Sunday, June 29

Salam Ramadhan


Salam,

Di sini kite ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam. Bulan ni bulan bonus, jom la kite berlumba-lumba kumpul pahala. Kite tak tahu kan mana tahu Ramadhan kali ni Ramadhan terakhir kite bersama keluarga, maka hargailah setiap detik masa bersama. Alhamdulilah, hari ini first day Ramadhan, dapat bersahur satu family lengkap. Lama dah tak merasa sebab kalau tahun-tahun lepas ada yang belajar jauh tak dapat balik dan sebagainya. 

Terasa macam baru je sambut raya tahun lepas. Tahun ni dah nak raya balik. Baju raya pun tak fikir lagi. Cepat betul masa berlalu. Tahun ni juga masuk tahun ke-3 menyambut puasa bersama husband. Perasaan? Seronok. Paling seronok bila dapat berterawikh sama-sama ke masjid dan dapat masak sedap-sedap untuk berbuka. Kite akan terus berdoa dipanjangkan usia supaya berkesempatan merasai nikmat puasa untuk tahun-tahun seterusnya.

Harapan? Harapan kite supaya Ramadhan kali ini membawa seribu makna buat kite dengan husband dan seluruh family. Kite harapkan setiap Ramadhan menjadi satu fasa perubahan diri menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Mohon dijauhkan dari segala musibah, dugaan berat, dan jauh daripada godaan duniawi. Dunia ini bersifat sementara, kite harap diberikan peluang dibukakan hati untuk menjadi yang terbaik. Buat husband dan keluarga. Uols doakan sama ye? Amin.

Monday, June 23

Biarlah


Biar lelah, biar punah,
Demi jihad kecil ini,
Biarlah..

Aku perempuan dipilih Tuhan,
Aku telah berjanji,
Takkan rasa terbuang,
Biar senyum ini,
Menjadi timbang tara penguat..

Walau aku dipilih Tuhan,
Tak selamanya terus terubat,
Bila sampai masa,
Tak cukup kuat,
Aku mati..

Biarlah..

Saturday, June 21

Bali With Love - Last Day (Part 5)

Salam semua,

Ok sebelum mood update blog hilang better update secepat mungkin, dah la panjang berjela part by part nak buat. Tak habis-habis pulak rasanya. Untuk part ni kite buat part last okay. Panjang pun panjang je lah. Harap uols redho membacanya. *sambil jeling budak 2 tahun kat sebelah tengah meniru gaya kite menaip. Bila kite berhenti dia pun berhenti. Sabor je lah*

Ok terus sambung kepada story. Lepas buat aktiviti parasailing dengan pergi tengok pulau penyu, dah tentulah lapar kan? So, memang mengikut jadual Pak Supir bawa kitorang pergi makan restoran padang yang halal. Nama restoran tu ialah Restoran Rindu Rasa. Ayuh!

Restoran Rindu Rasa
Masuk-masuk tengok semuanya memang orang melayu Islam, ada yang berkopiah. Ada yang bertudung juga. Kitorang takde buat apa semua Pak Supir kitorang yang uruskan, dia just tunjuk kertas ke apa entah lepas tu cakap-cakap sikit. Mungkin dalam tu dah tuliskan apa menu yang kitorang dapat. Terus pekerja situ faham dan angguk. Sambil-sambil tunggu makanan melayan tv kat sana. Lepas tu bila makanan sampai je, berdesup terkejut kite laki bini.


Semangkuk demi semangkuk lauk la diorang nak letak. Punya la banyak ya ampun, makan dua orang je kot! Tapi bila dua perut bersatu, apa kisahhhhh!? Memang gedempol la jawapnya. Masa ni memang gemuk pon. Konon-konon seminggu cheat day tak nak rugi nak makan sedap kan. Padahal hari-hari pun cheat day. Nasiblah! Masakan diorang lebih kurang sama je dengan kita. Uols patut try sambal hijau, sambal merah diorang. Boleh tahanlah. Tapi mana nak lawan sambal belacan kite ye dak?

Yang kite masih ingat, lauk yang dihidang Ayam Masak Kari, Sayur Campur Rebus (agak manis kite tak berapa suka), Rendang Daging, Daging Goreng (daging lagi), Sayur Kacang (sedap), Sayur kangkung (sayur lagi). Berapa banyak sayur pun kite tak tahu. Tapi memang kenyang habis. Alhamdulilah.

Pandawa Beach
Lepas dah kenyang, dengan perut buncitnya pergi lepak kat Pandawa Beach. Time tu ada la dalam jam 3pm, boleh tahan panaslah. Bukan boleh tahan, memang tengah panas terik pun. Berpeluh-peluh berlengas badan dah. Tapi pantai dia memang cantik sangat. Beza sangat dengan pantai kita. Air dia jernih boleh nampak dalam, dari jauh pun nampak biru lagi.



Pantai ni boleh dikira sebagai pantai baru la yang dibangunkan, kawasan keliling dia semua batu kapur, tapi sebelum apa-apa memang nak cakap awal-awal la, kat area batu kapur tu memang banyak la patung-patung Hindu. Kat area bawah sikit baru nampak pantai. Pemandangan atas pun dah cukup cantik. Kalau uols bawak Pak Supir atas drive sendiri boleh mintak berhenti dari atas ni untuk ambil gambar, memang ramai pun ambil gambar kat sini. Layan gambar ok.

Jalan-jalan je, tak berani nak lepak makan sebarangan. Sebab kite nampak ada orang jual pork. Huhu.


Selamba je duduk kerusi payung ni sebab tahu nanti mesti ada orang datang cakap tempat tu kena sewa. So duduk-duduk ambil gambar cepat-cepat, lepas tu orang datang cakap kena sewa bangun je la. Haha! Tak kuasa nak sewa sebab time tu memang tengah panas sangat. Lepas jalan-jalan ambil gambar kitorang gerak tempat lain pulak. Ok sambung layan gambar.







Pusat Ole-Ole Khas Karang Kurnia Bali
Actually ada banyak tempat jualan souvenior tapi Pak Supir bawak kitorang ke sini, katanya lebih murah dari yang lain. Tak sure la kan. Kite ingat dia bawak kite pergi Krishna tempat ole-ole Bali yang popular tu tapi rasanya kat sini pon ok. Harga pun not bad la. Bila sampai kat sini borong habis-habis souvenior macam kopi bali, t-shirt, keychain, baju batik, dll. Tu pon sehabis boleh nak bajet supaya tak membazir. Tips kalau nak beli baju Batik kat Bali better beli kat sini daripada kedai khas jual batik Bali sebab harga dia memang beza sangat. Kat tempat ole-ole pun lagi murah. Padahal sama je semua. Souvenior pun sama. Nyesal beli-beli kat tempat lain sebab kat sini semuanya ada. Bila nak bayar debor-debor jugak membayar yelah sekali shopping bunyinya dah berjuta. Haha.

 

Tengah cari baju kelawar untuk Mama sebab dia pesan nak baju kelawar. Hihi.

  

Aiyoo souvenior camni pon ada. Seni katanya.


Hasilnyaaa, kedai ni je dah sebungkus besor. Tak masuk tempat lain lagi. Shopping barang-barang yang lain-lain semua dah masuk dalam van siap-siap. Berfikir-fikir harap-harap tak kena tax mahal kat airport nanti. Sobs!

Adi Spa
Memang dalam pakej yang dinyatakan ada perkhidmatan spa laki bini. Memang ni yang kitorang tunggu. Sebab orang cakap spa kat Bali memang THORBAIKKK! Tapi memang tak dinafikan memang terbaik. Pak Supir cakap Adi Spa ni kira popular jugak kat Bali. Sampai-sampai dia siap bagi green tea sebagai welcome drink. Then dia tunjukkan beberapa sampel minyak urut untuk kita pilih mana yang kita nak pakai. Ada beberapa jenis Lavender, Jasmin, dengan lagi dua apa entah. Lupa! Husband kite pilih Jasmine, kite pilih apa nama bunga tu entah. Tapi suka!


Servis dia memang bestlah. Tempat dia pun cantik. Satu bilik untuk laki bini so takdelah segan sangat. Dalam bilik tu ada katil untuk 2 orang, lepas tu siap dengan tub mandi, shower sekali. Diorang massage lembut sangat, dulu pernah sekali kite pergi spa kat Malaysia. Dia punya urut sampai lebam badan kite. Haish! Lepas massage, diorang scrub badan, lepas tu pakai masker semua. Kite dengarkan je (sebab orang tu tutup mata kita) time nak tunggu masker tu kering satu badan 'orang sebelah' dah krooooohhhh kroooohhhhh! Naik turun nafas kite sebab bengang. Haha!



Paling tak boleh blah dia massage apa semua betul-betul satu badan, pastu dia directly buka kain kemban kite sampai ke pinggang. Perghhhh! Segan kot, kite terkejut lepas tu beriya nak tutup-tutup. Lepas tu dia cakap apa nak tahu tak?

Tukang Urut : Nggak apa-apa, Bu...nggak beda..

Kite macam nak ketawa guling-guling masa tu. Boleh dia kata takde beza. Tapi nak gelak tahankan je la. Terasa macam kekok dia suruh kitorang mandi bunga berdua dalam tub. Yelah first time kot nak mandi berdua tapi ada orang tengok. Aiyooo. Dia siap-siapkan bunga semua, lepas tu kitorang pun mandilah. Lepas tu baru diorang keluar. Dia bagi masa jugak untuk kitorang mandi dan bersiap-siap. So far memang bestlah, dah penat-penat satu hari badan terus fresh la. Kalau pergi Bali, kite suggest uols pergi Adi Spa ni.

 

Garuda Wisnu Kencana Cultural Park

Destinasi seterusnya di Garuda Wisnu Kencana Cultural Park. Datang sini agak lambat sebab masa shopping tu kitorang terlebih ambil masa, so jadual macam dah lari sikit. Tapi tak kisah pun, sebab tak minat sangat nak tengok persembahan Bali Dance. Masuk-masuk pun dah separuh cerita. Berkejar-kejaran Pak Supir membeli tiket. Hihi.



Persembahan dia lebih kurang macam kite pergi tengok Makyung la. Cuma dia macam ada selitkan lawak-lawak sikit. Tapi tak pasti diorang cakap bahasa apa. Yang pasti sepatah haram pun tak faham. Haha. Rasanya orang kat sana pun tak semua faham. Kira macam salah satu loghat jugak la kot. Ok kalau siapa-siapa nak tengok show boleh refer kat website.






Senibina tempat ni memang sangat cantik. Patung-patung memang kiri kanan la. Besar-besar pulak tu. Huhu. Dalam perjalanan untuk makan malam, boleh lalu kat area patung-patung ni. Tempat dia tinggi, macam kena naik tangga-tangga. Tapi kite tak perasan sangat sebab tengok kesenian patung-patung diorang. Tahu-tahu je dah sampai atas untuk ke restoran.



Besar gila patung dia. Itu baru siap kepala garuda je, bertahun tau nak siapkan.


 

Yang ni pulak badan dengan kepala, serius besar gila. Kalau ada yang tak tahu, patung ni bukan dibuat pakai batu konkrit ke apa, tapi dari tembaga. Gila tak? Kite dah berdebar-debar. Takut ok bila tengok, yelahh benda ni kan diorang buat sembah jugak kot. Tapi serius besar sangat, baca-baca je la apa yang patut. Takut balik kena sampuk lagi aniaya. Hihi.


Ambil je la gambar buat kenangan.


Ha ni la projek diorang tengah usahakan. Tak pasti lagi berapa puluh tahun baru siap. Bayangkan kepala dengan badan je dah sebesar apa. Kalau siap semua ni kata diorang, kalau naik flight sampai Bali je terus nampak benda ni dulu. Kira macam Liberty of Statue la. Masa diorang bagi penerangan pun kitorang dah berdebar-debar. Yelah tak dapat bayangkan besar gila kot.


Ambil gambar kenangan lagi.

Jendela Bali Restaurant

Kite memang recommend tempat ni kat uols. Memang terbaik. Tempat paling romantik kalau uols nak bawak pasangan kalau di Bali. Serius superb! Memang terbaik. Before ni pernah candle light dinner kat Menara KL. Rasanya itu dah cukup tinggi dan romantik. Kali ni setinggi bukit. Kite dapat lihat pemandangan keseluruhan Bali tau.



Pintu masuk Restoran Jendela Bali. 

 

Bila masuk je baru tahu kenapa restoran ni dipanggil Jendela Bali. Pintu masuk pun dah macam sebuah tingkap besar, terus menerus nampak satu pemandangan seluruh Bali. Cantik sangat! Tapi tempat duduk kitorang bukanlah kat area tengah-tengah pintu tu, takde orang pun masa tu. Tempat kitorang kat area gelap sikit, open air. Tempat betul-betul tepi lereng bukit, lagi jelas satu Bali. Sampai-sampai je memang diorang dah setting meja.



Disebabkan tempat duduk kitorang open air, agak panas ye tuan puan. Lagipun baru lepas menapak naik turun tangga. Husband dah berpeluh-peluh satu badan. Dia bila start panas je better jangan tegur kang tak pasal-pasal emosi kite. Sampai-sampai je kite ambil gambar dulu biarkan si husband pergi sejukkan badan dulu.

Lepas tu makanan pun sampai. Bab makan kitorang serahkan kat Pak Supir sebab semuanya pihak agensi dah aturkan. Tapi tulaaaa memang banyak betul lauknya. Makan nasi, lauk memang sedap. Sebelum-sebelum ni makan tak berapa nak masuk tekak. Tapi kat sini, terasa sangat macam makan kat tempat sendiri. Sedap sangat! Makan punya makan sampai perut kembung. Untuk dessert kitorang mintak diorang bungkuskan je sebab dah tak larat sangat nak makan. Katanya ada apa entah, special dessert. Balik hotel buka-buka kotak rupanya goreng pisang dengan jemput-jemput. Haha. Masa tu dah start rindu Malaysia.

Hari Ke - 3. Balik Malaysia


Walaupun memang dah jatuh cinta dengan Bali tapi hati tetap rindu nak balik Malaysia. Tiket kitorang pulak masa tu dalam jam 11am. Sepatutnya ada lagi aktiviti tapi awal-awal kite mintak dengan pihak agensi supaya terus ke airport takut tak sempat. So pagi tu bersiap-siap kat hotel dengan perasaan tak sabar nak balik Malaysia.



Gambar wajib lepas check out.


Sarapan siap-siap kat hotel. Makan kenyang-kenyang nanti kat dalam flight gak payah gedik-gedik nak makan pulak. Hihi.


Bye bye Bali.



Kalau tak silap pihak Tareeq Al Jannah dah tak buat lagi pergi ke Bali. Tapi uols boleh contact atau berurusan direct dengan Alia Travel kalau dah sampai sana. Servis diorang ok. Serius.

Website Alia Travel : http://www.aliatravel.net/


Bergambar kenangan dengan Pak Supir a.k.a Guide Tour kite. Pak Johny. Muda kan?



Bergambar kenangan jugak sebelum naik flight. Hehe.


Yeay dah sampai KL. Yang ni kat dalam KL Transit nak balik TBS untuk ambil kereta. Apapun pergi Bali adalah kenangan manis yang tak dapat kite lupakan. Best! Terima kasih sekali lagi kepada pihak Tareeq Al Jannah kerana merealisasikan impian kami berdua untuk ke destinasi honeymoon impian. Alhamdulilah! 

Tamat...

Thursday, June 19

Dugaan Paling Manis.

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi, kerana memberikan dugaan paling manis buat Mummy..

Pada suatu malam, Mummy terasa tak senang hati. Tiba-tiba darah period Mummy macam terlampau banyak sangat dari sebelumnya. Mummy lemah sangat. Memang sepatutnya masa tu Mummy period, maka Mummy tak syak apa-apa walaupun ada beberapa tanda lain kehadiran kamu. Malam tu Mummy tak boleh tidur. Dalam jam 4 pagi Mummy terjaga sebab katil tempat Mummy tidur basah sebab darah terlampau banyak. Mummy risau. Esoknya Mummy pergi klinik. Mummy beritahu doktor yang Mummy ni kena period pain darah terlampau banyak sangat keluar sampai dah lemah, doktor tanya Mummy dah kahwin ke belum. Bila Mummy cakap ya terus dia suruh buat UPT walaupun Mummy 'period' masa tu. Tiba-tiba doktor tunjukkan result, benda paling Mummy nak sangat dengar "Zaihazra, awak mengandung!".


Result masa kat klinik.

Tapi Mummy tahu ianya petanda tak bagus sebab Mummy 'period'. Maka doktor buat scan pada perut Mummy. Mummy sebenarnya masih tak percaya. Macam mimpi. Doktor tunjukkan ada kantung dalam rahim Mummy. Mummy nampak 'buaian' kamu. Ya Allah, begitu besar kuasaMu. Tapi doktor mengatakan Mummy macam keguguran. Doktor terus refer Mummy ke hospital. Mummy terus bagitahu kat Babah. Babah pun terkejut. Dia half day hari tu dan terus hantarkan Mummy ke hospital.

Macam-macam perasaan masa tu. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Yang penting Mummy happy sangat. At least Mummy dengan Babah tahu yang kami takde masalah cuma mungkin belum rezeki kami. Sampai hospital Mummy terus disuruh pergi ke Pusat Kemasukan Ibu Mengandung. Semuanya pengalaman baru bagi Mummy. Kiri kanan Mummy semuanya wanita yang perutnya 6 7 bulan. Alangkah indahnya kalau kamu boleh membesar dalam perut Mummy macam tu juga. Masa menunggu pun ada yang bertanya, dah berapa bulan. Malu Mummy nak terangkan. Masa tu ada doktor yang tolong check Mummy. Seriously Mummy tak pernah lalui semua ni. Malu, sakit, takut, sedih, gembira semuanya ada. Yelah diorang belek-belek, seluk segala. Mummy just fikir dan kuatkan hati. Ini baru permulaan, kalau nak bersalin esok lagi sakit. So nak taknak, Mummy tempuh semua untuk kamu.

Masa doktor check pangkal rahim Mummy, doktor cakap pintu rahim Mummy tak terbuka lagi tapi ada banyak darah. Memang seriau sebab sakit. Doktor seluk-seluk. Sakit. Doktor tu macam serba salah sebab lepas check up dia nampak Mummy kesat air mata diam-diam. Lepas tu doktor lain pulak scan Mummy. Kali ni bukan scan macam kat klinik tu sapu gel kat perut, tapi yang ni scan ikut bawah tu. Supaya lagi jelas. Huhu. Doktor check, dia cuma cakap nasib baik baby bukan kat luar rahim. Lepas tu dia belek-belek lagi tiba-tiba ternampak ada dua kantung. Dia senyum "Eh ada 2 kantung". Mummy tanya, "Kenapa ada 2 kantung ni?". Doc just cakap "Maybe twins!". Ya Allah, laju jantung Mummy rupanya Allah memberikan suprise yang paling indah sekali. Doktor cuba cari kamu berdua kat mana tapi masih tak nampak, mungkin kamu berdua masih terlalu kecil. Hanya ada 2 kantung je yang nampak.


Result masa scan kat hospital. Nampak tak ada dua bulat tu? :')

Doktor berikan masa dalam 2 minggu setengah untuk check balik, untuk pastikan kamu berdua masih bernyawa dengan sempurna ke tidak dalam rahim Mummy. Walaupun Mummy tak pasti apa nasib kamu berdua, tapi Mummy yakin setiap yang berlaku punya hikmahNya. Lagi seminggu Mummy akan ke hospital. Mungkin bakal pulang bersama kamu berdua, mungkin tidak. Apa yang pasti selama tempoh yang diberikan doktor ini, Mummy dengan Babah sentiasa membayangkan kamu berdua tetap ada. Kami just menikmati perasaan bergelar ibu dan bapa. Sungguh, perasaan itu tersangat bahagia. Alhamdulilah dengan kehadiran kamu berdua dalam rahim Mummy dah cukup buat semua orang gembira walaupun hakikatnya masing-masing tak boleh letakkan harapan tinggi.



Tahu tak benda paling sweet Babah pernah buat yang Mummy masih ingat, bila balik kerja Babah akan kelam kabut letak beg lepas tu cepat-cepat peluk Mummy kuat-kuat.

Babah : I miss you so much!
Mummy : I miss you too. Rindu kite sorang je ke?
Babah : Nope, RINDU AWAK BERTIGA. *sambil pegang perut Mummy*
Mummy : *senyum sambil kesat air mata*

Pengubat hati Mummy

Bila malam je Mummy dengan Babah akan berangan mana nak letak baby cot, nak beli itu ini. Walaupun Mummy dengan Babah tahu semua ni belum pasti tapi kami sengaja nak menikmati. Tak salah kan? Mana tahu kamu curi-curi dengar dari perut Mummy lepas tu Allah turunkan miracle, kamu berkembang dengan baik?

Lepas tu bila diingat semula, kamu berdua memang suka makan ayam goreng. Hari-hari Mummy plan nak makan benda lain tapi last-last Mummy kan pilih nasi kosong dengan AYAM GORENG. Sebab entah kenapa Mummy geli nak makan lauk lain lagi-lagi yang berkuah. Loya tekak Mummy, makan nasi pun sejemput. Sampai turun berat badan Mummy 4 kilo. Mummy syak kamu berdua ni persis UPIN IPIN. Haha. Tapi Mummy lagi suka kalau kamu berdua adalah baby boy dengan baby girl. Sepasang!


Entri ni Mummy draft siap-siap. Mungkin 19hb Jun 2014 nanti iaitu hari ni Mummy auto-publish. Masa ni mungkin Mummy dah kat hospital untuk mengetahui apa masih ada harapan atau pun tidak. Terima kasih buat Babah kerana sentiasa menemani. Kalau ada yang tengah baca tolong doakan ya?

Ada ataupun tidak, Mummy bersyukur diberikan peluang untuk merasai nikmat bergelar bakal ibu walaupun dalam tempoh sekejap ataupun tidak. Mummy cuma mohon pada Allah untuk mengaturkan rancangan yang lebih baik. Andai kata kamu berdua bukan rezeki Mummy dengan Babah kami redha, Mummy cuma harap Mummy diberikan peluang kedua ketiga dan keempat untuk merasai nikmat seperti ini lagi. Sesungguhnya ini dugaan termanis yang Mummy dan Babah tempuhi bersama. Tiap hari kami berdoa supaya dikurniakan zuriat, supaya kami berubah menjadi lebih baik, dapat menyambung keturunan kami. Harap Allah perkenankan suatu hari nanti. Amin amin amin ya rabbal alamin.



Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Verse 1

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Verse 2

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


**Updated :
Baru balik dari scan, nampaknya belum rezeki kami. Doc sahkan yang memang dah betul-betul keguguran. Takpelah memang dah redha.. doakan kami supaya masih diberikan merasai nikmat ini sekali lagi ok.. :')

Monday, June 16

Bali With Love - Foto Adat Bali, Turtle Island & Parasailing (Part 4)

Assalamualaikum..

Ok hari ni nak masuk story untuk hari ke-2 kitorang kat Bali. Pagi tu memang dah planning dengan Pak Supir keluar awal sikit. Jam 8am dah standby siap-siap breakfast kat hotel lepas tu tunggu Pak Supir datang ambil. Memang sharp dia datang. Bagus. Baju standby sampai malam pun dah siap-siap bawak sebab aktiviti hari ke-2 memang padat gila. Yessss!

Foto Adat Bali
Tempat pertama yang Pak Supir bawak ialah kedai gambar? Say what? Haha. Yelahhh muka tengah fresh lagi kan, itu pasal dia bawak awal-awal. Sebab dalam pakej honeymoon kitorang memang ada tulis untuk pakej Foto Adat Bali. Kira pakai baju tradisi diorang la. Kite bajet-bajet cam biasa je pakai buat syarat tapi tak ye tuan-puan. OVER sangat kitorang laki bini.


Masuk-masuk kedai macam kedai-kedai gambar yang biasa, tapi bila masuk studio terkejut kite dah macam muzium pon ada. Akak kedai tu suruh kita bukak baju depan dia. Sebab dia nak pakaikan kite baju adat Bali. Nasib baik dah standby inner. Takdelah segan sangat, pakej sekali dengan mekap la ape la. Yang tak best, dia tak kasi pakai inner tudung. Kite degil jugak, pakai la inner kecit tu beserta dengan rambut pelesu kak ponti. Husband kite dah macam ratu drag aku tengok. Yelah berkemban bagai. Rasa nak lari taknak mengaku laki pon ada. Kite pon berkemban ekceli tapi nasib baik dia kasi pakai inner. Haha!


Masa pakai benda atas kepala ni dia lapik dengan beberapa gumpal towel. Serius berat gila benda ni, terasa macam junjung tong gas tahu tak. Kite tak boleh bergerak banyak, pening kepala ok. Lepas habis ambil gambar, diorang selamatkan yang atas kepala dulu. Nasib baiklah. Fuh!

Turtle Island
Dah settle ambil gambar, Pak Supir terus bawak tepi pantai apa entah. Lupa namanya. Tapi kat situ kite nak pergi Turtle Island. Tengok-tengok penyu la konon. Kitorang naik boat yang tengah-tengah dia ada glasses tu. So boleh nampak la ikan-ikan bawah tu. Dan dann la berhenti tengah laut bagi makan ikan. Aiyooo kite mabuk laut tak selera nak bagi makan ikan. Haaa yang bestnya, pakej diorang ni memang untuk orang honeymoon. Naik van pun khas kitorang 2 je, naik boat pun sama. Sebab tengok orang lain kena naik beramai-ramai. Nasib baik tak kena berebut.


Sampai-sampai ada orang sambut. Lepas tu dia kata kena masukkan duit dalam satu tabung, tak kisah berapa pun sebagai sumbangan untuk bangunkan tempat tu. Oklah tempat tu macam pusat penempatan penyu. Ada bapak penyu, ada adik beradik, anak-anak penyu. Dia punya penjaga pun tersangat ramah. Kalau siapa yang sambut kita, dia la yang akan bawak kite jalan-jalan dalam tu dari mula sampai habis. Tapi paham-paham la ye, balik kena hulur tips sikit. Itu ikut uols la nak bagi ke tidak tapi kebanyakan pemandu pelancong sana lebih suka kalau kita bagi sikit tips. Tak banyak pun takpe suapaya nanti diorg layan kite molek-molek sikit.


Berbalik kepada tempat penyu ni, kat dalam ni ada juga beberapa haiwan lain macam burung hantu, kelawar, biawak dan macam-macam lagi. Macam mini zoo pun ada sebab tak banyak pun haiwan kat situ. Kalau datang sana boleh mintak tolong penjaga tu ambilkan gambar kenangan kat situ. Lepas melawat haiwan, ada kedai makan kecil kat situ boleh minum air kelapa atau makan sekali kat situ.



Parasailing
Benda ni sah-sah kite taknak buat. Tak kuasa nak membahayakan diri. Kot-kot pregnant, buat aniaya diri sendiri je kan? Tapi orang sebelah buat muka teruja nak naik, kite dah agak dah. Sebab kite kan 'menteri kewangan', so mana-mana aktiviti membazir kite larang siap-siap. Mula-mula kakak kat situ kata satu pusingan 20 dollar ke berapa entah. Tak ingat pulak. Tapi yang pasti mahal la. Terus say NO to him. Dia pun ikut je lah. Tapi macam tak best la pulak. Kesian dia, lagipun duit dia gak kannn. Kite pun cakap kat dia, "kalau Abang nak naik, naiklah..". Dia punya teruja terus pergi kat kakak tadi. Kakak tadi bagus jugak, tips dia kite kena tanya banyak-banyak kali kat dia lepas tu buat macam berat hati sebab mahal. Sure dia akan turunkan harga. Keji tak?





Kalau tak silap, kitorang dapat harga dalam 200 ribu rupiah kot seorang. Dah orang tu je nak naik sangat, tak kisah lah. Kite rela tunggu bawah sambil lambai-lambai je. Asalkan kitorang happy pun dah cukup. Alhamdulilah laki kite selamat naik selamat turun. Bila turun, dia punya senyum sampai telinga.

Hubby : Thank you, Sayang!
Kite : Kite just nak Abang happy.. :)

Tips bila dah naik atas sana, kite kena dengar betul-betul arahan dari orang bawah. Yelah, kalau tak memang tak boleh turun lah uols. Masa tu dah nak tengah hari, kira tak panas lagi. Ok lepas ni nak bersiap-siap untuk aktiviti seterusnya. Yang pasti dimulakan dengan MAKAN!

Bersambung.
Lazada Philippines