Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Thursday, August 29

Resepi Diet : Salmon Grill Mudah dan Sedap!

Yehuuu! 

Salam semua,

Oklah kali ni nak share resepi pulak. Maklumlah semenjak jadi bini orang ni tetiba jadi rajin explore resepi-resepi yang tak pernah makan. Kebelakangan ni pulak bebudak opis memasing rajin sangat pakat beli ramai-ramai ikan Salmon, so kite pun taknak terlepas peluang! Ekceli sebelah opis kitorang adalah company pengimport ikan-ikan macam ni, tapi kalau nak beli tak boleh beli sikit-sikit kena beli sekali banyak. Yang bestnya ikan-ikan dia sangat fresh. Dapat murah lagipun. Kalau tak silap beli seekor dalam RM180++ bahagi beberapa keping dapat la dalam around RM18++ untuk 2 keping. Dapatlah merasa ye dakk?

Sekarang ni pulak tengah diet sebab gemuk melampau, makanlah ikan je. Tapi takdelah makan Salmon hari-hari. Mampulah pulak kann! Haha. Masa mula-mula dapat ikan ni serious tak tahu nak masak macam mana, google resepi je uols. Rupanya simple yang amat-amat. Budak sekolah pun pandai masak. So, kite share je lah resepi kite untuk uols. Boleh try nanti kann!


Slurpppp!


Bahan-bahan :
2 keping ikan Salmon
1 sudu minyak zaitun/olive oil
Garam
Lada Hitam
Lada sulah
Serbuk Oregano
Sayur-sayuran (Contoh : Carrot, Brokoli, Kubis, dll)
3 ulas Bawang putih

Cara-caranya :

1. Perapkan ikan Salmon dengan garam, lada hitam, lada sulah, serbuk oregano secukup rasa dalam 5 minit.
2. Panaskan minyak zaitun di atas pemanggang. (kite guna pemanggang ajaib, kalau tak tau sila google)
3. Letakkan ikan Salmon yang telah diperap tadi di atas pemanggang, tunggu sehingga garing dan balik-balikkan ikan supaya ia masak kedua-kedua belah. (berhati-hati supaya ikan tak patah, balikkan hanya bila nampak dah garing)
4. Bila dah masak, ketepikan.

*kalau nak lagi sedap, amik sebiji lemon perahkan atas ikan yang dah siap masak tadi. Pergh!

Untuk sayur-sayuran pula,

1. Tumbuk bawang putih, jangan terlalu hancur dan tumiskan dengan sedikit minyak zaitun.
2. Masukkan segala jenis sayur yang telah disediakan.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah lada hitam sedikit kalau suka.

Siap dan hiaskan.


See? Senang kannn? Oklah sekian sahaja rancangan memasak kita, jumpa lagi!

Friday, March 18

Baju Biru, Biru Biru Alam

Salam semua. Ok, hari ni kena menaip pantas sebab dah hari Jumaat kan. Aktiviti minggu lepas tak habis tulis lagi kan. Nanti tambah aktiviti esok lusa tak nyempat-nyempat nak tulis. Huhu. Ni sementara supervisor tak sampai-sampai opis better update kejap. Haha. Apa punya anak buah le ni kan. Okey, minggu lepas shaye berkesempatan pegi ke laut dalam melawat spesies-spesies shaye. Oppsss! Spesies lautlah!


Thanks to my friend sebab tiba-tiba bawak shaye pegi sini. Actually ini adalah tebusan janji-janji beliau untuk bawak shaye ke tempat-tempat yang shaye nak pergi suatu ketika dulu. Antaranya, nahhhh! Dapat pegi Aquaria KLCC. Yes yes yes ! Jom!


Hensem tak katak ni? Hehe. Shaye amek gambar dia baik punya posing tau. Siap senyum lagi. Katak hidup okeh, bukan katak yang diawet sebab shaye nampak nafas dia turun naik. Nervous ke jumpa shaye? Haha. Nasib bukan putera katak, kalau tak aku ciom dah. Haha.


Teruja gila kot, sebab macam pegi pasar pagi. Banyak gila ikan sedang berenang. Eh? Macam pelik je ayat kan? Ah gasaklah. Shaye masa ni? Macam orang tak pernah tengok ikan. Dush. Nasib la tak bawak Mimi, kalau tak sure dia takmo balik. Mimi pon suka tengok-tengok ikan ni. Sebab masa kecik selalu bawak dia tengok ikan.


Teruja kau tengok benda silinder ada ikan tu. Terus amek gambar. Masa ni ada ramai yang nak amek gambar, shaye buat muka garang kat orang lain, semua takut nak amek gambar kat situ. So, dapat jugak amek gambar. Ok, tipu.


Cantik. Air biru-biru sebab lampu biru ke hape ha?


Ha, Itu itu itu! Belangkas. Haha.


Ikan pelik ni. Kepala petak.


Yeay! Dah masuk terowong dah. Suka suka suka.


Uisssshhhh! Shaye dengan ikan ape tu heh? Ikan jaws ke ikan paus? Opppsss, sila abaikan perut shaye yang menggelembung-gelembung tu. Entah tali pinggang aku buat hal pulak. Dan sila abaikan flash terlampau dari kamera canggih kawan shaye tu. Haha.


Ha! Itu itu itu! Ikan pari ke hape eh? Kan? Besar gila. Muka macam orang, seram okeh. Nak makan pon takott. Agak la kalau nak menyiang tu rasa macam nak bunuh orang je rasa. Gila tinggi shaye imagine. Haha.


Oh ramainya manusia.


Yang besar gila tadi tu ikan pari, yang ni pon ikan pari jugak ke ha? Confiused lah.


Tengah berkomunikasi dengan ikan-ikan tuh. Siyes, rasa macam nak culik je ikan-ikan tu buat goreng. Geram gila tengok, rasa nak makan je. Nyammmm!


See? Runsing skett la sebab semua sibuk datang sini nak tengok ikan. Apa takde hari lain ke? Hoi Nemo, kau ingat Aquaria tu bapak kau yang punya ke? Opppss!


Jeles sebab tengok diorang semua pandai berenang tapi shaye tak pandai berenang. Lemas lagi adalah. Demm!


Itu sotong kurita yang glamer tu. Iyelah tu.


Ni kat akuarium besar tu. Best gila rasa macam duduk dalam tu aje.


Haruslah amek gambar kenangan buat tatapan uols. Wahhhh!


See? Shaye jumpa Sipot Resakse! Oppps bukan. Ini nama dia Siput Kurita. Gila besar tau.


Itu obor-obor ye anak-anak. Sangat cantik bila dia pancarkan lampu-lampu kat obor-obor ni.


Macam lukisan kan? Padahal duduk depan akuarium. Rasa tenang pada tarikh keramat tersebut. Buat apa runsing-runsing? Tenang sudah.


See? Inilah yang shaye cari-cari dari mula shaye masuk Aquaria ni. Dalam banyak-banyak ikan, shaye jumpa seekor je ikan Nemo. Dia takde kawan, main sorang-sorang je kat situ. Even ada banyak ikan-ikan lain kat situ, dia masih boleh berdikari dengan sendiri kat situ. Kesian. Tapi shaye tetap rasa dia istimewa antara ikan-ikan lain. Sekian terima kasih. Lepas ni jom pegi Hi-tea kat Menara KL !

Friday, February 4

Fish? Donut? Ikan? Donat? Confused !


"Betul ke kita ikan?Bukan donat?"
"Betul!"
"Tapi kenapa atas darat kita boleh bernafas?"
"Mak kita ikan, bapak kita donat kot?"
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
iklan dari
FISH DONUT KFC


Entah kenapa shaye rasa comel gila iklan dalam radio tu. Haha. Hari tu pegi makan KFC dengan Nasuha. Nampak ada benda baru. Fish Donut. Tak cuba pon. Sebab bayangkan rasa ikan jadi donut. Rasa donut jadi ikan. Haha. So masa nak beli tu kitorang confius Donut? Ikan? Donut Ikan? Ikan? Haha. Last-last tak beli. Tapi masa otw balik, dengar radio keluar iklan kat atas tu dalam kereta. Gelak habis-habisan kott. Haha.

Baru kitorang tahu, bukan kitorang je yang confius dengan Donut Ikan, donut ikan tu sendiri confius dengan identiti mereka. Haha. Thumbs up kepada yang buat iklan tu. Sekarang shaye rasa macam nak cuba Fish Donut pulak. Jum?!
Lazada Philippines