Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Saturday, December 18

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

Kepada Engkau, Engkau, Engkau, dan Kamu,

Firstly, thanks sebab korang dah menghentam aku sekaligus. Korang memang terbaik. Hati aku dah rabak sekarang. Aku memang tak bajet yang korang boleh buat aku macam ni. Engkau, kau buang aku macam tu je. Dan Engkau, aku tak sangka kau berdrama. Dan Engkau, mangsa keadaan, Dan kamu, ibarat lalang. Apehal korang ni? Kenapa libatkan aku dalam masalah korang?

Aku bersyukur sebab semua ni terjadi kat diri aku. Aku redha dengan setiap perbuatan korang. Aku takkan berdendam. Sebab aku tahu dendam aku takkan luak pun untuk korang. Mungkin tanpa aku, korang bahagia. Apa yang korang nampak tu syurga. Bagos. Bagos sangat. Aku doakan korang bahagia dengan jalan yang korang dah pilih.

Engkau, aku terkilan sebab kau sound aku macam tu. Engkau tak tanya aku apa yang terjadi. Engkau pentingkan diri sendiri. Engkau hanyut. Bagos. Perlu ke aku selamatkan kau? Sebab kau dah pun campak aku jauh-jauh, aku doakan kau bahagia dengan syurga yang kau cipta sendiri.

Engkau, aku tak sangka rupanya kau ada niat tak baik dibelakang aku. Baik punya kau bertopeng. Aku ingatkan kau nak mintak tolong dengan aku tapi rupanya kau berniat sesuatu. Pelislah, sedar diri tu. Kau tu siapa? Kau tak ingat keluarga kau? Kenapa kau nak kawal dia? Ikot suka kau la kan. Kalau kau rasa kau bahagia, kau boleh pergi sekarang.

Engkau, aku memang nak sangat-sangat jumpa dengan engkau. Aku tak tahu kenapa kau nak muncul dalam hidup aku. Engkau datang macam racun. Aku tak pasti samada kau tahu akan kewujudan aku dalam hidup kau. kalau tak tahu, bagoslah. Sebab luka kat hati kau takkan sama macam luka di hati aku. Tapi kalau memang dah tahu kewujudan aku dalam hidup kau, tapi kau memang sengaja hancurkan hati aku, memang kau akan kena. Aku takkan berdiam.

Kamu, aku dah penat. Kamu macam lalang. Pelislah berdiri atas hati sendiri. tak perlu sibuk-sibuk nak jaga hati orang. Kalau kamu berniat nak bahagiakan semua orang, go ahead. Tapi tolong pergi dari hidup aku. Sungguh, aku bukan bidadari syurga yang punya hati yang sangat kuat untuk melawan semua ni. Aku juga bukan Power Rangers Pink yang boleh lawan semua musuh-musuh aku. Jangan jadi pengecut. Kamu dah buat salah, jadi berhadapanlah dengan masalah itu sebetulnya. Bukan hanyut dengan kesalahan kamu tu. Lagi lama kamu simpan, lagi derita aku di sini.

Ok, itu aja. Sorry if kata-kata aku menyakitkan. Bukan niat aku mengaibkan sesiapa sebab aku yakin, siapa pun takkan faham apa yang aku tulis ni melainkan Engkau, Engkau, Engkau atau Kamu yang baca entri ni. Sorry sebab aku pon ada salahnya. Dan aku mintak maaf kat korang kalau aku sendiri tak dapat puaskan hati semua orang. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih sebab pinjamkan aku kebahagiaan, kepercayaan, kesetiaan, dan keperitan. Aku akan ingat semua ni sampai bila-bila. Dan aku akan jadikan ni semua sebagai pengajaran.

Terima Kasih.

Yang ikhlas,
Aku Bukan Siapa-Siapa.


Thursday, May 20

Tips : Kesalahan Dalam Mengayat Perempuan!



Ok, salam semua. Entri hari ni berbentuk amaran ye. Ececeh ! Takdelah. Baru tadi shaye blogwalking dan shaye singgah web Gua.com . Tiba-tiba terbaca sesuatu. Ok, ia lebih kepada sesuatu relationship. Dan shaye rasa ianya memang benar sama sekali. Mana-mana perempuan pun akan sokong benda ni. Eh, lupa nak explain. Ini berkaitan dengan kata-kata dari seorang lelaki yang memang pantang bagi perempuan tu dengar. Buley menyebabkan clash ok ! Jadi untuk lelaki, sila ambil perhatian. Awasi kata-kata anda. Jangan nak sedap mulut je kan. Perempuan pun buley baca ni ok. Hehe.

1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”

Ok, perempuan memang tak suka bila lelaki cakap begini. Sebab? Ia menunjukkan seolah-olah perempuan tu nampak macam stupid je sebab semua benda nak ikut tanpa rela. Kalau ye pun sayang, tak semestinya ikut apa lelaki tu suruh. Jangan ok ! Kalau untuk kebaikan takpe. Tapi kalau untuk kejahatan, jangan. Berdosa tu. Contoh : Kalau you sayangkan I, you jangan ikut cakap mother you. Kita kawin lari jum !


2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”

Ha, yang ni memang ayat sengaja nak menempah gaduh. Kalau ye pun tak suka, diam-diam je. Jangan terus-terus cakap tak suka. Sebab? Perempuan dengan kawan-kawan dia sangat tulus dalam persahabatan, jadi jangan cemarkan ia dengan perasaan cemburu anda atau lain-lain. Ingat !


3. “I punya ex-girlfriend dulu….”

Ayat ni, lagi la pantang didengar oleh kaum Hawa. Sedang mood dia ok hari tu, buley jadi moody pulak sepanjang hari. Kalau ye pun nak bercerita, sket-sket sudah. Tak payah memuji-muji, Banding-bandingkan bekas kekasih kamu dengan kekasih kamu yang sekarang ini. Tak pasal-pasal boleh jadi gaduh seminggu sebab benda ni je. Tapi kalau ikutkan lelaki pun tak suka bila kekasih dia bercerita pasal bekas kekasih pasangannya. Sebab dia akan rasa tercabar. Biaselah lelaki. Haha


4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Jangan cuba-cuba banding-bandingkan kekasih kamu dengan perempuan lain. Sebab? Pada perempuan, dia mahu kamu hanya pandang seorang perempuan sahaja iaitu dirinya. Nampak macam kebudak-budakan? Maybe. Tapi kalau berani, cubalah tengok akibatnya kalau kamu cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita kamu.


5. “I tak cukup bagus untuk you.”

Ayat ni pun perempuan tak suka. Sebab? Nampak macam lemahnya la kaum lelaki ni. Kira lelaki lembik la kan. Haha. Lagipun kalau kamu rasa kamu tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih kamu? Fikirlah taktik lain yang lebih menyenangkan ye. Ayat macam ni buat perempuan rasa rimas dan rasa menyesal sebab pilih kamu yang tak cukup bagus tu.


6. “I takde mood lah.”

Belum apa-apa lagi perempuan akan menganggap kamu simpan perempuan lain. Sebab? dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan kamu bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, itu sebab perempuan lain. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik kamu berdiam diri.


7. “Perangai you macam mak you sama je.”

Memang nak kena pukul kan cakap macam ni? Bukan apa. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka. Ibaratnya, kamu langsung tak hormat mak dia. Padahal mak dia lah yang bagi layanan baik kat kamu kan. Lupa diri ke bang cakap macam tu? Haha.


8. “Takyahlah nak emo…”

Orang perempuan memang kuat beremosi. Tapi kalau tengah die emo tu janganlah tegur dia. Sebab, tak pasal-pasal ada jugak kena penumbuk sulung dari dia. Haha. Awas ye. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!

9. “I tak sukalah baju tu…”

Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka. Kalau tak suka better diam je.Kalau malu sangat nak keluar dengan dia, maknanye ape tu?


10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”

Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, tak payah cakap depan-depan atau belakang-belakang. Kamu nakkan dia kan? Jadi pada masa yang sama, kamu kena terima ahli keluarga dia juga. Kalau tujuan kamu untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!


Itu sahaja. Mulakan hidup dengan ceria tanpa pertengkaran dan gantikan ia dengan kebahagiaan ok?


p/s : Ayat-ayat perempuan yang lelaki tak suke tak tahulah. Sebab shaye bukan lelaki. Jadi shaye tak tahu. Hehe.

Sunday, April 25

Wah, lelaki sekarang boleh dimadukan?



Salam muhibah semua. Terkejut ok bila baca statement Suami Bermadu kat dalam myMetro semalam. Tak sangka wujud suami yang bermadu. Satu pencapaian yang........? Tak percaya? Uols buley klik SINI. Dah habis baca dah? Kesian ok kat pakcik tu. Tahu-tahu je wife dia pegi kahwin lain. Pergh. Hebat makcik nih. Isyhh. Seram. Apa nak jadi ni sekarang ni? Bukan budak-budak je punya masalah sosial. Pakcik makcik juga. Haissyooh ! Siapa yang patut disalahkan?


Ok, pakcik ni dapat tahu yang wife dia dah pun bernikah dengan lelaki lain bila dia check kat Pejabat Agama samada wife dia ada buat aduan ke tak sebab mereka selalu berselisihan faham. Tapi pakcik tu lagi terkejut ya ampun bila dapat tahu yang Pejabat Agama bagitahu tak perlu risau sebab wife dia dah kahwin lain (ok tipu je Pejabat Agama bagitahu macam tu). Tak tahulah apa Pejabat Agama tu bagitahu tapi yang pastinya, sah wife dia kahwin lain.


Menurut pakcik tu juge, beliau merupakan suami ketiga setelah dua kali bercerai dan kali ni 'dimadukan' pula. Isyh. Seram ok. So, sekarang ni makcik tu dah tinggalkan pakcik tu. Kejap kejap kejap, shaye tak sure la itu 'makcik' ke siapa. Sebab dia tak bagitahu pulak umur wife dia. Entah-entah muda lagi kot. Huhu. No komen, semua masih dalam siasatan.


Motif kat sini ialah, kenapa kita manusia tak pernah puas? Mesti nak lebih kan. Kalau boyfren tak handsome, nak yang lagi handsome. Terkinja-kinja nak pegi mengurat. Yang lelaki pulak, pantang nampak aweks cun dan seksi, mata takkan terlepas pandang. Mulalah mulut terjuih-juih nak suuwiit-shhuwit (betul ke eja ni?). Tapi shaye tak la tujukan kat uols kan, shaye tujukan kat sesetengah orang tu. Yang dah kawen pulak, hargailah pasangan anda. Anda yang pilih, jadi terima seadanya. Salah dan silap tu buley tegur. Jangan hukum pasangan anda dengan curang, khianat dan sebagainya. Hidup ni ada karma kan? Bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Hidup dengan penuh kesyukuran, indah kan?

Thursday, April 22

Lelaki garang vs Lelaki berang !

Salam selamat malam semua. Ini entri yang ditaip atas rasa nak menaip walaupun dalam keadaan yang sibuk. Sorry kalau tak faham. Shaye hanya mahu menaip atas dasar hati yang meronta-ronta ingin menaip. (Isyh apa shaye merapu meraban ni kan?) Ok, tajuk utama kita malam ni. "Lelaki Garang vs Lelaki Berang". Shaye nak tanya la kan, uols selalu tak berhadapan dengan lelaki garang takpun lelaki berang? Ok, sebelum apa-apa let me explain kat uols apa bezanya lelaki garang dengan lelaki berang.



Lelaki garang :
Lelaki yang cepat marah, muke nak berkerut je memanjang, suara dia besar, kadang-kadang sampai tahap menengking, tak pernah senyum. Mulut dia tak payah cakap. Bising. Dan kalau ada peluang, dia akan marah. marah. dan marah. Tapi ada jugak lelaki garang yang mulut senyap. Dia jenis protes dari tingkah laku.


Lelaki berang :
Lelaki macam ni selalunye berjangkit dengan perangai lelaki garang. Tapi dia lagi teruk la. Dia memang suka marah. Tapi marah-marah dia ada la yang terpelanting ke, terpukul ke. Kira bukan setakat mulut je bising, tapi kaki tangan pun turut menyumbang. Yang pastinya lelaki garang memang tak buley kamcing dengan lelaki berang.


Ok, terlebih dahulu jum kita tengok pendapat orang lain pasal lelaki-lelaki berikut. Majoriti tak suka ok. Huhu. : Forum | Lelaki Panas Baran


Sekarang ni bukan lelaki je garang ok, perempuan laki dua kali ganda garang dah. Buktinya? Kat Metro laporan bulan lepas, uols buley klik sini : Diseksa kekasih garang
Tengok tu, sampai diseksa. memang tak patut. Itu bukan garang adik oi, itu berang !


Yang ni pulak, shaye jumpa kat Internet, 8G pada lelaki yang dibenci wanita. Apa bendanya 8G tu kan? Ok, antaranya ialah Garang, Ganas, Gementar, Gabra, Gentlemen tiada, Gatal dan lain-lain. Memang betul pun. Shaye dah baca dah. Hehe.


Sebenarnya, garang atau berang bukanlah suatu cara penyelesaian. Kan? Lagi-lagi kalau budak-budak zaman sekarang ni. Lagi kite marah, lagi kite pukul, lagilah dia memberontak buat benda yang kite tak suka. Ini shaye jumpa satu lagi post : Bengis, garang bukan cara berkesan didik anak


Kenapa uols nak garang? Sebab orang yang uols 'garangkan' tu degil? Dats why la uols garang? No. No. No. Bukan itu jalan penyelesaiannya. Bukan tak buley garang, tapi biarlah bertempat. Tapi part lelaki berang memang shaye tak sokong awal-awal ok. Pleeeeez la jauh dari hidupku. Huhu. Kenapa pulak uols nak berang? Gangster ke ape nak pukul-pukul orang? Haiisyyooh !


Sebenarnya semuanya bermula dari sini :


Kepala hotak eh silap-silap, "Psikologi"


Kenapa uols nak garang atau berang kalau uols tahu cara-cara nak psiko seseorang tu tanpa meninggikan suara atau memukul? Ingat, marah dan pukul bukan jalan penyelesaian ! Lagi dibuat lagi ada. Salah satu cara psikologi yang lebih berkesan ialah yang bisa mengalahkan semua benda, yang bisa lembutkan hati seiapa saja ada satu je :




Kasih Sayang yang takde dijual beli.


Percayelah !

Wednesday, March 24

Tips: Bertemu Kekasih Lama, apa perlu anda buat?


Gambar sekadar hiasan


Salam semua. Hari ini shaye nak jadi pakar motivasi kejap. Bukan apa, dalam bulan ni ramai teman-teman lama yang shaye jumpa di laman sosial facebook. Begitu juga dengan incikku. Seronok ok! (bagi panas kat incik shaye kejap.haha!) Nampak gayanya laman facebook ni berjaya buat dunia kita macam kecik je kan? kan? Bukan facebook je sekarang ni, dah ade macam-macam dah. Dah tak payah dah masuk rancangan Jejak Kasih, buat iklan kat surat khabar ape semua. Segalanya terletak di hujung jari je sekarang. Ok,itu kalau nak cari teman tapi kalaulah korang terjumpa bekas kekasih lama macam mane? Apa yang patut korang buat? Kalau yang still single tu tak kesah la kan, tapi kalau yang dah berkeluarga takpun ade hubungan cinta dengan orang lain macam mana? Takkan nak tinggal je kot. Kan? Tapi takkan nak hampakan kekasih lama pulak?? Ha, kat sini shaye ada sikit tips untuk korang :


  • Ok, selalunya bila kita terjumpa kekasih lama kat facebook ke atau jumpe depan-depan ke, tahap teruja kita tu akan naik menjulang-julang ke langit. Biaselah tu kan? Dah tentunya korang dan ex korang tu akan mengimbau kenangan-kenangan lama. Tak salah pun semua tu tapi lagi bagus kalau korang tukar topik dan tanya khabar terbaru. Buley kalau nak cerita hal lama, tapi make sure no heart feeling ok! Cerita la kat dia yang korang dah pun kawin anak seploh takpun dah ade orang lain. Senang kan? Melainkan korang memang simpan perasaan kat diorang, tak dapek den nak nolong ai

  • Bila hari ni dah terjumpa, malam tu mesti teringat-ingat pastu terngiang-ngiang kenangan lama. Mula la nak senyum sorang-sorang kan? Tak hingat pulak kenapa korang clash. Haha. Jaat. Takpayah la nak cakap yang korang jatuh chenta sekali lagi. Insaf-insaf la. Kalau yang dah kawen tu ingatlah kat anak sket. Janganlah korang pupuk perasaan chenta korang yang dah mati tu. Hentikanlah dari mengayat ex korang tu balik. Yang dah lepas tu, biarkan jelah. Kalau die yang mengayat, jauhkanlah diri anda. Takpayah contact lagi bagus. Kan? Tapi kalau masing-masing open minded dan takde perasan dah takpe. Tak semestinya kena bermusuh.

  • Pastikan korang berterus terang dengan pasangan korang. Jangan sembunyi. Sebab bila dah kantui, masak la korang. Haha. Perang dunia la jawabnye. Huhu. Masa ni lah terbuktinya kejujuran korang tu. Sebab better kita dapat tahu dari pasangan kita sendiri daripada dengar dari mulut orang lain kan?

  • Ok, yang ni bila dah dapat lampu hijau dari pasangan kita gunakanlah sebaiknya. Mentang-mentang pasangan kita bagi peluang, korang gunakan pulak peluang tu untuk tujuan tak betul. Contohnya ade pulak korang ajak ex korang tu berdating. Maksudnya, keluar berdua-duaan. Marah ok!

  • Last sekali, plez jujur kat diri sendiri. Yakin dan jagalah perasaan masing-masing. Sebabnya mencegah lebih baik dari terbabas ke lembah curang. Hidup ni takkan lari dari karma, hari ni kau kecewakan hati orang esok lusa kau pulak terluka. Lebih kurang macam tulah kan.


Conclusionnya, hargai pasangan anda sebagaimana dia menghargai anda. =)


*pssssttt.. Sebenarnye shaye jumpe ex shaye. Hensem ko. Tapi shaye cakap shaye dah tak suka kat dia sebab die dah bermisai. Hahaha. Nak tengok gamba die? Nah!

Hai semua. Padayappa!

Thursday, February 25

Girlz,ini lelaki yang patut anda reject!

Tak semua perfect dimata kita atau sape2 kan. Dan setiap orang punya kelebihan dan keburukan masing-masing. Lelaki. Memang suka mengayat. Tak semua. Segelintir je. Dan perempuan suka diayat. *Betul ke? haha..Tapi dalam anda memilih "teman tapi mesra" atau "kekasih hati" korang, sebelum pilih better menilai lelaki tersebut terlebih dahulu. Supaya tak la menyesal dikemudian hari. Jangan pulak dah separuh jalan mengeluh pastu buruk-burukkan boyfren korang atau suami korang tu kat orang lain..cian tau..Untuk mengelakkannya, better korang reject awal-awal sebelum apa-apa. Buang masa korang je kan tunggu lama-lama. *shaye mengajar bukan-bukan ke? haha.



Kejap!
Jangan main reject je tak tentu pasal. Reject lelaki-lelaki macam ni je. Antaranya:




1. Lelaki pemalu+penakut=Lelaki lemah lembab
Lelaki jenis macam ni memang tak tahu nak cakap macam mana. Bila dah pemalu + penakut, sampai bila pun tak berani nak propose pompuan yang dia suka. Mahu tapi malu. Entah2, pompuan yang propose dia. So, gurlz! tak payah la tunggu lelaki macam ni. Lembab. Terima kasih banyak la kan? Entah macam mana depan tok kadi agaknya. 3kali lafaz nikah belum tentu sah lagi agaknya.haha.





2.Lelaki GSTK
Apa jadah Lelaki GSTK nih? Gandaan Sepunya Terkecil ke? Haha..GSTK ialah Gila Seks Tahap Kritikal ya..Bukan yang dalam subjek math dulu2 tu. Lelaki macam ni paling bahayes! Bila jalan sebelah dia, mata dia duk pandang benda-benda tak sepatutnya dipandang. Lagi-lagi kalau yang si pompuan pakai seksi meksi..Lelaki macam ni akan cakap benda-benda yang lucah je memanjang. Ibaratnya, takde benda lain selain tttttteeeeet! Tak suka ok..Bawak-bawak la insaf. Lelaki macam ni bukan ikhlas pun nak kawan kita. Dia berkemungkinan ada niat tak betul.





3.Lelaki buaya darat
Jangan ingat buaya ada kat sungai je. Kat darat pun ada ok. Lelaki macam ni lagi la tak buley pakai. Dia just nak berseronok je jadikan kita koleksi pompuan dia. Yang bahayesnya, lelaki macam ni memang pandai mengayat. Sebab dia memang dah pro. So, berhati-hatilah!





4.Lelaki pengotor
Aiyoo..sape-sape pun tak suka kan? Geli ok. Mana-mana pompuan memang tak suka lelaki macam ni.. Perempuan lebih suka lelaki yang jaga penampilan. Maksudnya kemas dari segi pakaian, kebersihan diri. Biarlah takde rupa pun tapi bila jalan sebelah, wangi je. Rambut rapi, bersih dan sedap je mata memandang. Ni mandi pun tak pakai sabun, gosok gigi malas,sikat rambut pun takmo, pakai compang-camping, ape nak jadi? Kalah mat bangla tau..Patutlah mat bangla zaman sekarang ni hot-hot. Haha. Hot la sangat!





5.Lelaki kedekut
Ha yang ni shaye memang paling tak suka. Sebab shaye ni mata duitan. *statement tak buley blah. Nak belanja makan berkira-kira siang malam. Duit berkepuk tapi takut nak melabur kat pompuan. Lain la pompuan tu pisau cukur memang patut la lelaki jadi kedekut.. *Nasib baik incik shaye tak dekut. Tapi masa mula-mula kenal setiap kali berbelanja dia akan congak duit depan shaye dan buat muka nyesal. Oh, tak jadi shaye tak mintak-mintak. Sekarang tak dah.Sukeeee!





6.Lelaki yang budget bagus
Lelaki macam ni susah kita nak bawak berbincang sebab kalau buley semua dia sorang je yang betul. Bila bagi pendapat, tahun depan pun belum tentu dia buley terima pendapat korang tu. Berlagak tak tentu pasal. Lagi satu lelaki macam ni confirm ego dia terlebih. Semua lelaki ego tapi yang ni terlebih. Oleh itu jangan ego sangat, sang lelaki. Perempuan tak suka. Tapi jangan tak ego langsung, tak macho pulak. Ego biar berpada-pada. Yang sedang-sedang saja.





7.Lelaki perokok tegar
Bukan ada blogger tegar je ye, tapi perokok tegar ramai kat luar tu. Gurlz, lelaki macam ni tak payah la korang hinginkan. Duit diorang habis untuk rokok je. Rokok tu pulak untuk bagi cepat sket lelaki tu JALAN. So, daripada korang sayang lelaki yang tak sayang diri sendiri better korang ucapkan selamat tinggal awal-awal kat lelaki ni. Kalau takmo, suruh diorang benti merokok slow-slow..





8.Lelaki gay
Hahahaha..Tak payah explain pun takpe. KORANG NAK KE???


Haha..ok,tu saja untuk hari ni. Renung-renungkan. Fikir-fikirkan. tepuk dada tanya selera. If korang sanggup nak bersama dengan orang macam ni, teruskan je la..Tak salah pun..Tapi yang menanggungnya koranglah. jangan salahkan shaye, shaye dah bagi nasihat ye!

Monday, November 9

10 kualiti lelaki buruan wanita

hyep..shaye baca dalam "Majalah Eh!" edisi bila entah..saja nak kongsi dengan kamu semua..guyz! sila baca ok..hehe..ini adalah list 10 kualiti lelaki buruan wanita!


1. Prihatin

Wanita amat menyenangi lelaki yang mendengar teliti setiap butir ucapan mereka dan disusuli dengan reaksi yang menyenangkan.



2. Penawar

Wanita juga menyenangi lelaki dengan kata-kata pujian untuk setiap kejayaannya apatah lagi lelaki yang sentiasa berada di sisinya tatkala musibah datang melanda.



3. Kebebasan

Wanita tidak meminta kebebasan yang keterlaluan, cukup sekadar diberikan hak dalam sesuatu perkara. Jika pasangan kurang menyenangi, teguran atau kritikan lembut lagi membina amat dialu-alukan.



4. Waspada

Selain waspada dari segi tutur kata, waspada akal dan pertimbangan juga antara pakej kualiti yang bakal meletakkan seseorang lelaki itu sebagai sanjungan wanita.



5. Harum

Si Lelaki, sila pastikan anda cukup prihatin akan soal kebersihan diri, kekemasan penampilan dan yang paling penting, anda bebas daripada masalah aroma tubuh yang meloyakan!



6. Pemurah

Wanita menyenangi pasangannya yang tidak terlalu berkira akan soal wang dan perbelanjaan. Bagi pasangan suami isteri, menyerahkan soal catuan perbelanjaan rumah tangga antara mandate yang amat dihargai oleh seseorang wanita. Ini menunjukkan betapa pasangan mereka amat dipercayai dan membuatkan wanita berasa dihargai.



7. Kompromi

Wanita menghargai kehadiran seorang lelaki yang sering berkrompomi dan sedia menerima kekurangan pasangan seadanya. Malah lelaki yang tidak terlalu cerewet tidak mengkritik pasangan juga antara ciri-ciri lelaki idaman semua wanita.



8. Penyokong

Dengan dorongan secara fizikal dan emosi, wanita dapat menilai sejauh mana sifat tanggungjawab dan prihatinnya pasangan dalam mewarnai kehidupan mereka.



9. Damai & Cinta

Lelaki yang memiliki sifat cintakan kedamaian adalah lelaki yang tidak berpotensi menjadi pasangan yang bersifat panas baran, kaki pukul atau pendera. Anda perlu ingat! Wanita bukan sekadar mendampingi lelaki untuk disayangi dan dicintai, malah untuk dilindungi dengan sewajarnya.



10. Tanpa Kuasa Veto

Wanita lebih cenderung untuk mendampingi lelaki yang tidak menjadikan kuasa veto sebagai alasan mengecapi nikmat kehidupan terindah. Contohnya, tidak melandaskan alasan dipandang manis meski bersifat curang, berhak memilih pasangan lebih daripada satu atau tidak menghormati wanita lantaran berpaksikan fahaman bahawa wanita tidak layak setanding dengan lelaki.

Lazada Philippines