Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Thursday, November 10

Abah tetap handsome macam dulu.


Salam semua,

Bukan entri pantas tapi entri basi. Patutnya menulis masa 7 November hari tu, tapi hari ni dah masuk berapa haribulan entah. Takpelah asalkan menulis kann kannn! Pertama sekali shaye nak ucapkan sekali lagi Selamat Ulangtahun Abah yang ke (rahsia) *padahal malas nak kira*. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa berbahagia bersama family tercinta. Amin.

Masuk tahun ni dah setahun Abah pencen kalau tak silap. Kalau sebelum ni dari muda Abah kerja siang-malam bizi cari duit. Nak jumpa dia pun kadang-kadang payah. Yelah, kami bukan orang kaya raya kannn. So, sekarang ni bila Abah dah pencen, hari-hari menatap muka dia. Orang lain sibuk suruh Abah kerja cari duit lebih lepas pencen tapi pada shaye takpelah elok dia duduk rumah je dah tua-tua ni. Bagi dia berehat puas-puas sebab shaye sedar betapa besarnya pengorbanan dia bekerja siang malam takde life dari muda. Sekarang biar shaye pulak bekerja. Eceh!

Dulu-dulu nak borak dengan Abah masing-masing takut. Yelah Abah kan pendiam macam shaye. Eh? So, bercakap bila perlu je. Sedih kann. Sekarang? Dah okay dah. Abah pencen, Mama pon tak kerja. So, ada banyak sangat masa bersama family tercinta. Nak borak apa, borak saja. Mimi pengibur kami satu family. Kalau takde dia, siyes sunyi.

Cakap pasal Abah la kann, Abah masa muda tak macam dah tua-tua ni, tak buncit. Jaga penampilan, baju sentiasa bertukar-tukar. Sekarang je pakai ikut apa yang ada, dah buncit, rambut pun dah putih. Masa zaman Abah muda kann, Abah handsome tauu. Mama kata perempuan keliling pinggang tapi at last Abah pilih Mama. Sedangkan masa Abah dah anak dua, ada janda nak masuk line jugak. Perghh! *moteplah aku tetiba cerita pasal zaman muda diorang*


Walau apapun, Abah tetap handsome di mata shaye kann Mama kannn. *bodek lebih sebab nak kawin*

Kann Mama senyum tu? Setuju lettew!

Lagi sekali nak cakap.
ABAH TETAP HANDSOME!


p/s : 14 November ni pulak birthday buah hati kecik shaye si Syamimi tu. Kejapnya masa berlalu hoi!

Thursday, October 13

Berdiri cepat.

Salam semua,

Setiap orang punya masalah tersendiri,  tak kira seberapa besar masalah yang dihadapi. Cer bagitahu shaye siapa yang takde masalah? Cuma semuanya terletak di tangan kita sendiri macam mana nak mengahadapi dan menangani masalah yang ditanggung.

Kebelakangan ini shaye kerap menjadi 'telinga' kepada pemilik-pemilik masalah tertentu. Ada macam-macam ragam dunia yang kita sendiri tak faham. Masalah itu datang macam angin. Datang dan pergi tak kira masa. Shaye sendiri pun punya masalah sendiri. Kang kata takde masalah uols kata shaye tak betul pulak kan kan. Hehe.

Terserah pada diri kita sendiri macam mana nak handle segala masalah. Ada macam-macam masalah dunia ni, masalah keluarga, cinta, kesihatan, jiwa, dan sebagainya. Hope masing-masing sentiasa tabah dalam setiap ujian yang diberi olehNya.

Buat pemilik masalah keluarga : Hargai mereka yang sentiasa berada di sisi kita susah dan senang. Jangan sia-siakan selagi mereka ada.
Buat pemilik masalah cinta : Hargai hubungan yang dibina. Jangan sia-siakan kasih sayang yang wujud dalam diri masih-masing.
Buat pemilik masalah kesihatan : Hargai tubuh badan yang masih sihat. Jangan sia-siakan dengan membinasakannya.
Buat pemilik masalah jiwa : Hargai Allah dengan mengerjakan segala ibadahNya. Jangan sia-siakan peluang yang ada.

Okaylah buat semua pemilik masalah termasuk diri shaye meh layan lagu terbaru Dato' Siti Nurhaliza dalam album All In Love beliau. Shaye tersejat dengar lagu ini selain lagu Falling In Love. Layan!


Stand Up lyrics

v1
Everytime I'm by myself
I'm staring out the window
I'm looking at the weather change
Seeing how the wind blows

I'm tired of giving everything
I've only got the air I breathe
I need sometime to myself
To lift me off the ground

Pre
Sometimes we learn
After we fall
But it's okay

Hook
If you stand up now
Your dreams will be heard
Gotta look inside your heart
If you believe you'll make it through after all
Though at times they may break
You don't ever forget who you are
Because a woman's strength is in love

v2
When I look into your eyes 
I know the pain you're feeling 
But it doesn't take away 
The beauty of your smile 

Pre
Sometimes we learn 
After we fall 
But it's okay 

Hook
If you stand up now
Your dreams will be heard
Gotta look inside your heart
If you believe you'll make it through after all
Though at times they may break
You don't ever forget who you are
Because a woman's strength is in love

Bridge 
Time after time 
They will hurt you (don't you ever give in) 
There's a reason you've made it this far (don't you ever give up) 
Though the road maybe long just hold on 
To the faith in your heart 
In your heart 

Hook 
If you stand up now 
Your dreams will be heard 
Gotta look inside your heart 
If you believe you'll make it through after all 
Though at times they may break 
You don't ever forget who you are 
Because a woman's strength 
Is in love 
Is in love

Tuesday, August 23

Kita dah tua dah. 23 August datang lagi!

Yuhuuuuuuuuu!! Salam semua! Salam Ramadhan. Sedar tak sedar cepat betul masa berlalu kan. Seperti tahun-tahun yang lepas, shaye akan buat entri auto-publish khas untuk birthday diri sendiri. Seperti tahun lepas, masih tak berubah. birthday shaye jatuh pada bulan puasa lagi. Alhamdulilah.

*lukis sendiri ni. Tengah gila guna Adobe Illustrator*

Sorry guys, shaye memang private kan wall kat Facebook shaye supaya tak serabut mata nak memandang. Macam tahun lepas, beratus-ratus ucapan yang shaye terima. Yuhuuuuu! Thanks uols. Tapi penuh gila wall sampai tak nyempat-nyempat nak baca tau. Feeling #retis sangat. Haha. So, kali ini shaye dah bukak 'peti ucapan' untuk uols kat Facebook. Mudah kan? Haha.


Tak macam tahun lepas di mana satu level kepci nyanyikan lagu birthday untuk shaye. Dat's so sweet! Yelah time-time birthday, teman-teman di sisi kan. Haiyooh tahun ni shaye sorang-sorang je maklum lah dah habis belajar. Sedih! Sebab shaye dah besor panjang dan terus membesor, harapanlah Mama nak beli kek pastuh panggil jiran-jiran terdekat untuk celebrate. Kawan pon takde. Haha. Pastuh main tiop-tiop belon segala, kawan-kawan nyanyi lagu birthday. #berangan sangat! Semua tu merasa masa umur lima tahun. Sekarang? Dah doplohlima tahun hoi! Tapi muka tetapp muda kan? Pelisssss kata ya. Haha!

Seperti yang shaye katakan dalam entri Ada Apa Dengan August, Ogos adalah bulan cinta. Haha. Siapa kata? Shaye reka je. Sebenarnya semua bulan pun boleh jadi bulan cinta kan? Kan? Setelah apa yang shaye selami, hayati, bulan Ogos adalah bulan pengimbas. Bulan di mana setiap kenangan-kenangan Ogos disemadikan dalam ingatan. Biarpun pahit, manis, ia tetap kekal dalam ingatan.

Antara yang masih segar dalam ingatan, masa zaman sekolah-sekolah. Adik kedua shaye gigih takde duit tapi tetap belikan shaye sumthing. Balik-balik rumah terus bagi hadiah, adik bongsu tanya kenapa belikan kakak hadiah, adik kedua bagitahu la hari tu birthday shaye, terus dia macam gelabah gila lari sana sini korek tabung pergi kedai. Balik-balik kedai dah siap bungkus sebatang pen murah. Shaye cakaplah kenapa beli, bukan ada duit pon? Dia jawab semua beli dia tak beli mana boleh. Dia rasa bersalah. Masa tu diorang budak-budak sangat. Adik bongsu shaye tadika kott masa tu.  Haha. So sweet!

Teringat masa shaye buat praktikal masa Diploma kat Taiping, Perak. Masa birthday duduk di perantauan. Tengah-tengah malam dapat call dari rumah Klang. Mama, Abah, adik-adik call-call terus nyanyikan lagu birthday. Sweeeeettt sangat! Kalau ikutkan tiap kali birthday shaye satu family harus makan luar. Tapi tahun ni tak besh la, Abah dah pun balik kampung. Adik kedua pulak kat Kedah. Tak suka tak dapat berkumpul. #nanges

Actually ada banyak sangat kenangan birthday, tak larat nak share semua. Tapi yang pasti semuanya manis-manis belaka. Dari situlah shaye tahu siapa yang selalu ingatkan shaye, siapa yang selalu bersama shaye, siapa yang menghargai shaye, siapa sahabat setia, siapa shaye di hati mereka. Kan! Mungkin masih ada yang mengingati tapi perasaan benci mengatasinya, shaye mengerti. Yelah shaye sedar tak semua orang suka dengan apa yang kita buat, apa yang kita ada, apa yang kita tulis. Tapi siapalah shaye kan. 

Ohooooi dah doplohlimatahun ni harus pikul banyak tanggungjawab dah. Hope dapat pikul semuanya dengan sempurna. InsyaAllah. Actually ada banyak impian yang perlu dicapai. Semuanya perlu bermula dari sekarang. Doakan shaye okay? 

Cak! Doakan kebahagiaan shaye sekali okay?

Friday, August 12

Ada Apa Dengan August?

Salam semua. Salam rindu, salam Ramadhan buat yang beragama Islam.

Ehem, Rindu tak? Rindu kita tak? Gila lama tak hapdet belog rasanya. Seriously takde masa sangat nak menjengah belog. Banyak entri-entri yang dah simpan-simpan jadi draf. Lama-lama bila dah basi cerita tu terus delete sajork. Kesian kan. Ada yang bajet-bajet dapat idea siap tulis-tulis draf kat buku nota tapi tak sempat-sempat nak taip kat belog. Haiyooh. Bila dah start keje, bizi sangat. Malam dah penat kadang-kadang tertido bersepah-sepah siap pakai baju kerja lagi. Nak tido lambat pon dah takbley sekarang sebab taknak time keje mengantuk pastuh takbley fokus dan last-last keje tak siap. Tekanan kang naya je. Huhu.

Tapi bizi sebizi alam shaye pon, masih lagi ambil tahu kisah-kisah kawan terdekat. Macam-macam berita, macam-macam perkara yang berlaku dalam bulan August ni. Ok baru-baru ni semua dah kepochi-kepochi gambar pre-wedding kitorang dah keluar kat FB. Haiyooh tak sempat shaye tengok dorang ni dah komen-komen. Apapun sangat berpuas hati dengan hasil kerja Dreyanzcolor Photographer. Nak tengok gambar? Sekeping dua je dah la eh. Nah!



Ok tak? Seputih salju gituuu. Nak tengok gambar lain? Tak payah la kang makan hati pulak. Hehe. Dan esok nak photoshoot raya pulak. Eh? Minggu depan shooting videoclip lagu raya, bulan depan berlakon filem. Ok shaye tipu. Jangan percaya. Bajet #retis ke hape kan.

Dalam mengecapi bahagia, shaye dikejutkan dengan berita Fabby dah takde lagi di dunia ini. Even shaye lagi suka dengan Yoshi tapi pasti terasa bila Fabby dah takde. Hmmm.Sebab bila datang rumah kakak shaye, pastinya Fabby yang jadi penyambut tetamu. Taknak tulis banyak-banyak takut kakak shaye sedih, apapun semoga kak Natasha bertabah. Lama sangat tak jumpa dia sejak mentunang. Rinduuu, tatau bila ada masa nak jumpa.

 
Fabby tetap dalam ingatan kami.

Dalam kesibukan shaye sampai takde masa nak borak-borak dengan #BFF tersayang Ain dan IbuAdamAlisha. Harap-harap mereka baik-baik saja. Lama sangat tak #yiomyiom dengan diorang. Baru-baru ni sempat  #yiomyiom dengan IbuAdamAlisha. Alhamdulilah, bulan-bulan puasa ni dia pun dapat rezeki Ramadhan. Syukur! Tapi seriously sampai sekarang still tak percaya dengan berita yang dikhabarkan. Apapun semoga semuanya okay dan lancar. Amin.

Rindu nak deting lagi dengan #BFF shaye.

Dalam rindu merindu teman-teman, nampak pulak gambar-gambar seorang kawan kat FB, kawan gaduh hari-hari masa kat Politeknik dulu. Pantang dekat. Haha. Btw, tahniah Chumel sebab dah jejak kaki kat sana buat umrah. Sumpah aku jeles gila dengan kau. Siap upload dan update hari-hari perkembangan kau kat sana. Haihh.


Alhamdulilah.

Oh ya, tak lupa juga kepada sesiapa yang menyambut ulang tahun kelahiran dalam bulan August, Happy Birthday! Semoga sentiasa dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. InsyaAllah. Eh birthday cik Helena 9 August eh? Happy Belated Birthday cik Helena ! Ingat Semanis Kurma selalu tau, sila kumpul soalan untuk ditanyakan dalam kelas nanti. Haha. Eh birthday shaye pon bulan August juga. Dan semua kawan-kawan yang lahir bulan bulan August pon shaye ingat sebab pada shaye orang yang lahir bulan August adalah special dan comel. Eh?  Eceh!

For me, August adalah bulan cinta. #tetiba

Okay lah, nanti shaye sambung membebel lagi! Happy weekend uols! Muaaahh! Selamat berpuasa kepada semua.

Tuesday, August 2

Pengalaman First Day Bekerja!

Salam semua. Haiiiiiihhhhhhh! Boleh tak nak mengeluh panjang kejap? Haha. Okay, baru-baru ini shaye kepochi kat uols kan shaye dah dapat kerja? Jom baca cerita shaye pengalaman pertama berada dalam situasi pekerjaan yang sebenar!

Okay ini kali pertama ye uols, before ni shaye memang tak pernah bekerja, ada la masa lepas-lepas SPM dulu kerja 2 3 bulan jadi kerani sementara. Lepas-lepas tu pengalaman banyak kat Industrial Training je. Yelah, berkat pengalaman latihan industri masa Diploma + Degree shaye diterima bekerja. Agaknye la kan, sebab dia duk tanya-tanya part tu aje masa interview hari tu. Hari ini shaye masuk kerja dengan penuh excited+semangat waja+berkobar-kobar. Pasnih tadek chance nak deting-deting dengan #BFF tak pun #tunangkite sebab waktu bekerja shaye adalah seperti berikut :

Monday-Friday          8am-5pm
Saturday                     8am-12.30pm

Hoi, Sabtu pon shaye keje sekarang! Jadi siapa yang ingin berjanji temu sila booking awal-awal. Harap maklum. Isnin sampai Jumaat tu pon tak tentu balik jam 5pm sebab kadang-kadang shaye harus OT sebab kena siapkan kerja yang nak siapkan urgent.


Sampai-sampai opis sangat teruja sebab company dah disediakan satu meja untuk shaye dilengkapi dengan PC Mac OS. Wahhhhh! Gila kekok sebab shaye first time guna Mac OS. Payah nak design sebab shortkey dia beza skett. Takpe-takpe kena ambil masa. Dan tambah teruja lagi bila dah siap-siap pakai wallpaper Nemo untuk shaye. Haha. Pandai bodek pekerja baru.


Tadaaaaaaaa! Shaye dapat kasut Crocs yang comel. Haha. Semua ada kasut masing-masing dalam opis ni. Entah kenapa entah bagi kasut. Agaknya tamo opis lecak-lecak kott. Btw, opis bersih sekali. Supervisor shaye pon comel. Eh? Haha. Jeff nama dia. Banyak bagi tunjuk ajar.  


Mula-mula mai keje biasalah takde job sangat kan, so duduk fahamkan flow cemana kerja shaye nanti. Actually banyak benda yang shaye kena belajar. Selalu kan shaye duduk belajar buat design je. Tatau cemana proses lepas-lepas tu tahu-tahu dah jadi output kan? So pasnih shaye kena faham semua konsep dan flow dari mula sampai habis. Sampai jadi output. Haaaaa.. Rasakan!


Bila dah takde benda nak dibuat, ingat-ingat balik apa yang supervisor explain dan tercatatlah nota-nota comel dalam buku nota. Sorilah tulisan tak lawa. Biaselah selalunya orang comel tulisan memang tak lawa. Eh? *statement mintak penampor* 


Ini apa? Papan tanda. Mana-mana opis pon ada, jangan heran. First day bekerja, first day puasa. Jadi masa lunch semua duduk mengajak shaye pergi lunch sama sebab diorang lupa shaye puasa. Hehe. Even satu company tu semua cina tapi diorang semua okay. Tak sombong dan tak kedekut ilmu. Kalau masa praktikal hari tu, uols akan nampak muka ketat shaye dengan supervisor shaye buat design, kali ini shaye dikelilingi ramai muka ketat yang tengah buat design. Biaselah kalau dah mengadap PC memang kena fokus. Tapi seronok! Haha!


See? Salah satu bapak printer yang ada. Kat sini bukan setakat bapak printer, nenek moyang printer pon ada wa cakap sama lu. Tapi kite tak panggil printer la, kite panggil mesin. Mesin apa? Jangan tanya shaye sebab shaye dah lupa. Nama macam-macam. Ada mesin untuk print kat kertas, plat, film dan lain-lain. Itu je yang shaye ingat.


Jangan feeling-feeling heaven sangatlah sebab first day shaye dah kena buat OT, balik jam 7pm tau. Dah la first puasa hari ni. Maybe boss saje nak uji, jam 5pm time nak balik baru dia bagi job. Gigih siapkan design demi nak balik cepat (T__T). Btw, shaye happy dengan kerja shaye. Tak bosan pon. Harap-harap esok lebih baik! Yeay! #lompatbintang.

Friday, July 29

Rezeki Puasa.

Salam semua. Yuhuuuuu! Hai hai #lambaitangan. Tak lama lagi kita semua dah nak start puasa kan. Tak sabooor! Makin lama, makin cepat puasa. Bulan 8 dah puasa. Birthday shaye pulak tuh. Takpe-takpe moga sentiasa dikurniakan rahmatNya.

FYI, semalam shaye pergi interview mintak kerja. Gigih kau pergi sorang-sorang pastuh tamo bagitahu siapa-siapa pun. Sebab? Ni first time seumur hidup kott pegi mintak kerja. Kesian. Tu yang debor lain macam. Dan alhamdulilah mintak kerja terus dapat. Yeahhh! Rezeki. Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan. #bakalbos tak tanya banyak, baca-baca resume terus tanya bila nak start kerja. Lega. Cuma dia risau takut shaye tak dapat seswaikan diri sebab satu opis semua cina. Haiyooh. Takpe-takpe, harap-harap semuanya okay.

Setelah sebulan bercuti tanam anggur kat rumah akhirnya rezeki bulan puasa ni datang. Kerja apa? Kat mana? Haha itu rahsia. Tapi shaye rasa shaye bakal suka dengan kerja yang shaye dapat ni. Macam biasa, kerja #perahIdea ni kena tahan stress. Sabar ajelah. Yang penting kumpul pengalaman, kumpul duit nak kawin. Eh? Haha. So, shaye start kerja bulan puasa ni. Doakan shaye sentiasa murah rezeki okay! Okay cerita pasal puasa.....


Shaye cuma nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat semua. Banyakkan beribadah, solat jangan tinggal, jaga tutur kata, dan sebagainya. Tak lama lagi puasa, kepada yang lupa niat puasa dan doa berbuka puasa tu nah :


"Jadikan hari ini lebih baik dari semalam"

Monday, July 18

Letakkan diri kau di tempat Sipolan dan kau akan faham.

Salam semua. Biar aku perkenalkan diri kepada semua. Aku sipolan, gadis biasa. Tiada apa yang istimewa mengenai diri aku yang aku boleh kongsikan di sini. Tiada bakat, rupa, apatah lagi harta. Hanya seorang gadis biasa yang sedang memulakan perjalanan hidup yang panjang. Gadis biasa ini juga tidak tahu apa yang berada di hadapannya, apa cabaran yang bakal dihadapinya, apa yang harus ditempuhinya dan dia hanya perlu bersedia menepis dan menghadapi apa segala yang bakal terjadi dengan penuh rela.

Namun aku sebagai gadis biasa ini punya cita-cita, punya impian, punya rasa cinta, juga punya hati dan juga perasaan. Setelah apa yang dilalui aku dalam beberapa tempoh dibelakangku serba sedikit telah banyak mengajar erti kesabaran, kepercayaan, kematangan, kehidupan, dan kekhilafan. Aku bersyukur di atas setiap kejadian dan disetiap kekhilafan, aku sentiasa dilindungi olehNya daripada terus menerus hanyut dalam liku-liku dunia sementara. Jatuh bangun aku, apa yang tersirat dihatiku, tiada siapa yang tahu. Iya, benar kata seseorang. Aku seorang yang suka memendam. Tak berdaya kusangkal kenyataan tersebut. Sungguh. Ia benar.

Disebalik senyuman gadis biasa ini, tersembunyi sekeping hati yang tertampal. Yang pernah rabak dek arus kehidupan. Yang pernah dibuang dikutip, dikutip dibuang, dipijak, disepak, malah dilontar. Maaf aku tipu kau. Masakan hati yang tertampal ini boleh diperlakukan sebegitu. Tapi anggaplah ianya sebagai perumpamaan. Namun aku tetap bangun dan terus merawat luka yang terdalam. Aku tak pernah menyesal, tak pernah serik dan takkan beralah. Takkan pernah berundur malah terus melangkah. Mencari erti hidup dan kehidupan. Ironisnya, tak semua senang hati melihat perubahan demi perubahan yang kita gapai.

Apa yang cuba aku luahkan disini bukanlah atas dasar membalas atau menunjukkan kemarahan kepada kau, tapi cuba kau letakkan diri kau ditempat gadis biasa ini. Siapa kita untuk menghukum? Setiap orang punya kekurangan tersendiri dan aku bukanlah seorang yang mendiskriminasikan di atas setiap kekurangan tersebut. Tiada yang sempurna dalam dunia ini. Dan aku punya misi aku sendiri. Ada sesuatu yang harus kubuktikan kepada semua. Terutama semua insan tersayangku. Dan untuk melakukannya ia memerlukan pengorbanan yang sangat besar. Aku perlukan kekuatan. Jatuh bangun aku di masa hadapan semuanya sudah tertulis olehNya tapi sekurang-kurangnya aku mencuba dan berusaha untuk ke jalan kebaikan.

"Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha mengingatkan manusia" 

Jauh sekali untuk aku beralah dan menyesal dengan apa yang aku lakukan. Anggaplah semua ini salah satu cara aku menebus karma di atas segala kekhilafan aku di masa lalu. Anggaplah yang aku sedang menebus semua kesalahan aku kepada semua yang pernah membenci aku. Dengan cara ini aku boleh menarik nafas lega dalam menemukan jalan kebahagiaan. Anggaplah aku sedang mengusahakan dakwah kecil yang tak seberapa demi menggembirakan insan-insan yang wujud dalam hatiku. Percayalah, kebahagiaan aku datangnya dari kebahagiaan dan kegembiraan yang kuberikan kepada mereka.

"Orang yang pertama mendapat manfaat dari satu kebaikan ialah orang yang melakukannya. Jadi bila anda dukacita, carilah orang lain dan gembirakanlah mereka. Nanti hati anda juga turut gembira"

Andai ditakdirkan apa yang aku buat ini adalah sia-sia belaka, aku bersyukur dan terima dengan redha. Siapa aku untuk merungut untuk menunjukkan kekecewaan di atas setiap takdirNya? Sekurang-kurangnya aku tahu dengan siapa harus aku mengadu dan lebih mendekatkan diriku kepadaNya. Dan aku juga tahu siapa yang bakal disisiku sekiranya ia benar-benar terjadi. Dan aku juga yakin kasih-sayang dan kegembiraan yang aku berikan itu takkan pernah luntur dalam hati setiap insan tersayangku. Kerana aku memberi keranaNya dan bukanlah mengharap balasan mereka.

Dan kau? Apa hubungan kau dengan aku? Kau hanya melihat dan menghukum. Aku? Aku yang menanggungnya. Aku yang pilih jalan ini. Jadi izinkan aku buat kerja aku. Mungkin kau bukan di tempat aku, jadi kau boleh ketawakan aku di suatu sudut yang kau sendiri tak pasti di mana letaknya diri kau. Perit pedih yang aku tanggung mungkin bakal jadi senyuman kau. Tapi aku percaya setiap senyuman yang aku lemparkan kepada kau adalah perit pedih kau juga. Maafkan aku kalau kau tersinggung sebab aku bukanlah wali yang suci dari hina dan benci semua orang. Aku juga tak terlepas dalam kekhilafan. Kerana aku hanyalah sipolan, gadis biasa yang mempunyai hati yang tertampal.

Salam sayang,
Sipolan.
Gadis biasa yang hatinya tertampal.

Monday, July 11

Sayalah Pekerja, Sayalah Majikan.

Salam semua. Sorilah lama tak update belog. Nak kata bizi tak jugak. Tapi takde point nak update sebab sekarang ni duduk menganggur je kat rumah. Tengah cari-cari kerja, doakan shaye murah rezeki okay? So, bila dah mengadap lappy ni #doplohempatjam, daripada takde kerja jadi banyak kerja. Tak percaye? Tanya #tunangkite. (tiru ayat #makdaranyonya)

Sekarang ni ada banyak masa nak tengok-tengokkan belog, nak buat itu ini better buat cepat-cepat. Nanti bila dah dapat kerja takde masa dah. Dah lama sangat tak tengok apa yang tak kena dengan belog ni sampai tak perasan ada beberapa ada kecacatan macam menu tak function apa semua. So, inilah masanya nak betulkan balik coding ke ape ke. Okay lah, shaye nak buat kerja sendiri. Bagusnya kalau bekerja sendiri kan? #berangan. Nanti shaye update lagi okay?

List to do :

  1. Nak buat header #tunangkite.
  2. Nak betulkan tab menu belog ni yang dah lama tak function.
  3. Nak tukar ikon untuk shoutbox.
  4. Nak tukar background.
  5. Nak buang sidebar yang mengarut-ngarut.
  6. Nak jadikan belog lebih matang dari yang biasa. Eceh!



"Hai, saya Cik Nemo. Sayalah pekerja, sayalah majikan. Itu status saya."

Wednesday, March 23

Kenangan Tingkatan Lima [SPM Mood]

Salam semua. Good morning! Semoga semuanya sihat-sihat sejahtera. Amacam? Hari ni budak-budak tingkatan lima nak amek result SPM kan? Kan? Semoga mereka dapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan. Hehe. Cerita pasal budak-budak tingkatan lima, shaye ada sedikit pengalaman yang nak dikongsikan. Semoga ianya menjadi teladan kepada adik-adik di luar sana.


Senang cerita la kan, shaye masuk sekolah teknik start dari tingkatan 4 lagi. Haa, masa tu la baru terdedah dengan dunia-dunia luar. Isyh. Sebelum tu biasalah kan shaye budak sekolah yang tahu pergi sekolah, balik sekolah. Duduk dengan family. Ni bila dah masuk sekolah teknik, kena duduk asrama dan pandai-pandai ko lah nak berdikari kan.


Dan dan pulak sekolah tu masa batch kitorang semuanya terdiri daripada budak-budak nakal. Hamek la. Dengan shaye sekali terpengaruh. Macam-macam hal la shaye ceburi. Shaye bukan nakal sangat actually, shaye follow bagi meramaikan majlis je. Hahaha. Agak-agak senior nak tarik budak junior, shaye pon join. Bajet gengster la kan. Siap buat group lagi. Group ape tau, group anti laki. Hahaha. Padahal bukan anti laki pon, saja nak balas balik kat budak laki sebab diorang buat group anti perempuan juga. Masing-masing siap design pastu tempah baju sendiri baju pangkah laki.


Ponteng sekolah, tak payah cakaplah. Lepas rehat je, budak perempuan yang duduk belakang sekali iaitu shaye dan kawan shaye pasti hilang. Sebabnya? Kitorang dah lari balik asrama. Haha. Agak-agak cikgu tu ajar bosan, pergi pulak tido kat toilet. Ah gasaklah, toilet pon toiletlah kan. Haha. Sekolah tu memang disinari wabak tido tau sebenarnya. Tak kiralah time cikgu mengajar, rehat, prep, pelajar-pelajar dia pasti tido. Haha. Termasuklah shaye.


Masa sekolah dulu, shaye selalu kena buli dengan budak laki kelas shaye. Diorang jaat tau. Shaye tahulah shaye budak second in take. Lepas tu tak lawa. Hitam. Macam-macam diorang buli shaye. Sampaikan dalam hati shaye, tak sabar-sabar nak habis sekolah nak berambus dari situ. Walaupun diorang suka buli shaye, lantak diorang nak panggil shaye ratu tido ke hape. Sebab time kelas shaye suka tido. Kecuali subjek math dengan add math. Shaye suka. Nak kata dapat A tu tidaklah, tapi selalu lulus la kan. Haha. Bila time exam, jawapan kertas add math shaye akan di pass pass dengan budak-budak lain. See? Dah buli, tapi mintak tolong shaye juge.


Bila exam untuk gerak gempur la kononnya, gerak gempur tu ala-ala percubaan. So, soalan sama dengan budak sekolah lain. Yang mana ade contact tu akan buat bisnes jual jawapan. Shaye pon turut terlibat jadi pembeli. Nak beli pon bukan macam nak beli sayur, kena duduk tempat-tempat gelap dan tersorok.


Shaye: Weh, berapa ko nak jual untuk paper jap lagi?
Penjual: Aku boleh bagi dalam RM2.
Shaye: What? Jawapan A B C je pon ko nak jual RM2?
Penjual: Ko nak ke tak nak?
Shaye: Ahhh, taknaklah. Aku jawap sendiri lah!


See? Baik tak shaye? Haha. Ada lagi semangat nak jawap exam sendiri even tengok budak-budak lain dapat soalan bocor. Alohhh, macam le tak boleh bincang dengan orang sebelah. Haha. Tapi siyes, masa tu semua orang tiru-tiru kott. Yang baik gila pon meniru. Tak boleh kata apelah kan. Haha. Cikgu-cikgu pon tak kurang hebatnya. Tengah-tengah jawap exam, tiba-tiba buat spotcheck. Memang ramai gila yang kantui. Fail paper? Perkara biasa kott. Haha. Dapat lulus tu macam dah hebat gila.


Itu cerita pasal sekolah, kat asrama lagilah. Shaye takmo cerita kat sini nanti uols ingat shaye budak jaat. Haha. Setiap malam shaye dengan membe-membe melepak kat pantry. Siap kemas-kemas buat macam rumah sendiri. Tarik tilam dari dorm tu letak dalam pantry. Pastu bawak radio yang dah diubahsuai bateri guna charger handphone, pasang tiap-tiap malam dan memekak. Tiap-tiap malam tak tido, dah jadi macam guard asrama pulak. Bila warden menjerit dari bawah, bukan main merangkak-rangkak ko kat koridor atas. Haha.


Sampai pantry tersebut disita sebab kitorang yang kantui dengan warden, ponteng prep tapi pegi tido kat pantry. Siap kena kejut dengan warden lagi. Masa tu boleh shaye mamai-mamai dan tenung je warden tu lama-lama. Nasib le kawan shaye tepuk belakang shaye sedarkan diri masa tu. Adush. Semua orang bengang okey sebab pantry kena sita. Bukan pantry blok kitorang saje, sampai ke pantry budak laki. Gila penangan. Hahaha.


Lagi satu, sekolah kitorang tu tersangat banyak hantu. Tiap-tiap hari, tiap-tiap masa mesti ada kena histeria. Sampaikan ustaz dah tak tahu nak buat apa, dia hantar budak-budak histeria pergi hospital. Berapa kali asrama tu di 'pagar' tapi 'roboh' jugak. Sebab? Budak-budak ada yang main spirit. Sampai satu hari tu shaye tak dapat lupa, sekolah kami diserang. Gila ramai budak kena histeria. Berjangkit-jangkit kau dari satu dorm ke satu dorm. Bukan budak perempuan je. Budak laki pon sama. Histeria bersilat-silat. Pergh!


Masa kat asrama dulu, shaye dengan kawan-kawan suka buat bisnes. Macam-macam bisnes la asal budak-budak bagi duit. Haha. Bisnes tindik-tindik, cukur kening, iron rambut, gunting rambut, jual megi, jual gula-gula, cokelat, kopok, jual baju, semualah kott. Mana yang boleh jual tu, habis kitorang jual. Seronok kott bila kite ketuk-ketuk setiap bilik sambil menjual. Itu pon senyap-senyap takut warden nampak. Berlari-lari kau bawak bungkusan besar gila. Bukan nak takot hantu ke hape. Sebab shaye rasa masa tu kitorang tak takot hantu langsung, sebab kitorang lagi takot warden. Sampaikan ada satu malam tu diorang nampak hantu pocong tepi asrama, boleh diorang berkumpul ramai-ramai pegi tengok. Gila ah.


Macam dah terlebih panjang kan shaye cerita? Nak dipendekkan cerita, shaye dan kawan-kawan akhirnya kantui fly asrama. Padahal benda tu semua orang buat, tapi dah nasib badan, kitorang kantui. Dan dan tu lah kena buang asrama. Padahal paper last SPM subjek Kimia lagi seminggu aje. Mak shaye punya la mengamuk. Apa lagi mak bapak kawan-kawan shaye yang lain. Tapi masa tu tak rasa nyesal pon. Entah. Sebab kitorang fly sebab nak pergi bukak puasa kat luar aje pon. Nasib masa tak kantoi masa fly merayap sampai ke KL. Masa kantoi tu kena berdepan dengan Pengetua, Penolong Kanan semua. Gila ah! Takkan lupa. Nasib lah kat sijil SPM, kelakuan baik. Haha. Selamat!


Family shaye tak amek pon shaye tau. Diorang biar je shaye kat asrama tu. Masa tu shaye dengan ada sorang lagi budak yang family dia taknak amek. Gila semua orang pon nak pandang-pandang semacam kat kitorang. Haha. Kelakar. Gengster la konon. Tapi memang shaye mengakulah kan, masa SPM memang shaye tak belajar betul-betul pon. Rugi okey. Result SPM memang tak payah cakaplah. Hampeh. Kalau dulu-dulu belajar betul-betul takdelah sekarang ni nak buang masa belajar lama-lama sebab mula dari bawah. Yelah, Kena amek Diploma dulu, pastu Degree. Syukur shaye sentiasa dapat peluang untuk sambung belajar even result memang hampeh.


So, kepada adik-adik kat luar sana, takmo ikot perangai kakak okey. Belajar betul-betul. Dan kepada yang nak amek result SPM hari ni, kepada yang dapat result bagus tu, alhamdulilah. Teruskan cita-cita anda. Yang result tak berapa nak best tu, takpe. Rezeki ada mana-mana. Biar lambat asalkan cita-cita nak sambung belajar tu ada.


Sekian Terima Kasih.

Sunday, February 20

Shaye dah mula sukakan dia.

Salam semua. Wazzup! Sorry lah bizi skett tak selalu updated sangat. Minggu ni adalah minggu berjimba. Seronok. Thanks kepada semua yang sudi meluangkan masa. Shaye malas nak balik minggu ni sebab nak seronok-seronok kat sini. Mimi sayang, sabar skett okey? Nanti kak Iya pulang. Minggu ni pegi "Terengganu" untuk mencanting batik. Seriously best gilak. Nanti shaye updated cerita pasal pegi mencanting batik.


Berbalik kepada tajuk. Ehem. Shaye sedang dilamun cinta. Hahaha. Pecaye? Tak payah la pecaye. Shaye sudah mula sukakan si Yoshi ni. Sangat cute. Yoshi ni adalah milik kakak shaye. Baru je shaye jumpa dia dua,tiga minggu lepas. Masa tu Yoshi kecik lagi. Ni shaye datang rumah kakak shaye lagi, dia dah besar panjang. Omaigod. Sangat gebu.


"Psssstt Nemo, bukan kau takut kucing ke?" Hahaha. Shaye takut kucing jalanan saja. Kucing pegi klinik ni shaye tak takut dah. Sebab diorang sangat-sangatlah manja. Kelmarin shaye pergi ikot kakak shaye selamatkan anak-anak kucing yang sakit mata. Omaigod, kesian sangat. Mata anak kucing tu macam dah nak tersembul. Takut dan kesian sangat.


Masa shaye pergi rumah "kakak penyelamat kucing", omaigod rumah dia ada lebih 20 lebih ekor kucing. Feel masa mula-mula masuk rumah. Gilak! Banyaknye kucing. Dan shaye dikerumuni kucing-kucing. Korang bayangkan "ikan Nemo" dikerumuni kucing? Hahaha. Takott okeh. Tapi nasib baik, kucing-kucing tu semua dengar kata.


Dan masa "kakak penyelamat kucing" tu cuba selamatkan anak kucing yang dah lemah tak berdaya tu, tiba-tiba hati shaye tersentuh tengok kesungguhan diorang nak selamatkan anak kucing yang mungkin dah buta. Cara dia layan anak kucing tu (macam seorang ibu), anak-anak kucing yang sangat kelaparan, kucing-kucing lain yang cuba nak tolong anak-anak kucing tu (jilat-jilat badan anak kucing). Dalam hati, omaigod. Apa semua ni? Kucing je kan?


Baru shaye sedar dan terfikir. Kucing pun makhluk Tuhan juga. Sedih dan terharu kau sorang-sorang kat situ. So, sekarang ni shaye dah tak takut kucing lagi Yes yes yes! (tapi mungkin tak takot kucing kakak shaye saje sebab kucing-kucing beliau sangat manja dan gebu)


Nemo dan Yoshi.


Yoshi sibuk nak temankan shaye mengadap lappy.


Senyum Yoshi ! Ramai nak kenal awak ni !

Okey, itu saja. Bai bai.


Monday, February 14

Buang Buang Buang !

Hye semua ! Cik Nemo bakal berwajah baru ! Nantikannya ! *Mentang-mentang duduk Damansara hari-hari jumpa artis. Ni bajet artis ke ko Nemo?



Teka apa shaye buat dengan rambut shaye?

A=main sikat-sikat rambut(dah takde keje sangat ke ko?)
B=rebonding balik rambut(eceh!)
C=kerintingkan rambut(tak boleh bayang!)
D=color rambut(tak semayang ke ko?)

*Yang penting rambut shaye dah pendek. Buang rambut 'lama'. Shaye takmo tengok lagi. I'm happy with my new life. Sangat! :)

Saturday, January 22

Di mana pelangi?


Bila kabus, hujan, ribut menyelubungi diri.
Aku harap pelangi akan muncul suatu hari nanti.


*Kembalikan senyuman yang lahir dari hatiku.


Wednesday, January 19

Buat kawan-kawan.



Dont worry, I'm ok. I'm always ok. Semuanya cun saja !


Biarkan dia bahagia.

Sunday, January 16

Hajat tercapai !

Salam semua. Yeah ! Semalam Sabtu yang seronok ! Terima kasih banyak kepada yang berkenaan sebab telah menyempurnakan hajat shaye untuk ke suatu tempat. Even kitorang sesat-sesat, ianya sangat fun ! Actually, shaye teringin sangat-sangat nak pegi tempat tu dengan incik tapi tak kesampaian. Tapi tak mengapa shaye dapat jugak pegi. Thanks, guys. *Tiba-tiba terharu.


Bakal updated story kemudian, shaye mahu masak. Hari ni shaye balik rumah sewa balik. Huhu. Esok kerja, tak suke tak suke.

Thursday, January 13

Pari-Pari Bawah Angin

Salam semua. Rasa macam bersalah if tinggalkan belog berhabuk macam tu je. Belog adalah tempat shaye mengadu bila saat shaye ingin meluahkan. Belog di mana tempat shaye berkongsi rasa, pandangan, pengalaman, kebahagiaan. Actually macam biasa, takde apa yang menarik pon untuk shaye kongsikan.


Rindu dengan semangat berbelog dulu-dulu. Rajin nak aktif dalam Nuffnang, buat blogwalking semua. Omg. Semangatku hilang. Nak buat research, tutorial, review, telenovela, semuanya shaye dah malas. Hmm. Lama-lama shaye tengok belog ni makin suram. Suram. Dan suram. Kemana hilangnya cahaya? (pandang kiri kanan)


Am I happy sekarang ni? Okeh, sure uols menyampah baca belog shaye sekarang kan. Suatu ketika dulu shaye selalu baca belog seseorang ni. Setiap post dia ceritakan kesedihan dia. Even shaye menyampah gila dan kadang-kadang bersimpati, tapi shaye pembaca tegar belog dia. Maybe sebab shaye sukakan sikap dia. Dia berubah menjadi kepada yang lebih baik. Dan sekarang apa yang shaye lihat ialah keceriaan dia. Tahniah. (dia tak kenal pon shaye, belog shaye tak famous)


Actually, shaye nak buat macam-macam kat belog shaye ni. Tahun baru, shaye nak la ubah header baru, layout baru. Bagi ceria sket. Shaye tengok macam tak ceria. Gambar pon dah lama-lama. Huhu. Takpelah, tunggu mood bagos sket baru nak upgrade belog. Bukan apa, kat tempat kerja shaye duk design-design. Balik kerja rasa muak oh nak design-design. Biarlah dulu. Tapi bila tengok earning Nuffnang naik, semangat sket la nak updated. *Tapi updated entah apa-apa.


Bila fikir-fikir balik, am i bad gurl? Hmm. Terpulang kepada yang menilai. Hanya orang-orang yang betul-betul kenal siapa shaye. Jaat ke, baik ke, blur ke. Huhu. Kan bagos kalau shaye adalah pari-pari. Pari-pari comel yang takkan simpan rasa sakit dalam hatinya. Always smiling dan boleh menceriakan setiap orang yang bersamanya. Yang boleh hilangkan rasa sakit hati orang, yang boleh menemani orang itu di sisi, dan buat orang tu rasa dihargai, dan boleh buat orang tu lupa akan setiap masalahnya.


Tapi malangnya, nak jadi pari-pari hanya sebuah mimpi.



Shaye perlukan pari-pari kecil shaye sekarang.

Thursday, January 6

Welcome 2011, Goodbye 2010

Salam. Welcome back. Sorry sebab lama bercuti dari menulis. Menulis pon entah apa-apa je kan sejak akhir-akhir ni. Langsung tak berilmiah jadinya. Sebelum apa-apa, Selamat Tahun Baru uols ! Rasa macam masih belum terlambat untuk shaye wish kepada semua. Harap uols boleh tanam azam kat diri masing-masing.

Firstly, I would like to apologize to everybody sebab memang tak updated belog. Shaye menghadapi tekanan hebat. Yep, I’m officially break up with incik. And I don’t want to talk about it. Sebab apa, kenapa, macam mana boleh jadi macam tu, let’s keep it as a secret. Anggaplah kami takde jodoh. Biarlah shaye, family dan orang terdekat je yang tahu. Ada ramai hati yang perlu shaye jaga, so just keep it.

Secondly, I’m officially into something. And I’m also don’t want to share about it yet. Biar masa menentukan segalanya. Dan shaye hargai apa yang shaye ada. And from now on, I’m just move on with my new life. Yeahh, my new life. Let me tell uols about my new life.

Buat masa ni, I’m doing my industrial training at Damansara Perdana dengan 3 orang kawan. Memang seriously, susah jugak nak hidup sebab kos sara tinggi banyak oh. Hari-hari pergi kerja naik taxi, makan pon mahal, makan malam? Ikot mood la nak makan ke tak. Tapi makanan wajib tu bila malam ialah Maggi takpun roti. Nak beli makanan lagi, tak payah la kot. Bankrap. Nak masak lagi la, nak beli dapor gas pon tak mampu. Hehe.

Waktu kerja 9am-6pm. Tempat kerja, semuanya setakat ni ok. Syukur. Semua staff ok dan banyak membantu. Tapi biasalah stress kerja tu memang ada. Kami start dari zero kot. Hehe. 3 daripada kawan shaye ambil bahagian Networking. Dan shaye ambil bahagian Multimedia. So, shaye kena bantu Designer tu design everything. It’s not difficult to learn, tapi kena minat. Dan memang my expectation nak belajar lebih pasal design. Because I love it.

Balik kerja, takde apa pun dibuat. Balik just berehat dan online sket pastu tido. Takpun layan-layan perasaan ke. *Apehal kau Nemo? Huhu. Ok jugak kot bila dah start praktikal ni. Tak banyak benda nak fikir. Takde sebab nak ingat-ingat benda sedih sebab tak sempat pon. Nak dating-dating pon tak sempat kot. *Kau nak dating dengan siapa Nemo? Haha.

Okeh, that’s only the beginning of my new life. Semoga dalam tempoh akan datang, shaye akan mencapai misi shaye. Doakan shaye dapat menempuh hidup dengan ceria hendaknya. Thanks kepada yang sentiasa ada di sisi shaye ketika shaye sangat memerlukan. Thanks kepada semua. Thanks kepada group "IT". Dan tak lupa kepada pembaca belog cik Nemo ni, thanks banyak-banyak. I love uols! Muaaahhh!

Cik Nemo bangkit kembali.


Sunday, January 2

Lagu Tema Kita




Fireworks-Katty Perry

Do you ever feel like a plastic bag
Drifting through the wind
Wanting to start again

Do you ever feel, feel so paper thin
Like a house of cards
One blow from caving in

Do you ever feel already buried deep
Six feet under scream
But no one seems to hear a thing

Do you know that there's still a chance for you
Cause there's a spark in you

You just gotta ignite the light
And let it shine
Just own the night
Like the Fourth of July

Cause baby you're a firework
Come on show 'em what your worth
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
As you shoot across the sky-y-y

Baby you're a firework
Come on let your colors burst
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
You're gonna leave 'em falling down-own-own

You don't have to feel like a waste of space
You're original, cannot be replaced
If you only knew what the future holds
After a hurricane comes a rainbow

Maybe you're reason why all the doors are closed
So you can open one that leads you to the perfect road


Like a lightning bolt, your heart will blow
And when it's time, you'll know

You just gotta ignite the light
And let it shine
Just own the night
Like the Fourth of July

Cause baby you're a firework
Come on show 'em what your worth
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
As you shoot across the sky-y-y

Baby you're a firework
Come on set your colors burst
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
You're gonna leave 'em falling down-own-own

Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon
It's always been inside of you, you, you
And now it's time to let it through

Cause baby you're a firework
Come on show 'em what your worth
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
As you shoot across the sky-y-y

Baby you're a firework
Come on set your colors burst
Make 'em go "Oh, oh, oh!"
You're gonna leave 'em going "Oh, oh, oh!"

Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon
Boom, boom, boom
Even brighter than the moon, moon, moon


p/s : Tak dapat tengok fireworks, tapi kalau one day kita tengok bintang dan bulan sama-sama boleh?

1111


01.01.2011
Happy new year !
The beginning of my new life.


Tutup buku lama, bukak buku baru.


*Thanks kepada yang berkenaan untuk hari ini. wink wink ! =)

Friday, November 26

Cerita dalam toto.

Salam semua. Sehat? Selamat malam. Dah nak tidur ke? Kondisi shaye sekarang agak stabil. Cuma penat sangat-sangat sebab hari ni baru lepas dua paper yang susah! Tapi syukr, even shaye tak tahu pon apa jawapan yang betul untuk soalan tu, shaye berjaya menjawabnya dengan tenang, hati yang lapang, dan segalanya berjalan lancar. Kalau boleh tak cukup kertas. Nak tahu shaye jawab exam tadi macam mana?


Macam tulis belog. Cuma bezanya tadi jawab dalam English. Gilak!


Memang seronok habis kau mengarang. Dah macam tulis buku cerita pulak. Tapi seriously paper-paper tadi susah. Tapi shaye tak kisah pun sebab shaye berjaya melawan emosi yang kacau-bilau ni. Hoho. Serabut kepala otak bila fikir macam-macam. Fikir yang kenapa bila somenone tu dah buat salah dia tak mintak maaf betol-betol kat kita? Kenapa dia tak yakinkan kita yang dia takkan ulang kesalahan tu lagi? Dan kenapa dia perlu bagi alasan macam-macam? Apa dia tak ikhlas ke mintak ampun ngan kita? Haisyyooh! Malas nak fikir. Penat. Sekarang tengah berselubung dalam toto. Syiook gila.




Mari kawan-kawan, kita selubung sama-sama. Ayuh!
Lazada Philippines