintak balik. Haha.



Disebabkan kitorang tak banyak berhabis masa kat Pusat Kerajinan, macam awal sangat pulak nak pegi makan kat Jimbaran Beach. Teruja tau. Tapi sebab masih awal lagi, pak Supir bawak pegi Sanur Beach kalau tak silap. Masa tu pon macam nak hujan, takde ape yang menarik pun cuma macam duduk tepi pantai biasa-biasa. Nak main-main air pun curiga sebab anjing merata duduk tepi pantai. Kitorang just beli-beli tshirt untuk budak-budak lepas tu selipar sebab nak standby konon-konon nak melepak kat Jimbaran kan. Ewah!

Suasana di Sanur Beach 

Ni dalam perjalanan nak ke Jimbaran Beach. Heaven sangat takde jammed pun walaupun dah pukul 5 atau 6pm masa tu. Dalam radio semua bagi info "Jalan tut tut, bergerak lancar!. Jalan tet tet, bergerak lancar!". Kalaulah kat Malaysia memang best gila. Semua orang tak stress pergi balik kerja kan?  Haishhh!



Kalau ikutkan quotation, sepanjang perjalanan kitorang kat sana tak perlu risau bab makan. Memang semuanya termasuk dengan pakej. Dan yang paling penting, yang halal. Masa kat Jimbaran Beach, nampak gayanya kitorang makan kat Bali Cafe. Memang ramai uols kat sini. Kat sini sebenarnya kena tengok jugak sebab lebih kurang beberapa meter semuanya restoran sahaja, ada banyak restoran sebabnya. Kena pandai pilih dan tanya mana satu halal atau tak.




Sampai-sampai je tengok mak oiiii ramainya umat! Tercari-cari jugak mana tempat untuk kitorang. Pak Supir pun tunjukkanlah. Ohmai! Specialnya siap ada daun-daun kelapa dengan payung. Haha segan gila je rasa sebab ada dua je tempat special macam tu rupa. Satu untuk kitorang, satu lagi ada satu pasangan India yang baru kahwin guna pakej yang sama dengan kitorang.

 
Macam makan beradap tak? Lulz!

Nah belanja selfie sementara tunggu makanan.

Sementara tu jugak suruh Pak Supir ambilkan gambar kenangan.

Terlupa la pulak nak try jagung bakar tepi pantai ni sebab perut dah kenyang bila siap makan. Nah layan gambar  makanan bila dah sampai. Perghhhhhh!




Makanan pon not bad. Oklah. Cuma suasana tu memang romantiklah. Memang feeling baru-baru kahwin gitu walaupun dah dua tahun kahwin. Time makan-makan walaupun pelahap memasing tetap jugak bisik-bisik "I love You" sambil senyum-senyum. Kiri kanan memang semua orang baru kahwin. Nasiblah bila tengok pengantin lama pon nak honeymoon sama. Hehe!




Akhir kata, meh layan video. Masa ni feeling romantik walaupun berdebor-debor nak bagi diorang tips berapa rupiah. Haha. Awal-awal dah selit duit balance lebih-lebih untuk ngulur kat diorang. Apepun ia jadi memori terindah buat kami. Lepas makan, sampai situ je aktiviti untuk hari pertama. Hari kedua memang full habis. Tak sabar!

Bersambung.

2 comments:

Jebon said...

sERONOKnya dapat pi Bali...

Apabila Hati Terbuka said...

Wah seronoknya sis dapat jalan-jalan . Hehehe . Nanti lain kali bawa Nik sekali ye

Lazada Philippines