Thursday, June 12

Bali With Love - Terbang ke Bali (Part 1)

Assalamualaikum..

Cak! Okfine. Takde siapa pun yang hairan kite update belog ke tidak. Terasa macam lagi sikit je nak berkubur belog ni. Maklumlah benda banyak nak share tapi betapa susahnya nak konsisten update belog hari-hari. Lainlah zaman study dulu memang menagadap komputer 24jam. Oklah tanpa melengahkan masa kite memang nak share pasal pengalaman kite bercuti ke Bali hari tu. Mana tahu memberikan sedikit info untuk uols kan.


First of all, I would like to thanks to Tareeq Al Jannah kerana telah merealisasikan impian kite suami isteri untuk berbulan madu di Bali. Akhirnya tercapai juga Destinasi Honeymoon Impian kite. Alhamdulilah. Oklah terlebih dahulu nak inform uols yang entri ni bakal ada beberapa part, yelah sebab banyak sangat gambar dan benda yang nak share. Harap faham ye.

Untuk makluman, kitorang bertolak pada 25hb Febuari 2014 dan balik Malaysia 28hb Febuari 2014. Balik kerja tu terus bergegas pergi Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan. Sebabnya? Kitorang nak parking kat sana lepas tu terus naik KL Transit untuk ke LCCT. Dan pada yang tak tahu parking kat TBS murah ye, RM3 per day. Dan yang penting selamat. Disebabkan kitorang pergi dalam 4 hari, so bayar parking tak mahal kalau nak banding pergi parking kat LCCT dah tentu beratus. Sedangkan kitorang pernah parking kat Subang Airport dalam 3 hari masa honeymoon kat Langkawi dulu pun dah dekat RM150. So sebab dah tahu, pandai-pandailah berjimat.

Masa ni la first time merasa naik KL Transit, selesa tapi masa tu macam time orang tengah balik kerja kan. So memang penuhlah. Tapi tetap selesa.  Sampai Salak Tinggi kite naik shuttle bus yang disediakan terus ke LCCT. Alhamdulilah walaupun laki mengeluh sana sini takut terlepas flight, kitorang sampai awal dan sempatlah nak makan siap-siap. Berdebar-debar kite sebab first time naik flight pergi negara orang. Indon je kot. Haha. Tapi tetap nak feeling-feeling jugak. Boleh?



Masa ni macam redho je sebab kite pergi under agen Tareeq Al Jannah, dia memang dah bagi nombor phone Supir kat sana tapi tetap berdebor sebab takut takde siapa yang nak amik. Yelahhh 2 pagi kot sampai Bali. Alhamdulilah perjalanan lancar. Subhanallah cantik sangat pemandangan malam dari tingkap flight bila sampai sana. Sampai-sampai suasana jadi berubah, yelahhh tempat orang kan. Sampai tempat ketibaan, alhamdulilah dari jauh nampak seorang lelaki muda dalam lingkungan 20an pegang kertas nama kite. Dah tentu itu Supir kitorang. Terus pegi kat supir kitorang. Namanya Pak Johny, muda sangat uols. Baik budaknya.



Dia bawak kitorang naik van untuk pelancong. Dalam masa yang sama dia terangkan jam berapa nak keluar esok, agenda dalam 3 4 hari kat situ. Kitorang menginap di Quest Hotel, Kuta Bali. Not bad boleh tahan selesa, layanan pun bagus. Masa menunggu kat lobi untuk check in pun siap bagi welcome drink. Cuma dalam quotation patutnya sampai-sampai dapat kalung bunga konon-konon feeling macam mneteri la. Tapi kau mampu nak kalungkan bunga kat orang jam 3 pagi? Haha!

Sepatutnya kitorang menginap di hotel lain kalau ikutkan quotation pertama, tapi mungkin sebab kitorang mintak dipanjangkan tempoh masa stay kat sana, so pihak agen tukarkan hotel lain, agaknya taknak lari budget kot. Tapi so far memang ok dan sangat selesa la. Aktiviti masa tu apalagi, sampai-sampai mandi terus membuta krohhhhh krohhhhh la.

Bersambung.

No comments:

Lazada Philippines