Saturday, July 19

Preview MudKL : Our Story Of Kuala Lumpur.

Salam.

Selamat berpuasa buat semua. Hari Sabtu memang hari mengulor bila kat opis. Tiba-tiba bersemangat nak menulis kan. Oklah berbalik kepada tajuk di atas, awal-awal bulan hari tu kite pergi Preview MudKL : Our Story Of Kuala Lumpur di Panggung Bandaraya, KL. Mula-mula bila dengar je Panggung Bandaraya terus teringat dengan Teater Bangsawan. Tapi kali ni Produksi Enfiniti di bawah Tiara Jacquelina yang melaksanakan Project dari VisitKL dah ubah habis-habisan Panggung Bandaraya jadi macam ala-ala "Mini Istana Budaya"!


Apa sebenarnya MudKL ni?
Mesti ada yang tertanya-tanya apa benda MudKL ni, sebab benda baru kan jadi ramai yang masih tak tahu yang kat KL dah ada satu tarikan baru selain daripada Beringin Emas untuk pelancong-pelancong luar kat tengah-tengah KL tu. MudKL ni adalah persembahan teater muzikal pendek berdurasi kurang dari 1 jam yang mengisahkan asal-usul Kuala Lumpur. Kite yakin dalam kepala uols terfikir alaaaaa...SEJARAH, BORING!. Tapi bila uols menonton sendiri pasti takkan menyesal sebab persembahan diorang langsung TAK BORING ok. Malah kite lihat semua orang cukup terhibur lagi-lagi pelancong luar.



Intro :

MUD: Our Story of Kuala Lumpur
Tells a tale of three young men who made the journey from their village to a small tin mining town to seek their fortune. This heartwarming story is set against historical events of early Kuala Lumpur and weaves through the lives of Mamat, Meng, and Muthiah. Follow their trials and tribulations as they rise above the constant challenges of their new home, signaling the unwavering spirit of our forefathers. The show promises to be a colourful and entertaining multi-cultural experience for all – a lively musical showcasing the rich diversity of the people who built Kuala Lumpur. An inspiring tale of friendship, perseverance and finding joys in a simple cup of teh tarik.




Komen :
For me, keseluruhannya sangat menarik. Jalan cerita yang ringkas tapi senang difahami. Penggunaan English untuk 90% cerita pun bagus sebab pelancong luar senang nak faham. Bahasa yang digunakan pun yang mudah-mudah dan mungkin makcik-makcik pun boleh faham. Ada juga diselitkan bahasa Melayu dan lawak. Walaupun pelakon-pelakon dalam teater ni bukanlah pelakon dalam TV tu tapi diorang sangat berjaya membawa watak masing-masing. Dan yang paling best, konsep teater ni lebih banyak interaction dengan audience. So kite sangat terhibur. Sedangkan dalam cerita ni ada tunjukkan kebakaran di kampung, jadi diorang konon-konon mintak tolong sesama sendiri pass timba untuk simbah air, tiba-tiba ada mat saleh (penonton) ni pun join berlari-lari tolong pass timba bagi kat pelakon. So funny tapi memang best sangat.



Maklumat :
Harga Tiket RM60 (normal price) / RM45 (with MyKad)

Masa Persembahan :
TWICE DAILY. 
3PM and 8:30PM

Kat mana nak beli tiket?
PANGGUNG BANDARAYA BOX OFFICE
Jalan Raja, 50350
Kuala Lumpur, Malaysia.


Box office Operating Hours: 10am – 9pm

Maklumat lanjut boleh layari laman web http://mudkl.com/

No comments:

Lazada Philippines