Showing posts with label lomo. Show all posts
Showing posts with label lomo. Show all posts

Friday, November 4

Nak beli Kamera La Sardina sebijik boleh?

Salam semua,

Ehem, sehat walafiat ke uols? Hope sentiasa sehat sejahtera di samping family yang tercinta. Hari ni shaye nak share salah satu wishlist yang tersemat di hati. Dari dulu kenan sangat kat kamera Lomo ni, actually ada banyak jenis kat luar sana. Harga pun takdelah mahal sangat. Dalam RM50 ke atas pon kita dah boleh dapat dah sebijik. Yelahh kalau nak beli DSLR sekarang memang tak dapatlah, so terpaksa letak  DSLR kat list yang paling bawah sekali kann kann!

Eh jap jap sebelum tu, uols tahu tak apa itu Lomo Photography? Lomo Photography ni membawakan kita kembali ke zaman-zaman mak abah sebab ia kamera analog bukan kamera digital macam kita guna sekarang ye tuan-puan. Seperti kata lain, kamera lomo ni menggunakan filem sahaja. So, tak boleh suka-suka nak amik gambar sebab ianya takde button delete gambar yang tak jadi. Mungkin kalaulah dari dulu sampai sekarang ni kita hanya menggunakan kamera analog, mungkin tak wujud #pakcikcamwhore. #ops

Kamera Lomo ni ada banyak jenis kat pasaran tau, tapi tapi tapi dalam banyak-banyak jenis shaye kenan kamera La Sardina punya pattern. Homai! Sukaaa! Tapi harga dia mahal sket kot dari kamera Lomo yang lain.  Yelahh harga dia cecah ratus-ratus sedangkan kamera Lomo lain boleh dapat bawah RM100 je. Ke murah? Entahlah shaye tak berapa pasti sebenarnya harga pasaran kamera Lomo ni. #tepukdahi

 
Nice kann, macam tin sardin pon ada aku tengok. #ops
 
Yang ni pattern geometri.


Aksesori.
Yang ni metal pattern, Ehem, kite kenan yang ni lah!! *tunjuk-tunjuk gambar*

10 Teknik Lomography
1. Bawaklah kamera ke mana saja uols pergi pada bila-bila masa. Yelah mana tahu tiba-tiba nampak objek menarik terus nak amik gambar.
2. Gunalah kamera Lomo tanpa batasan - siang malam pon tak kesah.
3. Jadikan lomography sebahagian dari hidup uols dan nikmati saat-saat meng-capture.
4. Ambil setiap shot dari pelbagai sudut.
5. Ambil gambar sedekat mungkin sebab biasanya kamera Lomo takde zoom.
6. Jangan banyak berfikir, gunakan hati dan penglihatan uols.
7. Pantas, lekas tuntas bila amik gambar. Tak perlu nak teknik-teknik sangat pun.
8. Tak perlu fikir hasil gambar yang telah diambil, maklumlah guna filem kann nak preview memang tak dapatlah.
9. Tak perlu fikir gambar macam mana nak amik, amik gambar secara bersahaja lagi seni.
10. Tak perlu fikir aturan macam mana nak gunakan kamera Lomo sebab cara penggunaannya mudah sekali.


Antara hasil gambar dari kamera Lomo

 

 

 

 


Amik gambar macam ni, style sangatt!

Macam mana nak beli? Boleh pegi web SINI. Okay macam mana nak guna kamera ni? Shaye pon tatau tapi tapi tapi....Ayuh layan je video kat bawah.

So, amacam? Best kannnn!


*Kalaulah Kamera La Sardina turun daripada langit. (tangan di dada mata ke atas)

Lazada Philippines