Tuesday, August 5

Resepi Diet : Bruscheeta Paling Simple

Salam,

Dah lama tak tulis resepi kan. Sebab lepas raya kitorang laki bini berazam nak turunkan balik berat badan, makanya lepas ni kite bakal rajin buat resepi-resepi diet. Semalam beli barang-barang. Tak tahu la apa resepi yang bakal kite nak buat. Hope menjadilah ye.

Pagi tadi bangun awal-awal, azam baru la kononnya bekalkan laki nak masak healthy food je. Tamau lagi makan nasi-nasi beriye. Sobs sobs. So untuk hari ni kite masak bruscheeta, Tak tahu nak sebut tapi oklah not bad rasa dia. Kalau uols suka boleh tambah cheese or whatever yang uols suka kat atas roti tu, tapi yang ni ite memang buat simple je, pakai perencah sos spaghetti je. Uols boleh try. Nah resepi ringkas dari kite.


Bahan-bahan
Roti perancis (boleh beli kat kedai bakery, harga dalam RM2 je)
3 biji tomato  (dipotong dadu)
2 biji bawang besar  (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicincang)
2 batang sosej  (dipotong dadu)
100g ayam cincang
1/3 paket perencah sos spaghetti bolognaise Maggi (kalau susah nak cari, boleh guna sos Prego beberapa sudu)
Serbuk Oregano
Garam & Gula (secukup rasa)
Minyak Zaitun
Daun parsley- dicincang (boleh cari kat pasaraya)

Cara-caranya :
  1. Panaskan minyak zaitun dalam dua sudu besar. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Masukkan bawang besar kemudian masukkan ayam cincang dan biarkan sehingga kekuningan.
  2. Masukkan sosej yang telah dipotong dadu dan kacau sehingga masak. Masukkan serbuk oregano (ikut suka). Tuangkan tomato dan masukkan juga garam, gula dan perencah sos spaghetti bolognaise Maggi. Masukkan juga daun parsley dan kacau sebati. Tunggu sehingga masak dan tutupkan api.
  3. Potong roti secara serong memanjang dan letakkan bahan yang telah dimasak tadi di atas kepingan roti.
  4. Panaskan oven terlebih dahulu dalam 10 minit, kemudian bakar dalam 10 minit bersuhu 150º. Kemudian boleh hidangkan. Siap!

Jemput makan!

2 comments:

Cik Nadyya said...

alamak. nampak sodappp.. terliuqqqq haihh >.<

meh singgah --> Segment BlogWalking Ogos By Karya Mahirah

Zinnia Z A Shaklee said...

menarik ni .. lapar lak rasa.. ^^

Lazada Philippines