Monday, December 22

Pengalaman Pertama di Kidzania Kuala Lumpur

Salam,

Hello.
Kali ini saya nak bercerita pengalaman mengujakan ketika berada di Kidzania Kuala Lumpur semalam. Memang dah jadi impian kitorang laki bini untuk pergi Kidzania walaupun belum ada rezeki nak bawak anak lagi (sebab belum beranak). Bukan apa, sebab teruja nak tengok 'Bandar Kanak-Kanak' tu. Maka, kitorang memang siap-siap berhajat nak bawak Syamimi sempena hadiah hari jadi dia.

So kat sini saya nak share sedikit tips untuk uols yang belum pernah dan berhajat nak pergi Kidzania supaya takde masalah bila kat sana nanti. So nak cakap siap-siap kat uols yang entri ni memang panjang dan banyak gila gambar nak tunjuk kat uols. Firstly, benda pertama yang uols kena buat ialah plan betul-betul bila uols nak pergi bawak anak-anak. Check kat website Kidzania bila opening hours diorang. Kat website siap ada tunjuk calendar beserta dengan opening hours.

 

Kalau ada yang belum maklum, untuk cuti sekolah selalunya ada dua session. 10am-3pm dan 4pm-9pm. Tapi kalau uols nak pergi time cuti sekolah better pergi hari biasa sebab tak ramai orang. So budak-budak takdelah kena menunggu lama untuk giliran bekerja. Kalau nak pergi hari minggu pulak, better pergi hari Ahad untuk session petang. Sebab selalunya mak bapak malas nak balik malam sebab esok kena kerja.

Untuk harga tiket uols boleh rujuk kat website. Harga mengikut umur ye. 

Harga Tiket :
Ages: 0 - 1  Baby (FREE)
Ages: 2 - 3 Toddler (RM 34.20)
Ages: 4 - 17 Kid  (RM 67.50)
Ages: 18 - 59 Adult (RM 34.20)
Ages: 60+ Senior (RM 28.80)


Tips seterusnya. Kalau boleh, sila beli tiket secara online sebab prosesnya cepat sikit. Kalau nak beli terus tiket kat situ pon boleh tapi ambik masa lama sikit kalau nak dibandingkan dengan pembelian tiket online. Yelahh nak key-in data semua kan. Dan kalau boleh datang setengah jam awal. Sejam awal pon boleh. Sebab kalau datang lambat sikit pun dah merasa beratur panjang sampai ke luar. Trust me!


Kemudian kita akan diberi pakai jam kat tangan. Fungsinya sama lah macam kita masuk Sunway Lagoon ke ape ke, cuma yang ni dia memang dah scan siap-siap untuk keselamatan. Yelah kan dalam tu semua budak-budak. Takut ada kes culik ke kan bahaya. So bila keluar nanti dia akan scan jam tangan budak ni dan hanya boleh keluar bersama jam tangan parent yang atas nama yang di-register sama dengan dia je. Bagus kan?

Hanya budak-budak je dibenarkan masuk berurusan dalam bank. Mak bapak jengah dari luar je.


Mula-mula masuk budak-budak akan diberi sekeping cek bernilai 50 Kidzo untuk ditukarkan kepada duit cash kat bank CIMB yang kat dalam Kidzania sahaja. Duit kidzo tu kita akan guna bila nak bekerja. Ada jenis kerja yang kena pakai duit, ada jenis kerja yang diorang bagi duit. Apa yang saya perhatikan jenis kerja yang melibatkan ilmu budak-budak ni dapat duit. Tapi kalau jenis kerja dapat pulangan (makanan, minuman, suka-suka, dll) kena bayar. Kalau tak silap ada 99 jenis pekerjaan yang boleh cuba. Satu hari rasanya memang tak cukup!


Karatz Jewellery adalah tempat kerja pertama Mimi. Sebab masa ni tak ramai orang, Mimi sorang je la. Kat luar kedai ada tulis umur berapa tahun boleh masuk, berapa kena bayar atau dibayar, berapa masa diperlukan. Masa bekerja Mimi dalam Karatz Jewellery ni dalam 15 minit. Mula-mula kerja dia rasa awkward sikit. Macam segan, takut semua ada. So biar kan dia dalam tu kitorang pergi jalan-jalan dulu. Hehe!

Dating kat Kidzania.

Sambil-sambil tu intai dia dari tepi kedai tengah buat gelang ada orang ajarkan.

Ok dah habis 15minit, sukalah tu dapat gelang hasil buatan sendiri.


Ok next, kita jalan-jalan cari kerja lain. Jumpa pulak kilang Vitagen. Ok Mimi, pergi lah bekerja. Cari duit banyak-banyak ok. Chaiyok. Dalam kilang Vitagen ni rasanya dia belajar benda basic macam mana nak buat susu Vitagen kot. Sebab nampak dari luar je kan. Tapi Comel je memasing pakai baju makmal tu. Keluar-keluar semua dapat Vitagen sebotol. Suka la masing-masing!
Tengah belajar.


Sempat pose.



Lepas habis jalan-jalan lagi Cari kerja. Kalau uols nak tahu kerja paling letop sekali dalam Kidzania ini ialah kerja Bomba. Sebab kanak-kanak yang jadi Bomba dapat merasa naik kereta bomba dengan padamkan api kat bangunan sebelah. Konon-konon je lah. Tapi tulaaa nak menunggu berjam-jam sebab semua nak jadi Bomba. Maka kita pergi kerja sebelah balai Bomba iaitu jadi Technician kat TNB.


Mimi blur. Kerja apa ni. Dia ikut je orang tu cakap apa. Tak pasal-pasal sebab dia paling kecik, dia kena angkat kabel. Mula-mula dengan penerangan, lepas tu diorang keluar tukar lampu jalan. Comel je semua.


Sambil ngikut Mimi dari belakang sambil tengok aktiviti-aktiviti kanak-kanak lain. Memang happening gila. Kejap-kejap ada persembahan la ape la. So mak bapak pun tak la bosan sangat kan.

Yang ni aktiviti panjat-panjat bangunan.

Tips seterusnya. Bagi merealisasikan cita-cita anak-anak yang nak jadi Bomba, better sampai-sampai cari terus balai Bomba. Kalau tak memang sampai sudah menunggu lama. Yelah masa berjalan, kalau kena tunggu sejam tak ke boleh kerja tempat lain gak masa tu. Mimi tak dapat jadi Bomba pun sebab ramai sangat. So kerja salon je lah. Sebelah bomba gak. Lupa ambik gambar, tengok video je dia layan customer. Dia jadi pekerja. Kalau jadi pekerja, dia dapat gaji. Kalau dia jadi customer, dia kena bayar duit. Kitorang siap-siap cakap dia jadi pekerja. Layan video ok.

video

Sementara Mimi bekerja boleh tengok suasana kat Kidzania. Happening kan!?

Yang ni tak sure kerja apa melibatkan kereta.

Bagi laluan, ambulans nak lalu.

Kemain seronok diorang dalam ambulans tu.

Mahkamah budak-budak.

video 
Ada show sikit.

Rajin diorang menghiburkan orang kat sini.


Masa ni tengah tunggu giliran nak kerja jadi polis. Boleh tahan lama gak menunggu tapi ok la kalau yang dah get ready kat luar tu dia ada kasi nombor siap-siap. Tapi yang tak best kalau dapat nombor tu tak boleh kerja tempat lain dulu sementara tu sebab dikira dlm waiting list la. Tips, jangan pakai kalung nombor tu. Sorok siap-siap. Tunggu punya tunggu ada gak aktiviti untuk parent. Oklah boleh join pertandingan mewarna. Kalau menang berpeluang dapat 2 ticket free masuk Kidzania for the next visit.


Sementara mewarna Mimi pergi kerja jadi polis. Tak sempat jengah pon. Hehehe. Bersemangatlah kononnya. Husband yang pergi jengah. Ok Mimi dah habis kerja dapat duit kan. Suka la tu. Lama-lama dia jadi excited sebab dapat duit.

Masa ni dia jadi polis.

Diorang siap-siap kepung bangunan terbakar tu sementara tunggu Bomba sampai.


Kat tengah-tengah bandar ada tempat teater. Budak-budak akan buat show kalau ada yang masuk acting class. Kitorang pun masuk la kejap. Comel je masing-masing pakai costume. Lupa pulak ambik gambar. 

 
Magic show pun ada. Yang ni husband pergi hantar Mimi belajar magic. 




Ada 20minit sementara Mimi pergi kelas Magic, so kitorang pergi jelajah satu Kidzania. Bagusnya ada Parent Lounge di mana Mak bapak boleh duduk atas kerusi empuk sambil minum-minum kopi makan roti. Masuk tak kena bayar pun. Boleh online, ada gak kerusi urut. Memang selesa sangat, budak-budak tak dibenarkan masuk ye. Kalau banyak duit lebih beli je lah makanan kat dalam tu. Hot dog separuh harga rm6, roti sandwich harga rm8. Kalau duit tak berapa banyak, makan siap-siap sebelum masuk. Nasib baik saya siap selit mineral water dalam handbag. Jimat la sikit.

Oklah nah layan gambar banyak-banyak tak larat story panjang-panjang. Ada banyak sangat tempat, nak tahu uols boleh datang sini untuk explore semua.

Yang ni kerja kat Pasaraya.

 
Yang ni budak-budak yang nak jadi model. Siap ada pentas lagi. Abang tu tunjukkan cara pose.

Jadi photographer pulak.

 
Kerja kat MarryBrown.

 
Dapat makan burger hasil kerja kat Marrybrown. Jimat tak payah beli lagi. Suruh diorang kerja je kalau lapar.


video
Masa ni Mimi kerja macam hantar barang kat kedai-kedai. Kelakar bile kena tinggal dengan rakan sekerja.


Ok last. Masa 5jam duduk dalam tu pon dah tamat. Duit yang di kumpul kita transfer dalam akaun CIMB. Nanti pihak bank akan bagi kad, dalam kad tu ada jumlah duit yang kita dah kumpul. Tapi tak boleh cash untuk guna kat luar ye. Hanya boleh ditukarkan menjadi duit Kidzos. Maksudnya untuk next time datang hanya tunjuk kad je dia tolak atau tambah duit siap-siap. So kalau banyak duitnya, next time boleh guna untuk banyak tempat kat Kidzania. Pandai Kidzania buat marketing ye. Hehe!


Oklah itulah pengalaman pertama kitorang pergi ke Kidzania Kuala Lumpur. Sangat mengujakan bukan untuk kanak-kanak sahaja tapi untuk parent juga sebab dapat tengok anak berdikari, bergaul dan belajar mengenal dunia sebenar. Tercapai hasrat kami nak jejak Kidzania. Good luck Kidzania for future!


KidZania Kuala Lumpur
Curve NX
18 Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Telephone : 1 300 88 KIDZ (5439) / +603 2203 9666 – Outside Malaysia
Fax: + 603 7839 9488
Email: contact@kidzania.com.my

5 comments:

Najib Ariyan said...

Ehhhh tadi ada sorang pun update pasal Kidzania nih... macam best pulak tempat ni... tapi bagus untuk anak2 yg kaki explore... kalau yg pemalu payah sikit nih...

Nasri Izzuddin Nasir said...

Macam best jer kidz zania.. dr dulu lagi nk pergi tp x ter pergi2... next!

Cikgu Liza said...

kita pulak yg teruja dgn kidszania nih.....xsbar nk pg nnti....

mqaizerm said...

Brapa minimum height ye?

mqaizerm said...

Brapa minimum height dia ye?

Lazada Philippines