Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Friday, November 11

“My Happiest Moment”

Salam semua,

Setiap orang pasti punya kenangan terindah kann? Begitu juga dengan shaye. Dan setiap kenangan tersebut akan kekal bersemadi dalam ingatan biarpun seminit dua kenangan itu berlalu. Tak percaya? Cuba pejam-pejam mata ingat balik apa kenangan yang termanis yang pernah uols lalui. For sure mesti ada dan uols tengah #senyumsimpol kann kannnn?

Tapi kann bagus kalau setiap kenangan tersebut diabadikan dalam bentuk foto? Macam shaye memang kalau boleh setiap saat nak amik gambar supaya shaye tak mahu lupakan walau sedetik masa terindah itu berlalu. Oklah oklahh tamo cerita panjang lebar, let's me show uols my happiest moment ever in my life! 

 
My happiest moment ialah saat-saat Cik Nemo dah berani pegang kucing.
Gambar dengan kucing? Homaigod, Bukanlah! 


Okay tadaaaaaaaaaa!



Motiflah nak tayang gambar pegang kucing kann kannn? Btw saat terindah dalam hidup shaye ialah masa hari konvokesyen baru-baru ini. Rasa happy sangat sebab penat lelah selama ini berbaloi. Dan apa yang membuatkan shaye bertambah happy ialah family datang tengok shaye naik pentas untuk terima sijil tersebut. Bahagia sangat!


Seterusnya ialah pada hari majlis Satu Cinta Dua Jiwa (pertunangan) pada 3 Julai yang lalu. Setelah mengharungi pelbagai ujian yang menduga terhadap diri shaye, si dia hadir menyatakan hasrat beliau. Dan alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan kini kami sedang menanti hari untuk disatukan sebagai suami isteri. Semoga hubungan kali kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Amin.


Percaya atau tidak, kawan-kawan adalah penyumbang terbesar dalam memori indah uols. Begitu juga dengan shaye, aktiviti berjimba dengan kawan-kawan memang best sangat. Hilang stress! 


Dah tentulah saat terindah setiap kali bersama si dia. Si dia memahami dan berkongsi minat yang sama. See? Kalau boleh nak dua puluh empat jam photoshoot saje! Btw, thanks to him sebab membawa kegembiraan buat shaye.

"I don't want a perfect person, I just want someone to act silly with, someone who treats me well and loves being with me more than anything"


Dan setiap apa yang shaye lakukan, apa yang shaye suka, siapa yang shaye sayang, apa yang berlaku ke atas diri shaye dan macam-macam memori lagi sudah tentunya bakal termasuk dalam koleksi gambar shaye. 



Tapi kan saat amik gambar sendiri setiap minit, setiap jam, memang HEAVEN! Shaye memang gila kamera tak dinafikan. Tapi sedih sebab sampai sekarang masih tak mampu nak beli kamera digital sendiri. So, gambar-gambar banyak guna kamera handphone saje. T__T

Manalah tahu bila join OLYMPUS Happy Photography Contest boleh dapat kamera sebijik?


Kannnnn? Wish me luck guys!

Tuesday, July 12

Nuffnang Twisties Heros Party | Teater Mak Dara Nyonya.

Salam semua. Moning! Yuhuuuuuu! Aktiviti hari minggu kembali. Kesian shaye kan. Kawan-kawan dah jauh, so kena buat aktiviti hari minggu sendiri-sendiri saje. Haiyooh! Ni nak hapdet skett pasal aktiviti hari minggu ni. Ahad lepas shaye join #tunangkite pi Nuffnang punya party. Nuffnang Twisties Heros Party katanya. Tatau apa-apa main join saje. Hehe. Bertempat di The Bees, Jaya One, KL. First time pegi sana. Tapi takpelah dapat makan kira okay la kan. Jimatt belanja. Yeahhh!


Tak ramai sangat yang datang. Blur blur shaye rasa sebab ramai yang shaye tak kenal kat sana. Haha. Pastu tak tahu ape pengisian sume shaye tatau. Blur blur gila. Disebabkan shaye peneman je, tak payah amek tahu pun takpe kott. #ops.


See? Dapat goodies lagi. Suka suka suka! Abaikan tangan orang yang sibuk tuit tuh. Syuuuh syuuuhh! #ops


Ehem, kitorang pakai kuning hari tu. Sebab tema kena pakai kuning atau merah. Gitulah gamaknya. Haha. Pstttt, first time pakai kuning. Taknak pandang baju sendiri sebab cerah sangat rasanya. Silau okay. Haha!  Adush.


Shaye jumpa Cik Lily kat situ. Itu yang pakai baju merah tu. Dia bagus tau. Setiap event Nuffnang uols boleh nampak muka dia. Rajin sangat! Dah boleh jadik orang kesayangan Nuffnang dah ni. Ngeeeee!


Okay, masa untuk Hagemaru kesayangan shaye makan. Hagemaru? Jeng jeng jeng! Orang tertentu je faham.  #tetiba. Hehe. Rugi rasanya tak makan masa ni sebab shaye sebenarnya baru lepas makan kenduri. Dah nak kawin kan, so kena diet skett. #ops #berangan.

Lepas makan kitorang chow secepatnya untuk ke destinasi seterusnya. Keji kan? Datang makan je. Haha. Tapi takpelah, kitorang nak pi tengok teater sebenarnya. Teater Mak Dara Nyonya. Kat #tunangkite punya belog ada story pasal teater ni. Nak tahu pasal Teater Mak Dara Nyonya lebih lanjut boleh baca SINI.


Teater ni dipersembahkan kat MATIC, Jalan Ampang. Ia bermula pada 6 - 12 Julai 2011. Apapun teater ni best! Tak kering gusi melihat lakonan Fara Fauzana, Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Juhara Yaakob, Norzizi Zulkifli, Sherry Abdullah dan Zaifri Husin.


Sepanjang teater ni dipersembahkan, shaye sangat terhibur dengan lakonan Sherry Abdullah yang membawakan watak Nyonya. Siyes lawak gila. Diorang gunakan lenggok bahasa lama-lama. Tapi langsung tak membosankan sebab intonasi dan sebutan diorang sedap dan lucu kadang-kadang. Lakonan Fara Fauzana, Misha Omar dan juga Sarimah tak kurang hebatnya. Semua pandai berlakon. Hehe. Ayat yang shaye takbley lupa :

"Wangnya udah basah, gimana nih?!" - part Nyonya kena paksa keluarkan duit dari celah2 baju.
"Ekornya tidak enak, tuan!!!!!!!!!!!!" - Nyonya letak tangan kepala sambil tayang muntut mantap.
"Meoooooww! Kucing dapurmu di sini" - Panggilan manja Fara Fauzana kat laki dia. Haha.
"Ekornya mantap sekali ya" - Sarimah tak puas hati tengok muntut Nyonya lagi hebat dari dia. Haha.

Ada banyak sangat part yang kelakar tapi shaye dah lupa. Tu lah banyak sangat ketawa. Dan lakonan Juhara Yaakob sebagai Halimah juga tak mengecewakan. Siyes dia pandai bawak watak dan sangat menghayati susah senang dan perjalanan hidup sebelum wujudnya Jamu Mak Dara. Hehe. 


Akhir kata, kalau masih tak terlambat uols pergilah serbu pergi tengok Teater Mak Dara Nyonya. Tak rugi. Best! Last malam ni kott! Nak tahu lebih lanjut? Layari www.makdaranyonya.blogspot.com

Wednesday, June 8

Kalau Dah Nuffnang Bagi Tiket Wayang Free, Harus Pergi !!

Salam semua. Rasa macam dah lama gile tak kepochi pasal diri sendiri kat belog. Maklumlah, alasan tegar shaye, BIZI BIZI BIZI. Lagi-lagi baru lepas buat giveaway kan, lepas tu duduk update belog pasal giveaway je sampai tak hingat dan kekok nak update belog. Mana pegi aktiviti hari minggu? Mana? Mana? Katakan LEM___ kepada cik Nemo. Shaye rela tadah mata. Hahah! 

Baru-baru ni shaye dapat invitation dari Nuffnang untuk Premiere Screening cerita Hoodwinked Too : Good vs Evil. Saja-saja je pon pegi komen-komen kat Nuffnang tup tup dapat. Bila dah dapat, pergi je lah kan. Dekat lagipun. Curve je. Jalan kaki pon takpe. Eceh, bajet kaki kuat. Baru je lagi tengok movie tu. Ada la 2 hari lepas 6 JUN. Jam 9.30pm kat Cathay Cineplex e@Curve.


Ha, dapat 2 tiket FREE. Nak pi dengan siapa? Haruslah pergi dengan gurlfren bila takde boyfren. Lepas balik kerja terus siap-siap pecut pegi Curve. Haha. Kalau dulu nak pergi Nuffnang punya Premiere Screening punyalah payah sebab dulu kan duduk Klang. Nak pi sendiri takde lesen. Harap orang je lah kan. Sekarang? Tidak lagi. #angkatkeningziana


Sementara tunggu movie kitorang sempai pi terjah Ah Cheng jap. Gila ah. Bajet nak pi Celcom kejap, bila urusan takbley buat jalan-jalan kat Curve tu. Takbley tahan bila lalu Ah Cheng. Mesti nak makan laksa semangkuk dua. Alohh sori awak kite tak ajak, nanti kita pi sama okay? Kita belanja. Eceh!


Aihhhh lambat pulak masa ni rasa nak menunggu movie start. Masa ni nampak lah blogger-blogger letop berkeliaran. Nak tegur tapi takot. Hehe. Antara blogger-blogger yang shaye nampak malam itu ialah Cik Epal, Nisa Menaip, and the gang. Ada yang shaye tak berapa kenal sangat kott. Maklumlah shaye jarang jumpa blogger-blogger depan mata. Hehe. Ha, tak lupa juga, shaye jumpa si Ceri_Ijau. Kawan lama tapi first time jumpa. Hehe.


Wayang nak start, cepat-cepat kitorang masuk. Shaye dan gurlfren juga bersama beberapa orang rakan. Idoklah segan sangat nak pegi kan. Hehe. #ops shaye tak review pasal cerita ni ke? Okay jum baca komen ringkas kuasa dua shaye :

Hoodwinked Too : Good vs Evil.


Cerita pasal si Red Riding Hood ni nak menyelamatkan nenek dia yang kena culik dengan Nenek Kebayan. So, dalam cerita ni dia banyak ceritakan perjalanan dia dengan kawan-kawan untuk cari nenek dia. Uols patut tengok kecomelan Hansel & Gretel dalam cerita ni. Aihhh, cerita ni sangat seswai ditonton oleh budak-budak kecik sebab banyak yang tak logik. Biaselah kan. Haha. Budak kecik boleh dia nak tipu, shaye? Errr, sket-sketlah! Haha. Uols tengok je lah sendiri nanti sebab cerita dia not bad. Kelakar okay! Apa yang shaye mampu komen pasal cerita ni ialah : Kelakar, Comel, Pentipu, Sweet dan Romantik #tetiba (ok part romantik shaye tipu). Hahaha!! Nah tengok trailer dia :


So, kalau cerita ni dah keluar nanti sila tonton okay!

Monday, November 1

Be A Part Of Churp Churp Today !

Salam semua. Tengok tajuk pon dah tahu. First of all, shaye nak berkongsi something yang boleh buat duit. Berbalik kepada tajuk, Be A Part Of Churp Churp Today yang bermaksud Jadilah Sebahagian Daripada Churp Churp Hari Ini! Eceh! Pertama sekali shaye nak tanya, korang tahu tak apa benda Churp Churp yang shaye maksudkan di sini? Tahu tak? Kalau tak tahu mari shaye jelaskan.


Actually masih ramai lagi yang tak tahu tentang kewujudan Churp Churp ni. Sebelum apa-apa jangan fikir ini skim cepat kaya takpun MLM ye. Bukan. Churp Churp ni sebenarnya bernaung di bawah syarikat Nuffnang dan ianya merupakan sebuah syarikat pengiklanan yang membayar setiap kempen yang akan uols bakal terima. Tugas uols sangatlah mudah. Uols hanya perlu menulis tweet di dashboard ChurpChurp dan iklan akan di publish secara automatik melalui akaun Twitter uols. See? Sangat mudah kan?


Macam mana Churp Churp beroperasi?

Churp Churp ni adalah media sosial yang memberi bayaran kepada Churpers (ahli-ahli Churp Churp) yang telah menyebarkan iklan dan sebarang pengemaskini iklan yang dibuat berdasarkan permintaan pengiklan. Ia lebih kurang macam Nuffnang cuma konsep penyebaran iklan tu lain sket. Maksudnya kat sini, kalau Nuffnang, kita just tampal iklan tu kat blog kita dan kita buat blogwalking sket supaya ramai la yang klik iklan, tapi konsep Churp Churp pulak tak perlu blogwalking. Hanya Tweets saja. Lagi ramai follower uols, lagi ramai yang baca iklan tu, lagi banyak la ganjaran yang uols dapat.

Konsep Churp Churp


















Terdapat dua jenis Churps yang sedia ada :

1. Dijadualkan (User-generated) Churps
Uols akan diberitahu melalui email terlebih dahulu yang uols diberikan tugas baru dan diberi sedikit penerangan untuk menulis posting tersebut dalam apa-apa cara yang uols inginkan dengan beberapa keywords yang diperlukan. Tweets uols akan keluar pada jadual dan selepas itu, pendapatan akan dikreditkan terus ke akaun uols. Maksudnya di sini. Tweets tersebut akan keluar secara dijadualkan.

2. Penyemaian Churps
Uols akan diberitahu melalui email terlebih dahulu yang uols diberikan tugas baru dan diberi sedikit penerangan untuk menulis posting tersebut di platform yang diperlukan. Sedikit penerangan akan dijelaskan dan juga menentukan sudut mana yang uols harus bekerja.


Macam mana nak dapat tugasan?

1. Mendaftar dengan Churp Churp.
2. Akses Menyetujui Twitter.com dan Facebook.com untuk kaitkan dengan Churp Chup.
3. Pilih keutamaan uols samada untuk menerima atau menolak iklan alkohol tembakau atau yang berkaitan untuk tweets dijadualkan.


Kelebihan yang bakal uols perolehi

1. Dapat duit hasil tugasan yang uols dah buat.
2. Boleh join bermacam event yang dianjurkan oleh Curp Churp. *Jangan risau, semua event yang dianjurkan adalah sihat ye. Rugi tak join diorang main layang-layang (Fly Kite,Fly).
3. Berpeluang masuk contest dan menang hadiah.


Aktiviti yang Churp Churp patot buat selain yang sebelumnya.
1. Buat aktiviti pertemuan blogger-blogger takpun ahli-ahli Churp Churp yang terbesar macam kat Nuffnang buat dulu dalam Gatsby Dedorant StreetFair hari tu.
2. Event yang berbentuk ilmiah mengenai bidang IT atau pengiklanan. Contoh, Bengkel Churp Churp. Eceh!
3. Event makan-makan. Sukeeeeee!


Berminat? Jadi apa tunggu lagi? Jum kita join Churp Churp ramai-ramai. Don't worry. Kepada ahli Nuffnang yang berstatus Glitterati jangan risau. Status anda takkan ditarik balik sebab Churp Churp ni di bawah Nuffnang juge. So, alang-alang korang join Nuffnang, boleh buat duit sampingan juga dengan Churp Churp.


Untuk mendaftar boleh klik SINI.



p/s : Follow my Twitter di SINI

Monday, August 9

Tenkiu Nuffnang Sayang !

Salam semua. Wazzup guys! Lama tak updated. Ada la dalam 2, 3 hari kan? Kan? Rindu keh? Kalau rindu cakaplah ye. Hehe. Ok, hari ni shaye nak kecoh-kecoh kat korang yang hari tu shaye dah klik untuk cash out kan duit Nuffnang shaye. So, balik rumah kelmarin surat cinta dari Nuffnang dah pun sampai. Yeay ! Cek dari Nuffnang sudah sampai. Walaupun takdelah banyak mana tapi still melumpat kegembiraan la shaye. Tapi shaye terlupa la nak amek gamba untuk tayang kat korang. Takpelah, even shaye tak tayang, korang wajib jeles jugak okeh.


Say what? Belanje? No no no. Shaye memang kedekut. Haha. Wang itu bakal dimasukkan dalam akaun bank shaye untuk simpan. So, takmo berangan-berangan nak suruh shaye belanje. Maceh! Ok, dalam bulan ni shaye jarang sket updated, agak bizi lorh. Sorry okeh. Tapi syukran kerana masih ade lagi buffered earning. Tenkiu Nuffnang, tenkiu penaja. Ewaaaaahhh! *Macam artis la pulak.




Ok, ini senarai penaja shaye. Oh, tenkiu very much ! Tak sure la kena cover yang mana. Adoi. Dan shaye juga bersyukur sebab iklan-iklan masih kekal tertampal kat blog shaye. See? See? Kat header, side, dengan bottom lagi. Auuuuuw. Suke suke suke !



Bottom


Side


Header


So, kepada you all. Rajin-rajinlah klik iklan-iklan shaye. Tak rugi ape punye. Ada banyak contest atau iklan yang menarik disajikan untuk korang. Join je la kalau rajin. Mana tahu dapat hadiah harijadi ke. Oppss. *Harijadi cik Nemo makin dekat.


Ok, di sini shaye nak ucapkan tenkiu very much kepada korang yang sudi bertandang ke blog cap ikan ni. Sorry if ada terkasar bahasa or apa-apa yang menyinggung hati korang. Kepada yang suke suke suke dengan blog cik Nemo, tenkiu ya! Kepada yang tak suke, mengeji blog cik Nemo, takpelah. Tenkiu jugak sebab sudi bertandang. Shaye hargainya. Even orang kata blog ni, blog mengarut, blog bodo-bodo, blog show off boyfren ke, gedik ke, ape ke tenkiu very much. I know i'm not perfect. Hanya perempuan biasa yang menjalani kehidupan sehariannya. If korang rasa apa yang shaye share kan dengan korang tu tak normal, tak payah baca la blog ni kan. Lagi senang. Hoho.


Ok lah, takmo emo-emo. Relax saje. Babai. I will update soon !

Wednesday, May 26

Digi Break Free Party !



Salam semua. Shaye bersiaran langsung di rumah kawan hasil lari dari rumah. Haha. Kunun-kunun buring kan duduk rumah sewa? Amek kau. Lari dari rumah. Haha. Hep hep ! Jangan fikir bukan-bukan. Shaye pergi buat assignment lah! Sebab this week shaye nak balik, jadi semua kerja yang patut dibuat haruslah dibereskan terlebih dahulu. Rindu ok kat orang-orang kesayangan ! Huhu.


Ok, pasal Digi Party tu. Pssssst, korang dapat ke? Korang pegi? Hmmm. Shaye? Shaye dapat invitation, tapi tak dapat pegi. Sebab? Teruk kan? Dapat invitation je mesti tak pegi. Shaye nak tanya la kan. Kalau selalu tiket tengok wayang buley pas kat orang. Pegi party ni pun buley pas kat orangkah? Kalau buley, shaye nak la pas kat orang. Buley ke?


Siapa-siapa tolong jawab buley? Secepatnya sebelum jam 12 tengah hari ini !

Thursday, May 20

Football=Adidas?


Salam semua. Taip laju-laju ni. Haha. Assignment seterusnya. Kali ini kena cepat sebab sebelum ni punya assignment shaye terlepas. Huhu. Ok, tajuk kali ini, Football=Adidas? Ok, kenapa bola sepak dan Adidas ini seiring? Saling memerlukan? Bola sepak adalah permainan yang semua orang main. Ye, shaye je tak main sebab kaki bangku. Lagi satu sebab di mana permainan bola sepak ni kita dapat lihat sekumpulan orang yang mengejar sesuatu objek yang dipanggil bola. Bila dapat kejar bola tu, dia akan sepak atau menendang semula bola tersebut supaya dia boleh mengejar semula bola tersebut sampai penat. Gila tak? Buley tak jawab macam tu? Haha. Takdelah. (Tahu takot)


Ok macam ni, bola sepak adalah suatu permainan yang sangat sihat. Sebab ia memerlukan stamina yang kuat untuk berlari dan pada masa yang sama, pemain akan berpeluh. Bila dah berpeluh, maka wujudlah bau-bau yang kurang menyenangkan. Yang menyebabkan orang tak berapa suka nak dekat. Kan? Jadi, produk inilah jawapannya. Adidas menawarkan produk yang berunsurkan keperluan sukan maka Adidas dan Football memang tak boleh dipisahkan sebab semua orang tahu Adidas merupakan jenama terkenal untuk sukan. Jadi tak hairanlah jika permainan bola sepak seiring dengan Adidas. Adidas juga telah banyak menaja sukan-sukan yang menjadi sukan kegemaran seluruh dunia. Masih tak percaya?


Antara produk yang terdapat dipasaran termasuklah pewangi, baju, kasut, stokin, barangan sukan, dan sebagainya. Pergi je mana-mana shopping complex pasti ada jual barangan Adidas ni. Percayalah! So, kepada sesiapa yang minat bersukan tu, jadikanlah Adidas sebagai jenama keperluan anda. Tak rugi pun kan? Kan? Jadi, apa korangg tunggu lagi? Cepat-cepatlah ye?











Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. The Project Alpha bloggers will be at the Adidas Pure Game Ole KO event on Friday (May 21), from 7.30pm-8.30pm. Catch them in action!

Tuesday, May 18

“Why Smartphones can be Dumbphones”

Salam semua. Oh ! Semestinya shaye lah antara yang terlembab sekali menulis pasal ni. Orang lain dah senang-lenang menulis pasal ni, shaye pulak baru terkedek-kedek. Actually, shaye tak berapa tahu sangat pasal Smartphones sebab shaye tak gunakannya lagi. So, uols boleh salahkan cikHel kalau shaye tersilap tulis pasal ni. Haha, takdelah ! Jangan salahkan beliau sebab dia tak salah pun. cikHel suruh shaye buat entri ni cepat-cepat pastu submit. Ye, shaye taip cepat-cepat ni cikHel.


Berbalik kepada tajuk utama kita. Ok, apa itu Smartphones? Kalau nak jawapan yang simple, Smartphones tu telefonlah ! (memang nak kena pukul kalau jawab macam tu). Ok ini serius. Smartphones ni memanglah telefon tapi ia merupakan jenis telefon yang bijak. Apa yang buat ia berbeza dengan telefon biasa ialah dari segi :

  • Sistem Operasi
  • Fizikal
  • Kegunaan yang pelbagai
  • Ciri-ciri
  • Kualiti

Ok, benda-benda macam tu yang membezakan Smartphones dengan telefon biasa. Tetapi, Smartphones juga boleh menjadi Dumbphones ! Sorry to say this but it is definately true ! (Oppps, cakap minah saleh pulak). Antara hujah-hujah yang menyebabkan shaye berkata demikian ialah :


Situasi 1
Orang A : Eh, jom lepak Starbucks ! Boleh wifi pakai telefon mahal aku ni !
Orang B : Telefon murah aku ni pon boleh online dimana jua ok. Tak guna ko pakai telefon mahal.
Orang A : ........(sambil berbisik) Ei, Dumbphones !


Situasi 2
Orang A : Ayang, nampak tak muka Sayang pakai 3G ni?
Orang B : Nampak ! Alolololo cute nyeee !
Orang A : Betul ni dah nampak? Oklah bye..
Orang B : Eh, cepatnya? Tak puas la Sayang !
Orang A : Siapa nak bayar ni kalau lama-lama? Kau ke? ( Start bergaduh)
Orang B : Eh, tak guna la kau pakai handphone mahal. Tapp ! (Letak telefon)
Orang A : ........(sambil berbisik) Ei, Dumbphones !


Situasi 3
Orang A : Hello, you dah sent email yang I suruh ke?
Orang B : Alaaaa, sorrylah you. I tak topup lagi, kredit I habis kena tolak sebab online semalam !
Orang A : You guna handphone jenis Smartphone ke?
Orang B : Yep.
Orang A : Pegi buanglah Smartphone you tu ! Email penting pun tak boleh hantar !
Orang B : ........(sambil berbisik) Ei, Dumbphones !


See? See? So pity kan bila Smartphones boleh jadi Dumbphones. Smartphones tak bersalah ok. Kalau uols tak mahu Smartphones di panggil Dumbphones lagi, uols kena jadi smart juga dengan memilih............ Jeng Jeng Jeng !

DiGi Smart Plan !


DiGi Smart Plan, hanya dengan RM68 sebulan uols boleh nikmati Internet dengan sepuasnya. Tak rugi pun sebab ianya menawarkan pelan yang sangat bijak. Uols juga boleh berjimat melalui pelan ini. Tak percaya? Klik gambar di bawah.




Ok cukup. Berhenti promote sekarang kita cerita pasal party. Hehe. DiGi akan mengadakan sebuah party, iaitu DiGi Break Free Party yang bertempat dan bertarikh berikut :


Tarikh: 29 May 2010 (Sabtu)
Masa: 6pm – 10pm
Tempat: Ecoba, Lot No. B-G-02, Level 1 Menara Bata (Tower B), PJ Trade Centre, No. 8 Jalan PJU 8/8a Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya (please click here for a location map)


Temanya ialah Prisoners and Villains. Haisssyyoooh ! Macam mana tu? Kostum apa nak pakai ye? Ada idea? Shaye kan muka suci macam mana nak buat bagi nampak jahat?


Lupakan soal kostum, ada hadiah yang ditawarkan pada malam itu. Antaranya ialah :


Best pre-event blog post – Blackberry Bold 9700
Best-dressed blogger at the party – HTC Legend
Best post-event blog post – Blackberry Bold 9700
Runner-up for post-event blog post – Blackberry Curve 8250


Lumayan kan? Jadi apa tunggu lagi? Tepuk dada cepat buat entri. Haha.

Thursday, May 13

How Many Wiggies?



Salam semua. Terpaksa taip laju-laju kali ini. Assignment kali ni kena kira berapa pulak jumlah kesemua wiggy kat atas ni? Ha, kepada semua nak kira sekali meh la kira.. 1, 2, 3, 4, ......dan haisyyyooh! Berapa nih? Cepat kira. Lagi sekali.. 1, 2, 3, 4, 5.......


Ha, semuanya 219. Betul ke ha? Tak pecaye? Meh tengok. Ada yang tertinggal lagi ke?
Hahaha.



Adush. pedih mata la mengira ! *pegi cari EyeMo.


Ok, jum layan Project Alpha jum?








Wednesday, May 5

My Message to AIDSAware


Jangan tanya kenapa muke shaye macam tu, hasil tak cukup tido.


Hello semua. Selamat datang ke blog yang tak berapa selalu nak updated sekarang. Ok, assignment kali ini shaye nak cerita pasal AIDS. Nampak tak mesej yang shaye bagi tu? Jelas kan? 'Amalkan Hidup Yang sihat, Hindari AIDS!". Memandangkan buat masa sekarang ni, belum ada lagi rawatan atau ubat yang boleh menyembuhkan AIDS ni, eloklah kita mencegahnya daripada terjerumus jauh. Hasilnya? Menyesal dikemudian hari. Ok, ni shaye nak share kat korang, langkah mencegah AIDS kerana ianya adalah salah satu cara terbaik bagi mengawal penyakit AIDS ni.


Langkah-langkah yang patut diamalkan :

  • Menghindari seks di luar perkahwinan.

  • Elakkan hubungan seks dengan mereka yang tidak dikenal pasti latar belakangnya.

  • Elakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan.

  • Menggunakan kondom jika isteri atau suami telah dijangkiti.

  • Jangan melakukan hubungan seks sejenis.

  • Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti pisau cukur, berus gigi dan lain-lain peralatan yang boleh dicemari oleh darah

  • Jangan menderma darah atau organ badan jika anda dijangkiti.

  • Jangan menagih dadah.

  • Hindari dari perkongsian jarum dan alat suntikan.

  • Elakkan diri daripada bercukur di kedai gunting rambut atau pendandan rambut di mana anda terpaksa berkongsi pisau cukur atau gunakan pisau cukur pakai buang.

  • Bagi ibu-ibu yang dijangkiti elakkan dari mengandung.

  • Sebagai langkah asas berilah didikan ugama dan moral kepada anak- anak supaya dapat membentuk satu tingkah laku yang positif dan mengelakkan tingkah laku yang berisiko tinggi.



Silalah amalkan gaya hidup yang sihat. Langkah-langkah pencegahan shaye dah bagi, jadi amalkan. Tak susah pun. Kita perlu hidup dengan normal tanpa melibatkan diri dengan perkara-perkara tak elok je. Itu sahaja untuk malam ini. Ingat mesej yang shaye nak sampaikan, "Amalkan Gaya hidup Yang Sihat, Hindari AIDS". Jadi, tepuk dada tanyalah selera.








Sunday, May 2

Nuffnang tawar keje kosong kat shaye? Yeay !



Salam semua. Amacam? Sorry sebab selang-selang hari updated. Msih bizi. Tak pe, yang penting updated kan? Kan? Ok, back to the main point. Betul ke Nuffnang tawar kerja kosong kat shaye? Oh semestinya ! Haha. Tak pecaye? Lihat SINI. Jawatan yang ditawarkan ialah 'Web Developer'. Haha. Berangan kau ye cik Era? Larikkkkk!


Takdelah, shaye nak bagitahu kat semua yang Nuffnang buka jawatan kosong, so siapa-siapa nak jadi 'Web Developer' bolehlah memohon cepat-cepat. Bukan shaye nak menolak, tapi shaye kan belum habis belajar lagi. Jadi kena sedar diri. Memang dah kena dah dengan kos shaye tu. Hehe. (projek akhir pun tak siap sepenuhnya lagi.berangan)


Ha, setiap calon mesti memenuhi keperluan berikut :

  • Mestilah sekurang-kurangnya mempunyai Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam
  • bidang IT. *Ha, kos shaye nih !
  • Berpengalaman dalam PHP, MySQL, dan Javascript. *Tengah belajar benda-benda ni. Buley?
  • Berkemahiran dengan pembangunan Actionscript, rangka-rangka PHP, atau CSS ialah kelebihan. *Ha, project shaye pakai ActionScript ape. hehe.
  • Paling kurang 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang pembinaan web. Graduan yang baru tamat penggajian dialu-alukan untuk memohon jika kepakaran dapat didemonstrasikan. *Adui, tak habis lagi lah. Huhu. Belum grad.
  • Memahami konsep-konsep OOP *Bukak buku OOP sekarang.
  • Pemohon adalah rakyat Malaysia. *Jangan tuduh shaye bukan warganegara ok.

Haha. Sebab-sebab tertentu shaye terpaksa menolak untuk memohon jawatan ini. Ececeh. Kena belajar gigih sampai habis dulu, baru buley apply ye cik Era. Jadi, shaye dengan senang hatinya tolong promote kat uols yang tengah cari kerja tu. Kalau rasa-rasa seswai dengan jiwa raga uols, silalah ye.. ! Ok, nak sambung buat kerja. Bye !

Wednesday, April 28

Road My Trip With My Broadband

Alahai.. Sempat lagi tak rasanya kalau nak buat assignment baru dari Project Alpha ni? Haiiisyyoh, kenapa lambat sangat ya? Bukan selalu hari Isnin ke? Punye lah hari-hari shaye check, bila tak check baru assignment ni nak keluar. Yang peliknya, cepatnya korang dah wat dulu dah. Huhu. Pakai bomoh eh? Huhu. Ok, tak pelah dapat ke tak pun janji shaye join. Hehe.


Ok, tajuk kita pada hari ni ialah "Road Trip With My Broadband" . Ehem-ehem. Sejak bila pulak shaye pakai broadband kan? Pakai wifi kat kampus ni pun dah memadai apa. Ceh. Salah ok ! Sangat tak memadai kalau shaye pakai wifi semata-mata kalau nak online. Shaye seorang yang suka berjalan-jalan. Suka pergi bercuti. Dan pada masa yang sama, shaye juga seorang kaki Internet. Oh sampai kat kaki ko. Jadi, setiap apa yang shaye lalui tu, kalau bolleh shaye nak sematkan semuanya dalam blog shaye. Sekurang-kurangnya bila dah tua nanti ada la kenangan. Hehe.


Jadi korang rasa shaye memang memerlukan broadband kan? Tapi shaye lagi suka broadband yang kecil serta mudah nak dibawa ke mana-mana jua. Senang. Tak payah nak cucuk-cucuk kabel kat laptop ni ha. Sekarang hari-hari orang nak guna Internet. Serius, tak tipu !Shaye ada juga usha-usha broadband kat pasaran, tapi takpelah. Belum cukup mampu. Tunggu kerja kot. Hehe. Alangkah indah jika shaye mempunyai :

Broadband Wiggy P1 Wimax


See? Kecik molek je. Cantik kan? Takpelah mengidam dulu. Mana tahu P1 Wimax keluarkan yang lagi chumel. Oh i like ! Korang tak nak cuba ke? Belilah ! Tak rugi kot sebab tak mahal pun bayaran dia. Shaye study lagi, sebab kat sini dah ada wifi, shaye guna wifi dulu ye. Ikut mana lagi penting. Lagipun benda ni kan kecil, korang buley simpan kat mana saja. Simpan dalam poket, hand beg pun buley apa? Jadi, pegi beli ramai-ramai. Beli sorang satu, sebab nanti berebut pulak kan. Haha.


p/s : Next semester dah kena duduk rumah sewa. Nak pakai broadband ke ha? Wiggy wiggy wiggy ! (mata bersinar-sinar tengok gambar)







Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Thursday, April 22

My Dream Destination

Entri hari ni dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim. Hehe. Salam semua. Hamboi-hamboi... cepat je uols updated pasal tugasan minggu ke 8 ya? Baguslah uols, peka. Hehe. Kali ni shaye agak lambat sket. maklum la bizi. Tak kesah la dapat ke tak dapat kan. Tapi kalau dapat kira rejeki kan. kan? hehe. Ok, my dream destination...hmm..tak jauh. Kalau buley shaye nak pegi ke satu tempat yang tenang, nyaman, sejuk. Kat mana tu? Ha..Tu dia gambar dia dah mai dah.. Dah mai dah.. Haha.


Bali, Indonesia




Seronokkan kalau dapat bersantai kat sini. Jemur-jemur kulit yang dah tak layak dijemur ni. Jalan-jalan tepi pantai pakai topi gedik, pastu spek mata gelap. Lelaki lalu depan mata, buat-buat pose sopan-sopan Mak Ngah sket. Alah alah alah...Hahaha...Pastu pegi jalan-jalan cuci mata. Ni kalau pegi honeymoon seronok la. Hehe. (Berangan tak sedar diri)





Lagi-lagi kalau semuanya ditaja. Oh, besh gilak! MAS taknak bagi tiket free kah? (Kelip-kelip mata harap-harap dapat tiket free. Sapo la nak bagi kan?)


Ok. Sebab shaye sukekan Bali :

  1. Nama dia yang simple. Senang je nak sebut. Ala-ala limau bali gitu. Hahak !
  2. Boleh tenangkan fikiran. Dengar cerita kat sana banyak tempat yang chantek-chantek. Indah-indah. Sekurang-kurangnya kita boleh lari kejap dari kesibukan yang tak henti-henti ni.
  3. Kat Bali ada pantai-pantai terbaik ! Bersih ! Shaye nak mandi-manda kat situ. Kesian ok kat sini asyik takde air. Kalau ada pun air keruhnye la hai. Huhu. Nak wat camne. Terpakse. Tak besh.
  4. Shaye suka benda-benda yang berseni ni. Jadi, kat sana ada jugak elemen-elemen seni. Shaye nak tengok puas-puas. Amek gambar semahunya.
  5. Bila gambar semua chantek-chantek, dah tentu korang jelez sebab shaye pegi sane. Haha. Motip? Saje nak bagi korang jelez. Hehe.

Jum pegi Bali? Ewah ! (macam la banyak wang)






Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Thursday, April 8

Trimas Nuffnang!



Yeay yeah yeay! (lumpat-lumpat)
Senangnya dalam hati.
Dapat invitation dari Nuffnang.
Tengok "Date Night"
tapi.......
nak pegi ke ke tak?
...
...
...
...
...
...
...
...
...
jap, kena tanye incik dulu.. =)

Tuesday, April 6

My Favourite Sport

Salam semua. Kali ni shaye nak cerita pasal sukan kegemaran shaye. Kejap. Kejap. Korang rasa shaye ni jenis yang suke bersukan ke? Haha. Tidaklah sama sekali. Shaye kaki bangku ok. Takot bola. Orang kejar bola, tapi shaye lari dari bola. Aduhai. Nak main lompat-lompat tinggi sume dah tentunya tak cukup kaki. Nak main baling-baling lontar peluru ke, tak cukup tangan la pulak. Bukan apa, bukan sebab geli-geli berpeluh ke apa. Tapi stamina tak berapa kuat. Haha. makan sayur berkoyan-koyan tapi no komen...Hehe.


Sukan ape ya yang korang rasa-rasa seswai dengan jiwe dan raga shaye? Lumba lari? Jangan berangan. Lompat pagar. Lariik! Tak mau ok! Sebenarnye ada satu je sukan yang paling shaye gemari. Tak pastilah ia dikira sukan ke tak. Nak tahu?


Ha, ni lah dia. Sukan tayang ketiak. Oppss! Haha. Takde maknanye shaye nak pakai macam ni kan. Tak pasal-pasal kantui segala lemak tepuku. Auuuww!



Ye,sukan paling santai dan mengeluarkan peluh ialah Senamrobik! Satu..Dua..Tiga! Tiga lagi..Ayuh! Yeay! You can do it, beybeyh! *berangan lebih.

Sebab shaye suke Senamrobik ialah :

  1. Disamping anda terkinja-kinja senamrobik, buley beramah mesra dengan peserta lain.
  2. Buley bertukar-tukar nombor telefon.
  3. Membandingkan lemak masing-masing supaya lebih bekerja keras lagi.



Ha! Tinggi lagi kak. Korang nak join ke? Jum?
Dengan syarat :



Kepada lelaki-lelaki yang nak join shaye tu, sila menggunakan produk Adidas ni je ok? Yang tak guna tak buley join. Haha.


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
Lazada Philippines