Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Monday, September 26

Berangan nak jadi hackers ye? Tunggu masa je aku nak amik tindakan kat budak ni.

Hello guys! Ya ampun gila punya lama biarkan belog ni terbiar tak di update. masing-masing dah tanya apa kena tak hapdet kan. Sorry lah, tadek masa sangat dah bila dah start kerja ni. Lagipun lifestyle dah berubah. Shaye bukan lagi student yang boleh goyang kaki, lepak sana sini bila-bila masa. No no no! Sekarang masa tu sangat berharga buat shaye. Jadi, setiap masa digunakan dengan sebaiknya insyaAllah.


Actually shaye sedang berpanas hati dengan budak yang SUKA sangat nak hacked fesbuk shaye. Ini kali ketiga shaye di hacked. First, on my birthday. Agak kurang hajar kan? Apa yang dia buat? Mencerobohi akaun facebuk shaye dengan menukar DP bajet bagus dia, then tulis status bukan-bukan. Pada mulanya shaye boleh bersabar. Okay shaye faham budak ni baru nak belajar benda baru, but WHY ME yang jadi mangsa? 


Baru-baru ini shaye di hacked lagi, dan kali ini dia melampau. Tak pernah seumur hidup shaye bagi password facebook ke, ape ke, kat siapa-siapa. See? Sesuka hati dia je kan? Memang tak guna. 



Ingatkan dia just sepahkan wall je, tapi betul-betul dia sebarkan my password. Panas hati okay. Even dia bagi my password kat #tunangkite sekalipun, for me tadek siapa-siapa pun yang boleh tahu password shaye. Itu pon belum tentu dia sebarkan kat sorang je kan. Itu privasi aku, kau siapa nak sebarkan? 




Actually shaye tak faham cemana seorang yang nak jadi hackers ni boleh PANDAI sangat pergi bagitahu siapa victim dia, apa kaedah yang dia guna, dan yang paling penting SIAPA DIA. Kan? Disebakan kau kawan adik aku, please respect me as a sister juga. Mungkin for you benda ni suka-suka but for me this is serious thing yang aku boleh buat report ke atas segala aktiviti kau.






Tak susah sebab kita dah ada CyberSecurity sekarang, dalam kes ini shaye boleh buat report dan boleh masuk dalam kes Cyber Harrasment  di mana kau takde keje lain monitor segala apa aktiviti aku dengan menggunakan keylogger. Bukan setakat kau monitor aku je, tapi kau menceroboh dengan menulis status yang bukan-bukan dan siap upload gambar dari group mana kau datang. PANDAI kan? Silap-silap aku boleh report kau satu group dan satu-satu group tu sekali tertangkap.

Dari group Dragon Force ye?


Ape jadahnya keylogger tu? Nanti shaye explain dalam entri akan datang. Shaye pun budak IT juga, shaye juga tahu segala selok-belok juga. So jangan ambik mudah boleh? Shaye tahu siapa kau. Bio kau. So, please stop hacking me. I'm fed up okay? Shaye tak suka carutkan sesiapa so please do respect me too. Nak aje shaye hebahkan your account facebook kat sini but dats really not me nak mengaibkan orang. 


Apapun, tamo menulis panjang. Dah besar pandai-pandai fikir sendiri. Ilmu yang diperoleh itu gunakanlah untuk kebaikan, bukannya perkara yang sia-sia dan mengenakan orang. Kelak diri sendiri yang terkena semula. Ingat, hidup ini penuh dengan karma. Sekian.


"Kalau ilmu dapat dicari dengan niat, pasti tidak ada orang jahil dalam dunia ini"

Thursday, March 17

Kalau Suka Boleh 'Like" !

Salam semua. Good morning. Sorry lah takde entri auto publish hari ni. Internet buat hal malam tadi. Kepada sape-sape yang bangun awal tu sori lah ye. Takde benda sangat pon nak update pagi ni. Lagi-lagi perut tengah tak berapa nak ok. Huhu. Malam tadi shaye rajin sangat pegi update apa yang patut kat page "Belog Nemomimosh" di Facebook page.


Kesian. Terbiar je. So shaye update la apa yang patut. Sape-sape yang 'Like' tu terima kasih banyak-banyak. Even tak ramai, terima kasih juge shaye ucapkan. Kepada yang belum 'Like' boleh 'Like' kalau suka. Kalau tak suka tak apa. Belog shaye ni belog 50 sen je kan. Ayat nak sentap. Hoho. Kalau uols 'Like' sekurang-kurangnya uols boleh tahu sebarang update dalam belog 50 sen shaye ni.


Kepada yang support, terima kasih banyak-banyak. Kepada yang rajin baca belog shaye juga terima kasih. Kepada yang tak suka belog shaye dan kutuk-kutuk pon terima kasih. Kepada yang hanya nak stalk belog shaye pon, terima kasih banyak. Shaye hanya memenuhi masa lapang shaye dengan berkongsi cerita dengan uols. Tak salah kan? Kalau dulu shaye tahu siapa pembaca no 1 belog shaye tapi sekarang tidak lagi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua followers shaye. Tanpa kamu, siapalah shaye. Ayat dah macam "Penghargaan" dalam kerja kursus Kajian Tempatan darjah 5. Haha. Later, mahu buat kerja. Babai !

*Eh lupa, sape yang nak "Like" shaye di Facebook, boleh klik button "Like" kat sidebar belog shaye tu. Maceh!

Thursday, June 24

Tutorial Cara Nak Dapatkan Icon untuk Chatting di Facebook !

Salam semua. Selamat petang. Dah makan? Shaye dah kenyang gila. Alhamdulilah. Ok, hari ni shaye nak bagi sket tutorial untuk korang. Ok, semua ada Facebook kan? Selalu tak chatting guna facebook? Mesti selalu kan? Kan? Ok, satu kelemahan dalam Facebook Chatting tu, dia takde sediakan ikon-ikon untuk chatting macam dalam Yahoo Mesengger dan lain-lain. So, di sini shaye akan tunjukkan inisiatif lain untuk dapatkan ikon-ikon tu untuk Facebook korang.


Firstly, korang mesti guna Mozilla Firefox. Yang takde tu, pandai-pandailah ye download dan install sendiri. Ok seterusnya, pergi link ni, Add-ons for Firefox. Kemudian search add-ons dengan keyword 'facebook chatbar'. Jumpa? Jumpa tak? Tak? Ha amek ni link dia, Facebook Chatbar. Confius lagi? Ni benda kat bawah ni. Nampak?



Ape lagi? Cepat-cepat klik 'Add to Firefox'. Tu, button kaler hijau tu. Tak payah buat muka kerut-kerut. I don't likeeee okeh! Nanti dia ada tanya nak install ke tak, klik 'Allow' terus. Lepas tu korang akan jumpa benda nih pulak.



Ok, Klik 'Install Now'. Jangan garu-garu kepala lagi. Cepat !




Bila benda ni keluar, tunggu kejap. Dia nak install.




Ok, dah siap Install. Klik 'Restart Firefox'. Mozilla Firefox korang akan di restart.


Seterusnya, bukak balik Facebook korang, klik kat Facebook Chatting tu, serta-merta akan terpapar ikon-ikon dia. Contoh, macam nih !



Nampak? Opppss.. sila abaikan apa benda yang kitorang chat tu kan. Haha. Kantui kejap. Perasan tak ada tulisan bold tu? Ha, nak buat tulisan macam tu senang je. Letak * kat depan dengan hujung ayat. Contoh : *Nemomimosh* -----> Nemomimosh (ha,jadi!)


Ok, kalau nak ikon yang lagi power lagi, klik 'Get More Smileys! Click Here' tu. Nampak tak? Tu gambar kat atas tu. Klik aje. Serta-merta akan terpapar benda nih.



Nampak tak link 'download' yang shaye tunjukkan dengan anak-panah tu? Ha, klik cepat ! Step seterusnya, ikut je. Install dan restart firefox semula.




Siap dah ! Macam mana nak jadikan ikon macam tu? Klik kat ikon yang shaye tunjukkan tu.




Korang buley pilih ikon-ikon yang korang nak. Besh kan? Tapi yang tak besh nye untuk ikon yang lagi power ni, membe yang korang nak chat kena install benda ni jugak. Kalau tak, nampak tulisan saje. Ikon yang masa mula-mula kita install tadi tu je, siapa-siapa buley tengok. Hehe.

Selamat mencuba !


p/s : Jangan duk chatting je, keje jangan lupa buat !
Lazada Philippines