Showing posts with label E- day. Show all posts
Showing posts with label E- day. Show all posts

Friday, July 8

Majlis #satucintaduajiwa (PART 6 - AKHIR)

Terima Kasih Semua....

Salam semua. Good morning! Okay ini last shaye update pasal majlis #satucintaduajiwa. Takde ape dah nak update cuma nak ucapkan terima kasih banyak kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung sepanjang majlis. Lepas majlis hari tu, kami pergi photoshoot skett pastuh sempat buat vlog kejap. Layan je lah okay? Jeng jeng jeng !


Ehem, nak tambah skett. Thanks kepada semua yang sudi hadir dalam majlis kami. Doakan yang terbaik buat kami, doakan semoga jodoh berkekalan. Amin. Maaf sekiranya kami ada melukakan mana-mana pihak. Yelah mana tahu ada terkasar bahasa, tercarut satu dua, terbengangkan siapa-siapa, kami mohon maaf okay?

Tamatlah telenovela dalam majlis #satucintaduajiwa. Terima kasih kepada yang rajin mengikuti perkembangan telenovela ini. Ececececeh! Shaye memang tak letak gambar sangat kat Fb tapi shaye tampal kat belog je. Thanks jugak kepada bloggers yang sudi buat entri pasal majlis ni. Ni yang shaye jumpa la kan, kalau ada lagi bagitahu shaye nanti shaye link kan. Eceh! Kalau nak baca boleh klik link-link kat bawah. Tq sangat !
  1. #SatuCintaDuaJiwa menjadi Satu by IbuAdamalisha.
  2. Congrats #BFF by Ain.
  3. Selamat Bertunang | Era & Fauzi | Cinta Blogger | Pojiepooh & Nemomimosh by Natasha.
  4. Selamat Bertunang Pojiepooh by Heze Zamri.
  5. Jodoh Blogspot by EykaMeow
  6. Jodoh Blogspot 2 Sambungan Dari Entri EykaMeow by HanaLoveNest.
  7. Majlis Pertunangan Pojiepooh dan Nemomimosh by The Gorgeous.
  8. Selamat Bertunang #engkuF dan #errapazira by #tunangkite
Akhir kata, doakan kebahagiaan kami berkekalan. Doakan semuanya berjalan lancar. Doakan kami murah rezeki. Doakan yang baik--baik aje. Hehe. Sebagai penutup, nah tatap gambar kami masa photoshoot kat luar hari tu masa lepas tunang. Ini guna kamera biasa je shaye edit sendiri. Gambar dari kameraman tak siap lagi. Ni edit gamba tak sabor namanya. Okay tak?


Edited by myself.


Gambar asal.

"Photoshop memang boleh buat Magic kan???"

Thursday, July 7

Majlis #satucintaduajiwa (PART 5)



Salam semua. Tak sudah-sudah kan story pasal majlis ni? Sabooor ye. Tinggal satu part je lagi. Semuanya ada enam part. InsyaAllah. Dah macam tulis novel tau gamaknya. Okaylah kita sambung cerita. Alhamdulilah, ramai jugak yang datang hari tuh. Memang tak putus-putus tetamu yang datang sampai tak terlayan. Sorry sangat! Huhuhu. Memang majlis ni dirahsiakan dari kawan-kawan tapi cuma jemput yang terdekat je, tapi ramai pulak yang terdekatnya. Haha. Tapi takpe, shaye rasa happy sangat sebab ramai jugak yang datang. Jom tengok kemeriahan majlis #satucintaduajiwa !

Detik Itu.....


Kelepak kelepak kelepak kelepak kelepak kelepak pak pak pak! #berangan 


Kelebum kelebum kelebum kelebum kelebum kelebum bum bum bum! #berangan




Deboorr sangat masa ni. Masa diorang tengah bincang-bincang shaye kat dalam bilik ditemani #BFF shaye. Tahu tak apa kitorang buat dalam bilik? Memekak. Hahaha. Shaye? Dah tak senang duduk. Pektis macam-macam sebelum turun bawah. Pektis cara duduk yang betul, pektis jalanlah, pektis senyumlah. Aihhhh! Ape pun, thanks banyak-banyak kepada #BFF shaye sebab ada dengan shaye saat bahagia shaye. Yeay! 

Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar. Takde masalah cincin tak muat ke, tergolek depan pelamin ke, tersalam tok kadi ke (eh ade tok kadi ke?), semuanya cun saja. Tapi lepas sarung cincin, tak putus-putus orang amik gambar. Kesian kawan-kawan shaye dan tetamu yang datang. Tak nyempat-nyempat nak melayan. Sori tau korang. Okay jum layan gambar!


Bergambar dengan mak-mak sedara #tunangkite.


Kawan-kawan #tunangkite. Apiz dan kawannya. Ehem!


 Yang ni? Ini bakal adik ipar shaye. #ops Dia anak perempuan sorang. Adik paling kecik #tunangkite.


Yang ni cousin shaye. Erni nama dia. #BFF shaye juga bila balik kampung. Ehem, dia pun dah berjinak-jinak tulis belog juga sekarang ni. Belog dia KisahSiRojak. Boleh baca kalau suka. (tiba-tiba promote)


Yang ni pun cousin shaye. Sara. Uols boleh panggil Kiah Propa sebab dia kepochi gila masa majlis. Tapi best. Haha. Btw, thanks to her sebab temankan shaye dengan #tunangkite buat outdoor photoshoot. Dah merangkap Director pulak dia hari tu. Ngeeeeee.


Yang ni pun cousin shaye. Uji nama dia. Pengantin baru ni. Tokey kain. Kain pasang, baju kebaya ape semua uols boleh usha kat dia. Minat? Boleh usha belog dia Firzie Collection.


Ni semua cousin shaye. Meriah gila kalau diorang ni dah datang. Haha. Btw, best!


Ehem, ada jugak gambar Mama dengan Abah shaye. Itu pun kena paksa bergambar. Kalau tak, takde maknanya. Aihhhhh! Masing-masing segan amek gambar.


Itu nenek kandung shaye. Dah tua dah. Kesian dia. Masa shaye keluar rumah, dia panggil pastu buat muka excited gila siap salam-salam semua siap bagi duit. Sebab? Dia ingat shaye kawin. #ops. Terpaksa la terangkan balik yang cucu dia ni baru tunang je. Haha.


Bergambar kenangan dengan makcik-makcik shaye. Ini baru skett ada ramai lagi sebenarnya, tapi ramai dah balik kott. Sebelah Mama memang meriah kalau berkumpul. Sukaaaaa!


Yang ini Elly kawan kat Universiti. Susah-susah je datang dari jauh sebab temankan si Fira.



#BFF shaye. Nasuha, Ain, dengan Zack. Diorang ni la yang ada dengan shaye kat bilik masa bincang-bincang tuh. Thanks korang! Bahagia sangat sebab kite berkumpul lagi di hari bahagia shaye. #ops.


#BFF merangkap #GFF paling susah nak jumpa. Ain. Nah ni belog Ain shaye promote juga The Story Of Mine. Shaye dah bagi warning awal-awal, kalau tak mai memang shaye nak merajuk sampai anak cucu. Nasiblah dia mai jugak. Tahu takott! Bahagiaaaaaaaaa!


#BFF yang tak pernah curang. Nasuha. Ini belog dia AdamAlisha. Dia datang pagi-pagi lagi. Kesian dia kena tinggalkan anak dan laki semata-mata teman shaye sepanjang majlis. Thanks darl! Love you!


#BFF susah dan senang! Zack nama dia. Bertahun-tahun shaye duduk dengan dia masa belajar kat poli dulu. Thanks jugak sebab datang heret laki. Tak bajet pun diorang nak datang sebab diorang tak cakap ape-apepun. Tapi thanks sebab datang. Bahagiaaaaaa! Diorang ni pengantin baru jugak. Jeles!


Yang ni #BFF berfoyes shaye sepanjang kat Damansara. Fira nama dia. Pasnih entah bila dapat jumpa lagi sebab shaye tak duduk Damansara dah. Haiyooh! Thanks jugak sebab datang dari jauh. Keluar rumah subuh-subuh sebab nak gerak dari Seremban. Itu pon shaye dah buat ayat #sentap habis baru dia nak mai. Ngeeeeeeeee!



Itu kakak angkat #tunangkite dengan kawan-kawannya.


Ini kakak angkat shaye dengan #tunangkite. Nama dia Natasha. Alhamdulilah dia datang, rasa nak lari peluk-peluk dia bila nampak muka dia depan pintu. Risau sangat dia takde masa majlis shaye. Sebab dia kena gerak dari kampung dia kat Terengganu masa tu. Alhamdulilah dia sempat sampai tepat pada masanya. Bahagiaaaaaaaaaa sangat!


Dan yang paling best, blogger-blogger letop sudi datang majlis kita. Thanks The Gorgeous sebab datang. Sorry sangat tak terlayan, ramai sangat orang yang datang. Shaye tahu diorang ni datang awal, tapi macam tak berkesempatan nak beramas mesra. Cepat pulak tuh baliknya. Aihhhhh! 


Dari kiri EykaMeow, #tunangkite, Shaye, EnyDiamond, Hana.



Dari kiri Che Arm, #tunangkite, Shaye, Hana. Diorang ni pun baru bertunang tau. Bertunang sesama blogger. Kira kitorang ikut jejak langkah diorang la ni. Kan? Kan? Kan? Ngeeeee.

Okay lah, ada ramai lagi yang datang tapi shaye tak dapat lagi gambar dari semua. Kalau ada tag kat shaye kat Fb tau. Encik Psycopath dan Encik Tikus kenapa tak bergambar sama?  Ehem, Cik Helena nak datang tapi tak sempat dia meset pun dah petang sangat masa tu. Lagi ade la blogger retis ni kata nak mai tapi tak nampak batang hidung pun. Siapa? #jelingjeling IntanNurulFateha dengan Wanie.

Okay lah, sambung later. Part last kita tampal vlog. Tungguuuuuuuuuuu!

Wednesday, July 6

Majlis #satucintaduajiwa (PART 4)

Hantaran dan Sponsor dalam majlis #satucintaduajiwa....

Salam semua. Tanpa melengahkan masa shaye nak sambung story majlis #satucintaduajiwa ni. Kali ni nak story skett pasal hantaran dan sponsor-sponsor yang baik hati dalam majlis kami kali ini. Eceh! Bajet retis orang nak sponsor. Actually ada ramai sangat sponsor. Antaranya kawan-kawan Mama, sedara-mara. kawan-kawan shaye sendiri dan juga kawan-kawan, dan sedara-mara #tunangkite juga. Ada yang sponsor barang masak, ada yang sponsor bahan mentah, kuih-muih memang banyak sangat orang sponsor. Thanks kepada semua yang sudi sponsor. Antara yang di sponsor dan sempat shaye amek gambar ialah : 


Coklat ni di sponsor oleh sis Natasha untuk hantaran kedua-dua belah pihak. Dats why ada dua coklat yang lebih kurang sama. Tema majlis #satucintaduajiwa ni, untuk sebelah shaye warna temanya ialah Brown + Gold. Untuk sebelah lelaki warna tema ialah Purple+Silver.


Coklat dari pihak shaye.



Coklat dari pihak sebelah #tunangkite.

Simple but nice kan? Comel je. Ada dalam peti ais shaye tak sempat makan lagi. Nampak sedap. Ce tanya sebelah pihak #tunangkite sedap ke tidak. Ngeeeeee. Green Canary Chocolates ada tawarkan macam-macam promosi, kalau siapa-siapa yang berminat boleh jengah Facebook --------> Green Canary Chocolates

Buah-buahan segar.


Untuk buah-buahan ni kawan Mama yang sponsor. Ngeee. Memang sengaja taknak bagi banyak-banyak. Dekut kan? Ecehh! Bukanlah. Tak jumpa bakul besor sebenarnya. Ehehe!


Yang ni hantaran dari pihak #tunangkite. Disebalik rimbunan bunga-bunga, pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan tu ada buah-buahan jugak. Gila banyak buah-buahan diorang. #tunangkite kata buah-buahan diorang pun orang sponsor. Ngeee. Jimat!

Kek sedap menjilat jari.


Masa tengah sibuk-sibuk tangkap gambar, #tetiba pulak kek sampai. Kek ni adalah sponsor dari jiran kita. Actually dia sengaja buatkan shaye kek sebab nak tebus balik yang dulu-dulu shaye nak tempah kek kat dia tapi dia tak berkesempatan nak buat sebab hal-hal tertentu. First masa birthday Mimi, yang kedua masa birthday #tunangkite. Frust jugak sebab dia takbley buatkan. Dats why masa tunang, dia nak sponsor terus. Dia memang ada ambik tempahan siapa-siapa yang nak buat kek dari dia. Sedaaaaapp okay! Dalam doorgift shaye ada selitkan sekali muffin yang dia buat. Ramai yang kata sedap. 



Nasib baik kek sponsor, kalau tak takde maknanye tunang-tunang nak potong-potong kek bagai. Aihhhh! Btw, thanks a lot to jiran shaye sebab bermurah hati nak buatkan kek tu. Psssssssttt, masa kawin sponsor lagi boleh? Ngeeeeee! Tapi kalau tak sponsor pun memang nak tempah kat dia jugak. Sebab SEDAP!

Cupcakes dari Cupcakes Land  Kitchen.


See? Cantik sangat kan? Cupcakes ni khas di sponsor oleh #BFF shaye iaitu IbuAdamAlisha dari Cupcake Land  Kitchen. Cupcakes ni shaye bagi ke pihak #tunangkite dari pihak shaye. So , tak tahu apa rasanya. Mak #tunangkite cakap, SEDAP!



So, kalau sesiapa yang nak order kek atau cupcakes yang cantik lagi sedap boleh pergi ke website dia. Siyes semua kek cantik-cantik belaka. Nah------->Cupcake Land  Kitchen


Cupcakes dari PumpkinMummyCupcakes

Ehem, masing-masing baik hati nak sponsor kek, cupcakes semua tau. Yang ni kami dapat sponsor dari   tuan empunya PumpkinMummyCupcakes sendiri untuk dijamu kepada tetamu-tetamu VIP yang datang masa majlis #satucintaduajiwa. Ramai yang amik, cuba dan rasa dan ramai jugak kata SEDAP! Siap mengangkut bawak balik rumah. Jeng jeng jeng!



See? Cantik kan? Dari segi hiasan pun cantik. I loikeeeeeeee! Shaye tak sempat nak rasa sebab dah habis dimakan tetamu. Takpelah. Nanti kalau tingin boleh order lagi. Apapun kami rasa sangat bertuahsebab tuan empunya PumpkinMummyCupcakes berbesar hati untuk sponsor majlis kali ini. Ha, PumpkinMummyCupcakes juga ada jual macam-macam jenis kek. Dia buat kek dari rumah je sebab kami datang amik cupcakes kat rumah akak @Suliana ni. jangan terkejut sebab kat rumah dia ada satu bapak peti ais untuk simpan kek. Hehe. Okay-okay siapa yang berminat nak tempah kek atau cupcakes, nah! --------> PumpkinMummyCupcakes

Bahulu Ikan Tapi Bukan Ikan Nemo.


Bahulu ikan ni adalah sponsor dari jiran + kawan Mama. Unik tak? Ngeeee. Dah nama pun Nemo, haruslah ada ikan-ikan untuk hantaran. Simbolik kononnya.  Hehe. Bak kata sis Natasha, ini ada tiga ekor ikan ni mesti anak kitorang ada tiga jugak. Hamboiiih. Kemain tak saborrr nak timang anak sedara angkat. #ops.



Actually ada empat ekor, sekor dia punya ekor patah. Shaye la yang buat. Ganas sangat. #ops. Tapi memang Mama nak satu pun sebab nak rasa. Not bad. SEDAP jugak! Rangup+Lembut+Rapuh+Manis. Teringin nak order? Boleh order dengan shaye nanti shaye tolong tempahkan kat kawan Mama tu. Hehe.

Telur rebus yang takde bunga telur.



Untuk doorgift, untuk pihak lelaki dan kawan-kawan shaye bagi Sapu Tangan (hiasan) + Kerepek + Kuaci + Muffin + Telur Rebus. Haaa...! Meriah kan? Actually Abah nak bagi epal. Tapi macam epal dengan telur, murah lagi telur, berjimat di situ. Tup tup shaye dapat sponsor 150 biji telur dari ibu kandung Syamimi. Alhamdulilah. Berlebih-lebih pulak telur kat rumah ni sebab Abah dah beli 330 biji kalau tak salah. Haiyooh.  

Hantaran dari pihak #tunangkite dan pihak shaye....


Okay cukup-cukup cerita pasal sponsor. Ada banyak lagi sponsor tapi shaye tak sempat amik gambar apa yang diorang sponsor tu. Apapun hampir 60% barang hantaran shaye di sponsor. Yang lain shaye beli sendiri je. Alhamdulilah. Jimat di situ.






Hantaran sebelah shaye tema Gold+Brown, sebelah #tunangkite Purple+Silver. Cantik tak? Ngeee. Shaye tak dapat gambar yang clear dari photographer lagi. Takpe-takpe. Sabau-sabau.




Telur pindang. Maklumlah #tunangkite orang Muar, Johor.


Baju raya untuk shaye tahun ni + Towel.


Sirih junjung + Buah-buahan + Towel +Cupcakes. Bekas Cincin.


Yang ni hantaran dari sebelah shaye. Buah+Puding jambu+Sirih junjung+Potpori+Bahulu+Sejadah dan Tafsir+Towel+Baju raya+Kain pelekat+Coklat+ Cupcakes. 11 hantaran dibalas 9 dari lelaki.


Hantaran dari pihak #tunangkite.


Tempat bekas cincin. Comel kan? Ngeeeeeee!


Baju raya shaye. Hehe. Baju nikah? Nanti-nantilah ye. Jeng jeng jeng!


Cupcakes dari PumpkinMummyCupcakes


Bergambar kenangan dalam bilik dengan hantaran. Yeayyy!

Okay cukup-cukup. Macam dah panjang sangat story hari ni. Sambung esok, kita tengok siapa yang datang majlis. Disebabkan kitorang blogger, blogger-blogger retis yang ramai datang. Ececehh! Sambung esok!
Lazada Philippines