Monday, January 12

Review : ROA by Jovian Mandagie

"Selamat Bakudapa! Or Hello in Manado. For those who have known me as half Indonesian, Manado is where my roots originated from. Located in northern Indonesia, Manado is the capital city of Sulawesi Island, near the Philippines. Roa by Jovian Mandagie is my second baby after establishing my fashion empire. Roa is a dream come true for me. Serving every each one of you is an honour for all of us at Roa. I have always been passionate about cooking since young." - Jovian Mandagie
Salam,

Kali ini saya nak review sebuah restoran yang dimiliki boleh pereka fesyen terkenal di Malaysia iaitu Jovian Mandagie. Buat siapa yang tak kenal Jovian ni, beliau merupakan seorang pereka fesyen dan ada empire sendiri dalam bidang fesyen. Rasanya ramai peminat baju-baju keluaran beliau. Kalau tak silap saya kita boleh nampak baju-baju beliau dijual di Zalora takpun boleh pergi terus ke butik beliau di Seksyen 7, Shah Alam. Nak tahu lebih lanjut boleh ke website dia ---->www.jovianmandagie.com

ROA by Jovian Mandagie Shah Alam

Buat masa sekarang ni, hobi kitorang laki bini memang suka try makan kat tempat menarik contohnya ROA by Jovian Mandagie ni lah. Setakat ini ROA dah ada dua cawangan. Yang kitorang pergi di Seksyen 7, Shah Alam area Restoran Hakim yang famous tu dan lagi satu cawangan terletak di Bangsar, KL. So, kalau siapa yang nak pergi boleh refer alamat di bawah ni. Tempat tak susah nak cari, memang port orang cari makan pun.

ROA by Jovian Mandagie Shah Alam
Lot 1A, Jalan Kristal K7/7
Seksyen 7, 40000
Shah Alam, Selangor

ROA by Jovian Mandagie Bangsar
No 16,
Jalan Telawi 5, 59100
Bangsar, Kuala Lumpur


Ok first of all, memang dah jadi kebiasaan saya sebelum pergi restoran macam ni saya lebih suka baca review orang dulu. Yelahh first time kan. So tak nak la rugi duit ke salah cara ke. Mana tahu cara order lain dari yang lain ke. First review yang saya baca adalah bad review. Dalam hati kata alamak tak bestnya. Ada jugak dalam beberapa review yang tak best, terutamanya bab servis. Tapi ada jugak review yang kata best. So, kalau nak tahu kena la pergi sendiri kan? 


First impression masa masuk restoran macam teruja sikit sebab cantik. Dekorasi menarik. Ekslusif. Semua barang ada cop kedai, pinggan, lampu atas meja, tisu. Serious saya suka. Disebabkan restoran ni adalah bangunan biasa kedai 2 tingkat, jadi ruangnya tak berapa besar. Meja pun disusun agak rapat dengan orang sebelah. Tapi rasanya takde masalah, yang penting memang cantik. Dah macam makan kat hotel pun ada. Konsep restoran ala-ala vintage. Setiap meja ada bunga segar. Aroma bunga tu buat suasana jadi romantis jugak la kalau nak bawak pasangan datang makan kat sini. Serius!


Tapi bila masuk restoran pekerja dia tak berapa alert. Rasanya masa tu tak ramai oraang pun. Maybe masing-masing busy. Takde siapa ambil order atau pandang kitorang yang terlambai-lambai. Kitorang kan dah baca review. So masing-masing buat conclusion awal so betul laa servis dia tak berapa bagus. Bisik-bisik lepas tu lambai-lambai. Keji kan. Haha. Mungkin supervisor atau siapa entah yang berjawatan agak tinggi kat situ perasan kitorang tak dilayan dia pun datang ke meja kitorang. Dia pun terus bagi menu dan mintak pekerja lain ambil order. Bagus!

Menu. Comel kan?

Saya memang dah tengok apa menu yang ada dalam website beserta harganya. Dan juga baca review dari blog lain. Bagus tak? Haha. Mungkin kesemua menu adalah masakan Manado, jadi ada beberapa menu yang memang saya takkan order. Terutamanya Nasi Goreng ROA atau sambal ROA sebab husband saya sekarang ni memang tak boleh makan pedas. Takut dia sakit perut. Sebab kalau uols nak tahu kebanyakan menu memang pedas. Bukan pedas biasa ye uols. So kalau siapa yang tak makan pedas kena pilih menu yang tak pedas lah.

Tips : Kalau betul-betul nak rasa makanan Manado better order nasi dengan lauk-lauk. Lagi sedap. Serius. Sebab kalau order nasi goreng atau mee, makanan tu lebih kurang dengan masakan melayu.

Es Buah. Bahagian atas sirap bahagian bawah ada jus & buah nenas kalau tak silap.

Kitorang order 4 lauk. Alamak ada pinggan sumbing. Urm.

Yang ini Ayam Goreng Mentega. Rasanya dia ada campur kicap sikit. Sedap cuma agak garing sikit. Penat nak mengunyah. But not so bad. Sedap!

Ini Ayam Rica-Rica. SUPER Pedas! Tapi sedap. Rasa macam ayam masak cili. Recommended.

Yang ini my favourite. Sapi Bumbu Sate Garo. Rasa macam rendang + sate daging. Recommended!

Cumi Cah Hitam. Macam sotong goreng kicap. Yang ini biasa-biasa, better beli Ikan kot. Tersalah order pulak. Nyesal gak. Haishh.

Suasana restoran.

Dah habis makan, kitorang pusing-pusing satu restoran ambil gambar. Orang pandang je. Tapi orang tak kisah pun. So what? I'm a blogger tauu! Walaupun...... pencen kadang-kadang. Cehh kekwat kau kan. Hihi.

Ohh baru tahu kenapa cepat sangat sampai makanan. Dia dah siap-siap masak rupanya.

Boleh belajar bahasa sana.

Tengok tu asal usul Manado. Semua dia tampal kat dinding.

Tempat diorang buat kerja. Nasib baik tak terjah dapur. Hihi. Ambik gambar je laju-laju.

Suka lampu mentol tu. Kitorang dah berangan nak buat konsep macam ni kat ruang makan bila dah ada rumah sendiri. Sempat!

Nampak menarik dan sedap, cuma mahal sikit la.

Tips : Kalau yang ada anak ramai ke atau nak jimat, better bawak air sendiri dari rumah. Macam kitorang memang kebetulan bawak air mineral kalau berjalan. So tak payah beli minuman. Agak mahal la. Dessert pun sama.

Port lepak best ni.

Ok nak balik dah.

Ok jap berapa total kitorang makan ye? Urm.

RM69.50 untuk 2 orang. Gulp.

So far oklah, harganya berpatutan untuk restoran jenis macam ni. Yelahh sebab restoran ni bukan kat hotel kan. Rasanya kalau makan hotel lagi mahal kot. Sekali-sekala oklah nak celebrate apa-apa ke. Nak pergi selalu baik masak kat rumah je. Hihi. Harap apa yang saya share ini dapat membantu uols yang tengah tefikir-fikir nak try ke tak nak restoran ini. Ok bye.

Ok ini rate saya bagi untuk ROA :
Dekorasi : 5 / 5
Makanan : 3.5 / 5
Servis : 4 / 5

Website : http://www.roabyjovianmandagie.com/
Instagram :@roa.jovianmandagie

No comments:

Lazada Philippines