Showing posts with label Selangorlicious. Show all posts
Showing posts with label Selangorlicious. Show all posts

Tuesday, May 31

Kalau Mak Taknak Masak Biryani, Kita Suruh Ma'Cik Yang Masak!

Pagi itu saya dan kawan teringin sangat nak makan Nasi Biryani. Ini semua gara-gara kelmarin kami lalu Restoran Ma'Cik Biryani. Ada sesuatu yang menarik perhatian kami untuk mencuba makanan di situ. Sampai teringat-ingat dan terbawak-bawak sampai mimpi selagi tak cuba makan kat sana. Serius! Bertempat di The Curve, Mutiara Damansara adalah lokasi "syurga makanan" buat kami. Lebih-lebih lagi ianya berdekatan dengan tempat tinggal kami. Apa tunggu lagi, kami serbu!


Nampak ekslusif tapi kami tetap mengambil langkah berani untuk mencuba restoran berunsurkan Baba dan Nyonya ini. Even masa ni masing-masing tengah sengkek takde duit tapi kami degil jugak. Haha. Teringin punya pasal, sanggup! Terlebih dahulu meh saya cerita macam mana wujudnya Ma'Cik Biryani. Nama pemilik restoran ini ialah Ai Lin Cheah di mana beliau berkeputusan untuk membuka restoran untuk menjual makanan kegemaran beliau iaitu Nasi Biryani. Actually pada mulanya beliau tak tahu pun resepi Nasi Biryani, tapi beliau betul-betul nak belajar daripada buku resepi dan membuat kajian melalui Internet untuk menghasilkan Nasi Biryani yang betul-betul "perfect".


Berkat usaha beliau, wujudlah Ma'Cik Biryani dan antara menu special yang utama di sini ialah Fruit Biryani, Vegetable Biryani, Prawn Biryani, Egg Biryani, Chicken Biryani with Egg, Beef Biryani, dan Mutton Biryani. Harga biryani adalah antara RM16 ke RM20 sahaja.


Restoran ini bukan menawarkan Nasi Biryani semata-mata tetapi ada menyediakan menu lain yang menarik. Selain biryani, pelbagai nasi goreng juga boleh didapati. Bukan nasi goreng biasa-biasa tapi haruslah yang special punya. Jangan tak percaya, tauhu sumbat, kuey teow soup, rojak johor, roti jala dan Ais Kacang pun uols boleh dapat kat sini. Ada lagi kuih-kuih ala kampung yang lain, kalau nak tahu sila serbu Ma'Cik Biryani.


Ma'Cik Biryani mementingkan kualiti dalam penyediaan makanan di mana beras yang digunakan direndam empat hingga enam jam sebelum dikukus. Daging atau ayam untuk biryani juga tidak diasingkan tetapi diletakkan dalam lapisan tengah nasi biryani tersebut sebelum dipanggang sekitar 30 minit. Nampak mudah tetapi cara penyediaan agak rumit lebih-lebih lagi rempah yang digunakan sukar didapati. Mampu nak buat?


Kualiti kebersihan Ma'Cik Biryani sangat terjamin lebih-lebih lagi telah mendapat penghargaan daripada MBPJ sebagai salah satu Premis Bersih dalam Selangor. Servis yang diberi juga sangat bagus. Tiada masalah makanan sampai lambat ke, pekerja bermasalah ke, semuanya "perfect".



Dekorasi restoran juga menarik kerana ia betul-betul berunsurkan Baba dan Nyonya. Dinding bercorak berasaskan kayu-kayu melambangkan jenis rumah Baba dan Nyonya. Gambar ramuan untuk Nasi Biryani dipaparkan di dinding restoran untuk tatapan pengunjung. Selain Saffron, ramuan Nasi Biryani juga termasuklah Cinnamon, jintan manis, jintan putih, serai, biji ketumbar dan air mawar. Unik bukan?



Apa yang menariknya di Ma'Cik Biryani, nasi biryani dihidangkan dalam periuk. Selalunya satu periuk boleh dikongsi dalam 2 atau 3 orang. Kami? Satu periuk seorang. Kelakar sebab ini first time kami ke situ, tak sangka satu periuk boleh makan 2 hingga 3 orang. Dah order kan? Nak tak nak kena habiskan seperiuk seorang.





Masa ini kawan saya pilih Beef Biryani (RM18.80)  dan saya pilih untuk cuba Chicken Biryani with Egg.(RM18.80). Berbaloi sebab rasanya yang asli dan sedap. Seperiuk pulak tu. Memang banyak. Boleh makan sampai kenyang.


Antara pengunjung yang datang ke sini. See? Chinese pun suka makan Nasi Biryani. Satu Malaysia okay.




Apa-apa pun jom serbu Ma'Cik Biryani di mana uols boleh makan Nasi Biryani sepuasnya! Sesiapa yang teringin nak makan Nasi Biryani eloklah datang sini bawak family. Tiru macam saya, makan nasi biryani seperiuk seorang. Haha! 


MA’CIK BIRYANI
Lot 156, Level One, Western Courtyard,
The Curve, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7710 6188
Business Hours: (Daily) 11am - 10pm.

Thursday, May 26

Bosan makan ABC? Jom makan ABC berperisa buah di Fruit Land!


Lokasi Mutiara Damansara merupakan “lubuk makanan” di mana kita boleh makan apa saja yang kita inginkan kerana semuanya ada di sana. Kali ini saya ingin membawa anda suatu tempat makanan di mana kita boleh menikmati buah-buahan segar sebagai dessert istimewa daripada Fruit Land. Bertempat di Ikano, Mutiara Damansara dan setakat ini outlet Fruit Land yang lain boleh didapati di The Mines Shopping, Jusco Cheras Selatan, Jusco Taman Maluri, Jusco AU2 Setiawangsa, De Garden Ipoh, Viva Home, Subang SS15.


Fuit Land berasal daripada produk Fruity Lolo di mana ia berupa ABC yang berperisa buah-buahan segar. Kombinasi buah-buahan dan perasa amatlah sesuai dan berpadanan serta menarik perhatian. Uniknya di Fruit Land, anda boleh memesan apa jua jenis dessert sejuk dan panas. Dessert sejuk adalah berupa ABC berperisa buah-buahan. Ia menyediakan pelbagai jenis buah-buahan dari buah-buahan import termasuklah buah-buahan tempatan. Antaranya ialah Rainbow Sago Lolo, Mix Fruits Sago Lolo, Corn Sago Lolo, Dragon Fruit Sago Lolo, Durian Sago Lolo, Coconut Sago Lolo, Watermelon Sago Lolo, Yam Sago Lolo, Kiwi Sago Lolo, Strawberry Sago Lolo, Honey Dew Sago Lolo, Papaya Sago Lolo, Cincau Ice Sago Lolo, Red Bean Sago Lolo, Mango Sago Lolo, dan Banana Sago Lolo.

 Honey Dew Sago Lolo

 Mango Sago Lolo

 Rainbow Sago Lolo


Dessert panas adalah seperti Soya dan Taufufa. Antaranya ialah Black Sesame Taufufa, Peanut Taufufa, Red Bean Dessert, Green Bean Paste, Almond Paste, Peanut Paste, Peanut Dessert, Black Sesame Dessert, dan banyak lagi. Fruit Land bukan sahaja menyediakan dessert panas dan sejuk, tetapi ia juga menyediakan makanan asas dan pembuka selera. Makanan yang disediakan cukup menepati misi Fruit Land iaitu berunsurkan kesihatan kerana setiap makanan yang disediakan tidak berminyak walaupun makanan yang bergoreng.


Salah satu dari appetizer. Lupa nama dia. Harus cuba sebab sedap!


Fruit Land juga menyediakan makanan yang pelbagai, dari western ke Nasi Lemak. Di samping itu, Fruit Land turut menawarkan kami dengan harga-harga promosi. Jadi, kami mengambil peluang tersebut untuk mencuba setiap makanan yang disediakan. Ternyata percubaan demi percubaan langsung tidak menghampakan kami. Semuanya sedap belaka dan merupakan makanan yang sihat.

“Buah-buah Fruit Land semuanya segar-segar. Sebab Mango Lolo, Honey Dew Lolo buah-buah dia segar tapi perasa dia manis yang berpada-pada! Saya suka” – Zai
“Makanan dia langsung tak berminyak, betul-betul makanan untuk orang diet. Yelah, makan tak berminyak lepas tu makan buah banyak-banyak”-Hani
“Appetizer dia sedap! Macam buat sendiri dari rumah!”-Niza


Harga biasa untuk satu dessert buah-buahan adalah RM7.90 ke RM9.90. Berbaloi dengan harga. Menarik kan? Jadi apa tunggu lagi? Jom kita serbu Fruit Land! Kalau bosan makan ABC kat kedai biasa apa kata try dessert dari Fruit Land! Anda takkan menyesal!

Wednesday, May 25

Jom Pekena Laksa Ah Cheng? Betul-betul from the North!

Setiap minggu memang tak sah saya dan rakan-rakan berkunjung ke Ah Cheng Laksa. Bukan apa, penangan laksa yang tak dapat dilupakan buat kami nak datang selalu ke sini. Adalah satu kerugian pada sesiapa yang tak pernah ke sini. Percayalah.


Asal-usul Laksa Ah Cheng telah jelas dinyatakan dalam laman webnya, di mana 56 tahun lalu sepasang suami isteri yang berniaga Asam Laksa di pekan kecil Alor Setar, Kedah. Dan perniagaan itu telah di ambil alih oleh anaknya, Ah Cheng sejak 10 tahun yang lepas. Dan kini perniagaan Ah Cheng Laksa telah pun berkembang dalam kawasan Lembah Klang. Buat masa ni Ah Cheng Laksa boleh didapati di : e@Curve, Cold Storage,Ikano, Giant,Stadium Shah Alam, The Summit, USJ.


Apa yang istimewanya Laksa Ah Cheng ialah, rasa dan aromanya yang asli. Ikan yang digunakan sangat segar dan isinya banyak. Sekali cuba, pasti perut kami kekenyangan dengan ikan. Berbaloi dengan harga yang dijual. Walaupun Ah Cheng adalah pengasas Ah Cheng Laksa, jangan risau kerana semua makanan yang dijual adalah Halal. Apabila masuk kedai pasti dah terpampang sijil Halal dari Jakim. Dari segi kebersihan memang terjamin bersih. Servis di sini juga sangat baik. Dan yang mengejutkan tiada servis cas yang dikenakan. 


Selain laksa, Ah Cheng Laksa juga berkonsepkan kopitiam yang menjual menu-menu lain seperti Nasi Lemak Ayam Rendang, Nasi Lemak Ayam Special dan sebagainya. Cuma yang istimewanya, Ah Cheng Laksa telah menambah menu lain seperti Mee Kari, Bihun Kari, Nasi Ayam BBQ, Nasi dan Asam Pedas Ikan Pari. Pada mulanya kami ke sini, menu laksa adalah menu utama kami, tetapi dah lama-kelamaan kami mencuba menu lain dalam Ah Cheng Laksa tak kurang juga hebatnya. Selain itu, Ah Cheng Laksa turut menawarkan promosi murah melaui set-set yang telah ditetapkan. 


Contoh :
Set A : Nasi Lemak Ayam Rendang + Laksa + Mee Kari = RM18

Perbandingan dengan harga biasa,
Nasi Lemak Ayam Rendang = RM 8.90
Laksa = RM 7.90
Mee Kari = RM 7.90




Nampak tak perbezaan harga? Dengan set-set yang ditawarkan, kami takkan terlepas peluang merasa semua jenis makanan sekaligus. Siapa tak mahu cuba kan bila dah ditawarkan dengan promosi murah. Antara keistimewaan lain yang menarik minat kami ke sini ialah persekitaran dan suasana kedai yang tenang dan senyap. Dengan muzik yang tenang sambil menikmati hidangan sedap, tentunya Ah Cheng Laksa menjadi pujaan hati kami.


Buat masa ini, Ah Cheng Laksa sedang menawarkan peluang bisnes bagi sesiapa yang berminat nak membuka kiosk untuk Ah Cheng Laksa. Siapa yang berminat bolehlah menghubungi atau ingin bertanyakan sebarang pertanyaan:


ahchenglaksa@hotmail.my
012-3046200 (S.Y.Tan)
www.ahchenglaksa.com.my
Lazada Philippines