Thursday, February 12

Penang With Love Part 1

Salam semua,

Ok ni mood tengah rajin nak update pasal pengalaman bercuti di Penang tempoh hari. Macam biasa, entri ni ada part by part supaya tak panjang berjela gara-gara gambar banyak sangat. I'll make it ringkas dan padat ok. Saya akan share sedikit tips sepanjang uols kat Penang. Actually plan nak ke Penang dah lama tapi asyik tunda je gara-gara kekangan masa. Laaa ni ada salah sorang membe kitorg kahwin kat Kulim itu yang alang-alang pi bercuti kat Penang. (alasan)

Kitorang pergi Penang 7-9 Feb. Sabtu tu kerja half day. Lepas kerja terus shoot ke Penang dari Subang. Dah beli siap-siap tiket Malindo. Dah siap-siap check in apa semua, sampai-sampai terus pi gate berlepas je. Dipendekkan cerita alhamdulilah kami selamat tiba di Penang petang tu. Plan memang dah cantik, my BFF amik kat airport then kite terus seberang ke Kulim untuk pergi wedding. Alhamdulilah hajat untuk ke wedding member tu berjalan lancar walaupun majlis dah siap-siap nak bungkus masa tu. Haha. Redho, asalkan sampai ye tak?

Nak naik flight dah masa ni. Sempat pose kan!

Selamat pengantin baru buat Ejan dan suaminya Rudy. Semoga bahagia hingga ke Jannah! Gigih kan kami? Dah boleh dapat award dah ni.

BFF yang dekat berapa tahun dah tak jumpa. Nasriyah namanya. Kenal masa belajar kolej dulu. Dia ni orang Kedah kerja kat Penang. Last jumpa masa mula-mula kahwin dulu masa nak pi honeymoon kat Langkawi, dia gak yang amik kat airport Penang masa tu sebab masa tu teringin nak makan Nasi Kandar Penang. Hihi. Dapat gak lepas rindu kan alang-alang.....

 Atas feri Pulau Pinang!

Pergi wedding kejap je sebab semua dah siap-siap bungkus kan. So lepas pi wedding, BFF kite hantarkan sampai Jetty Butterworth sebab dia duduk seberang so malas nak ulang-alik lagi. Tapi takpe, kitorang suka sebab tak pernah naik feri. Apalagi kann, inilah masanya! Pada yang tak tahu, tiket untuk naik feri adalah RM1.20 seorang untuk pejalan kaki. Murah kan? Tak payah la gigih naik naik taxi. Bus pun lambat. Ramai yang naik feri je lagi cepat. Perjalanan pun sekejap je kalau nak banding seberang atas jalan. Tak puas rasanya. Kejap je dah sampai.

Sampai-sampai terus menuju ke stesen bas kat sebelah Jetty tu. Kitorang memang dah tengok peta siap-siap kat mana lokasi hotel. So memang sangat confident la kan. Lagipun Waze kan ada. Apa susah? Masa ni kitorang stay kat Helicornia Hotel, Penang. Hotel tu terletak kat Jalan Kinta. Tanya je kat driver bus tu dan mintak diorang berhenti kat area berdekatan dengan laluan bas. Alhamdulilah so far semuanya lancar. Hotel pun tak jauh dari tempat tunggu bas, kitorang pun terus check-in hotel.


Hotel ok. Bersih dan selesa. Cuma tempat nak solat tu sempit sikit. Betul-betul celah katil je. Nak berjemaah memang tak boleh la. Yang lain semuanya ok. Kitorang stay kat Helicornia Hotel untuk 3D2N. Harga untuk 2 malam lebih kurang rm276. Tapi kitorang punya ada diskaun sebab ada kawan kerja sini. So, dalam rm180 je for 2N. Jimat kan?

Sampai-sampai terus rest dan siap apa yang patut sebab malam punya agenda nak lepak-lepak dgn blogger letop Penang siapa lagi kalau Jumie Samsudin. And the gang. Seronok lepak dengan diorang, happening dan yang paling penting tak sombong ok. Masing-masing dah macam tourist guide dah. Diorang bawak pi Gurney Drive. Katanya kat sana ada banyak makan sedap. Memang pun.


Jumie and the gang!

Kite lapar so makan nasi lemak masa ni.

Pasemboq!

Masa ni kitorang segan sikit nak makan. Yelahh Jumie beli macam-macam. Blur-blur. Ko tengok esok ye kitorang pi sendiri. Haha. Lepas je pi makan kat Gurney Drive, Jumie bawak kitorang pi Night Market kat Batu Feringgi. Not bad. Boleh tahan murah. Nasib baik kitorang berjimat-cermat untuk bajet shopping. Kalau takkkkkkk!

Tips : Bila tanya harga banyak-banyak tawar-menawar. Sampai diorang dah bagi harga rendah, melangkah setapak dua konon-konon taknak beli. Dah hujung-hujung dengan dia turun kan harga maksimum baru beli. Serious!




Malam tu kitorang lepak minum je lepas jalan-jalan kat Night Market Batu Feringgi. Lepas tu diorang hantar ke hotel. Alhamdulilah plan hari pertama berjalan lancar. Perjalanan bermula hari esoknya. Yeah!

Bersambung.

1 comment:

Unknown said...

Tebaik,.. tu je.. tapi hati sy sudah tiada harapan lagi untuk memcinta

Lazada Philippines