Wednesday, October 29

Kias Fansuri.

 Morning.

Entah kenapa dari pagi sampai hari ini asyik terngiang-ngiang lagu ini. I really love lagu-lagu yang M.Nasir buat. Puitis dan sangat bermakna. Lagu Kias Fansuri orang seni je kot boleh faham maksud lirik dia. Dia gunakan terms tertentu sebagai simbolik dan diterjemahkan melalui fahaman kite sendiri. So bila dengar lagu ini setiap orang akan berbeza fahaman. Oklah ini short update dari kite. Layan lagu ini sama-sama ok!




Tak sempat dipapas
Hidangan ku habis
Bila ku terpandang
Dia melangkah masuk hendak menjamu selera

Geletar lututku
Di belakang tabir
Bila ku terdengar
Namaku dipanggil
Dia matanya merah menyala
Dia... hadiahkan tubuhku
Tujuh lacutan pedang saktinya
Dia...

Jangan sesekali kau ceritakan
Pengalamanmu Yusuf
Takut-takut mengundang bencana
Siapa tahu
Betapa berat cinta yang ditanggung
Sehingga dia sanggup lakukan
Biar apa saja demi mendapatkan
Restu Sultan cahaya hatinya

Tak sia-sia azam Zulaikha
Bisa jadi cermin mengintai jiwa
Tak sia-sia mimpi Zulaikha
Bisa jadi lorong insan bercinta

Bisikan memujuk
Memupuk nurani
Lalu terbukalah
Pintu yang menghijap
Dia...

Aku kenal dia lama dahulu
Dia...
Yang melamarku dalam mimpi
Kias fansuri
Mawar berduri
Kias fansuri
Lembah yang sepi
Kias fansuri
Madah bersari
Kias fansuri
Langit yang tinggi

Saturday, October 11

Art Illustration by me

Salam,

Oklah update pun saja-saja nak upload kerja masa lapang kite. Ada orang request nak order kite on aje. Thanks ehhhhh!

Nak inform siap-siap kite memang jarang sangat amik tempahan sebab risau kadang-kadang tak boleh siapkan sebab kite buat pun bila free time SAHAJA kat opis. So jangan expect dapat siap awal yer, tapi memang sebolehnya saya akan cuba siapkan awal. Paling lambat pun 3 hari insyaAllah. Hihi.

Prosedur nak order :
1. Email kite first. Discuss nak macam mana, apa semua.
2. Lepas siap kite bagi draft dulu, ada watermark punya. Masa ni nak amend apa-apa cakap siap-siap.
3. Lepas tu baru confim kan betul-betul.
4. Buat payment dulu baru kite bagi full artwork. (Uols boleh request nak file format apa pun) 

Oklah siapa yang teringin nak gunakan khidmat saya atau sebarang pertanyaan boleh email di :
errapazira_86@yahoo.com



Thank You!

Lazada Philippines