Showing posts with label Dinner. Show all posts
Showing posts with label Dinner. Show all posts

Saturday, October 30

Dinner Part 2

Salam semua. Tanpa melengahkan cerita-cerita basi shaye meh shaye sambung cerita daripada Dinner Part 1. Hehe. Semua tahu shaye jadi bidan terjun dalam banyak kerja. Apa nak buat kan dah Pengarah Program tu membe shaye sendiri. Takkan la kita taknak tolong membe. Jaat kalau macam tu. So, lepas jadi pengiring VIP shaye dan kawan-kawan duduk kat meja kitorang. Tengok budak-budak lain meja semua dah full. Yang kitorang ni bertiga je. Perghhh! Mana yang lain?

Diorang tak sampai-sampai lagi !





Memang risau gila, sampaikan si Nurul iaitu Pengarah Program dah bagi ucapan, diorang tak sampai lagi. Memang nampak la ramai lagi yang tak datang tapi tak boleh buat apa la kan sebab kitorang kena jugak ikot masa yang ditetapkan takot tak cukup masa pulak nanti.


Montaj 1 ditayangkan. Time ni dengan tak ramai orang pastu semua nampak kelam kabut dengan orang-orang yang baru nak sampai. Tak syiok oh sebab ramai yang tak ambil perhatian, lagi-lagi abang yang jaga bahagian teknikal tu tak kuatkan volume. So, memang tak dengar + gambar memang tak berapa nak clear. Frust jugak la kan.




Frust-frust pon muka masih ada senyuuuuuuum!


Dah habis montaj, barulah budak-budak satu meja shaye datang. Isyh3. Ada patot diorang ingat majlis start jam 9am. Padahal sebenarnya jam 8am. Haissyoooh! Jeles oh tengok orang lain dah tangkap gamba dengan kawan-kawan. Hehe.




Souveniour.



Sedap !



Punah diet!


Hehe, ok lah. Sambung later. Even cerita dah basi. Shaye still nak cerita jugak.

Tuesday, October 26

Dinner Part 1

Salam semua. Okeh-okeh shaye tak lupa janji shaye okeh. Kali ni shaye nak updated pasal Dinner tempoh hari. Dinner tersebut berlangsung pada 22 hb October 2010. Sorry la kalau cerita dah basi tapi shaye tetap nak cerita jugak. Hehe. Disebabkan shaye salah sorang AJK malam tu, memang bizi gila tau. Shaye bahagian multimedia dan publisiti. This is my first time buat-buat kerja macam ni. Pergh, berserabot jugak kepala bila fikir-fikir balik di mana kita akan mengadap komputer je sambil design.design dan design.


Yelah, actually shaye tak amek AJK di bawah shaye, so semua kerja shaye kena buat secara perseorangan. Alhamdulilah semuanya sempat siap pada masa yang ditetapkan. Syukur. Segala montaj, poster, design untuk door gift, untuk cabotan bertuah semuanya siap. Syukur. Hehe. Okeh berbalik kepada tajuk, pada hari tersebut shaye kena gerak pegi hotel awal gila sebab banyak kerja nak dibuat. banyak persediaannya. Tapi syukur dengan semua halangan, tetap kami tempoh dengan kesabaran. Huhu.





Pihak hotel dah siap hiaskan tempat untuk kitorang. Ringan sket beban. Berpatotan dengan harga yang kami bayar la kan. Hehe. Okeh sepatotnya, shaye terpaksa tolong membe jaat untuk pendaftaran. *gile jaat buat ayat terpakse. Tapi disebabkan kami tak sempat siap awal gile, orang lain amek alih jaga kaunter. Yes! Yes!




Tengok ni, muka seronok tak payah jaga kaunter. Tup tup.

"Eh, Era! Kita punye pengiring tak sampai lagi. VIP nak sampai dah. Jom kita jadi pengiring!"

See??? Tak pasal-pasal kan? Hahaha.




Sempat snap gambar lagi. VIP nye lambat sangat naik. Lagipon kena paksa mengiring. Hahahaha. Adush.




Sweet tak kami? Sweeeeeet kan? *Pasan!




Ini la keje-keje kitorang. Yelah, dah pakai lawa-lawa haruslah tangkap gamba.


Tiba-tiba mengantuk. Siyesly! Esok je la sambung. Gud nite uols!!!
Lazada Philippines