Thursday, July 31

Raya Dulu, Dan Sekarang.

Salam,

Terlebih dahulu masih belum terlambat untuk kite wish pada seluruh umat Islam, Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin sekiranya terkasar bahasaselama kite menulis ni. Kosong-kosong tau! Hari ni dah masuk raya ke-4. Mesti dah ramai yang start kerja termasuklah kite. Actually semalam lagi kite dah start kerja. Terpaksa. So macam mana raya uols? Best? Kite? Raya tahun ni tersangatlah berbeza dari sebelum-sebelumnya.

Antara sebab-sebab raya tahun ni tersangat berbeza ialah pada tahun ni kite dengan suami telah kehilangan nenek masing-masing. Arwah nenek kite meninggal bulan 12 tahun lepas dan arwah nenek suami kite meninggal awal puasa baru-baru ni. Seriously terasa sangat sebab kitorang pun masing-masing dah takde atuk sebelum ni, suasana raya tu memang dah tak berapa nak ada. Ini kan pula nenek dah takde memang langsung tak rasa suasana beraya. Sobs sobs.

Tahun ni giliran beraya di Klang, rumah kite. So pada awalnya konon-konon nak balik Muar gak pagi raya tapi suami kite tukar fikiran kasi chance kat kite nak beraya dengan family kite dulu. Kalau dulu sebelum kahwin, memang tiap tahun kite dengan family balik kampung Perak, tapi sekarang tak lagi. So beraya kat rumah je la. Serius sunyi gila. Hajat suami nak merasa jadi orang KL tahun ni beraya macam mana. So malam raya, kitorang berjalan sakan pergi Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR). Serious ramai gila uols. Meriah macam apa je. Harga semuanya harga runtuh la. Tak berapa nak shopping sangat sebab tengah berada dalam ZON BAJET --> (repair/servis/tukar tayar/road tax/insurans kete, raya, balik kampung,dll) Kalau uols nak tahu, jam 1 pagi pon makin ramai pulak orang serbu Jalan TAR. Perghhh!

Pagi raya dah siap-siap pakai baju raya bermaaf-maafan satu family. Tahun ni macam sayu je masing-masing sebab banyak buat salah kat Mama dengan Abah kot. Hehe. Rasanya macam first time mintak maaf di pagi raya gaya macam ni, selalu cam sorok-sorok je yelahh sebab selalu balik kampung. Segan nak berbaris mintak ampun macam ni. Layan gambar je lah ye.




 














Lepas melepak kat rumah tunggu sedara-mara, jiran datang beraya, dalam petang sikit kitorang satu family pegi beraya rumah sedara pulak. Malam pulak ada kawan husband datang beraya. Raya ke-2 pulak memang membuta satu hari kat rumah. Perangai keji. Tunggu orang datang beraya sebab nak pergi beraya pun masing-masing balik kampung lagi. Malamnya kite dengan suami tak tahan duduk rumah lama sebab boring, kitorang pergi The Curve berdating. Haha. Raya ke-3 dah start kerja. Sobs sobs! Itu je la cerita raya yang tak seberapa tahun ni. Malam ni kitorang laki bini nak balik kampung Muar, Johor pulak. Doakan perjalanan kami selamat sampai ye. Amin.

Raya dulu dengan sekarang, banyak bezanya. Kalau dulu masa zaman atuk nenek ada, ada kampung. Time raya masak ketupat, lemang, rendang kat luar rumah. Kitorang budak-budak ni main kejar-kejar ayam. Best sangat. Bila malam kitorang sepupu-sepupu main bunga api, mercun. Bila berbuka puasa kena hidang sepanjang-panjang rumah sebab anak cucu ramai. Lepas tu anak dara kena basuh pinggan bertingkat-tingkat kat bilik air. Rindunya zaman tu. Sekarang zaman dah berubah, tak sama macam dulu lagi. Kalaulah masa boleh diputar. Kan? 

Ummm...

No comments:

Lazada Philippines