Showing posts with label batik. Show all posts
Showing posts with label batik. Show all posts

Monday, March 14

Menyelesaikan misi untuk jadi pelukis jalanan!

Salam semua. Gila ah. Ini entri basi. Shaye nak updated dari minggu lepas lagi, tup tup hari ni baru nak updated. Gila bizi. Bizi berjalan kott. Haha. Okeh ini adalah entri pantas. Shaye taip laju-laju time keje ni. Curi tulang kejap. Last week, shaye dan rakan-rakan telah pergi melukis batik lagi. Kami pergi ke sini lagi atas sebab minat yang mendalam terhadap batik. Minat mendalam tu. Ayat nak gempak.


Itu dalam beg plastik tu adalah batik yang shaye dah siapkan minggu sebelumnya. Dah siap matikan kaler sume. Minggu hari tu gila tamak shaye nak buat sampai dua batik, kali ni satu cukoplah. Haha. Yang penting, kepuasan. Pergh!


Pakcik tu dah kenal dah muka kitorang. Sebab asyik datang sini belajar pasal batik je. Sesiapa yang berminat lebih lanjut nak tahu pasal batik, boleh add pakcik ni kat Facebook--->Ismail Batik


Adik ni adalah antara tenaga pengajar. Hebat kan? Budak-budak pon dah diterapkan dengan benda-benda seni macam ni. Dengan cara macam ni, batik takkan pupus di mata dunia sebab adanya generasi-generasi baru yang boleh majukan batik ni.


Yang ini shaye punya. Belum siap lagi. Masa ni datang dah lambat, agak panas oh kena berjemur. Serabut nak kaler benda alah ni. (padahal memang takde mood sangat nak mewarna masa ni)


See?? Panas tuh tempat shaye mewarna tu. Haha. Takpe, tunduk-tunduk sudah. Tapi last-last tak tahan, tukar tempat jugak.


Ye, masing-masing sedang semangat mewarna batik. Kitorang jeles dengan orang sebelah kitorang sebab dia ada tenaga pengajar yang tolong dia kaler. Maklomlah, first time. Hehe.


Orang pertama yang siap. (Ada orang tolong bolehlah kan. Jeles)


Shaye meneruskan perjuangan. Mewarna dengan penuh teliti la konon. (Kalau takde cat tumpah, takpon kaler terlebih-lebih line bukan shaye lah tu)


Yeahhhh, dah nak siap!


Antara hasil-hasilnya. Next time datang sini, baru amek lukisan-lukisan ni. Belum kering, harus ditinggalkan buat tatapan pengunjung. Bai Bai lukisan!

Monday, February 21

Pelukis Jalanan atau Pelukis Batik?

Salam semua. Moning everybody! Okeh sambung cerita hari minggu semalam. Selepas operasi menyelamatkan kucing, keesokkan paginya kami ada agenda lain, iaitu mencanting batik. Yeaaaaaahhh! I loikeeee. Pagi-pagi buta dah gerak ke "Terengganu". Suke suke suke! Sampai-sampai memang ramai orang kat situ. Happening oh. Hilang stress.

Sampai-sampai dengar penerangan tuan kedai tu dulu. Yelah, nak menconteng canting batik ni ada banyak prosesnya. Bukan pakai conteng je. Haha. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai batik boleh refer SINI. Batik ni merupakan kraftangan yang paling best hebat tau. Mana-mana pegi mesti jumpa batik. So, jangan sesekali abaikan seni yang takkan luput dek zaman ni. Okey, jum layan gambar jum.



Okey, yang kitorang buat ni adalah Batik Conteng, di mana ia menggunakan alat canting untuk lukis corak batik atau sebagainya dengan lilin panas. Itu yang berbaris tu lah alat canting. Kalau nak lakar pakai pensel dulu pon takpe kalau agak-agak tak pro. Dan sila berhati-hati dengan lilin panas tu ye. Bahayes. Sebab tu benda ni dia tak ajar untuk budak-budak sekolah. Bahayes.



Yeaaahhh! Dah selesai mencanting. See? Yes yes yes!



Itu shaye punya. Nampak nama tu? Hehe. Okey seterusnya ialah proses mewarna. Ini shaye suke. Hehe. Mari mewarna !



Muka bangga. Hahaha.



Tengah fikir kaler apa yang seswai.



Yeaaaahhh Sehati sejiwa mewarna.



Penat keh? Hahaha.



Yeaaaahh! Dah ramai pengunjung, makin semangat ni. (sambil melukis sambil cuci mata)



Jeles tengok orang sebelah punya lukisan lawa. Dia melukis dengan penuh rasa cinta memang lawalah jadinya. Shaye? Hahaha. Melukis dengan penuh rasa benchi. Boleh? Hahaha.



Yang ni lukisan kedua. Tengah touch up.



Yang ni belum touch up lagi ni.



Bergamba je lebih.



Yeahhh. Sebab taknak kena tinggal dengan kakak shaye, shaye memerlukan bantuan cik Niza untuk menyiapkan lukisan kedua.



Antara peserta yang terlibat. Semua dengan lukisan masing-masing.



Lukisan pertama shaye dah siap tu. Niza sedang bantu shaye menyiapkan lukisan kedua.



Okeh ini hasil lukisan dari sis Natasha dan abang Wan.





Ini adalah hasil dari lukisan shaye. Ada sape nak beli? Hahaha. Yeaaaahhh!





Hasil dari lukisan Niza. Lawa kan? Dalam hati ada taman. Maklomlah.



Haaaa, yang ni hasil dari shaye dan Niza. Lawa kan? Hahaha



Bergambar kenang-kenangan dengan lukisan orang lain. Pakcik baju hitam tu memang mengikuti perkembangan lukisan kami sebab dari mula sampai siap dia tengok. (Ini tengah jemur lukisan-lukisan)



Shaye juga nak mengabadikan kenangan kat sini. Hehe.



Hehe. Itu dia. Hasil seni kami semua. Syioook oh. Rasa tenang sepanjang hari tu. Happening tapi sangat santai. Kitorang terpaksa meninggalkan lukisan tersebut untuk proses seterusnya. Antara proses yang akan dibuat lepas tu ialah proses mematikan warna, dibasuh dan direbus dengan bahan-bahan tertentu. Last sekali proses menjemur dan menggosok. Okey, proses-proses tu kita biarkan tuan kedai uruskan. Minggu depan boleh amek hasil lukisan tersebut. Yeahhh!

*Hari minggu yang menyenangkan.

Lazada Philippines