Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Tuesday, November 16

Tutorial: Curly kan Rambut Tanpa Guna Kepanasan (Inspired By Michelle Phan)

Salam semua. Selamat petang. Haha. Takde kerja kan? Actually lama dah nak try benda ni. So, bila dah ada kat rumah bolehlah buat tanpa melihat orang senyum-senyum kat kita sebab dorang ingat kita gila. Hehe.

Saja pun nak try. Orang kata kalau kita selalu buat rambut, rambut kita akan cepat rosak. So, ni ada inisiatif lain kepada penggemar rambut curly atau nama lainnya ialah kerinting. Hehe. Jum tengok tutorial di bawah daripada Michelle Phan. She's beautiful and adorable. I loikeeeeeee. Hampir semua tutorial dia shaye dah tengok. Dah-dah, jum layan.

Takkan tengok je? Jum la try !

Pastikan takde orang kata anda gila. Hehe.

dan hasilnya.

Tadaaaaaaaaaaaa!

Tiba-tiba rasa rambut kerinting tak besh. Boleh?

Sunday, October 31

Tutorial Blink Untuk Teks

Salam semua. Selamat malam. Ok, kali ni shaye nak share something yang sangat-sangatlah simple. Siapa-siapa pon boleh cuba. Senang dan mudah sekali. Perasan tak kalau kadang-kadang bila korang buat blogwalking tu, kat entri orang lain tu ada certain words jadi blink blink. Perasan tak? Ke korang tak faham macam mana blink-blink? Ok macam ni :


Ketiak. Eh bukan.


Ini baru nama dia Blink Blink!


Dah faham dah macam mana teks boleh jadi blink? Ok, teks tu dia kunon-kunon terkelip-kelip kan. Ok, di sini shaye nak ajar sket macam mana nak buat macam tu. Semuanya based on coding saja. Ok contoh la masa korang tengah taip-taip tu ada certain ayat yang korang nak blink kan. Contoh korang nak taip "Pada suatu hari, Pak Aji pegi Kedai Serbaneka Pak Mat". Korang nak blink kan teks Kedai Serbaneka Pak Mat tu. Taip <blink>kat sebelum teks dan </blink> kat selepas teks yang korang nak blink kan tu.


Contoh 1 :

Pada suatu hari, Pak Aji pegi <blink>Kedai Serbaneka Pak Mat</blink>

Hasil :

Pada suatu hari, Pak Aji pegi Kedai Serbaneka Pak Mat


Contoh 2 :

<blink>Jangan Menyibuk!!!!!</blink>

Hasil :

Jangan Menyibuk!!!!!


Ok, simple kan? Boleh cuba sendiri. Semoga berjaya!

Sunday, October 24

Rambut baru !



Okeh, ini rambot baru shaye. Baru lepas pegi salon tadi. Shaye pegi senyap-senyap je. Tak bagitahu sape-sape pong! Rambot still bau-bau salon lagi yu! Jangan jeles. Feeling-feeling minah saleh kejap sebab kaler rambot macam tu. Boleh? Seswai keh?


Memang tak la kan.



*Sila jangan pecaye, editing semata. Mengamok juge Mama ku kalau shaye pegi kaler rambot. Hahaha.


Okeh, kat bawah ni shaye nak share tutorial photostop menukar warna rambot. Seronok okeh melayan tutorial-tutorial kat Youtube ni. Banyak ilmu korang boleh dapat. Okeh, nak belajar photoshop tak? Sila layan video tutorial di bawah.




Selamat mencuba. Very the simple way to changing your hair color. Must try!

Friday, October 15

Tutorial : Menggunakan NetworkedBlogs dalam Facebook

Salam semua. Okeh, actually lama dah shaye nak buat tutorial pasal ni, sebab ada yang bertanya macam mana nak tambah application NetworkedBlogs dalam Facebook. Ok terlebih dahulu biar shaye explain apa bendanya NetworkedBlogs ni. NetworkedBlogs ni adalah salah satu aplikasi yang biasa digunakan untuk mempromosikan blog-blog korang kat Facebook dan kita juga boleh melihat blog-blog kawan-kawan yang lain. Okeh contohnya, kalau kita follow mana-mana blog, kita akan diberi notification setiap kali tuan punya blog tu updated blog. Kira application ni memudahkan kita la nak buat kerja-kerja mempromosi blog sambil main Facebook.



Okeh ini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan application NetworkedBlogs untuk Facebook:


1. Masuk ke akaun Facebook korang macam biasa. *tak payah ajar pon takpekan?
2. Pilih aplikasi yang berada di sudut kiri bawah macam yang shaye tunjukkan, lalu klik Find More (kalau tak jumpa application NetworkedBlogs)



3. Kalau tak jumpa jugak, pegi kat ruang Search dan isi keyword “NetworkedBlogs” lalu tekan Enter.
4. Serta-merta akan terpapar benda kat bawah ni dan terus pilih dan klik NetworkedBlogs



5. Seterusnya, korang akan masuk kat page tersebut, terus tekan button Like ye.
6. Lepas dah Like , klik button Go to Application
7. Seterusnya korang ikot step dia ye. Yang dia tanya nak allow ke tak, klik allow je ye.
8. Okeh, paparan kat bawah ni akan keluar.



9. Okeh lepas ni pegi klik button Register a Blog untuk daftar blog korang tu.



10. Jangan segan untuk masukkan nama blog korang kat kotak Blog Name, alamat URL blog korang, topik atau tags (tak kesah apa-apa pon), pilih bahasa blog korang, dan isi sket secara ringkas pasal blog korang tu, dah siap isi semua kemudian tekan button Next
11. Masukkan URL feed Blog korang, dan klik button Next lagi
12. Okeh, tiba-tiba akan muncul page dia bagi pertanyaan samada Are you the Author of (nama blog korang), jangan segan silu klik button Yes



13. Seterusnya, korang akan diminta untuk mengesahkan pemilikan blog. Ada dua pilihan samada Ask a friends to verify you dan Use Our Widget to Verify blog Ownership. Kat sini ikot korang la nak mintak tolong kawan-kawan sahkan ke apa, tapi shaye suggest mintak tolong kawan-kawan sahkan. Okeh, bila korang klik Ask a friends to verify you, akan terpapar macam kat bawah ni.



14. Kat sini korang boleh pilih mana-mana kawan yang korang rasa boleh sahkan blog korang tu ialah milik korang. Pandai-pandailah mintak tolong diorang confirmkan ye. Sebab, dekat notification diorang, facebook akan hantar untuk pengesahan.
15. Bila dah ada sekurang-kurangnya sorang yang confirmkan blog korang tu milik korang, maka korang dah berjaya masukkan application ni dalam facebook korang. *clap clap clap.



16. Okeh, macam gambar kat atas ni la kalau aplikasi tu dah berjaya ada dalam Facebook korang. Kalau nak paparkan dalam bentuk widget kat wall Facebook korang, klik Tab Profile, pastu klik button Add to Profile, kemudian muncul page profile korang, terus klik button Keep (disudut kiri bawah). Serta-merta dekat wall korang akan terpapar ikon untuk terus ke blog korang tu.


Ok itu adalah salah satu cara promosi blog di Facebook, sedar tak sedar sebenarnya banyak lagi cara untuk mempromosi guna Facebook dengan aplikasi-aplikasi yang lain. Untuk promosi, kalaulah ade post terbaru, korang boleh post terus dekat wall sendiri. Caranya? Kat tempat korang nak tulis post tu, kat bawah dia ada pilihan kan? Pilihan, "Link","Picture" dan sebagainya kan? Ok, kalau dah masukkan application "NetworkedBlogs" ni, serta-merta akan masuk sekali dalam pilihan tu. Klik ikon "NetworkedBlogs", akan terpapar entri-entri terbaru kat blog, pilih dan pblish. So, kawan-kawan dari Facebook boleh pegi ke blog korang secara terus untuk baca blog korang. Mudah kan?


Selamat mencoba !


Saturday, August 21

Tutorial: Cara Untuk Buat LinkWithin

Salam semua. Selamat malam. Buka apa ye tadi? Hehe. Shaye dah makn sihat. Alhamdulilah pagi tadi pegi Bengkel (lesen memandu) semuanya berjalan lancar. Macam mana bengkel tadi? Not bad. Biasa-biasa je. Buring kot sebab tak banyak yang kitorang dapat belajar. Haisyyoooh! Takpelah. Abaikan saje. Yang penting, lesen dalam tangan. Hehe.


Ok berbalik kepada tajuk, malam-malam macam ni terdetik pulak nak buat tutorial. Maybe berguna untuk korang. Takpelah kan? Sharing is caring. Ok jangan buang masa lagi, apa jadahnye benda LinkWithin tu? Ok, LinkWithin tu ialah satu widget yang berupaya untuk memaparkan post yang berkaitan (related post) untuk setiap post yang korang dah buat. Ok, apa kelebihannya widget ni?


Senang saja, ianya merupakan satu kaedah lain yang boleh menarik minat readers untuk stay lama sket kat blog korang. Yelah sebab ianya memudahkan readers untuk terus pergi ke post-post lain yang menarik minat diorang. Ha, ini juga merupakan satu trick untuk menarik minat readers! *cakap dengan penuh semangat. Jap-jap, tak nampak lagi ya apa bendanya LinkWithin tu? Ok tengok gambar kat bawah ni. Takpun tengok kat setiap post shaye, mesti ada benda ni. Itulah dia LinkWithin.



Ok, cepat semua. Get ready! Kita pasang benda ni kat blog kita okeh? Taknak pon takpe, tak paksa. Mula-mula korang just pergi ke web LinkWithin. Dah? Ok, korang akan nampak benda ni.




Apa lagi? Isi form tersebut ye. Isikan email korang, yang untuk Blog Link tu isikan url blog korang okeh? Untuk Platform, depends la korang guna apa, Blogger ke, WordPress ke, pilih saje. Untuk Width pulak, pilih 3stories dah ok dah. kalau banyak-banyak kang nampak semak pulak. Ikot suka korang la ye. Bila dah isi semua, klik Get Widget seperti yang ditunjukkan dalam gambar kat atas.




Dah? Ada jumpa benda ni? Ok ikut step dia. Klik Install Widget tu. Shaye tunjuk anak panah tu. Ikot saje ye.





Dah? Ok masa ni serta-merta dia aakan keluar benda ni. Relax. Pilih blog mana yang korang nak letakkan LinkWithin ni. Contoh kat atas tu ye. Pastu ikut korang la nak letak apa tajuk dia. Bila dah isi, klik Add Widget.





Ha, dah masuk dalam Page Element korang dah. Masa ni jangan kelam kabut sangat. Nampak tak LinkWithin tu berada di atas? Jadi, sila drag dia ke bawah ye. Ikut macam dalam gambar di atas.




Dah siap dah? Apa tunggu lagi, cepat-cepat Save ye. Then, siap! Korang try la View Blog korang, pasti ada benda LinkWithin tu kat blog korang.


Ok, Selamat Berjaya! Itu saja tutorial untuk malam ni. Nanti shaye buat lagi. Sebarang pertanyaan sila drop komen okeh! Maceh!

Thursday, July 8

Tutorial Snow Effect Pada Blog

Salam semua. Semoga sihat sentiasa. Ok, hari ni shaye nak bagi sket tutorial yang sangat simple dan sangat mudah. Tutorial apa? Ni korang perasan tak blog shaye dah ala-ala cerita Winter Sonata ada salji turun? Hehe. Korang nak try jugak? Meh shaye ajar meh.


First, sila login account blog korang. Macam biasa pegi Add gadget. Kat mana? Klik Dashboard>Design>Add Gadget>Html/Javascript. Lepas tu copy kod di bawah ni :

Untuk kaler putih :

<script type="text/javascript" src="http://www.yourjavascript.com/14104214083/snow-white.js"></script>


Untuk kaler hitam :

<script type="text/javascript" src="http://www.yourjavascript.com/03441140321/snow-black.js"></script>


Pilih mana kaler yang korang nak ye. Hitam atau putih, jangan copy dua-dua sekali pulak. Pilih salah satu aje. Last sekali, Save. Lepas tu korang boleh Preview. Serta-merta akan ada snow effect kat blog korang. Kalau taknak dah benda snow effect ni atau korang rasa musim Winter Sonata korang dah habis, Remove aje macam biasa.


Selamat Mencoba.

Thursday, June 24

Tutorial Cara Nak Dapatkan Icon untuk Chatting di Facebook !

Salam semua. Selamat petang. Dah makan? Shaye dah kenyang gila. Alhamdulilah. Ok, hari ni shaye nak bagi sket tutorial untuk korang. Ok, semua ada Facebook kan? Selalu tak chatting guna facebook? Mesti selalu kan? Kan? Ok, satu kelemahan dalam Facebook Chatting tu, dia takde sediakan ikon-ikon untuk chatting macam dalam Yahoo Mesengger dan lain-lain. So, di sini shaye akan tunjukkan inisiatif lain untuk dapatkan ikon-ikon tu untuk Facebook korang.


Firstly, korang mesti guna Mozilla Firefox. Yang takde tu, pandai-pandailah ye download dan install sendiri. Ok seterusnya, pergi link ni, Add-ons for Firefox. Kemudian search add-ons dengan keyword 'facebook chatbar'. Jumpa? Jumpa tak? Tak? Ha amek ni link dia, Facebook Chatbar. Confius lagi? Ni benda kat bawah ni. Nampak?



Ape lagi? Cepat-cepat klik 'Add to Firefox'. Tu, button kaler hijau tu. Tak payah buat muka kerut-kerut. I don't likeeee okeh! Nanti dia ada tanya nak install ke tak, klik 'Allow' terus. Lepas tu korang akan jumpa benda nih pulak.



Ok, Klik 'Install Now'. Jangan garu-garu kepala lagi. Cepat !




Bila benda ni keluar, tunggu kejap. Dia nak install.




Ok, dah siap Install. Klik 'Restart Firefox'. Mozilla Firefox korang akan di restart.


Seterusnya, bukak balik Facebook korang, klik kat Facebook Chatting tu, serta-merta akan terpapar ikon-ikon dia. Contoh, macam nih !



Nampak? Opppss.. sila abaikan apa benda yang kitorang chat tu kan. Haha. Kantui kejap. Perasan tak ada tulisan bold tu? Ha, nak buat tulisan macam tu senang je. Letak * kat depan dengan hujung ayat. Contoh : *Nemomimosh* -----> Nemomimosh (ha,jadi!)


Ok, kalau nak ikon yang lagi power lagi, klik 'Get More Smileys! Click Here' tu. Nampak tak? Tu gambar kat atas tu. Klik aje. Serta-merta akan terpapar benda nih.



Nampak tak link 'download' yang shaye tunjukkan dengan anak-panah tu? Ha, klik cepat ! Step seterusnya, ikut je. Install dan restart firefox semula.




Siap dah ! Macam mana nak jadikan ikon macam tu? Klik kat ikon yang shaye tunjukkan tu.




Korang buley pilih ikon-ikon yang korang nak. Besh kan? Tapi yang tak besh nye untuk ikon yang lagi power ni, membe yang korang nak chat kena install benda ni jugak. Kalau tak, nampak tulisan saje. Ikon yang masa mula-mula kita install tadi tu je, siapa-siapa buley tengok. Hehe.

Selamat mencuba !


p/s : Jangan duk chatting je, keje jangan lupa buat !

Tuesday, February 9

Keyboard Shortcut yang selalu digunakan oleh Blogger.

Ok, korang selalu guna ikon2 ke atau guna shortcut untuk edit entri korang? Sebenarnya takde banyak beza pun, sama je macam kita guna shortcut untuk komputer. Dan ia boleh digunakan oleh mana-mana jenis browser termasuk Internet Explorer, Firefox dan sebagainya. Ni just untuk pengetahuan korang je ok? Nak guna pun takpe..
  1. CTRL+B : Bold Text. Highlight kat teks yang korang nak bold atau gelapkan, pastu baru tekan CTRL+B.
  2. CTRL+I : Itallic Text. Highlight kat teks yang korang nak itallic atau sengetkan, pastu baru tekan CTRL+I.
  3. CTRL+A : Select All. Yang ni untuk select semua isi entri korang. Just tekan CTRL+A, semuanya akan di highlight.
  4. CTRL+C : Copy. Highlight kat teks yang korang nak copy atau salinkan, pastu baru tekan CTRL+C.
  5. CTRL+V : Paste. Lepas dah tekan CTRL+C untuk copy, tekan CTRL+V untuk paste.
  6. CTRL+X : Cut. Ini untuk potong teks yang berkenaan untuk paste kat tempat lain atau untuk delete terus. Highlight teks, kemudian tekan CTRL+X.
  7. CTRL+F : Find. Untuk carian teks yang diingini. Just tekan CTRL+F, kemudian taip teks yang dikehendaki.
  8. CTRL+T : New tab. Tekan CTRL+T, akan terpapar tab baru untuk browser.
  9. CTRL+H : History. Tekan CTRL+H akan memaparkan history untuk browser.

ha, itu je setakat ni..nak tahu lebih banyak shortcut, kat bawah entri korang tu, klik More..tak nampak lagi, tengok gambar kat bawah ni. Selamat mencuba!

Tuesday, January 26

Tutorial : blog korang gemuk ke kurus?

hello everybody! ececeh..assalamualaikum.barulah muslimah di situ.hehe. ok readers..korang perasan tak yang widget shaye dah berkurang? widget? ape benda tu? alaa..benda yang kat tepi2 entry shaye ni. korang perasan tak dah berkurang? perasan kan? hehe. sekarang tak tahu la kenapa shaye sangat rajin blogwalking.


tup2 pegi la kat blog cik izzah ni. dia bercerita macam mana nak timbang berat blog. dan dalam masa yang sama buley tahu speed sekali. shaye pun rajin2 la try nak tahu blog shaye ni kurus ke gemuk.

mula2 timbang..aiyooyo..181.6kB..0.38seconds..




tak buley jadi.buang lagu.buang gamba.ha, kurang dah.164.69kB..0.32seconds.



gemuk lagi ke ha? aa..buang lagi.ha.amek.162.93kB..0.374seconds..



oppss..nak buang lagi.tapi cukup2 lah..korang pakai la broadband ke, supaya dapat masuk blog shaye dengan lebih laju dan mantap lagi.*ape kene mengena dengan mantap? ah..biarlah.hehe~


nak timbang menimbang berat blog?? ha..meh2..masukkan url blog korang kat link web yang tertera di bawah ni pastu timbang k? timbang blog je atau web korang.jangan timbang berat badan.*buley ke?lalala~

*klik bawah ini
|
|
\ /


Lazada Philippines