Showing posts with label belog. Show all posts
Showing posts with label belog. Show all posts

Saturday, December 10

November yang padat berlalu pergi, selamat datang Disember.

Salam semua.

Hello I'm back! Sedih kann belog ni dah macam biskut, kejap hapdet kejap tak. Tuan belog bizi sangat ye kawan-kawan. Lagi-lagi kat opis dah tak boleh obvious online sangat sebab tak fokus time kerja. Segala aktiviti laman sosial terpaksa dihentikan time bekerja. Malam pulak dah penat, sabtu ahad? Lagilah full dengan aktiviti lain. 

Cepat betul masa berlalu, sedar tak sedar dah masuk Disember kann. Terasa macam Disember lepas baru semalam berlalu. Sungguh takmo ingat Disember lalu. Oklah dah Disember means tinggal berapa bulan lagi nak kawin. Hoyeahh! Takut. T__T. Dipendekkan cerita dalam entri ni shaye selitkan segala aktiviti yang dialalui sepanjang November. 

6 November 2011 - BBQ Di Hari Raya Haji


Raya haji orang sembelih lembu segala kann? Tapi kitorang buat BBQ kat rumah. Jangan ingat buat BBQ je, ketupat rendang semua ada. Dengan mihun suplah, apelah, dengan makanan makcik shaye bawak, meriahhh sangat. Ajak sedara datang rumah, ajak #tunangkite sekali. Rasakan melantak dari pagi sampai malam.

7 November 2011 - Makan besar sempena birthday Abah


Makan sesaje kerja kitorang anak-beranak kann kann? Manalah perut ni tak membuncit. Alahai. Tapi birthday Abah punya pasal Mama nak belanja masa ni. Shaye? Ehem, shaye dah bagi hadiah special kat Abah. Yeayy! Tapi Abah tetap pakai baju hadiah orang tu bagi. Jeles sekali.

12 November 2011 - Misi survey hal kahwin-kahwin


Mengikut tarikh yang telah ditetapkan kami dah tak boleh lembab-lembab lagi nak uruskan apa yang patut. Dan disebabkan kami berkenan sangat baju kat satu butik ni, sanggup pergi booth kat Festival Pengantin kat Mid Valley. Gila nak pengsan masa ni sebab terlupa nak makan dari pagi dah tu menapak satu KL sebab terpaksa survey banyak benda. 


Gigih ni curi masa lepas balik kerja untuk setel apa yang patut. Oh sebab shaye kerja pada hari Sabtu dan wujud kekangan masa untuk join sebarang aktiviti pagi Sabtu, shaye tak dapat join #KarokWithPojie. Tapi takpelah dapat jumpa segala #retis jemputan kat luar tempat karok je.

13 November 2011 - Melawat Rumah Orang Tua Al-Ikhlas.


Penat tu penat jugak, bukan penat sket tapi penat banyaaaaaaaaaaak! Tapi tetap taknak lepaskan peluang untuk join aktiviti kemasyarakatan yang dianjur oleh warga Twitterjaya. Yang ni shaye sempat hapdet, boleh baca SINI.

19 & 20 November 2011 - Kerusus Kawen!


Alhamdulilah, dah selamat berkursus di Masjid Negara KL. Jauh tak pergi kursus? Rasakan. Haha. Feeling Nur dengan Adam macam dalam cerita Nur Kasih sangat masa ni. Korang jangan muntah darah tauu tauu. Kalau tak suka tengok gambar scroll ke bawah cepat-cepat. Ngeee!

20 November 2011 - Sempat Lagi Tengok Teater Bangsawan


Balik je kursus, terus bergegas beli tiket sebab nak tengok teater bangsawan yang dipersembahkan di Panggung Bandaraya KL. Dah alang-alang terus singgah menonton kejap. Mengantuk pon ada sebab baru lepas habis kursus kann tapi terus segar sebab nampak Dato' Jalaluddin Hassan keluar pentas. Motep? Mestilah sebab sukaaa dia berlakon!

26 November 2011 - #TeaWithPojie


Yuhuuuuuu orang ajak naik cruise rugilah taknak kann. Dah orang nak belanja, harus pergi. Tapi shaye special guest takpe takpayah tweet untuk simple CONTEST ni pon takpe kann kann. #jelingjeling sana.

Patutnya Nisa Kay dengan PutriMawar (ENTRI INI) yang dapat peluang naik sama tapi masing-masing ada hal, terpaksalah kita cari orang untuk menggantikan tempat diorang. Yelahh kan dah bayar kann rugilah. Nasiblah Iva dan husband dia #kandajebat nak join. So kitorang minum petang sambil belayar bersama-sama. Kemain kau. Belayar katanya. #tahangelak





Macam mana pengalaman? Bestlah kann. Sweet je. Actually shaye tak pernah naik benda alah ni so gayat semacam takut lemas padahal slow je pun. Perghhh! Tapi dah lama-lama dah tenang dah. Hehe.

27 November 2011 - Hari Keluarga Mendirikan Keluarga


Awal Muharam. Penghijrahan status blogger Anak Perak dan Redlinda (tak jumpa blog nak kasi link) daripada bujang dah jadi laki bini. Alhamdulilah. Sebagai rakan blogger, kenalah pergi tengok diorang kahwin. Disebakan hari tersebut ada banyak sangat slot, kitorang terpaksa gerak awal dan makanya sebelum pengantin sampai kitorang dah sampai dulu. Rasakan!



Tak pernah lagi bawak Mimi keluar sekali sejak tahun lepas. Rindu benor nak bawak anak angkat jalan-jalan. Habis kantui kat media gambar anak. Ececeh. Siapa yang tak kenal shaye semua kompius siapa budak kecik ni. 


Tengah khusyuk bagi si kecil makan, cik Hel datang mai tegur. Terkejut kite tauu tauu. Siyes lama tak jumpa cik Hel. Ehem dia bawak tunang dia tauu tauu. Sempat gak cerita pasal planning majlis dengan cik Hel.

Lokasi seterusnya, rumah kakak kitaaaaaaaa! Sejak mentunang tak pernah jumpa dia sebab bizi sangat. Sampai dia beranak-pinak baru nak pi jengah. Homai baby Syakir dah besar. Dah jadi aunty dah shaye. Masa pergi lawat baby Syakir, Mimi kann ikut sekali. Sebab kitorang semangat tengok baby, sampai satu tahap tu Mimi duduk di suatu sudut termenung sambil jeling kitorang sebab jeles sangat. Kurang kasih sayang kononnya. Kelakar. 


Lokasi seterusnya, rumah #BFF kiteeeeeeee! Tengok baby Auni pulak. Masa ni dia baru 2 minggu, lagi kecik dari baby Syakir. 


Tengok tu kemain suka. Kantui gigi rusak si Mimi. Alahai.

4 Disember 2011 - Hari Bersama Bakal Family.


Yuhuuuuu family dia kemain ngajak pergi A Famosa Melaka bercanda ria anak-beranak. So, kita enjoy!



Lepas mandi-manda singgah Nilai 3 pulak. Paham-paham sendirilah orang pergi nilai 3 tu cari apa kan. Penat sangat tapi berbaloi sebab semua aktiviti tercapai dan berjalan dengan lancar. Sekarang nak isi jadual bulan Disember pulak. #okbai.


Nak keluar dengan shaye? Nak ajak ngedate?
Sila booking sebulan awal. Sekian. 
*statement mintak lempang*

Tuesday, April 26

Contest Blog Saya Smart

Moning everybody! Pagi-pagi dah kena tag dengan si Ayie ni suruh masuk contest. Sebab hadiahnya wang ringgit, shaye join. #dasarmataduitan Boleh? Haha. Actually tak berapa faham, contest ni berdasarkan apa, blog semat ke, ape ke? Takpelah, shaye join aje. Buat pengetahuan semua, ini contest yang dibuat anjuran cik Qistina. Boleh klik banner kalau berminat.


Kepada siapa-siapa yang nak turut join, ini antara syarat-syarat penyertaan :
1. Wajib follow belog beliau.
2. Terbuka kepada semua orang
3. Buat satu entri pasal contest ni then tag kepada 4 orang
4. Tinggalkan link kat komen belog dia.

Habuan?
Tempat pertama : RM150
Tempat kedua : RM100

Tarikh tutup?
20 Mei 2011

Tanpa melengahkan masa, shaye nak tag 4 orang :

Saturday, April 23

Tahniah Hana Love Nest, Tahniah Ailyl ! Tunggu Giliran Cik Nemo pulak lepas ni. #berangan

Salam semua. Oh penat gila hari ni. Sangat bizi okay! Shaye kat rumah ni. Esok dah nak balik dah. Haisyoooh! Cepatnya masa berlalu. Hari ni lepas zohor sampai ke malam shaye keluar. Bukan pergi deting, tapi keluar dengan Mama. Deting pejadahnye kan? Boyfren pon tadek. Kesian. Esok dah nak balik rumah sewa balik. Sangat malas je rasanya.

Hari ni bukak Facebook ape semua, terkezut okay. Ape pasal semua orang nak kawen, tunang semua? Sangat jeles ni. Huhu. Minggu lepas blogger faymous Ailyl Rozana kita dah selamat jadi Puan Ailyl. Syukur. Pagi tadi bukak Facebook si blogger comel Intan Nurul Fateha, dia pergi majlis pertunangan si blogger cun sorang ni namanya Hana Love Nest bertunang. Bertunang pulak dengan sipolan blogger Che Arm. Oh gila ah masing-masing. Semua nak senyap-senyap okay. Mengejut pulak tu. *thumbs up* Psttt, bukan si Hana tu sama-sama dengan shaye baru putus cinte ke? Compius kejap. Dah-dah jum kita tengok gambar diorang tunang dengan kawen!


Ha, ni la majlis tunang Hana. Heh? Bukan ni Intan Nurul Fateha bersama si Rockers Beriman ni ke? #ops. Yang ni bukan okay. Macam mana boleh silap upload ni. Ini BAKAL ye kawan-kawan! BAKAL ape? BAKAL menyusul. Haha!


Hoi! Ape ni Nemo? Main-mainlah kau. Yang ni bukan si pengantin baru Puan Ailyl. Tapi yang ni pengantin lama si NatashaE1. Uols, jom cakap "Next" ramai-ramai! NEXT!


Eh eh? Ni bukan ke Gadis Kekwat tuh dengan Ahmad Buibui dia? Cett! Memang cik nemo ni nak kena kan sebab tayang gambar orang lain kan? Kan? Ha yelah-yelah! Jom jerit nama Hana laju-laju! Hanahanahanahanahanahanahana!!!!!!!!!!!!


Tadaaaaaaaaaaa!


See? Cantikkan dia? Berseri-seri. Okay, jom tengok Puan Ailyl pulak!


Canteeeeeeeeeekkkk!

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada blogger-blogger tersebut. Semoga bahagia hingga ke akhirnya. Pagi tadi pelakon Ashraff Muslim bertunang kan? Tahniah juga diucapkan. Hari ni jugak ex-housemate shaye masa kat Johor dulu bertunang. Cett! Langkah bendul ni. Sabar je lah! Ini pon senyap-senyap juga. Dua hari sebelum majlis, baru jemput. Rumah dah la jauh. Cett! Tapi takpelah, semoga berbahagia hendakNya.

Shaye tumpang gembira atas kegembiraan mereka semua. Bila giliran cik Nemo? Entahlah. Jeles pon ada, maklumlah pelamin anganku musnah 3 bulan lepas. #nanges. Tak pasal-pasal kena cari tapak pelamin baru. Tapi takpe, semua orang tak percaya shaye dah tua. Kan Tetau? #namaManja buat adik Tetaufiq kita. Itu si Tetau ajak uols pergi deting tuh, pergi la join dia esok kat Mid Valley. Haha. Haisyoh! #mengeluhkuatkuat. Lepas ni kaut semua ilmu yang ada kat tempat praktikal, cari kerja bagus-bagus lepas tu kawen. Yeaaahh! Boleh? Sape nak jadik calon sila angkat tangan. #muntahhijau


Jom #larimasukhutan fikir masa depan!

Sunday, April 17

Jom Kenali Bloggers

Salam semua. Bertemu lagi kita di belog 50 sen ni. Amacam? Uols tengok #Mentor5 tadi? Shaye tengok part Apdlin Shauki je. Hehe. Sebab suka tengok dia. Comel. Dah dah dah, berbalik kepada tajuk. Actually shaye baru lepas buat blogwalking skett, tiba-tiba rasa nak join Segmen Jom Kenali Bloggers ni. Bukan apa. Saja nak join nak tambah-tambah kawan gitu. Di samping kita boleh tukar-tukar link kan. Siapa nak join boleh klik pada header kat bawah ni. Ha, ni lah tuan empunya segmen ni kalau uols nak tahu.



Okey Cik Reena, shaye menubuhkan belog ni dalam tahun 2009. Ini ENTRI pertama shaye. Shaye menulis sebab minat mendalam terhadap penulisan. Ececeh kan. Takdelah shaye minat menulis belog sebab terpengaruh dalam cerita Impian Ilyana Sunsilk tu. Disebabkan Ilyana dalam watak tu menulis belog, shaye pon nak menulis belog jugak sebab macam best. Tapi bila dah start menulis bukan macam best je, tapi memang BEST!


Actually belog shaye takde ape yang best pon. Banyak benda-benda mengarut dan pasal personal life shaye je. Ada la share skett pasal Tips Dan Tutorial jugak. Tu pon kalau berguna la kan. Ayat nak #sentap sesaje kan. Kan. Haha. Yelah sekarang ni ada ramai blogger-blogger hebat kat luar sana. Ada yang friendly, ada yang sombong gila. Malas nak sebut. Sebab kang ade pulak yang #sentap. Haha. #bajetartis


Idola shaye dalam dunia belog ni? Ermmm. Shaye takdelah baca belog beliau sangat tapi shaye suka cara beliau dalam berblogging. Sempoi tapi best. Beliau memang glamer dalam berblogging lagi-lagi bab bagi tutorial. Mula-mula shaye berblogging, belog yang jadi rujukan masa tu adalah belog beliau. Sebab masa tu shaye memang tak tahu apa-apa pasal blogging. Shaye start blogging sendiri takde nak ikot siapa-siapa pon. Beliau bukan hebat dari segi bagi tutorial, tapi beliau banyak jugak dapat Advertorial dari Nuffnang segala. Beruntung. Tengok le masa beliau kahwin, banyak gila sponsor. Tu sebab dia ada ramai connection antara blogger lain. Blogger yang menjadi idola shaye ialah Ceeramoon. Sekian Terima Kasih. Hehe.


Okey shaye nak tag Segmen Jom Kenali Blogger ni kepada dua blogger comel ini iaitu :

Cik Elyn
Cik Yuz

Wednesday, April 13

Upgrade Berperingkat Demi Peringkat

Salam semua. Hello, I'm back! Sorry lah lama sket menyepi. Maklumlah agak bizi sket. Seperti yang telah dikepochikan dalam entri lepas, shaye dah habaq mai kan yang Saya Taknak Update Belog Tapi Saya Nak Upgrade Belog. So terpaksa lah korang menatap muka bosan shaye kat header tu tiap kali bukak belog kan. Sorry tau. Meh meh shaye ciom meh takmo merajuk! Muuuahh! #lapmulut.

Yep, memang shaye tak update belog tapi memang shaye upgrade belog. Secara berperingkat demi peringkat sebab shaye agak bizi. Ni lepas-lepas ni bizi buat report pulak sebab tak lama lagi supervisor dari Universiti nak datang melawat. Haisyoooh! Kejap aje masa berlalu. Macam angin. Dah-dah jum dengar shaye story skett entah ape kebenda shaye upgrade belog 50 sen shaye ni.


Penambahan tab baru
See? Dah bertambah kan tab kat atas tu? Sebelum ni shaye letakkan bahagian Tips dan Tutorial tu kat bahagian sidebar. So, bila shaye sedar yang makin lama makin banyak tips dan tutorial hingga menyebabkan belog shaye nampak panjang sampai cecah tanah, terus shaye buat tab baru. So, jangan chuak-chuak bila Tips dan Tutorial tu tiba-tiba hilang. Ada je. Cuma beralih tempat.


Shoutbox dah kasi sorok
Caaaakkk?! Terkejut tak? Haha. Takdelah. Shaye dah buat soutbox tu tersorok sebab macam yang shaye bagitahu tadi, sidebar shaye dah panjang sampai cecah tanah. Shaye tak suka. Sebab nampak serabut. So, kita main cak kun cak bila belogwalking.


Penjimatan Ruang Sidebar
Fikir punya fikir, dapat cara nak jimat ruang sidebar. Takmo berjela-jela. So, shaye buat sidebar yang boleh gerak-gerak macam tu. Kalau nak baca, boleh halakan mouse. Kalau taknak, dia still macam tu. Jimat ruang tak? Dan yang paling penting shaye nak buat belog nampak kemas skett.


Button Share Facebook sudah muncul
See? Orang lain dah berzaman tempek button share ni katt belog, shaye baru terkedek-kedek nak tampal. Okey, sekarang shaye dah mula menyedari yang button ni juga penting kalau nak tampal kat belog. Yelah, mana lah tahu ada orang berkenan nak share kat Facebook dorang ke kan. Klik aje. Kan senang?


Beloglist Kasi Kurangkan
Ha, dah tak berjela beloglist shaye. Kalau dulu shaye appear kan dalam 25 belog sekali. Gila panjang tau. Sekarang ada 5 aje. Tu pon kalau diorang selalu update, keluarlah nama belog diorang. Kalau boleh nak letak semua. Tapi nak letak celah mana kan? Ha lupa, nak tukar-tukar link sila pegi ke tab Exchange Link takpun klik SINI terus.


Tiada lagi Blog Archieve Yang Panjang Berjela
See? Semuanya shaye dah buat seringkas mungkin. Kalau dulu uols nampak terus klik-klik kan? Macam tu bagus tapi shaye rasa semak mata memandang. So, kalau nak baca entri-entri lama boleh pilih je okeh. Tak susah pon.


Okey, setakat ni shaye rasa shaye tukar itu dulu. Niat hati nak tukar header pakai buang shaye dan tukar background sekali. Tapi masa tak mengizinkan, kerja shaye banyak. Pastu banyak benda pulak nak difikir ni. Nanti shaye update aktiviti minggu okey. Babai. Terima kasih sebab membaca. Takmo rindu-rindu okey? #poyoje

Thursday, March 24

Pembaca No 1 Belog Cik Nemo


Salam semua. Good morning. Macam mana hari ni? Sihat? Semalam shaye sakit perut oh. Isyh3. Actually takde mende pon nak di update. Aktiviti minggu lepas shaye dah cerita kat uols. Hehe. Pagi ni shaye nak bercerita mengenai pembaca no 1. Pembaca no 1 ape? Pembaca no 1 belog cik Nemo.


Ye, shaye tahu belog shaye adalah belog 50 sen. Nak dibandingkan dengan belog-belog hebat kat luar sana memang belog ni tak dapat nak kejar la kan? Haha. Btw, shaye menulis bukan sebab duit semata. Tapi sebab minat. Shaye suka menulis tak kira la kat mana pon. Belog, diari, nota ke hape ke semua shaye bedal saja. Sebab shaye bukan seseorang yang pandai berkata-kata. Jadi semua tu shaye luahkan dalam penulisan. Lagi satu, shaye pelupa. Sebab tu kena tulis untuk ingat satu perkara. Cett.


Apa yang shaye tahu, pembaca belog shaye adalah orang-orang yang rapat dengan shaye. Takpun siapa-siapa yang sedang mengenali shaye. Sebab shaye tulis mengenai diri shaye di belog, jadi uols boleh kenal shaye lebih dekat melalui belog. Apa-apapun shaye nak ucap terima kasih banyak kalau belog cik Nemo jadi belog tatapan harian uols. Haha. Sorry sebab kadang-kadang dengan belog ni shaye boleh melukakan hati uols. Yelah manalah tahu shaye ada terkasar bahasa ke hape ke. Tak suka ke hape ke, buat uols menyampah ke kan? Mintak maaf banyak-banyak okeh.


Tak kesahlah apa niat uols baca belog shaye hari-hari, shaye nak ucap thanks a lot. Yelah mana tahu kan? Ada yang baca sebab suka, ada yang baca sebab nak stalk, ada yang baca sebab nak tahu pasal shaye, ada yang baca sebab rindu shaye, boleh? Hahaha. Yelah, yang merindu tu pastinya Mama shaye. Takde apa yang nak diselindungkan pon, Mama okey je. Hari-hari dia baca belog shaye.


Apapun ada someone yang memang betul-betul pembaca no 1 belog cik Nemo ni. Setiap hari, setiap masa dia akan sentiasa bukak belog ni dan baca, baca dan baca. Ulang-ulang kali pon tak mengapa. Gila tak? Even dia dah tahu apa isi kandungan yang dia dah baca, tapi dia still akan baca berulang-ulang kali. Nak tahu siapa? Nah gambar dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Eh? Eh? Laaa...Cik Nemo sendiri rupanya. Hehe. If uols bukanlah pembaca no 1 shaye, shaye sendiri adalah pembaca no 1 belog shaye. Siapa lagi kan? Takkan le nak paksa-paksa orang jadi pembaca no 1 shaye. Kepada siapa-siapa yang rasa dia pembaca no 1 belog cik Nemo meh mengaku cepat meh. Demm! Perasan! Haha.

Thursday, March 17

Kalau Suka Boleh 'Like" !

Salam semua. Good morning. Sorry lah takde entri auto publish hari ni. Internet buat hal malam tadi. Kepada sape-sape yang bangun awal tu sori lah ye. Takde benda sangat pon nak update pagi ni. Lagi-lagi perut tengah tak berapa nak ok. Huhu. Malam tadi shaye rajin sangat pegi update apa yang patut kat page "Belog Nemomimosh" di Facebook page.


Kesian. Terbiar je. So shaye update la apa yang patut. Sape-sape yang 'Like' tu terima kasih banyak-banyak. Even tak ramai, terima kasih juge shaye ucapkan. Kepada yang belum 'Like' boleh 'Like' kalau suka. Kalau tak suka tak apa. Belog shaye ni belog 50 sen je kan. Ayat nak sentap. Hoho. Kalau uols 'Like' sekurang-kurangnya uols boleh tahu sebarang update dalam belog 50 sen shaye ni.


Kepada yang support, terima kasih banyak-banyak. Kepada yang rajin baca belog shaye juga terima kasih. Kepada yang tak suka belog shaye dan kutuk-kutuk pon terima kasih. Kepada yang hanya nak stalk belog shaye pon, terima kasih banyak. Shaye hanya memenuhi masa lapang shaye dengan berkongsi cerita dengan uols. Tak salah kan? Kalau dulu shaye tahu siapa pembaca no 1 belog shaye tapi sekarang tidak lagi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua followers shaye. Tanpa kamu, siapalah shaye. Ayat dah macam "Penghargaan" dalam kerja kursus Kajian Tempatan darjah 5. Haha. Later, mahu buat kerja. Babai !

*Eh lupa, sape yang nak "Like" shaye di Facebook, boleh klik button "Like" kat sidebar belog shaye tu. Maceh!
Lazada Philippines