Tak semua perfect dimata kita atau sape2 kan. Dan setiap orang punya kelebihan dan keburukan masing-masing. Lelaki. Memang suka mengayat. Tak semua. Segelintir je. Dan perempuan suka diayat. *Betul ke? haha..Tapi dalam anda memilih "teman tapi mesra" atau "kekasih hati" korang, sebelum pilih better menilai lelaki tersebut terlebih dahulu. Supaya tak la menyesal dikemudian hari. Jangan pulak dah separuh jalan mengeluh pastu buruk-burukkan boyfren korang atau suami korang tu kat orang lain..cian tau..Untuk mengelakkannya, better korang reject awal-awal sebelum apa-apa. Buang masa korang je kan tunggu lama-lama. *shaye mengajar bukan-bukan ke? haha.
Kejap!
Jangan main reject je tak tentu pasal. Reject lelaki-lelaki macam ni je. Antaranya:
Jangan main reject je tak tentu pasal. Reject lelaki-lelaki macam ni je. Antaranya:
1. Lelaki pemalu+penakut=Lelaki lemah lembab
Lelaki jenis macam ni memang tak tahu nak cakap macam mana. Bila dah pemalu + penakut, sampai bila pun tak berani nak propose pompuan yang dia suka. Mahu tapi malu. Entah2, pompuan yang propose dia. So, gurlz! tak payah la tunggu lelaki macam ni. Lembab. Terima kasih banyak la kan? Entah macam mana depan tok kadi agaknya. 3kali lafaz nikah belum tentu sah lagi agaknya.haha.
2.Lelaki GSTK
Apa jadah Lelaki GSTK nih? Gandaan Sepunya Terkecil ke? Haha..GSTK ialah Gila Seks Tahap Kritikal ya..Bukan yang dalam subjek math dulu2 tu. Lelaki macam ni paling bahayes! Bila jalan sebelah dia, mata dia duk pandang benda-benda tak sepatutnya dipandang. Lagi-lagi kalau yang si pompuan pakai seksi meksi..Lelaki macam ni akan cakap benda-benda yang lucah je memanjang. Ibaratnya, takde benda lain selain tttttteeeeet! Tak suka ok..Bawak-bawak la insaf. Lelaki macam ni bukan ikhlas pun nak kawan kita. Dia berkemungkinan ada niat tak betul.
3.Lelaki buaya darat
Jangan ingat buaya ada kat sungai je. Kat darat pun ada ok. Lelaki macam ni lagi la tak buley pakai. Dia just nak berseronok je jadikan kita koleksi pompuan dia. Yang bahayesnya, lelaki macam ni memang pandai mengayat. Sebab dia memang dah pro. So, berhati-hatilah!
4.Lelaki pengotor
Aiyoo..sape-sape pun tak suka kan? Geli ok. Mana-mana pompuan memang tak suka lelaki macam ni.. Perempuan lebih suka lelaki yang jaga penampilan. Maksudnya kemas dari segi pakaian, kebersihan diri. Biarlah takde rupa pun tapi bila jalan sebelah, wangi je. Rambut rapi, bersih dan sedap je mata memandang. Ni mandi pun tak pakai sabun, gosok gigi malas,sikat rambut pun takmo, pakai compang-camping, ape nak jadi? Kalah mat bangla tau..Patutlah mat bangla zaman sekarang ni hot-hot. Haha. Hot la sangat!
5.Lelaki kedekut
Ha yang ni shaye memang paling tak suka. Sebab shaye ni mata duitan. *statement tak buley blah. Nak belanja makan berkira-kira siang malam. Duit berkepuk tapi takut nak melabur kat pompuan. Lain la pompuan tu pisau cukur memang patut la lelaki jadi kedekut.. *Nasib baik incik shaye tak dekut. Tapi masa mula-mula kenal setiap kali berbelanja dia akan congak duit depan shaye dan buat muka nyesal. Oh, tak jadi shaye tak mintak-mintak. Sekarang tak dah.Sukeeee!
6.Lelaki yang budget bagus
Lelaki macam ni susah kita nak bawak berbincang sebab kalau buley semua dia sorang je yang betul. Bila bagi pendapat, tahun depan pun belum tentu dia buley terima pendapat korang tu. Berlagak tak tentu pasal. Lagi satu lelaki macam ni confirm ego dia terlebih. Semua lelaki ego tapi yang ni terlebih. Oleh itu jangan ego sangat, sang lelaki. Perempuan tak suka. Tapi jangan tak ego langsung, tak macho pulak. Ego biar berpada-pada. Yang sedang-sedang saja.
7.Lelaki perokok tegar
Bukan ada blogger tegar je ye, tapi perokok tegar ramai kat luar tu. Gurlz, lelaki macam ni tak payah la korang hinginkan. Duit diorang habis untuk rokok je. Rokok tu pulak untuk bagi cepat sket lelaki tu JALAN. So, daripada korang sayang lelaki yang tak sayang diri sendiri better korang ucapkan selamat tinggal awal-awal kat lelaki ni. Kalau takmo, suruh diorang benti merokok slow-slow..
8.Lelaki gay
Hahahaha..Tak payah explain pun takpe. KORANG NAK KE???
Haha..ok,tu saja untuk hari ni. Renung-renungkan. Fikir-fikirkan. tepuk dada tanya selera. If korang sanggup nak bersama dengan orang macam ni, teruskan je la..Tak salah pun..Tapi yang menanggungnya koranglah. jangan salahkan shaye, shaye dah bagi nasihat ye!















































