Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, April 19

Jalan-jalan jumpa Nazim Othman & Zawen Hero Remaja | Deting Time

Salam semua. Aktiviti hujung minggu kembali. Minggu lepas shaye memang malas nak balik rumah. Yelah mengenangkan nak berpeluk-peluk dengan minah-minah dalam komuter tu. I geli-geli okey. Kalau dengan mamat-mamat takpe. Oppss! Haha. Takdelah, tak hingin pon. Actually penat nak balik rumah. Yelah, minggu lepasnya baru balik kan. Lagipun mahal le taxi nak balik rumah sewa. Dah macam harga tambang tiket balik Batu Pahat okey.


Kunon-kunon taknak balik, melekatlah kat rumah sewa kan? Tapi tak berjaya jugak. 24 jam mengadap lappy sampai rasa nak muntah pon ada. So, kitorang decided la pergi OU. Actually dalam banyak-banyak shopping complex kat Damansara ni, kitorang memang jarang pergi OU. Ni saje je pergi kunon-kunon nak tukar selera la kan. Yelah, kata pon jalan-jalan cari pakwe kan. #muntahhijau


Tengah seronok berjalan-jalan sambil menguruskan peha dan mencuci mata, tiba-tiba "Eh eh ada apa ni?" Wahhhh! Ada event lah. Event Speed Date with the Cleo Bachelors. Wahhh! Ni yang lagi best cuci mata ni kan. Harus tengok. Eh bukan bukan. Wajib! Haha. Berlangsung pada 16 April 2011 Lower Ground Floor, One Utama pada jam 2pm-5.30pm. Yeahhhh! Shaye di sana!


Masih tak percaya? Ha itu bukti shaye di celah-celah gadis lain mencuci mata. Nak lagi best, shaye mencuci mata sambil makan karipap sedap. Aummmm! Jemput semua. Jemput tengok aje lah kan. Haha.


See? See? Dorang tengah beramas beramah mera dengan gadis-gadis atas pentas. Nampak gayanya semuanya sangat peramah. Takde pon yang pemalu-pemalu kucen. Itu nampak tak lelaki yang pakai rantai tu? Itu Zawen Hero Remaja 2004 tu. Muka super duper cute tapi badan dia, pergh! ada ciri-ciri #lelakibadang tu. Haha. Takpe-takpe #lelakibadang definisi shaye macam ala-ala Apdlin Shoki je. Hehe.


Shaye pergi berdua aje. Yelah, dengan siapa lagi nak deting kan? Kan? Yang ni namanya Fira. Budak rumah shaye. Bakal pemangku Presiden Rumah Perlindungan Orang Meroyan. Dan jangan lupa, shaye masih lagi presiden rumah tersebut okey. Taknak kalah. Shaye memang #gilakuasa. Harap maklum.


Heh? Itu Itu ! Pelakon tu. Actually shaye tak tahu pon nama dia. Shaye nampak tag nama dia tulis 'Nazim'. Okey-okey ini baru google, nama dia Nazim Othman. Memang hensem wa cakap sama lu bila tengok depan-depan. Haha. Lama jugak la kitorang stay situ tengok dorang ni. Haha. Suka suka suka !


Dah penat tengok abang Nazim, opppps "abang" katanya. Haha. Takdelah dah lepas tengok Nazim tu kitorang tengok Zawen pulak. Muka super duper cute lah. Haha. Muka dia macam Anding AF pon ada. See? See? Dapat gambar latarbelakang dengan Zawen pon jadilah. Oh #lelakibadang. I loikeeeeeeeeeee! Hahaha!


Jalan-jalan haruslah lapar. Kau tengok tu orang takde duit makan kat mana. Haha. #ambekkau ni namanya tak sedar diri ni. Alohh kitorang makan kedai biasa-biasa aje pon, tempat aje lawa. Ape nama kedai ni eh? Haa, Old Asia Cafe. Harga standard cuma kedai lawa sangat sampai takde orang berani masuk kott. Sebab masa kitorang pergi tu takde orang pon.


Siap ada bantal lagi untuk cover perut bila kenyang. Makanan dia? Ermmm. Even dah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan Tv3, tapi pada shaye biasa aje. Ah Cheng jugak tetap di hati. Tapi bukan tak sedap. Not bad lah kan. Sedap jugak sebenarnya. Isyh bila lah Ah Cheng nak masuk Jalan-Jalan Cari Makan Tv3 kan.


Nyonya Fried Rice With Crispy Prawn


Vietnamese Grilled Chicken


Macam biasa, di mana ada lukisan pasti di situ ada shaye. Eh yang itu Fira. Shaye paksa dia tengok lukisan. Jadi orang seni sekejap. Shaye tak pastilah, semua lukisan ni pertandingan di bawah Nandos kott. Banyak budak UITM yang masuk. Siyes cantik-cantik semua.


Shaye suka lukisan yang ni. Cantik.


See? Mimi pon boleh buat kott. Lekat-lekat crayon tu bagi jadi bentuk ayam Nandos.


Dah la tu, penat berjalan. Opsss lupa nak cakap, tema kitorang keluar hari tu adalah tema putih. Suci, tulus dan bersih. Lama dah kott shaye tak pakai putih. Hehe. Okeylah jumpa lagi untuk aktiviti hujung minggu akan datang. Maceh.

Monday, April 4

Culik bini orang buat deting !

Salam semua. Aktiviti hari minggu kembali! Yeahh, shaye memang tak reti duduk diam kat rumah sekarang. Asal ada masa terluang, ada peluang, harus berjalan. Yelah, minggu ni budak-budak rumah semuanya balik. So, shaye tinggal sorang-sorang di rumah. Sangat bosan. Nak deting, takde pakwe. So, shaye culik le kekasih hati pengarang jantung shaye iaitu Puan Nasuha.


Puan Nasuha besfren shaye dunia akhirat. Dia ni dah kawen ye kawan-kawan. Sila jangan ngurat. Kalau nak ngurat, ngurat shaye je. Diulangi sekali lagi, ngurat shaye SAHAJA. Statement nak bikin panas kan. Haha. Lokasi berdeting bersama Puan Nasuha kali ni ialah tempat lepak shaye hari-hari iaitu Curve saje. Sebab shaye malas nak balik Klang, Puan Nasuha datang Damansara. Kalau tak, tempat deting kitorang kat Sunway Pyramid takpon Jusco Bukit Tinggi, Klang. Dah la, jom tatap gambar kitorang sampai bosan. Haha.



Lokasi pertama, haruslah dibawak Puan Nasuha ni jumpa Ah Cheng kesayanganku dulu. Dia datang dah nak tengah hari, so kite makan dulu kat Ah Cheng.


Ye, rambut depan dah panjang, memang serabai aje rasanya. Macam tak mandi pagi pon ada. Eh eh, shaye mandi pagi okeh masa ni.


Shaye suka makan di Ah Cheng kerana.......tempat dia yang tenang. Orang pon tak ramai. Takdelah sesak pastu lama nak tunggu order sampai kan. Masak pon tak berbunyik. So, boleh makan sambil feeling-feeling kat sini.


Nak jimat, minum skyjuice aje. Eceh! Eh bukanlah, shaye tak minum manis. Alohhhh alohhh alohhh!


Dah kenyang, jom le buat senaman kaki. Jalan-jalan cari pakwe. Boleh? Haha. Gila. Meroyan lagi ke kau, cik Nemo?


"Apelah aku nak bagi kat adik perempuan aku sorang ni, dah merajuk dah dia sebab aku tak tegur dia tempoh hari"


Kat mana ada lukisan, kat situ terpacaknya shaye. Isyh, macam dah bertahun tak lepak kat Central Market. Rinduuuuu! Sana banyak lukisan.


"Okey Nas, kau pon kena minat tengok lukisan sebab aku yang paksa. Haha"


See? Mana pergi mesti jumpa ikan Nemo. Tengok lukisan tu.


Eh? Tak rabun rupanya? Haha. Itu spek mata rabun, kalau pakai shaye punya penglihatan memang terbatas. So, boleh berlagak diva kejap sebab kalau ade orang tegor confirm shaye takkan perasan. Lagi satu, shaye pakai spek bagi muke tak dikenali sket sebab takot mana-mana paparazi ke wartawan ke kejar. Hahaha. Poyo perasan #bajetartis


Shaye nak tanya sini, shaye makin kurus ke makin gemok eh? Hahaha. (Berharap uols cakap shaye makin kurus)


Bila cik Nemo tengah cuci mata, sila jangan kacau.


Senyum. Bila nak cuci mata, memang harus tanggal spek. Wajib. Hahaha. Kalau tak, sasaran terlepas!


Dan dan si Puan Nasuha ni nak cari baju anak, even shaye lepak Curve hari-hari, sumpah tak tahu mana letaknye kedai untuk baby. Nampak sangat dah lama shaye belikan baju untuk Mimi. Dush !


Okey, dah jumpa. Kita biarkan hot mama ni cari apa yang patut untuk anak beliau. Hehe. Kalau keluar sama, kitorang memang wajib masuk kedai baby ni.


Kali ni masuk Mothercare pulak.


Ye, shaye takde anak lagi. Anak angkat je sorang. Sekian.


Bila dah jalan-jalan, mulalah. Shaye memang pelahap. Sila faham. Kitorang pegi makan lagi sekali.


Kali ni makan kat Jombali pulak di Tesco. Sebelah-sebelah je dengan Curve.


Okeh itu saje. Harap uols tak muntah tengok gambar kitorang banyak-banyak ni. Hehe. Nanti shaye update aktiviti hari minggu lagi okey.


*Actually shaye takot duduk rumah sorang sebab malam tu kena kacau dengan hantu. Demm!

Thursday, March 24

Mencantas, Mencaras, Merampas !

Salam semua. Haha. Tengok tajuk macam ape kan? Actually ada orang tak bagi shaye buat tajuk ni, tapi disebabkan shaye dihentam hebat, maka terkeluarlah topik berikut untuk menjaga nama baik shaye juga. Ecececeh! Mencantas, Mencaras dan Merampas! Huhuhu. Sejak akhir-akhir ni shaye telah dikecam hebat oleh teman-teman shaye dan dituduh berniat untuk mencantas, mencaras dan merampas! Gila okeh. Nah bukti.






See? See? Kejam tau. Hahaha. Tak baik tuduh shaye mencaras. Shaye tak buat pon benda-benda macam tu. Lagi-lagi nak mencaras membe-membe sendirik. Adalah tidak baik di sisi undang-undang persahabatan. Hahaha. Ayat bukan main.


Baik aku cantas megi daripada cantas BF orang.


Nak tahu apesal diorang ni kata shaye mencaras diorang? Haha. Itu rahsia. Asal korang pecaye shaye dah la. Hahaha. Shaye saje je menyakat diorang ni. Seronok kott gado-gado wrestling tumbok-tumbok kat rumah. Maklumlah, rumah shaye ni kan dah dikenali sebagai Rumah Perlindungan Orang-Orang Meroyan. So, pekik-memekik, menjerit keterlaluan secara tiba-tiba, ketawa sampai pecah lampu, dah pon jadi perkara biasa dalam rumah ni. Hahaha!


Niza

Fira


Actually masa mula-mula pindah, Rumah Perlindungan Orang-Orang Meroyan ni memang penghuninya stok budak-budak yang menghadapi kemurungan termasuklah shaye. Kata pon shayelah presiden. Gila ah. Tak boleh lupa saat-saat nak bangkit semula tu. Alhamdulilah, budak-budak rumah sangat memahami shaye dan diorang pon bukannya happy sangat dan oleh sebab itu, kami sama-sama usaha untuk keluar dari penyakit kemurungan itu.


Sanggup bangun pagi nak pegi Tesco.


So, macam-macam kami buat untuk lupakan semua kesedihan yang berlaku. Alhamdulilah, berkat kawan-kawan juga. Syukur sekarang ni kalau nak meroyan pon, confirm kena gelak. Pastu ni dan dan la keluar kes caras mencaras ni. Meriah gila kott kat rumah ketawa. Diorang tuduh shaye mencaras diorang. Eh eh nak kena ni. Haha. So, kepada kawan-kawan takmo fikir bukan-bukan okeh. Shaye takkan mencaras sesiapa pon. Sebab shaye tahu macam mana sakitnya kena caras. Hahaha.


Shopping is the best therapy.

Kita kawan kan?


So, kesimpulannya ialah shaye memang tak mencaras siapa-siapa. Pastu, shaye nak cakap thanks kepada budak-budak rumah yang gila-gila dan sentiasa melayan karenah shaye yang pelik-pelik. Sometimes shaye memang berkelakuan pelik atas sebab-sebab tertentu tapi baguslah diorang ni sangat peka. Kira kalau shaye nak terjun dari tingkat 21 pon confirm diorang selamatkan punya kan? Ye ke? Hahaha. Entah berapa kali shaye menangis depan diorang tapi bagus, diorang tak pujuk pon. Sebab shaye memang perlukan ruang untuk diri sendiri. Tapi itu masa zaman-zaman meroyan la kan. Hehe. Btw, thanks korang! Jangan lupa shaye bila dah kaya nanti. Hehe.


*Gambar adalah sekadar hiasan.

Monday, March 14

Bercanda di Ikea. Entri bergambar tanpa caption.

Salam semua. Ini entri malas. Taip secepatnya sebab takut bos nampak. Boleh? Haha. Takdelah, ini entri dah basi. So updated gambar je lah aktiviti minggu lepas selepasnya. Lepas pergi melukis batik, secepatnya kitorang melepak di Ikea. Yeahhhh! Cuci mata di sini. Layan gambar saje okey. Lantok ah ape orang nak kata, "Pegi Ikea pon nak bergambar". Yang penting aku happy. Hohoho.








Cerita seterusnya pasal minggu sebelum-sebelumnya, bakal bersambung.
Lazada Philippines