Wednesday, September 23

Hidup Sekarang Memang Keras

 Assalamualaikum,

Setelah 6 tahun eh, tiba-tiba kau terasa nak menulis😚 Bila tengok last post pun pasal bersalin. Itu pun hanya satu post untuk tahun 2020. Previous post pun tahun bila. Aduh. Takpelah pembaca nombor satu pun diri sendiri je. Masih ada ke pembaca blog aku ni? Eh opkoslah sebab diri sendiri je pun yang baca. Haha!  Lepas tu aku baru perasan ada juga blogger-blogger pencen macam aku pun ada yang masih menulis. Itu pun tenggelam timbul juga. Maklumlah jiwa penulis tapi kita faham semua busy dengan kehidupan dan kerjaya hakiki.

Aku malas nak update perkembangan sendiri, siapa yang follow Instagram & Facebook aku mungkin tahulah apa perkembangan aku sikit-sikit. Aku pun tak rajin post tapi dalam selang waktu tertentu aku akan update la gambar ke post sikit-sikit nak menunjukkan yang aku ni masih wujud di muka bumi. Paling tidak pun, aku memang suka update InstaStory ragam anak-anak aku & life aku selit sikit-sikit.

Kepada yang menyampah nak tengok update aku, boleh swipe je. Tiada paksaan orang nak suka ke nak benci ke? Zaman sekarang kata-kata netizen setajam pedang ye. Eh zaman dulu pun sama, kita tak panggil netizen... kita panggil haters terus. Haha! Cuma aku rasa aku happy sebab masih ada ruang disisi teman yang mengenali aku. Bila aku post sesuatu je, diorang rajin komen & tanya khabar.

Sekarang ni aku tengah fikir-fikir macam mana agaknya kita boleh tambah pendapatan. Nak jadi influencer? Lambert lagi. Tiktok akaun pun sedih tak ramai followers. Salah satu point aku menulis blog pon nak jadikan blog aku ni platform untuk aku cari pendapatan lebih. Maksud aku takde la beriya nak berniaga ke apa, tapi tengah mencuba-cuba nak dapatkan passive income memandangkan kehidupan makin keras sekarang ni.

Bukan terdesak nak cari duit, tapi mencari peluang untuk hidup lebih selesa dan boleh isi masa lapang dengan benda-benda berfaedah. Korang ada cadangan tak? Aku tengah riki-riki nak jual printable kat etsy. Macam menarik tapi dalam proses nak design dan mengumpulkan printable dulu sebab kat etsy pun ada fees juga. Buat masa ni aku jual kat blog dululah kot. Siapa yang berminat boleh beli direct, tekan link je. Aku tengah update printable dari masa ke semasa. Korang support lah aku okay. Nanti aku support korang balik! Haha!

Nak beli printable untuk kids KLIK SINI.

Sekian.

No comments:

Lazada Philippines