Tuesday, June 10

Tengok Makyung, Wayang Kuit di Beringin Emas, Kuala Lumpur.

Salam uols,

Oklah lama tak update blog, kali ini nak update khas untuk peminat makyung, wayang kulit Kelantan, dikir barat dan silat Kelantan. Actually saya bukanlah peminat tegar benda-benda macam ni, tapi kalau sekali-sekala join untuk memeriahkan majlis, support produk Malaysia memang saya volunteer nak join tengok.Kalau nak diikutkan, ini kali ketiga saya menonton Makyung. Pertama kali di UITM Shah Alam Siri Jelajah Kijang Emas 2012 - Puteri Jerijit Emas, masa tu baru lepas kahwin. Masa tu best sebab ada Rosnan Abdul Rahman. Memang terkenal dengan Makyung. Yang kedua pulak di Istana Budaya Teater Kesaktian Anak Raja Gondang. Kedua-duanya memang tidak menghampakan.



Intro :
BERINGIN EMAS  telah ditubuhkan akhir tahun 2012, dengan objektif utama untuk menjana pendapatan komersial dari budaya dan warisan Malaysia. Walaupun syarikat ini masih baru, tetapi artis yang berkhidmat di BERINGIN EMAS adalah antara yang terkenal dalam arena ini. Sejak 2013, BERINGIN EMAS telah giat mempromosi warisan kebudayaan yang telah lama ditinggalkan ini dengan harapan untuk menjadikannya sebagai produk pelancongan kekal. Ia juga selaras dengan hasrat tersirat di bawah Dasar Industri Kreatif Negara. BERINGIN EMAS adalah sebuah syarikat pengurusan yang mentadbir persembahan kebudayaan tradisional:
  • Makyung
  • Wayang Kulit Kelantan
  • Silat Kelantan
  • Dikir Barat
  • Traditional Music Ensemble
    Pelancaran Beringin Emas 8 Januari 2014. 
    (nampak sangat entri kepam simpan dalam draft tapi tak update)


    Actually dapat pergi masa pelancaran sebab kawan husband ada terlibat dan dia jemput kitorang datang. Orang jemput jangan tolak. Lagipun kalau nak pergi sendiri harganya not bad boleh tahan mahal kalau kita bukan orang sini la. Sebab tumpuan utama kepada pelancong asing. Sebab ini kan nak dijadikan produk pelancongan.


    Masuk-masuk je, tengok tempat dia taklah berapa besar, memang kite terasa sangat dekat dengan pentas sebab jarak tempat duduk pon memang betul-betul berdepan dengan pentas. Masa ni dah start dah Makyung. Tapi dalam persembahan ni dia tunjukkan semua sekali digabungkan. Ada Makyung, Wayang Kulit, Silat dan lain-lain. Memang terasa betul-betul tengok persembahan budaya Kelantan. Oklah layan gambar je lah ok.





    Komen :

    Persembahan not bad. Mungkin sebab kite dah pernah tengok Makyung sebelum ni, kite terasa macam diorang ni masih baru. Masing-masing belum mendalami dan menghayati betul-betul watak yang diorang pegang. Sebab masing-masing nampak muka nervous hehe. Tapi oklah not bad, semua terhibur. Cuma untuk wayang kulit dia punya skrin masa tu tak berapa jelas dan macam biasalah bahasa kelantan dia terlalu tinggi kadang-kadang kite tak faham. Overall, persembahan ok dan mungkin bila adanya latihan dan persembahan tiap hari, masing-masing ada peningkatan. InsyaAllah.

    So, kalau terasa nak tengok Makyung boleh pegi kat Dataran Underground kat Dataran Merdeka tu. Kalau ada yang masih belum tahu, kat bawah tu memang happening. Dah ada banyak sangat budak-budak muda berniaga kat situ hari minggu. Kalau tak percaya boleh terjah. Ok itu sahaja.

    Bertempat di :
    Panggung Beringin Emas
    Dataran Underground
    Plaza Dataran Merdeka,
    Dataran Merdeka,
    No.7, Jalan Raja.
    50350 KUALA LUMPUR
    MALAYSIA

    No comments:

    Lazada Philippines