Showing posts with label Kerja Kosong. Show all posts
Showing posts with label Kerja Kosong. Show all posts

Thursday, May 19

Siapa yang nak buat kerja part time atau cari side income? Yang gila Facebook + Twitter amat digalakkan.

Salam semua. Macam mana cuti semalam? Best? Shaye? Duduk rumah saja. Maklumlah sejak kes simbah-simbah asid bagai, Mama tak bagi keluar sangat. Dah macam perintah berkurung rasanya. Huhu. Berbalik kepada tajuk, kalau ada yang perasanlah kan, kat Facebook shaye tengah hangat mengajak uols untuk join kerja part time kan? Kan? Maklumlah Flexiroam dah lancar, so kita terjun dalam bidang marketing pulak. Eceh. 

Actually kan, mungkin ada yang salah faham kerja apa yang shaye buat. Yelah, mana la tahu shaye ni masuk MLM ke Skim Cepat Kaya ke. No no no ! Tak hingin okay. Actually company tempat shaye bekerja sedang mencari siapa-siapa yang nak buat part time. Part time sebagai apa? Part time jadi sebahagian dari Social Media Team takpun Promoter Team kami. Berminat? Tak faham? Meh shaye explain. Sebelum tu meh baca dulu antara feedback yang shaye terima. Actually ada banyak lagi, tapi malas nak tampal semua.






Dah baca? Faham sket tak dari conversation kat atas? Still tak faham lagi? Dont worry cik Nemo akan explain kat uols. Kami memerlukan siapa-siapa yang berminat nak buat part time. Uols boleh pilih samada nak jadi sebahagian dari Social Media Team takpun Promoter Team. Apa kerjanya?


Social Media Team : Promote mengenai Flexiroam kat Facebook & Twitter atau laman sosial lain.
Promoter Team : Promote mengenai Flexiroam dan kat mana-mana expo. (Setakat ni KLIA)


Faham? Don't worry, pihak kami akan tunjukkan apa yang perlu dibuat kalau uols tak berapa faham sangat dengan kerja-kerja yang nak dibuat. Untuk Social Media Team tu lepas uols duduk promote sana sini, kena hantar report (print screen) pada kami. Yelah nak membuktikan yang uols betul-betul buat kerja kat rumah. Untuk Promoter Team, uols kena train dulu dengan kami lepas tu baru boleh join promote Flexiroam kat KLIA atau mana-mana expo nanti.


Ganjarannya? Untuk Social Media Team, kami tawarkan RM500 sebulan manakala untuk Promoter Team, kami tawarkan RM150 untuk 8jam sehari di expo. Cemana? Menarik? Dah kata pon part time kan. Bolehlah untuk siapa-siapa yang nak buat side income atau part time ke.


So, kalau berminat sila emailkan resume uols ke bazooka@flexiroam.com secepatnya.


Kalau berminat nak tahu  tahu sebarang update, uols ada Facebook? Sila request untuk join group The Bazooka Flexiroam Mobile Team. Sebarang pertanyaan kalau tak faham silalah tinggalkan komen

Sunday, May 2

Nuffnang tawar keje kosong kat shaye? Yeay !



Salam semua. Amacam? Sorry sebab selang-selang hari updated. Msih bizi. Tak pe, yang penting updated kan? Kan? Ok, back to the main point. Betul ke Nuffnang tawar kerja kosong kat shaye? Oh semestinya ! Haha. Tak pecaye? Lihat SINI. Jawatan yang ditawarkan ialah 'Web Developer'. Haha. Berangan kau ye cik Era? Larikkkkk!


Takdelah, shaye nak bagitahu kat semua yang Nuffnang buka jawatan kosong, so siapa-siapa nak jadi 'Web Developer' bolehlah memohon cepat-cepat. Bukan shaye nak menolak, tapi shaye kan belum habis belajar lagi. Jadi kena sedar diri. Memang dah kena dah dengan kos shaye tu. Hehe. (projek akhir pun tak siap sepenuhnya lagi.berangan)


Ha, setiap calon mesti memenuhi keperluan berikut :

  • Mestilah sekurang-kurangnya mempunyai Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam
  • bidang IT. *Ha, kos shaye nih !
  • Berpengalaman dalam PHP, MySQL, dan Javascript. *Tengah belajar benda-benda ni. Buley?
  • Berkemahiran dengan pembangunan Actionscript, rangka-rangka PHP, atau CSS ialah kelebihan. *Ha, project shaye pakai ActionScript ape. hehe.
  • Paling kurang 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang pembinaan web. Graduan yang baru tamat penggajian dialu-alukan untuk memohon jika kepakaran dapat didemonstrasikan. *Adui, tak habis lagi lah. Huhu. Belum grad.
  • Memahami konsep-konsep OOP *Bukak buku OOP sekarang.
  • Pemohon adalah rakyat Malaysia. *Jangan tuduh shaye bukan warganegara ok.

Haha. Sebab-sebab tertentu shaye terpaksa menolak untuk memohon jawatan ini. Ececeh. Kena belajar gigih sampai habis dulu, baru buley apply ye cik Era. Jadi, shaye dengan senang hatinya tolong promote kat uols yang tengah cari kerja tu. Kalau rasa-rasa seswai dengan jiwa raga uols, silalah ye.. ! Ok, nak sambung buat kerja. Bye !
Lazada Philippines