Thursday, June 19

Dugaan Paling Manis.

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi, kerana memberikan dugaan paling manis buat Mummy..

Pada suatu malam, Mummy terasa tak senang hati. Tiba-tiba darah period Mummy macam terlampau banyak sangat dari sebelumnya. Mummy lemah sangat. Memang sepatutnya masa tu Mummy period, maka Mummy tak syak apa-apa walaupun ada beberapa tanda lain kehadiran kamu. Malam tu Mummy tak boleh tidur. Dalam jam 4 pagi Mummy terjaga sebab katil tempat Mummy tidur basah sebab darah terlampau banyak. Mummy risau. Esoknya Mummy pergi klinik. Mummy beritahu doktor yang Mummy ni kena period pain darah terlampau banyak sangat keluar sampai dah lemah, doktor tanya Mummy dah kahwin ke belum. Bila Mummy cakap ya terus dia suruh buat UPT walaupun Mummy 'period' masa tu. Tiba-tiba doktor tunjukkan result, benda paling Mummy nak sangat dengar "Zaihazra, awak mengandung!".


Result masa kat klinik.

Tapi Mummy tahu ianya petanda tak bagus sebab Mummy 'period'. Maka doktor buat scan pada perut Mummy. Mummy sebenarnya masih tak percaya. Macam mimpi. Doktor tunjukkan ada kantung dalam rahim Mummy. Mummy nampak 'buaian' kamu. Ya Allah, begitu besar kuasaMu. Tapi doktor mengatakan Mummy macam keguguran. Doktor terus refer Mummy ke hospital. Mummy terus bagitahu kat Babah. Babah pun terkejut. Dia half day hari tu dan terus hantarkan Mummy ke hospital.

Macam-macam perasaan masa tu. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Yang penting Mummy happy sangat. At least Mummy dengan Babah tahu yang kami takde masalah cuma mungkin belum rezeki kami. Sampai hospital Mummy terus disuruh pergi ke Pusat Kemasukan Ibu Mengandung. Semuanya pengalaman baru bagi Mummy. Kiri kanan Mummy semuanya wanita yang perutnya 6 7 bulan. Alangkah indahnya kalau kamu boleh membesar dalam perut Mummy macam tu juga. Masa menunggu pun ada yang bertanya, dah berapa bulan. Malu Mummy nak terangkan. Masa tu ada doktor yang tolong check Mummy. Seriously Mummy tak pernah lalui semua ni. Malu, sakit, takut, sedih, gembira semuanya ada. Yelah diorang belek-belek, seluk segala. Mummy just fikir dan kuatkan hati. Ini baru permulaan, kalau nak bersalin esok lagi sakit. So nak taknak, Mummy tempuh semua untuk kamu.

Masa doktor check pangkal rahim Mummy, doktor cakap pintu rahim Mummy tak terbuka lagi tapi ada banyak darah. Memang seriau sebab sakit. Doktor seluk-seluk. Sakit. Doktor tu macam serba salah sebab lepas check up dia nampak Mummy kesat air mata diam-diam. Lepas tu doktor lain pulak scan Mummy. Kali ni bukan scan macam kat klinik tu sapu gel kat perut, tapi yang ni scan ikut bawah tu. Supaya lagi jelas. Huhu. Doktor check, dia cuma cakap nasib baik baby bukan kat luar rahim. Lepas tu dia belek-belek lagi tiba-tiba ternampak ada dua kantung. Dia senyum "Eh ada 2 kantung". Mummy tanya, "Kenapa ada 2 kantung ni?". Doc just cakap "Maybe twins!". Ya Allah, laju jantung Mummy rupanya Allah memberikan suprise yang paling indah sekali. Doktor cuba cari kamu berdua kat mana tapi masih tak nampak, mungkin kamu berdua masih terlalu kecil. Hanya ada 2 kantung je yang nampak.


Result masa scan kat hospital. Nampak tak ada dua bulat tu? :')

Doktor berikan masa dalam 2 minggu setengah untuk check balik, untuk pastikan kamu berdua masih bernyawa dengan sempurna ke tidak dalam rahim Mummy. Walaupun Mummy tak pasti apa nasib kamu berdua, tapi Mummy yakin setiap yang berlaku punya hikmahNya. Lagi seminggu Mummy akan ke hospital. Mungkin bakal pulang bersama kamu berdua, mungkin tidak. Apa yang pasti selama tempoh yang diberikan doktor ini, Mummy dengan Babah sentiasa membayangkan kamu berdua tetap ada. Kami just menikmati perasaan bergelar ibu dan bapa. Sungguh, perasaan itu tersangat bahagia. Alhamdulilah dengan kehadiran kamu berdua dalam rahim Mummy dah cukup buat semua orang gembira walaupun hakikatnya masing-masing tak boleh letakkan harapan tinggi.



Tahu tak benda paling sweet Babah pernah buat yang Mummy masih ingat, bila balik kerja Babah akan kelam kabut letak beg lepas tu cepat-cepat peluk Mummy kuat-kuat.

Babah : I miss you so much!
Mummy : I miss you too. Rindu kite sorang je ke?
Babah : Nope, RINDU AWAK BERTIGA. *sambil pegang perut Mummy*
Mummy : *senyum sambil kesat air mata*

Pengubat hati Mummy

Bila malam je Mummy dengan Babah akan berangan mana nak letak baby cot, nak beli itu ini. Walaupun Mummy dengan Babah tahu semua ni belum pasti tapi kami sengaja nak menikmati. Tak salah kan? Mana tahu kamu curi-curi dengar dari perut Mummy lepas tu Allah turunkan miracle, kamu berkembang dengan baik?

Lepas tu bila diingat semula, kamu berdua memang suka makan ayam goreng. Hari-hari Mummy plan nak makan benda lain tapi last-last Mummy kan pilih nasi kosong dengan AYAM GORENG. Sebab entah kenapa Mummy geli nak makan lauk lain lagi-lagi yang berkuah. Loya tekak Mummy, makan nasi pun sejemput. Sampai turun berat badan Mummy 4 kilo. Mummy syak kamu berdua ni persis UPIN IPIN. Haha. Tapi Mummy lagi suka kalau kamu berdua adalah baby boy dengan baby girl. Sepasang!


Entri ni Mummy draft siap-siap. Mungkin 19hb Jun 2014 nanti iaitu hari ni Mummy auto-publish. Masa ni mungkin Mummy dah kat hospital untuk mengetahui apa masih ada harapan atau pun tidak. Terima kasih buat Babah kerana sentiasa menemani. Kalau ada yang tengah baca tolong doakan ya?

Ada ataupun tidak, Mummy bersyukur diberikan peluang untuk merasai nikmat bergelar bakal ibu walaupun dalam tempoh sekejap ataupun tidak. Mummy cuma mohon pada Allah untuk mengaturkan rancangan yang lebih baik. Andai kata kamu berdua bukan rezeki Mummy dengan Babah kami redha, Mummy cuma harap Mummy diberikan peluang kedua ketiga dan keempat untuk merasai nikmat seperti ini lagi. Sesungguhnya ini dugaan termanis yang Mummy dan Babah tempuhi bersama. Tiap hari kami berdoa supaya dikurniakan zuriat, supaya kami berubah menjadi lebih baik, dapat menyambung keturunan kami. Harap Allah perkenankan suatu hari nanti. Amin amin amin ya rabbal alamin.



Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Verse 1

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Verse 2

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


**Updated :
Baru balik dari scan, nampaknya belum rezeki kami. Doc sahkan yang memang dah betul-betul keguguran. Takpelah memang dah redha.. doakan kami supaya masih diberikan merasai nikmat ini sekali lagi ok.. :')

7 comments:

Kelly Polaris said...

kakak be strong :( ,,insyallah ada rezeki lagi.

intanurulfateha said...

knp kite nangis ni... :(

.::WaNiE::. said...

Takziah atas kehilangan sementara tu Nemo & Pojie,

Sekurang2nya pernah merasa perasaan itu.

InsyaAllah ada rezeki lagi

Hug keketat

Liyana Lunia. said...

Allahu, pagi-pagi blogwalking terbaca entry ni menitik air mata saya. InsyaAllah ada rezeki lebih besar yang Dia dah tentukan untuk awak and husband. Amin amin, kami rakan-rakan blogger sentiasa doakan.

Apabila Hati Terbuka said...

ya Allah , kuatkan semangat ye akak . Apa - apa berita nanti kongsi ye . InsyaAllah nanti adalah rezeki . Nik doakan yang terbaik untuk sis dan suami .



http://milikallahsepenuhnya.blogspot.com/2014/06/maniscouture-in-action.html

Era said...

Thanks semua...

Ismiqbal Abdullah said...

tabah hadapi dugaan.. setiap pasangan terima berbeza dugaan yang mampu di pikul bersama...

Lazada Philippines