Friday, February 13

Penang With Love Part 2

Salam,

Ok entri ini sambungan daripada Part 1.


Plan nak keluar pagi-pagi tak menjadi. Konon-konon je masing-masing. Dah bangun pagi tapi masih berguling bergelut atas katil. Dan dan laaa pagi Ahad cerita best-best pulak. Melayan TV sampai ke tengah hari. Kalau kat rumah pun hari Ahad kitorang dah kurangkan berjalan dah. Faktor usia kononnya. Sebab nak rest kan. Kalau keluar pun petang dah balik. So kat Penang ni kitorang plan terus keluar brunch je. Jimat pun jimat. Saya baru berangan nak try makan Roti Canai yang famous tu Roti Canai Transfer Road. Tak dapat la jawapnya.

1. Restoran Line Clear

Sikit-sikit tengok map. Feeling sangat minah ni kan. Penang je kot. Target pertama ialah nak dapatkan sebijik motor untuk pusing-pusing town. Semalam masa dalam bas ada nampak banyak motor sewa kat area Jalan Chulia. Kitorang ingat nak sewa je, jimat sikit tak payah sewa kereta kan. Tapi kitorang ni jalan kaki punya jalan tiba-tiba nampak Line Clear. Nak kata dekat tu tak jugak, tapi bila dah berjalan tak perasan dah jauh. Apalagi mencekik la dulu kan. Makan kat Line Clear adalah salah satu misi datang Penang jugak. Hihi. 

Mencekik jom!

Sampai-sampai memang ngam-ngam dah tengah hari. Beratur jugak la. Tapi tak la ambik masa lama sangat. Servis pantas. Thor-baik! Siap pesan dengan husband awal-awal, ingat ambik satu lauk je! Takut mahal. So saya ambik lauk ayam goreng, husband ambik lauk kari ikan.

Rasa dia memang gila-gila punya puas ahh makan kari. Haha. Sedapppp angattt! Beza ahh makan kat KL. Harga pun not bad tak la mahal sangat walaupun diorang ni dah well-known. Makan berdua dalam RM14 je termasuk air. Terbaik ahh!

Lepas makan, jalan sikit je nampak bus stop. Ehhh ada lagi CAT Bus ni? Sebab tanya member-member Penang diorang cakap dah takde. So, kitorang try naik. Memang ada lagi. Free kot. Jimat! Buat yang masih tak tahu, kerajaan penang ada sediakan free shuttle bus untuk ke town. Pusing-pusing area town. Servis pun bagus. Betul cakap orang, transportation kat Penang memang tip top. Bus tak payah tunggu lama-lama. Kejap-kejap ada bus. So masa ni kitorang decide nak naik CAT Bus ni je sebab plan hari Ahad tu memang nak pusing town habis-habis.

Kat dalam bus.

Tips: CAT Bus ada laluan dia sendiri. Kalau confius boleh tengok kat bus stop tu ada tulis station berapa. Tunggu je kat mana-mana station yang ada tanda CAT(Central Area Transit) tu ok. Jangan sesekali tahan suka-suka hati je sebab dia takkan bagi masuk walaupun dia tengah berhenti masa traffic light.

2. Penang Heritage Trail & Penang Street Art

Kitorang nak jengah Penang Heritage Trail dengan Penang Street Art nak tengok bangunan-bangunan lama untuk ambik gambar. Tengok dalam map yang saya ambik kat hotel, area kat station Kampung Kolam ada banyak lukisan kat dinding tu. Rasanya area situ memang boleh jadi starting point kalau uols nak mulakan perjalanan.

Yang ni kat Kampung Kolam tu, ada kubur lama depan mata.


Jalan kaki sikit, cari area Jalan Armenian. Uols akan start masuk area Penang Heritage Trail. Kat sini ada banyak bangunan-bangunan lama yang cantik-cantik. Suasana pun boleh tahan happening sebab ramai jugak yang berkunjung kat sini.

Panas uols. Kitorang datang sini tengah hari. Memang panas terik. Nampak ada orang jual Ais Kepal. Belilah apalagi. Ada banyak perisa, kitorang pilih perisa Laici. RM3 je. Dekat area sini ada ramai orang buat servis sewa basikal. Untuk basikal double seat tu RM18 sehari. Basikal biasa dalam RM15 rasanya sehari. Sebab cuaca agak panas terik, kitorang berfikir-fikir samada nak sewa basikal ke tak sambil habiskan Ais Kepal. Haha!

Fikir punya fikir, bincang punya bincang. Kitorang decide nak sewa basikal elektrik ni je. RM20 untuk sejam setengah. Katanya kalau lebih-lebih sikit tak dikira tapi jangan la melampau sampai sejam. Kalau terlebih sejam dalam RM15 la korang kena tambah. Not bad ah naik benda ni. Tak la berpeluh. Cuma tak boleh nak racing la. Slow je uols. Sejam setengah tu pon cukup untuk uols pusing satu town. Rasanya jauh gak kitorang berjalan. Berpusing-pusing sampai ke jetty, pi jengah Jalan Cinta (Love Lane) dan banyak tempat lagi. Layan gambar ok.

Buat yang tak pernah jengah Penang Street Art ni mungkin tak tahu yang lukisan-lukisan ni tak duduk setempat. Uols kena cari berdasarkan peta. Kalau nasib tak baik uols pusing la satu town belum tentu jumpa sebab dia lukis ikut suka kat mana-mana. Kalau rasa malas sangat boleh naik beca. Dia hantar terus ke lukisan-lukisan tu.


Antara lukisan yang kitorang sempat ambik gambar.

Ok gedik tak nak feeling-feeling pengantin baru.

3. Paper Pepper Cafe, Penang

Jalan punya jalan terasa macam nak lepak Cafe House minum-minum kopi. Entah macam mana terserempak pulak dengan Paper Pepper Cafe yang terletak dekat-dekat je dengan Masjid Kapitan Keling. Nampak kedai macam menarik je apalagi kitorang pi try. Masuk-masuk kedai diorang suruh lepak kat atas. Kebetulan takde orang so kitorang photoshoot berdua la. Kedai dia memang cantik + comel!

Mula-mula ambik gambar berdua dulu.

 
Lepas tu photoshoot ah!

Diorang ada jual poskad comel-comel.


Boleh tampal wishes korang kat belakang tu.


Comel kan meja dia?

Ada tempat untuk baring-baring lagi. Bantal gebu-gebu boleh tido dibuatnya.

Lupa pulak nak review makanan dia. Kitorang order coffee biasa-biasa je dengan garlic bread. Memang sedap! Uols patut try kalau datang sini ok.

4. Masjid Kapitan Keling, Penang
Alang-alang dah dekat pukul 7pm tu kitorang lepak masjid je sampai masuk waktu. Siap-siap jamak, senang nanti balik terus tido je. Kalau uols nak tahu masjid ni adalah bangunan paling lama kat sini. Ada sejarah dia jugak.

5. Gurney Drive, Penang

Nak membalas dendam malu-malu makan masa dengan Jumie and the gang semalam, kitorang naik bas pi Gurney Drive. Tanya je dengan driver, pandai la dia berhentikan kat mana. Merasa makan Pasemboq paling famous kat situ. Alaaaa Pasemboq pakcik yang nyanyi-nyanyi tu.... Misi tercapai gak. Lepas makan kitorang terus balik hotel. Esok orang dah start kerja tapi kitorang jalan lagi!

Bersambung.

No comments:

Lazada Philippines