
Thursday, November 26
broadband yeay!

Tuesday, November 17
siapa pengapit?
yang besh, dapat makan semeja dengan pengantin..huahua..(itu yang penting) yang shaye duk cerita pasal pengapit ni, shaye pernah jadi pengapit ke?? of coz la pernah ok..! masa wedding nasuha my beshfren tu.. patutnya shaye datang nak tengok dia kawin, tapi tup tup kena jadi pengapit la pulak..aduhai..
bila tengok balik gamba masa gi rumah nasuha hari tu, segan beb! incik shaye nak tengok, shaye sorok-sorok halang jangan bagi tengok..bukan apa, semua gambar berkerut..ces! kena paksa beb! huhu..tapi takpe la, dapat pengalaman le juga.. yang kelakarnya masa nak teman nasuha khatam quran, makcik-makcik tu duk tanya "yang mana satu pengantinnya?" hahaha..sebab kitorang pakai baju nak sama..aduhai.. tak pasal-pasal, guwe pun turut serta khatam quran masa tu..pegang microphone n mengaji jugak ok..(insaf kejap,tak fikir karaoke dah) hohoho..
sebenarnya bila kita duk bersanding kat pelamin tu, macam-macam perasaan kita rasa.. rasa apa? sedih, happy, teruja, segan, bangga, menyesal (menyesal? haha) dan lain-lain.. nanti korang kawin korang tahu la..(guwe dah kawin ke?..hahah!) takde la..jadi pengapit pun dah buley kongsi perasaan itu..serius! lagi-lagi if kita jadi pengapit orang yang rapat dengan kita..begitulah kehidupan..(tiba-tiba ayat skema)
tapi besh la, masa jadi pengapit dulu, nasuha dan husband dia bagi duit belanja..yeay!! buley wat shopping..hahaha..so, nak jadi pengapit??? meh..tapi takde duit-duit belanja la k.. so, the conclusion is kalau shaye jadi pengapit, siapa pulak nak jadi pengapit shaye?? (soalan merapu)
Saturday, November 14
ingat pesan kakak

penantian suatu penyiksaan
pagi-pagi lagi Tengku dan Ogy dah gerak balik ke kampung halaman masing-masing..pergh..tak besh ok! sebab?? sebab shaye tak buley balik lagi...! huhu..sedih lorh..bila ramai-ramai kat sini takpe la pun kena balik lambat, tapi bila dah kena tinggal kat sini dan tengok sana sini orang duk bawak beg besar sebab nak balik ke kampung halaman, baru la rasa macam tak besh..hati meronta-ronta nak ikut balik jugak..huhu..sabar Era, sabar.. jawab last paper dulu pastu settle apa yang patut then baru buley pulang ke rumah...dah macam ni, study pun tak masuk..huhu..nampak gayanye guwe kena menghadapi lagi satu lagi ujian..ujian kawal emosi..betul?? huhu..so, bawak bersabar..if takde apa-apa hal then buley balik selasa, tinggal 3hari je lagi..so,sabar Era..cool..cool.. (dah start kerut-kerut nak nangis)situ sana sini terbaik!
takde la, macam ni..actually kitorang ni juz temankan Niza shopping je..dan bukan setakat teman je, kena jadi perunding imej juge..maklum le, dia nak jumpa mak mentua..oppps! tercakap..eh, bukan-bukan..tertaip! haha~
dari City Campus kitorang terus ke Carrefour pastu ke Square One...tak cukup dua shopping complex, kitorang gi pulak Batu Pahat Mall..nasib baik tak gi Summit BP..hahaha~
dah..layan gamba ok...=)
ha, ni kitorang kat Square One..kat Carrefour takde gamba lorh..ramai sangat orang..segan..haha~
gamba bukti gi Square One..hehe~
ha, dalam Pacific..lalu je pun, tak masuk...kalau masuk, terbang duit..=p.
ok, sila bergambar di pokok krismas ye anak-anak...=)
dah penat bershopping baru nak rasa lapar kan..so, makan kat Foodcourt je la ok? ni diorang tengah cari makanan..=)Thursday, November 12
List Untuk Pindah Rumah

- PC
- Pakaian (baju, seluar semualah!)
- Buku-buku
- Toto
- Bantal & Zizi (anak patungku)
- Baldi
- Barang-barang mandian
- Stok makanan
- Kasut-kasutku
ape lagi ya??
Monday, November 9
10 kualiti lelaki buruan wanita
1. Prihatin
Wanita amat menyenangi lelaki yang mendengar teliti setiap butir ucapan mereka dan disusuli dengan reaksi yang menyenangkan.
2. Penawar
Wanita juga menyenangi lelaki dengan kata-kata pujian untuk setiap kejayaannya apatah lagi lelaki yang sentiasa berada di sisinya tatkala musibah datang melanda.
3. Kebebasan
Wanita tidak meminta kebebasan yang keterlaluan, cukup sekadar diberikan hak dalam sesuatu perkara. Jika pasangan kurang menyenangi, teguran atau kritikan lembut lagi membina amat dialu-alukan.
4. Waspada
Selain waspada dari segi tutur kata, waspada akal dan pertimbangan juga antara pakej kualiti yang bakal meletakkan seseorang lelaki itu sebagai sanjungan wanita.
5. Harum
Si Lelaki, sila pastikan anda cukup prihatin akan soal kebersihan diri, kekemasan penampilan dan yang paling penting, anda bebas daripada masalah aroma tubuh yang meloyakan!
6. Pemurah
Wanita menyenangi pasangannya yang tidak terlalu berkira akan soal wang dan perbelanjaan. Bagi pasangan suami isteri, menyerahkan soal catuan perbelanjaan rumah tangga antara mandate yang amat dihargai oleh seseorang wanita. Ini menunjukkan betapa pasangan mereka amat dipercayai dan membuatkan wanita berasa dihargai.
7. Kompromi
Wanita menghargai kehadiran seorang lelaki yang sering berkrompomi dan sedia menerima kekurangan pasangan seadanya. Malah lelaki yang tidak terlalu cerewet tidak mengkritik pasangan juga antara ciri-ciri lelaki idaman semua wanita.
8. Penyokong
Dengan dorongan secara fizikal dan emosi, wanita dapat menilai sejauh mana sifat tanggungjawab dan prihatinnya pasangan dalam mewarnai kehidupan mereka.
9. Damai & Cinta
Lelaki yang memiliki sifat cintakan kedamaian adalah lelaki yang tidak berpotensi menjadi pasangan yang bersifat panas baran, kaki pukul atau pendera. Anda perlu ingat! Wanita bukan sekadar mendampingi lelaki untuk disayangi dan dicintai, malah untuk dilindungi dengan sewajarnya.
10. Tanpa Kuasa Veto
Wanita lebih cenderung untuk mendampingi lelaki yang tidak menjadikan kuasa veto sebagai alasan mengecapi nikmat kehidupan terindah. Contohnya, tidak melandaskan alasan dipandang manis meski bersifat curang, berhak memilih pasangan lebih daripada satu atau tidak menghormati wanita lantaran berpaksikan fahaman bahawa wanita tidak layak setanding dengan lelaki.
Saturday, November 7
ayahandaku..!
oooowwhh!nasib baik shaye tak terlupa..hari ni birthday abah!yeay!alhamdulilah abah still sihat hingga ke hari ni..alhamdulilah juga shaye still berpeluang jadi anak abah..so, di hari mulia ni..pada 7hb November 09..SELAMAT HARI LAHIR ABAH..! yang ke-54..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..ampun maaf segala silap anakanda sulungmu ini..terima kasih atas segalanya..jasamu tidak terhingga..
*harap-harap dapat duit belanja esok dari abah..(hampeh)
zaman muda mudi??
Friday, November 6
keluhan di akhir semester ini

malam tadi still tak buley tido..then pagi tadi baru buley pejam mata..around 9am..alhamdulilah..tapi dalam jam 1pm tup tup shaye dikejutkan dengan suara-suara riuh housemateku..
tag tag tag
1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
kad pengenalan, kad-kad bank..
2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit kamu sendiri?
nasi putih + telur bistik
3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
nta la..tepi laut kot..hehe..sebab uma kat Port Klang
4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
emmmm...biarlah rahsia..=p
5. Adakah anda sedang dilamun cinta?
korang rase2?
6. Di mana restoran terakhir kamu makan malam?
Pop Cook.Parit Raja, Johor (restorankah?)
7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
tak hingat..tapi buku pelajaranlah..
8. Nama penuh anda?
zaihazra binti sulaiman
9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?
BOTH..
10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu.
Dato' Siti Nurhaliza..ngeee..
11. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
shaye mintak tolong mesin basuh cucikan dengan membayar RM2 setiap cucian..
12. Tempat paling seronok yang kamu ingin pergi?
Aquaria, KLCC
13. Butirkan 5 perkara orang yang tag kamu.
- name die syue..
- tak kenal actually..
- baru baca blog die..
- lupa nak copy link blog die..
- aduhai..
14. 8 perkara yang saya gilai?
- berblogging
- singing
- songs
- snap gambar
- edit gamba
- computer
- download lagu
- dengar lagu
15. 8 buah buku yang baru dibaca?
- multimedia in action
- multimedia in approach
- project management
- majalah dara
- tak hingat
- tak hingat
- tak hingat
- tak hingat
16. 8 buah lagu yang kamu boleh dengar berulang kali.
- patah hati-dato' siti nurhaliza
- jauh-caramel
- yakinlah aku menjemputmu-kangenBand
- masih cinta-kotak
- juara carta-anita sarawak
- cinta ini membunuhku-dMasiv
- titi kamal-lihat matamu
- teruskanlah-agnes monica
shaye mahu tag kepada sesiapa sahaja yang baca blog ni..dan juga..
- mizatiqah
- whitedaisy
- skinnylittlegurl
- yuz de surveyor
- mexureblogz
- linda
- shelyn
- dan lain-lain
Thursday, November 5
penyakit susah tidur
kebelakangan ini shaye susah gila nak tidur..entah kenapa..maybe sebab jadual tidur yang tak menentu..adakah shaye dah kena penyakit insomnia?? aduhai..susah la macam ni..meh kita kaji sket apa itu insomnia..
Definisi :
Insomnia ni adalah sejenis penyakit di mana ia terjadi kepada seseorang yang mengalami susah tidur atau susah untuk tidur lena. Insomnia ni juga biasanya disebabkan oleh kerunsingan atau keresahan minda yang mudah terpengaruh serta kesedihan yang dialami mereka dan sebagainya.
Faktor-faktor penyebab Insomnia :
- Faktor persekitaran, makanan, keadaan dalaman tubuh badan, masalah penghadaman, kekurangan vitamin serta zat galian.
- Mempunyai masalah kesihatan seperti tiroid, anemia, masalah jantung, ulser, sakit kepala, lenguh sendi, sakit buah pinggang serta sawan.
Berikut merupakan cara untuk mengatasi Insomnia :
- Menjalani rutin hidup yang sihat misalnya tidak merokok,tidak minum alkohol dan sebagainya.
- Memiliki jadual tidur yang cukup dan normal.
- Memilih lingkungan waktu yang tenang dan suasana yang selesa untuk tidur.
- Bersukan secara rutin dan teratur.
- Makan mengikut jadual, dan makan makanan yang menyihatkan dan cukup supaya tidak lapar waktu tidur.
- Hindari dari minum terlalu banyak minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, coklat, dan sebagainya.
hmm..shaye kena stabilkan tidur shaye la jawabnye..before ni asyik tak tidur je coz nak exam..huhu..ok2..malam ni kena tidur awal..faham semua?
sekian terima kasih..
Wednesday, November 4
yeay!
Farmville oh..
yang dah expert tu jangan nak senyum-senyum pulak..shaye masih baru..so,ladang biasa-biase je..hehe














