Salam,
Last weekend mak mertua aku datang stay rumah dengan adik ipar bawa anak-anak dia sekali. Anak buah kitorang 2 orang je yang datang tapi kalau dah bergabung dengan anak-anak aku terus jadi 5 orang. Rumah aku ni dia punya bising dah ibarat macam lebih 10 orang budak. Mak kau pun bertukar jadi hijau. Haha! Takpelah bukan selalu pun diorang datang. Time weekend lah kalau nak berkumpul.
Actually aku memang dah plan nak jual Plaster DIY Painting Kit ni sebab aku tengok sangat menarik nak kasi budak-budak buat aktiviti. Cuma aku masih dalam proses preparation nak design packaging, nak rajin-rajin buat video iklan kat Tiktok dan sebagainya. Barang-barang semua aku dah beli ye. Dia macam kau takde bincang dengan laki kau, tahu-tahu je barang supply semua sampai. So, nak taknak laki kau kena support apa kau nak buat. Boleh gitu? Haha! Plan jangka masa panjang pun aku nak buat painting class kat belakang rumah. Bukan yang level-level Advanced la, hanya sesuai untuk kids umur 5-10 tahun sekadar untuk mengisi masa anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah.
π¨ Apa Itu Plaster DIY Painting?
Konsepnya sangat simple. Setiap kanak-kanak akan diberikan plaster figure yang sudah siap dicetak dan kemudian mereka bebas untuk mewarnakannya menggunakan cat yang disediakan.
Tak perlu ikut warna tertentu pun. Nak dinosaur warna pink? Boleh! π¦π
Nak unicorn warna rainbow? Lagi bagus! π¦π
Di sinilah seronoknya — mereka boleh gunakan kreativiti sendiri dan hasilkan plaster figure mengikut imaginasi masing-masing.

Alhamdulilah belakang rumah aku memang boleh la dikatakan luas, memang port anak-anak beriadah atau tempat aku luangkan masa untuk mini kebun aku. InsyaAllah port painting pun sama nanti aku nak buat belakang rumah je. Memang selesa petang-petang sebab selalunya memang redup ada angin-angin laut gitu. InsyaAllah mungkin untuk permulaan peserta yang datang nanti jiran-jiran aku jugak. Haha! Bolehlah kasi support. Nanti kita cuba buka pada orang-orang Klang dan orang luar juga. Kalau dah maju, itu kalaulah....kalau haha!. Daripada kasi anak-anak layan gajet, baik masukkan kelas aku ni buat aktiviti yang boleh menambah kreativiti. Bukan kena datang tiap-tiap minggu pun. Join sekali dua pun boleh. Price kita tetapkan untuk one off class je. OK kan? Aku bercadang untuk setiap sesi, limit hanya 10 orang je. Boleh buat 2 sesi sehari. Itu pun weekend je.
Bila aku cerita dengan anak-anak aku apa plan dan angan-angan aku tu, diorang la yang paling excited. Hari-hari tanya Mommy bila kita nak start jual. Padahal Mommy kau pun tak pasti macam mana dengan penerimaan orang. Tak kisah pun just buat fun-fun je konsep santai-santai. Aku sebenarnya nak bagi anak-anak aku pengalaman sebenar nak cari duit poket. Supaya masing-masing terbuka minda dan berani maju ke hadapan. Mungkin esok-esok kitorang boleh setup booth kat mana-mana event craft ke kan? Kan?

Dulang dah beli, tapi lupa pulak beli lapik. Maka surat khabar je la jadi lapik buat sementara ni. OK benda yang aku nak masukkan dalam list ✅Apron Budak , ✅Lapik Tray.

π️ Belajar Sambil Bermain
Bagi pendapat aku, aktiviti seperti ini bukan sekadar mewarna.
Dalam masa yang sama, anak-anak belajar:
✨ Mengenal dan memilih warna
✨ Menggunakan berus dengan betul
✨ Mengawal pergerakan tangan
✨ Melatih kreativiti dan imaginasi
✨ Bersabar menyiapkan sesuatu
✨ Membuat keputusan sendiri tentang hasil karya
Dan paling penting, mereka dapat rasa puas bila tengok hasil yang mereka buat sendiri.

Masa buat painting ni macam-macam lah perangai masing-masing, gaduh la nangis lah. Stress lah. Aduh pening mak. Mula-mula chaos gak dah lama sikit semua dah boleh sesuaikan diri pegang berus warna tu dan semua happy-happy belaka.


Muka bangga tunjuk hasil, daripada mula memang dia duk mix-mix semua color. Ikut kau la nak asalkan happy. Haha!

Hero air mata, Mommy betulkan sikit pun nangis cakap Mommy buat tak cantik. Confuse jap siapa yang cikgu sekarang ni. π

Ni sama jugak ni, kelam kabut nak siapkan semua tak tahu kejar apa.

Zara always mementingkan kekemasan & sentiasa tunjukkan kreativiti dia.

Zya pun sama, tapi lebih kepada busy body orang punya hasil je. Haha!

Hasil painting semua anak-anak & anak buah.
Kadang-kadang kita fikir nak buat aktiviti dengan anak-anak mesti pergi tempat mahal atau keluar berjalan jauh. Sebenarnya, dengan beberapa plaster figure, cat dan berus pun dah cukup untuk buat mereka happy. Yang penting ialah masa yang kita luangkan bersama mereka.
Trial Art Painting Class kali ini mungkin nampak kecil dan simple, tetapi bagi aku ia adalah satu permulaan kepada sesuatu yang mungkin lebih besar selepas ini.
Dan yang paling best?
Peserta pertama aku memang special — anak-anak dan anak buah sendiri. ❤️
Until next painting session… π¨π️✨