Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Friday, November 11

"Mei Chen, will you marry me?". Kau mampoo?

Salam semua. 

Good morning. Hari ni date cantik kannn kannnn? 11.11.11. Semua pun teruja sangat, tapi sebenarnya takde apa pun yang menarik dngan date tu. Hari ni tetap hari biasa, semua orang pun kerja macam biasa. Agak-agak ada tak orang yang nak buat date hari ni sebagai date special diorang? Mana tahu kann ada yang kawin hari ni, couple ke, bersalin ke, memang best lah dapat date cantik. Pagi-pagi ni shaye duduk baca The Star Online dan tertarik dengan tajuk - Man 'sells' self online to girlfriend via Grouposal.

Mula-mula macam tak percaya sebab best gila si Mei Chen tu sebab boyfriend dia propose dia dengan cara macam tuh. Sweetnyaaaaaa! Idea tu datang bila boyfriend si Mei Chen tu sedar yang si Mei Chen ni selalu bukak website Groupon tu untuk tengok mana-mana best deal takpun offer. Bayangkan bila bukak-bukak web tu je nampak lamaran dari boyfriend mesti dia teruja gila lah hoi semua orang boleh baca kott!

See? Macam deal biasa tapi bukan deal biasa okayy! Ini lamaran!


"Today I wish to have you with me for the rest of our lives; will you do me the honour of becoming my wife?"

#pitam
ROMANTIK gila.

 Tengokah berapa ramai yang support!

Dah macam barang pulak sebab guna "Product Spesification" segala. Tapi tetap sweeeeeeeeet!
 
Okay jom #pitam ramai-ramai.

Sebelum tu I will say YESSSSSSS!

Siap ada reviews lagi dari orang-orang terdekat. #nanges.

Nak baca semua? Boleh klik SINI.


p/s: Lepas ni nak bukak website Groupon takpun Milkdeal hari-hari. Mana tahu ada orang nak propose shaye macam ni ke? #berangan. Oklah oklahh mana tahu ada deal menarik kannn *baru betul*

Saturday, June 25

Kisah Kak Sue | Luahan Hati.

Salam. Terpanggil jugak nak mencoret karangan bila mengenangkan nasib Kak Sue bukan nama sebenar. Ape kisah sebenarnya? Kalau nak tahu boleh baca kisah Ain Desperado [1] [2] [3]. Sabar je lah kan bila seorang isteri diganggu oleh ex kepada si suami. Actually shaye tak berapa nak faham ape motip si Ain tuh buat semua ni. Apa yang dia dapat? Haihhhhh!

Kisah ni memang tengah hangat dalam INSAN TERSAYANG dimana di situlah tempat shaye mengadu nasib, meluah perasaan bila putus cinta, frust, meroyan dulu. #ops. Okay-okay taknak ingat kisah silam. Tapi hati jadi tak senang, jiwa rasa tak tenteram lebih-lebih lagi bila tengok orang yang kita sayang tengah berduka. Kak Sue bukan nama sebenar dah banyak bagi sokongan kat shaye bila shaye down. Bila shaye bermurung. Kak Sue juga menyedarkan shaye bahawa jika shaye sedang bersedih dan bermurung, ada ramai lagi yang lagi teruk dari shaye. Dan kini alhamdulilah, shaye dapat kekuatan itu. Sekarang, giliran Kak Sue pulak bersedih. Shaye juga turut merasa kesedihan dan keperitan tersebut.

Perjalanan hidup kite tak semudah yang disangka. Dan percayalah tanpa ujian semua tu, kita takkan jadi sematang ini, sekuat ini. Bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Anggap semua yang dah berlalu tu kenangan, pengalaman, pengajaran yang boleh buat kita bangkit semula. Jangan terlalu menyerah. Allah itu Maha Adil. Percayalah, Allah takkan menguji umatNya jika bukan kemampuan sesorang umat itu untuk menanggungnya. 

Buat Ain, pelislah. Nak buat apa menoleh ke belakang? Anggap je lah semua tu kenangan. Biarpun manis semanisnya kurma itu, pelislah. Move on! Betapa rindu pun kau dengan kenangan, sejarah lama, simpan je dalam hati. Bagi peluang orang lain nak bahagia. Diorang dah kahwin dah pun. Kau carilah kebahagiaan sendiri. Jangan hukum diri sendiri sebab kau belum ketemu kebahagiaan. Jangan tutup hati kau dengan alasan bodoh. Ngerti? Simpan je lah niat kau nak bermadu bagai. Kalau shaye diberi peluang bermadu pon shaye taknak, sesungguhnya bermadu itu pahit. 

Buat Kak Sue, bersabarlah. jangan fikir banyak. Anggap je semua ni dugaan. Jangan buat keputusan melulu. Sungguh, shaye tak rela nak tengok orang yang shaye sayang berduka, memendam rasa. Keputusan yang dibuat tu bukan nak guna sehari dua, tapi seumur hidup. Ingat! Tak perlu nak berkorban bagai sedangkan hati sendiri tersiksa. No no no! Ku tak sanggup. Apapun shaye mendoakan yang terbaik untuk kalian semua.  


"Jangan habiskan waktumu untuk mencari orang yang sempurna, tapi buatlah kisah cinta yang sempurna"

Monday, February 14

Jangan sambut Valentine. Kita sambut Maulidur Rasul saje.

Salam semua. Petang yang tenang. Semua sibuk buat kerja. Termasuk shaye. Tapi gedik-gedik nak updated secara pantas. Yelah, bila malam shaye dah malas nak online. Takde internet oh nak online memanjang. Malas nak pinjam-pinjam. Alhamdulilah. Rezeki sentiasa datang melimpah ruah sekarang ni. Syukur. Now I'm happy with my life. Sedikit demi sedikit shaye dah nampak hikmah atas semuanya. Alhamdulilah.


Esok Maulidur Rasul kan, so start malam ni marilah kita sama-sama berselawat ke atas nabi. Nasib baiklah esok cuti. Suke suke suke. Agak-agak kat Damansara ni ada lagi ke orang nak berarak eh? Hehe. Apa-apa pun Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua umat Islam sedunia.

Thanks Ija for your birthday cake.

Thanks Niza for the cheese tart.

Thanks Jeff (CEO) for the cokelat love.

Thanks "Santa Clause" (my best buddy) for the flowers.


*Tak semestinya kena bercinta baru dapat kebahagiaan. Betul tak?

Buang Buang Buang !

Hye semua ! Cik Nemo bakal berwajah baru ! Nantikannya ! *Mentang-mentang duduk Damansara hari-hari jumpa artis. Ni bajet artis ke ko Nemo?



Teka apa shaye buat dengan rambut shaye?

A=main sikat-sikat rambut(dah takde keje sangat ke ko?)
B=rebonding balik rambut(eceh!)
C=kerintingkan rambut(tak boleh bayang!)
D=color rambut(tak semayang ke ko?)

*Yang penting rambut shaye dah pendek. Buang rambut 'lama'. Shaye takmo tengok lagi. I'm happy with my new life. Sangat! :)

Sunday, January 30

Tips : 10 Tips Putus Cinta

Salam semua. Huhu. Baru shaye perasan nak dekat sebulan lebih, belog shaye ni ala-ala macam tengah berkabung je. Isyh. Tak patot tak patot. Malu je orang baca. Sorry kalau shaye lagi banyak meroyan daripada tulis sesuatu yang lebih berinfo sket. Sorry guys. Emosi tak berapa stabil. Asyik meroyan je. Bagi masa sket. Haha. Haisyyohh! Okeh hari ni shaye nak bagi tips. Tips seswai untuk diri shaye sendiri atau orang lain kot. Tips mengatasi kekecewaan dari putus cinta. Haaa. Hambek kau. Huhu.

1. Menangis
Menangislah. Nangis sampai kering air mata pun takpe. Sebab dengan menangis kita akan rasa lega. Tipulah putus cinta tak sedih. Kalau agak-agak hati batu tu tak nangis pun takpe. Tapi tak puas kott sebab tak rasa lega. Shaye? Hahaha. Sangat lega kott. (Sampai kering bijik mata haa)

2. Bersendirian
Ambil masa untuk bersendirian. Bukan untuk meroyan ye kawan-kawan. Untuk kita motivated diri sendiri supaya kita jadi lebih tabah dari sebelumnya. Pergi je mana-mana yang uols nak pegi sorang-sorang. Tapi jangan pergi tempat yang membahayakan pulak. Ingat-ingat la sikit. Serious, kekuatan tu akan wujud dalam diri uols.

3. Meluahkan kepada rakan terdekat
Pendam-pendam pon tak guna. Uols kena ada someone yang boleh dengar keluhan hati korang. Bukan setakat dengar je, tapi yang boleh bagi nasihat kat uols. Dan pastikan kawan yang uols luah masalah tu boleh dipercayai dan bukannya jenis kepochi. Kalau tak, cerita uols jadi gosip panas le jawabnya.

4. New branding
Yang ni kira macam dah nekad la kan nak mula hidup baru. Ubah sket cara hidup uols. Mungkin dari segi pakaian ke, ape ke, tak kesah la kan. Asalkan uols tak nampak diri uols yang lama. Buat je la apa pon, potong rambut ke, sekarang ni suka makan kuih ke, sekarang ni suka tak mandi ke. Buat pembaharuan. (Ini adalah proses melupakan)

5. Family is everything
Masa-masa macam ni family ialah segalanya. Dekat dengan family. Sebab diorang lagi faham kita macam mana pun. Hargai diorang. Percayalah bila kita dekat dengan family, kita takkan rasa sket kekosongan pun. Trust me. Buatlah aktiviti apa-apa pon. Kalau duduk dekat-dekat tapi tak menegur baik tak payah. Hehe.

6. Lupakan dia
Ada banyak cara kot nak lupakan dia. Cara paling senang pegi hantuk kepala kat dinding sampai uols hilang ingatan. Sure lupa terus. Hehe. (Jaat ko ye Nemo) Ada banyak cara. Itu terpulang kepada diri masing-masing. Ikot uols la taknak contact dia ke, nak buang barang-barang pemberian dia ke, nak buang semua gambar-gambar kenangan uols ke, nak bakar semuanya ke, terpulang kalau uols rasa buat semua tu berbaloi. Shaye? Tak perlu kot bakar-bakar. Panggang je. Haha. Takdelah, ape yang shaye buat ialah "berpaling" if ternampak dia. Macam mana? Fikir sendiri.

7. Berjimba
Tak guna meroyan terperap kat rumah. Pergilah keluar jalan-jalan hiburkan hati. Tapi jangan pergi tempat bukan-bukan pulak. Even uols dah bebas tapi tingkah laku kena jage ye kawan-kawan. Hehe. Ajaklah kawan-kawan pergi bersuka ria sama-sama. Tak la bosan keluar sorang-sorang kan. Pegi shopping, tengok wayang ke, karaoke keh, syioook tu. Hehe.

8. Sibukkan diri
Sila sibukkan diri anda. Jangan menong-menong fikirkan masalah tu. Kalau yang takde kerja tu, pergi cari kerja. Buat je la apa-apa aktiviti sekalipun. Jangan berdiam diri saja. Kalau tak, perasaan sunyi tu tiba-tiba wujud tanpa dijemput. Benchi.

9. Berdoa
Jangan pernah berhenti berdoa supaya diri jadi lebih tabah. Doa yang terbaik je. Dan jangan pulak busuk hati doa yang bukan-bukan kepada ex uols tu. Tak baik berdendam. Sentiasa percaya setiap yang berlaku ada hikmahNya. Mungkin kita tak nampak hari ni, tapi esok lusa siapa tahu kan?

10. Cari pasangan baru
Tips paling mudah. Pergilah cari pasangan baru. Haha. Siot je kan. Tapi pastikan hati uols betul-betul dah sembuh. Jangan pulak cari pasangan lain semata-mata nak balas dendam atau jadi tempat pengganti sunyi. Kesian nanti orang lain jadi mangsa. Cinta tak boleh dipaksa. Dia akan datang sendiri. For me? Tak ready lagi kott. Malas. Kerja lagi bagos.


Akhir kata.



I'm Single. And I'm Ok !

Thursday, January 27

Kepada si sayang.



Sayang,
Minggu ni kak Iya tak balik. Malas.
Banyak benda nak buat kat sini.
Jangan nakal-nakal.
Miss you, sayang.


Love,
Kak Iya.

Saturday, January 22

Di mana pelangi?


Bila kabus, hujan, ribut menyelubungi diri.
Aku harap pelangi akan muncul suatu hari nanti.


*Kembalikan senyuman yang lahir dari hatiku.


Friday, January 21

Merawat luka terpendam.

Esok adalah hari bersama pari-pari kecilku. Mahu spent time bersamanya. Takmo keluar. Nak melekat kat rumah. Takpon bawak si pari-pari jalan-jalan. Lama kott tak keluar dengan dia. Huhu. Asyik merajuk je sebab shaye kurang bagi perhatian kat dia. Maaf sayang. Esok ya.

Semoga hari esok lebih ceria dari hari ini.

Wednesday, January 19

Buat kawan-kawan.



Dont worry, I'm ok. I'm always ok. Semuanya cun saja !


Biarkan dia bahagia.

Thursday, January 13

Pari-Pari Bawah Angin

Salam semua. Rasa macam bersalah if tinggalkan belog berhabuk macam tu je. Belog adalah tempat shaye mengadu bila saat shaye ingin meluahkan. Belog di mana tempat shaye berkongsi rasa, pandangan, pengalaman, kebahagiaan. Actually macam biasa, takde apa yang menarik pon untuk shaye kongsikan.


Rindu dengan semangat berbelog dulu-dulu. Rajin nak aktif dalam Nuffnang, buat blogwalking semua. Omg. Semangatku hilang. Nak buat research, tutorial, review, telenovela, semuanya shaye dah malas. Hmm. Lama-lama shaye tengok belog ni makin suram. Suram. Dan suram. Kemana hilangnya cahaya? (pandang kiri kanan)


Am I happy sekarang ni? Okeh, sure uols menyampah baca belog shaye sekarang kan. Suatu ketika dulu shaye selalu baca belog seseorang ni. Setiap post dia ceritakan kesedihan dia. Even shaye menyampah gila dan kadang-kadang bersimpati, tapi shaye pembaca tegar belog dia. Maybe sebab shaye sukakan sikap dia. Dia berubah menjadi kepada yang lebih baik. Dan sekarang apa yang shaye lihat ialah keceriaan dia. Tahniah. (dia tak kenal pon shaye, belog shaye tak famous)


Actually, shaye nak buat macam-macam kat belog shaye ni. Tahun baru, shaye nak la ubah header baru, layout baru. Bagi ceria sket. Shaye tengok macam tak ceria. Gambar pon dah lama-lama. Huhu. Takpelah, tunggu mood bagos sket baru nak upgrade belog. Bukan apa, kat tempat kerja shaye duk design-design. Balik kerja rasa muak oh nak design-design. Biarlah dulu. Tapi bila tengok earning Nuffnang naik, semangat sket la nak updated. *Tapi updated entah apa-apa.


Bila fikir-fikir balik, am i bad gurl? Hmm. Terpulang kepada yang menilai. Hanya orang-orang yang betul-betul kenal siapa shaye. Jaat ke, baik ke, blur ke. Huhu. Kan bagos kalau shaye adalah pari-pari. Pari-pari comel yang takkan simpan rasa sakit dalam hatinya. Always smiling dan boleh menceriakan setiap orang yang bersamanya. Yang boleh hilangkan rasa sakit hati orang, yang boleh menemani orang itu di sisi, dan buat orang tu rasa dihargai, dan boleh buat orang tu lupa akan setiap masalahnya.


Tapi malangnya, nak jadi pari-pari hanya sebuah mimpi.



Shaye perlukan pari-pari kecil shaye sekarang.

Thursday, January 6

Welcome 2011, Goodbye 2010

Salam. Welcome back. Sorry sebab lama bercuti dari menulis. Menulis pon entah apa-apa je kan sejak akhir-akhir ni. Langsung tak berilmiah jadinya. Sebelum apa-apa, Selamat Tahun Baru uols ! Rasa macam masih belum terlambat untuk shaye wish kepada semua. Harap uols boleh tanam azam kat diri masing-masing.

Firstly, I would like to apologize to everybody sebab memang tak updated belog. Shaye menghadapi tekanan hebat. Yep, I’m officially break up with incik. And I don’t want to talk about it. Sebab apa, kenapa, macam mana boleh jadi macam tu, let’s keep it as a secret. Anggaplah kami takde jodoh. Biarlah shaye, family dan orang terdekat je yang tahu. Ada ramai hati yang perlu shaye jaga, so just keep it.

Secondly, I’m officially into something. And I’m also don’t want to share about it yet. Biar masa menentukan segalanya. Dan shaye hargai apa yang shaye ada. And from now on, I’m just move on with my new life. Yeahh, my new life. Let me tell uols about my new life.

Buat masa ni, I’m doing my industrial training at Damansara Perdana dengan 3 orang kawan. Memang seriously, susah jugak nak hidup sebab kos sara tinggi banyak oh. Hari-hari pergi kerja naik taxi, makan pon mahal, makan malam? Ikot mood la nak makan ke tak. Tapi makanan wajib tu bila malam ialah Maggi takpun roti. Nak beli makanan lagi, tak payah la kot. Bankrap. Nak masak lagi la, nak beli dapor gas pon tak mampu. Hehe.

Waktu kerja 9am-6pm. Tempat kerja, semuanya setakat ni ok. Syukur. Semua staff ok dan banyak membantu. Tapi biasalah stress kerja tu memang ada. Kami start dari zero kot. Hehe. 3 daripada kawan shaye ambil bahagian Networking. Dan shaye ambil bahagian Multimedia. So, shaye kena bantu Designer tu design everything. It’s not difficult to learn, tapi kena minat. Dan memang my expectation nak belajar lebih pasal design. Because I love it.

Balik kerja, takde apa pun dibuat. Balik just berehat dan online sket pastu tido. Takpun layan-layan perasaan ke. *Apehal kau Nemo? Huhu. Ok jugak kot bila dah start praktikal ni. Tak banyak benda nak fikir. Takde sebab nak ingat-ingat benda sedih sebab tak sempat pon. Nak dating-dating pon tak sempat kot. *Kau nak dating dengan siapa Nemo? Haha.

Okeh, that’s only the beginning of my new life. Semoga dalam tempoh akan datang, shaye akan mencapai misi shaye. Doakan shaye dapat menempuh hidup dengan ceria hendaknya. Thanks kepada yang sentiasa ada di sisi shaye ketika shaye sangat memerlukan. Thanks kepada semua. Thanks kepada group "IT". Dan tak lupa kepada pembaca belog cik Nemo ni, thanks banyak-banyak. I love uols! Muaaahhh!

Cik Nemo bangkit kembali.


Sunday, January 2

1111


01.01.2011
Happy new year !
The beginning of my new life.


Tutup buku lama, bukak buku baru.


*Thanks kepada yang berkenaan untuk hari ini. wink wink ! =)

Saturday, December 18

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

Kepada Engkau, Engkau, Engkau, dan Kamu,

Firstly, thanks sebab korang dah menghentam aku sekaligus. Korang memang terbaik. Hati aku dah rabak sekarang. Aku memang tak bajet yang korang boleh buat aku macam ni. Engkau, kau buang aku macam tu je. Dan Engkau, aku tak sangka kau berdrama. Dan Engkau, mangsa keadaan, Dan kamu, ibarat lalang. Apehal korang ni? Kenapa libatkan aku dalam masalah korang?

Aku bersyukur sebab semua ni terjadi kat diri aku. Aku redha dengan setiap perbuatan korang. Aku takkan berdendam. Sebab aku tahu dendam aku takkan luak pun untuk korang. Mungkin tanpa aku, korang bahagia. Apa yang korang nampak tu syurga. Bagos. Bagos sangat. Aku doakan korang bahagia dengan jalan yang korang dah pilih.

Engkau, aku terkilan sebab kau sound aku macam tu. Engkau tak tanya aku apa yang terjadi. Engkau pentingkan diri sendiri. Engkau hanyut. Bagos. Perlu ke aku selamatkan kau? Sebab kau dah pun campak aku jauh-jauh, aku doakan kau bahagia dengan syurga yang kau cipta sendiri.

Engkau, aku tak sangka rupanya kau ada niat tak baik dibelakang aku. Baik punya kau bertopeng. Aku ingatkan kau nak mintak tolong dengan aku tapi rupanya kau berniat sesuatu. Pelislah, sedar diri tu. Kau tu siapa? Kau tak ingat keluarga kau? Kenapa kau nak kawal dia? Ikot suka kau la kan. Kalau kau rasa kau bahagia, kau boleh pergi sekarang.

Engkau, aku memang nak sangat-sangat jumpa dengan engkau. Aku tak tahu kenapa kau nak muncul dalam hidup aku. Engkau datang macam racun. Aku tak pasti samada kau tahu akan kewujudan aku dalam hidup kau. kalau tak tahu, bagoslah. Sebab luka kat hati kau takkan sama macam luka di hati aku. Tapi kalau memang dah tahu kewujudan aku dalam hidup kau, tapi kau memang sengaja hancurkan hati aku, memang kau akan kena. Aku takkan berdiam.

Kamu, aku dah penat. Kamu macam lalang. Pelislah berdiri atas hati sendiri. tak perlu sibuk-sibuk nak jaga hati orang. Kalau kamu berniat nak bahagiakan semua orang, go ahead. Tapi tolong pergi dari hidup aku. Sungguh, aku bukan bidadari syurga yang punya hati yang sangat kuat untuk melawan semua ni. Aku juga bukan Power Rangers Pink yang boleh lawan semua musuh-musuh aku. Jangan jadi pengecut. Kamu dah buat salah, jadi berhadapanlah dengan masalah itu sebetulnya. Bukan hanyut dengan kesalahan kamu tu. Lagi lama kamu simpan, lagi derita aku di sini.

Ok, itu aja. Sorry if kata-kata aku menyakitkan. Bukan niat aku mengaibkan sesiapa sebab aku yakin, siapa pun takkan faham apa yang aku tulis ni melainkan Engkau, Engkau, Engkau atau Kamu yang baca entri ni. Sorry sebab aku pon ada salahnya. Dan aku mintak maaf kat korang kalau aku sendiri tak dapat puaskan hati semua orang. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih sebab pinjamkan aku kebahagiaan, kepercayaan, kesetiaan, dan keperitan. Aku akan ingat semua ni sampai bila-bila. Dan aku akan jadikan ni semua sebagai pengajaran.

Terima Kasih.

Yang ikhlas,
Aku Bukan Siapa-Siapa.


Sunday, December 5

Day 15 – Something you don’t leave the house without.

Salam semua. Bertemu lagi kita di pagi buta yang sunyi ni. Hehe. Time sunyi memang seronok mengarang. Banyak idea kot. Firstly, sorry okeh sebab lama tak sambung game 30 days challenge of blogging!. Ini pon macam dah terlebih hari je. Dush! Takpelah, shaye janji shaye akan selesaikan jugak game ni tak kira la zaman bile pon akan habis. Cet!


Okeh, topik kita kali ni dia duk tanya la pulak apa benda yang kita takkan tinggalkan rumah tanpanya. Haisyoooh! Busybody betol kan? Kan? Hoho. Kejap eh shaye fikir. Selalunya normal la kan orang takkan tinggalkan rumah tanpa wallet, wang, dengan handphone. Tu je la kot yang shaye takkan tinggalkan. Kalau tak, gilak aku dibuatnya! *Padahal hari ni je dah tertinggal wallet kat dashboard kete incik. Meroyan shaye dibuatnye.

Tapi sebenarnya, benda yang shaye takkan tinggalkan setiap kali keluar rumah ialah.....sekeping hati yang mencintai seorang lelaki dan anak angkatnya.


*Muntoh. Poyo la weh!

Tuesday, November 23

Jualan hebat !

Broken heart to sale.
Agak-agak ada orang nak beli tak?

Thursday, September 2

Mereka Memahaminya.

Salam semua. Moning guyz! Puasakah? Hehe. Shaye dah kat rumah ni, kejenye jaga budak-budak kecil je kat rumah. Now dah ade baby baru kat rumah. Umur dalam 1 tahun 3 bulan. Fahrin namanye, ala-ala artis gitu. Asyik nangis je rindu Mama dia. Even ade baby lain tapi dalam hati shaye tetap Mimi okeh. Mimi lagi tua, umur dalam 1 tahun 7 bulan kot. Hehe. Dia tak pandai cakap penuh lagi, hujung-hujung je dia pandai sebut. Ok, uols. Layan je hasil berborak dengan Mimi :

Nemo: Mimi, Mama mana?
Mimi : Je.... (Keje)
Nemo: Abah???
Mimi : Je.... (Keje)
Nemo: Amat mana? (Abang Mimi)
Mimi: Je.... (Keje. Padahal sekolah)
Nemo: Aril Mana? (Abang Mimi lagi satu)
Mimi: Je.... (Semua kot die cakap keje)

Confius shaye dia faham ke tak, pastu nak menguji dia faham ke tak ape dia cakap, shaye pon tanya :

Nemo: Mimi mana?
Mimi: (sambil tepuk dada) Mimi....! (nak tunjuk dia kat sini)
Nemo: Kak Era mana??
Mimi: Ni...! (Tunjuk shaye)
Nemo: Owwwhhh..pandai.. (faham rupenye)
Mimi: Ashh?? (Mu'az??)
Nemo: Errrrr?? (Terkedu)....Keje....Hahaha. (Tak sangka okeh dia tanya shaye macam tu)

Haha. Teringat video kat atas ni, kanak-kanak memahaminya.
p/s: Tak boleh taip panjang-panjang. Mimi nak tengok Gorilla kat YouTube

Wednesday, September 1

You memeang style lah!

Hye, shaye cik Syamimi



cik Syamimi, You memang style lah! Bila You amek gambar ni? Tahu-tahu je dah ada kat komputer kat rumah ni. Haha. Btw, i loiiikeeeeee this picha. Seksi You! Haha. Ok nak tahu shaye di mana sekarang?


Rumahku Syurgaku


Seronok gila. Alhamdulilah dah selamat sampai rumah malam tadi. Cepat gila shaye cabot dari Universiti. Takpelah, orang lain lagi cepat okeh. Sahaye ketinggalan la jugak. Semalam incik bawak pegi shopping baju raye untuk jalan-jalan. Yeay! Suke suke suke. Haha. Kejap lagi cik Syamimi datang. Excited + rinduuuuu gila kat dia. Tak sabar! Ok, chiow! I will updated later!

Sunday, July 25

Tips : Syhh! Tempat dating Anganku


Salam semua. Selamat malam ye. Dah tidur ke? Eloklah kalau dah tidur. Shaye nak bagitahu benda rahsia ni. Kalau dah tidur takde maknanya la korang dapat tahu. *Ye ke? Takdelah, shaye tak dapat tidur. Maybe sebab sekarang bukan masa tidur shaye. Sebelum tidur biasanya shaye akan berangan dulu. Lepas tu baru terlelap. Sebelum tidur korang ingat siapa? Mak ayah? Bagus-bagus ! Shaye pun. Shaye ingat semua. Termasuklah orang-orang tersayang shaye. Boyfren ke? Hahaha. Syyyyhhh ! Kecoh la korang ni. Diam-diam la hai.


Malam-malam macam ni seronok gila oh berangan. Jum berangan dengan shaye jum ? Dah-dah cepat amek bantal busyuk pastu meh baring sebelah shaye, kita berangan yuk ! Ok, mesti banyak kenangan korang bersama kekasih hati korang kan ? Shaye pong ! *Angkat kaki, eh angkat tangan. Tapi perkara-perkara yang shaye teringin buat atau pergi dengan si dia ialah :


1. Memancing
Haha. Macam lelaki la pulak teringin nak mancing. Ok ape? Kite pegi satu tempat, yang berbayar la. Confirm dapat ikan punye. Duduk berduaan, memancing sama-sama, berpeluh-peluh berpanas-panasan sambil berkerut-kerutan tunggu ikan tak dapat, masa tu la kita boleh spent time together dengan borak-borak pasal masa depan ke, pasal feeling ke, pasal berapa nak jual ikan tu kat pasar ke, ape-ape jelah kan. Tapi kalau salah sorang tak ikhlas better tak payah la kan. Japgi buat gadoh tak pasal-pasal.


2. Pergi Fun Fair terbesar di Malaysia. Ade ?
Korang rasa ada ke Fun Fair yang terbesar ? Taman tema ada la kot kan? Kira besar la tu eh ? Entah, tapi pada shaye nak pergi satu Fun Fair yang macam cerita Mat Saleh tu, besar. Siyes seronok ! Poket kena penuh oh bila nak datang tempat macam ni. Pergi tempat macam ni sangat bagus bila baru lepas gadoh besar. Hilang tension. Tak percaye ? Cobalah !


3. Naik sampan tepi tasik.
Yang ni pun shaye teringin. Penat kan jalan-jalan je, habis hilang lemak-lemak di kaki. Apalah salahnye kita naik sampan, kayuh sampan tu slow-slow. Sekurang-kurangnya hilang pulak lemak-lemak di tangan. Yeke? Haha. Time si dia tengah kayuh-kayuh tu renung tepat kat mata dia. Bayangkan bersungguh-sungguh dia kayuh sampan tu. Pergh, jatuh cinta lagi sekali kot. *Tak sedar orang tu separuh nyawa nak kayuh lagi-lagi korang berat semangkuk. Haha.


4. Makan malam istimewa.
Makan malam istimewa ? Wahhh! Dengar macam nak pergi tempat ekslusif je kan ? Haha. Takde maknanye. Pergi tempat yang mampu aje. Si dia dan korang kena berpakaian lain dari yang biasa, mekap-mekap la sket. Yang lelaki tu, pakai la wangi-wangi sket. pastu pergi kat tempat makan yang tak pernah korang pergi lagi. Lepas makan, bagi hadiah ke. *Pergh ! Seronoknye berangan.


5. Solat di masjid paling cantik.
Yang ni paling besh. Shaye selalu pergi solat di Masjid Shah Alam tu. Siyes cantik. Rasa tenang je. Lepas solat tengok muka masing-masing berseri-seri je. Barulah wujud rasa cinta yang abadi. Chewah ! Lokasi masjid cantik yang lain kat mana ye ? Masjid Putrajaya mesti lagi cantik. nak pergi Masjid Kristal macam jauh sangat la pulak. Hehehe.


6. Bercuti kat sebuah pulau yang air masih biru.
Ape jadahnya air yang masih biru ? Haha. maksud shaye di sini nak pergi bercuti kat sebuah pulau yang lautnya tak tercemar. Tengok je dah boleh nampak ikan kat dasar laut. Seronok tu. Tapi kalau nak cari area sini mana nak dapatnye. Nak pergi jauh-jauh takkan nak pergi balik hari ? Jawapannye, nikah dulu pastu baru buley honeymoon tempat macam tu. Kan? Kan?


7. Berkelah.
Ok, yang ni biasa-biasa je. Tapi shaye teringin nak pergi berkelah siap bentang-bentang tikar duduk tepi tasik atau tepi pantai sambil makan bekalan sama-sama. Makan suap-suap oh. Pastu shaye bacakan dia novel cinta. Tangkap-tangkap gambar sambil kongsi cerita menarik. Masa berkelah, siap pasang lagu romantik. Auuuuuuwwww !


8. BBQ
Tak pernah oh buat BBQ dengan dia. Kan seronok kita main bakar-bakar sama-sama. Dia bakar ayam, kite bakar itik. Opppss, bakar ikan. Sambil bakar-bakar, celet arang kat muka dia. pastu main kejar-kejar sampai ayam dan ikan hangus. Pastu makan sambil kerut-kerut tapi masih ketawa bahagia. Oh, seronok !


9. Menonton teater.
Yang ni pun shaye teringin sangat nak pergi. Tak pernah tonton teater seumur hidup. Nak try lah. Tapi tonton teater bukan sama macam tonton wayang. Kena formal kan ? Entahlah. Nanti dah keje buley kot pergi tonton teater. Shaye kan orang seni, shaye suke pergi tempat-tempat macam tu. Hehehe.


10. Atas bukit.
Opppps, apa kau nak buat atas bukit tu Era ? Bahayes nih ! Bahayes nih ! Haha. maksud shaye bukan duduk atas bukit tu berdua-duaan. Tapi dengan kawan-kawan sekali la. Takpun kayuh basikal sama-sama naik bukit ke. Besh oh ! Main lumba-lumba dengan si dia. Pastu dah penat rehat sama-sama sambil bergelak ketawa. Bahagia tu. Hahaha.


Apa lagi eh ? Errmmm.. Korang rasa ? Eh ? Korang ! Laaaa......tido dah ? Cet ! Buat penat je berangan tau. Haha. Tak gune pegi tido. Esok pagi memang nak kena pukul. Ok lah, shaye pun nak masuk tido ni. Psssstt, korang rasa shaye terlebih berangan ke ? Ah, lantak pi lah. Shaye tahu mesti korang teringin jugak. Kan ? Kan ? Lalalalallala.

Wednesday, July 21

Kak Iya Hilang !


Kak Iya mane? Mane?


Salam semua. Haha. Seronok ok berborak dengan Mimi petang tadi. Actually dia baru lepas balik dari kampung. So, masa sebelum balik hari tu tak dapat jumpa dia. Sebab dia balik kampung mengejut. Huhu. Merindu ok. Tadi Mama call bagi Mimi cakap. Terkejut ok, dia dah pandai cakap. Cute gila. Hati rasa nak balik je. Haha.


Mama cerita, sampai-sampai je dia cari shaye dalam bilik sebab selalu dia yang kejut shaye bangun pagi. Bukak-bukak pintu bilik je kosong. Dia panggil "Iyaaaa!". Takde sahutan. Dia duduk kat tepi tangga panggil shaye mana tahu duduk atas kan. Dia panggil lagi "Iyaaaaaa!". Still takde sahutan. Mama pun cakap "Ei, kak Iya takdelah. Dah balik!" Takdeeee".


Dengar Mama cakap macam tu, mengamuk dia lari-lari keliling rumah sambil nangis-nangis. Kesian oh. Tak puas jalan le tu. Dats why la Mama call bagi dia cakap tadi. Dia siap bawak beg yang incik belikan, semuanya dah siap sendiri letak pampers, susu dia. Pastu cakap dengan shaye dalam telefon. Psssst, ajak keluar ke hape? Hahaha.


Tak cukup dengan call, shaye buat video call. Tapi sayang kat rumah takde webcam. Mimi je buley nampak shaye. Tapi shaye dengar je lah suara diorang kat rumah tu. Mama kata dia sukeeee gila. Tak bagi tutup komputer pastu asyik cium-cium monitor. Ha, lepas rindu kau Mimi..


Baru tinggal seminggu, dah besar dah dia. Siap banyak cakap. Cepatnye kau membesar. *Tiba-tiba rasa diri ni tua. Hahaha. Nak balikkkkkk!

Lazada Philippines