Friday, June 13

Bali With Love - Tanah Lot Dan Restoran Pawon Pasundan (Part 2)

Salam.

Ok kite sambung story seterusnya. Esok pagi bangun-bangun badan terasa dedau semacam terasa nak demam. Alahai tak bestnya. Nasib baik tak pening so masih mampu la nak jalan-jalan. Rugi la dah pegi tempat orang taknak berjalan kan? So pagi-pagi lagi masing-masing dah bangun siap-siap untuk breakfast dan keluar. Excited ok! Breakfast? Not bad. Makanan sedap-sedap Walaupun cam ada sikit beza dari kita tapi still boleh telan la sebab rasa lebih kurang sama.



Supir yang kitorang dapat memang beri servis terbaik. Walaupun dia muda tapi menepati masa. Kalau dia kata jam 10, tepat jam 10 la dia datang. Tempat pertama yang dia bawa ialah Tanah Lot, Bali. Sepatutnya dia nak bawak pi tengok Barong Dance, tapi persembahan tu macam pagi sangat. Awal-awal kitorang tolak sebab nak membuta puas-puas kan. Yelahh sampai pun dah 2 3 pagi, check in lagi, mandi-mandi lagi. Memang tido lambat la. Tak cukup tido ada jugak pitam tengah jalan kang. Haha.


Perjalanan ke Tanah Lot agak jauh dari Kuta,Bali tempat kitorang menginap. Jalan dia kecik je tapi yang bagusnya masing-masing bertoleransi. Berhemah sangat. Dalam perjalanan barulah nampak suasana orang sana. Kedai Babi Guling kiri kanan ok. Itu makanan signature diorang ok. Untuk pengetahuan uols, orang kat sana majoriti beragama Hindu walaupun ada yang muka macam pakcik haji tapi tengah bersiap-siap nak pegi kuil. So tips bila kat sana, setiap kali keluar kena la baca ayat Kursi sebagai pedinding diri.


Tanah Lot, Bali

Tanah Lot ni memang tempat wajib la kalau pegi Bali. Bukan kite nak jengah kuil dia ke apa. Actually nak tengok pemandangan tepi laut sana. Niat tu yang penting ye. Sampai-sampai memang rasa kagum sebab cantik sangat. Katanya bentuk-bentuk batu tu semulajadi. Subhanallah. Serius cantik sangat. Kitorang apalagi, selfie la.



Memang besar tempat tu. Kat sana 'kuil' diorang panggil 'pura'. Kalau tak silap ada 4 atau 5 pura kat sana. Besor-besor lah. Huhu. Pegangan agama diorang memang kuat. So kena hati-hati takut-takut terpijak tempat sembahyang diorang sebab ada merata-rata. Kot-kot siapa yang pergi berdua takde orang ambilkan gambar, ada pakcik-pakcik pakai t-shirt sama akan offer uols untuk ambil gambar, kalau tak silap tak sampai 100 ribu rupiah pon. Tapi sebab nak berjimat, kitorang amik gambar sendiri sudah. Hehe. Nasib baik ada Supir boleh tolong ambilkan gambar.






Aktiviti hari tu tak banyak sangat pun, lebih kepada santai-santai. Tengah lepak-lepak duduk kat tangga tiba-tiba jam kat situ berbunyi. Terus macam ada suara seru-seru mungkin dalam bahasa Jawa ke apa. Tapi kite yang dengar ni macam seram la jugak. Supir kitorang cakap, ni macam azan la kononnya. Aiyooo, kitorang pun beredar la dari situ sebab dah tengah hari kan waktu makan. Part ni memang kitorang tak sabar!

Restoran Pawon Pasundan, Bali

Restoran Pawon Pasundan, Bali ni menyediakan makanan hidangan khas Sunda. Macam ala-ala kedai Nasi Ayam Penyet la kiranya. Makanannya memang sedap. Yang special nya, nasinya dibungkus dengan daun pisang kalau tak silap. So memang wangilah kan. Lagi satu, Tareeq Al Jannah memang pilihkan untuk kitorang siap-siap restoran halal di sana. Yelah kite nak makan kalau kedai sebarang rasa musykil kan kalau majoriti orang kat sana beragama hindu.


Restoran ni memang terkenal di Bali. Rata-rata pengunjung pon terdiri dari orang luar. Toilet bersih, tempat solat pun bersih. Open la pulak tu tempat solat macam ala-ala pangkin. Nasiblah rasanya kitorang je satu-satunya laki bini solat jemaah kat situ. Pekerja kat situ tengok-tengok je. Haha. Tapi boleh pulak dekat-dekat tempat solat tu ada pokok dan jugak tempat sembahyang untuk orang Hindu. Mungkin diorang menghormati agama masing-masing sebab diorang memang kuat pegangan tak kisahlah agama apa sekalipun.



Bersambung

1 comment:

Syahidah Fadilah said...

bestnye jalan2 bali.. teringin jugak nk g sane..

Lazada Philippines