Salam uols,
Sihat? Ehemmm. Sekarang ni masalah saya konon-konon nak berdiet tapi still lagi berselera besar nak makan itu ini. Hari tu beli yogurt dengan harapan nak makan hari-hari untuk kurus. Tapi tekak memang tekak melayu nak juga makan makanan melayu. Mulalah terfikir nak buat satu resepi simple berasaskan yogurt. Sebab? Yogurt adalah makanan yang sangat memudahkan penghadaman kita. So, nak buat resepi baru. Asalkan ianya senang, ringkas dan sedap dimakan.
Bercakap mengenai yogurt, saya ingin memperkenalkan kepada uols NESTLE Natural Set Yogurt. Apa yang menariknya ialah NESTLE Natural Set Yogurt ini tiada campuran pewarna atau sebarang perasa. Ia memang betul-betul yogurt asli. Sesuai untuk menu diet dan rendah lemak dan juga memudahkan pencernaan.
Di sini saya ingin berkongsi resepi yang menggunakan NESTLE Natural Set Yogurt iaitu Tortilla Spicy Chilli Tuna.
Tortilla Spicy Chilli Tuna
Bahan-bahan
Untuk Tortilla :
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan air panas
- 3/4 sudu kecil serbuk penaik
- 1/2 sudu kecil garam
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 biji bawang besar
- 2 biji tomato
- 3 biji bawang putih
- 1 tin Tuna
- 7 biji cili padi
- 2 sudu besar minyak masak
- 4 sudu besar Nestle NATURAL Set Yogurt
- Garam secukup rasa
- Salad
- Bawang besar
- Tomato
1. Masukkan tepung, baking powder dan garam ke dalam bekas dan kacau rata. Tambahkan minyak masak dan kacau rata.
2. Tuangkan air panas dan kacau, bila suhu reda baru boleh gunakan tangan untuk buat doh. Biarkan doh dalam bekas yang ditutup kain lembab dan biarkan dalam 10 minit.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
Cara Penyediaan :
Sediakan bahan-bahan seperti hirisan salad, tomato dan bawang (jika suka)
Gulungkan tortilla dengan inti tuna dan boleh dihidang. Siap!
Klik website Dear Nestle untuk maklumat lanjut. Ada banyak info menarik seperti resepi, food review, promosi dan macam-macam lagi. Uols takkan rugi. Trust me.









