Showing posts with label Project Alpha. Show all posts
Showing posts with label Project Alpha. Show all posts

Thursday, May 20

Football=Adidas?


Salam semua. Taip laju-laju ni. Haha. Assignment seterusnya. Kali ini kena cepat sebab sebelum ni punya assignment shaye terlepas. Huhu. Ok, tajuk kali ini, Football=Adidas? Ok, kenapa bola sepak dan Adidas ini seiring? Saling memerlukan? Bola sepak adalah permainan yang semua orang main. Ye, shaye je tak main sebab kaki bangku. Lagi satu sebab di mana permainan bola sepak ni kita dapat lihat sekumpulan orang yang mengejar sesuatu objek yang dipanggil bola. Bila dapat kejar bola tu, dia akan sepak atau menendang semula bola tersebut supaya dia boleh mengejar semula bola tersebut sampai penat. Gila tak? Buley tak jawab macam tu? Haha. Takdelah. (Tahu takot)


Ok macam ni, bola sepak adalah suatu permainan yang sangat sihat. Sebab ia memerlukan stamina yang kuat untuk berlari dan pada masa yang sama, pemain akan berpeluh. Bila dah berpeluh, maka wujudlah bau-bau yang kurang menyenangkan. Yang menyebabkan orang tak berapa suka nak dekat. Kan? Jadi, produk inilah jawapannya. Adidas menawarkan produk yang berunsurkan keperluan sukan maka Adidas dan Football memang tak boleh dipisahkan sebab semua orang tahu Adidas merupakan jenama terkenal untuk sukan. Jadi tak hairanlah jika permainan bola sepak seiring dengan Adidas. Adidas juga telah banyak menaja sukan-sukan yang menjadi sukan kegemaran seluruh dunia. Masih tak percaya?


Antara produk yang terdapat dipasaran termasuklah pewangi, baju, kasut, stokin, barangan sukan, dan sebagainya. Pergi je mana-mana shopping complex pasti ada jual barangan Adidas ni. Percayalah! So, kepada sesiapa yang minat bersukan tu, jadikanlah Adidas sebagai jenama keperluan anda. Tak rugi pun kan? Kan? Jadi, apa korangg tunggu lagi? Cepat-cepatlah ye?











Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. The Project Alpha bloggers will be at the Adidas Pure Game Ole KO event on Friday (May 21), from 7.30pm-8.30pm. Catch them in action!

Thursday, May 13

How Many Wiggies?



Salam semua. Terpaksa taip laju-laju kali ini. Assignment kali ni kena kira berapa pulak jumlah kesemua wiggy kat atas ni? Ha, kepada semua nak kira sekali meh la kira.. 1, 2, 3, 4, ......dan haisyyyooh! Berapa nih? Cepat kira. Lagi sekali.. 1, 2, 3, 4, 5.......


Ha, semuanya 219. Betul ke ha? Tak pecaye? Meh tengok. Ada yang tertinggal lagi ke?
Hahaha.



Adush. pedih mata la mengira ! *pegi cari EyeMo.


Ok, jum layan Project Alpha jum?








Wednesday, May 5

My Message to AIDSAware


Jangan tanya kenapa muke shaye macam tu, hasil tak cukup tido.


Hello semua. Selamat datang ke blog yang tak berapa selalu nak updated sekarang. Ok, assignment kali ini shaye nak cerita pasal AIDS. Nampak tak mesej yang shaye bagi tu? Jelas kan? 'Amalkan Hidup Yang sihat, Hindari AIDS!". Memandangkan buat masa sekarang ni, belum ada lagi rawatan atau ubat yang boleh menyembuhkan AIDS ni, eloklah kita mencegahnya daripada terjerumus jauh. Hasilnya? Menyesal dikemudian hari. Ok, ni shaye nak share kat korang, langkah mencegah AIDS kerana ianya adalah salah satu cara terbaik bagi mengawal penyakit AIDS ni.


Langkah-langkah yang patut diamalkan :

  • Menghindari seks di luar perkahwinan.

  • Elakkan hubungan seks dengan mereka yang tidak dikenal pasti latar belakangnya.

  • Elakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan.

  • Menggunakan kondom jika isteri atau suami telah dijangkiti.

  • Jangan melakukan hubungan seks sejenis.

  • Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti pisau cukur, berus gigi dan lain-lain peralatan yang boleh dicemari oleh darah

  • Jangan menderma darah atau organ badan jika anda dijangkiti.

  • Jangan menagih dadah.

  • Hindari dari perkongsian jarum dan alat suntikan.

  • Elakkan diri daripada bercukur di kedai gunting rambut atau pendandan rambut di mana anda terpaksa berkongsi pisau cukur atau gunakan pisau cukur pakai buang.

  • Bagi ibu-ibu yang dijangkiti elakkan dari mengandung.

  • Sebagai langkah asas berilah didikan ugama dan moral kepada anak- anak supaya dapat membentuk satu tingkah laku yang positif dan mengelakkan tingkah laku yang berisiko tinggi.



Silalah amalkan gaya hidup yang sihat. Langkah-langkah pencegahan shaye dah bagi, jadi amalkan. Tak susah pun. Kita perlu hidup dengan normal tanpa melibatkan diri dengan perkara-perkara tak elok je. Itu sahaja untuk malam ini. Ingat mesej yang shaye nak sampaikan, "Amalkan Gaya hidup Yang Sihat, Hindari AIDS". Jadi, tepuk dada tanyalah selera.








Wednesday, April 28

Road My Trip With My Broadband

Alahai.. Sempat lagi tak rasanya kalau nak buat assignment baru dari Project Alpha ni? Haiiisyyoh, kenapa lambat sangat ya? Bukan selalu hari Isnin ke? Punye lah hari-hari shaye check, bila tak check baru assignment ni nak keluar. Yang peliknya, cepatnya korang dah wat dulu dah. Huhu. Pakai bomoh eh? Huhu. Ok, tak pelah dapat ke tak pun janji shaye join. Hehe.


Ok, tajuk kita pada hari ni ialah "Road Trip With My Broadband" . Ehem-ehem. Sejak bila pulak shaye pakai broadband kan? Pakai wifi kat kampus ni pun dah memadai apa. Ceh. Salah ok ! Sangat tak memadai kalau shaye pakai wifi semata-mata kalau nak online. Shaye seorang yang suka berjalan-jalan. Suka pergi bercuti. Dan pada masa yang sama, shaye juga seorang kaki Internet. Oh sampai kat kaki ko. Jadi, setiap apa yang shaye lalui tu, kalau bolleh shaye nak sematkan semuanya dalam blog shaye. Sekurang-kurangnya bila dah tua nanti ada la kenangan. Hehe.


Jadi korang rasa shaye memang memerlukan broadband kan? Tapi shaye lagi suka broadband yang kecil serta mudah nak dibawa ke mana-mana jua. Senang. Tak payah nak cucuk-cucuk kabel kat laptop ni ha. Sekarang hari-hari orang nak guna Internet. Serius, tak tipu !Shaye ada juga usha-usha broadband kat pasaran, tapi takpelah. Belum cukup mampu. Tunggu kerja kot. Hehe. Alangkah indah jika shaye mempunyai :

Broadband Wiggy P1 Wimax


See? Kecik molek je. Cantik kan? Takpelah mengidam dulu. Mana tahu P1 Wimax keluarkan yang lagi chumel. Oh i like ! Korang tak nak cuba ke? Belilah ! Tak rugi kot sebab tak mahal pun bayaran dia. Shaye study lagi, sebab kat sini dah ada wifi, shaye guna wifi dulu ye. Ikut mana lagi penting. Lagipun benda ni kan kecil, korang buley simpan kat mana saja. Simpan dalam poket, hand beg pun buley apa? Jadi, pegi beli ramai-ramai. Beli sorang satu, sebab nanti berebut pulak kan. Haha.


p/s : Next semester dah kena duduk rumah sewa. Nak pakai broadband ke ha? Wiggy wiggy wiggy ! (mata bersinar-sinar tengok gambar)







Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Thursday, April 22

My Dream Destination

Entri hari ni dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim. Hehe. Salam semua. Hamboi-hamboi... cepat je uols updated pasal tugasan minggu ke 8 ya? Baguslah uols, peka. Hehe. Kali ni shaye agak lambat sket. maklum la bizi. Tak kesah la dapat ke tak dapat kan. Tapi kalau dapat kira rejeki kan. kan? hehe. Ok, my dream destination...hmm..tak jauh. Kalau buley shaye nak pegi ke satu tempat yang tenang, nyaman, sejuk. Kat mana tu? Ha..Tu dia gambar dia dah mai dah.. Dah mai dah.. Haha.


Bali, Indonesia




Seronokkan kalau dapat bersantai kat sini. Jemur-jemur kulit yang dah tak layak dijemur ni. Jalan-jalan tepi pantai pakai topi gedik, pastu spek mata gelap. Lelaki lalu depan mata, buat-buat pose sopan-sopan Mak Ngah sket. Alah alah alah...Hahaha...Pastu pegi jalan-jalan cuci mata. Ni kalau pegi honeymoon seronok la. Hehe. (Berangan tak sedar diri)





Lagi-lagi kalau semuanya ditaja. Oh, besh gilak! MAS taknak bagi tiket free kah? (Kelip-kelip mata harap-harap dapat tiket free. Sapo la nak bagi kan?)


Ok. Sebab shaye sukekan Bali :

  1. Nama dia yang simple. Senang je nak sebut. Ala-ala limau bali gitu. Hahak !
  2. Boleh tenangkan fikiran. Dengar cerita kat sana banyak tempat yang chantek-chantek. Indah-indah. Sekurang-kurangnya kita boleh lari kejap dari kesibukan yang tak henti-henti ni.
  3. Kat Bali ada pantai-pantai terbaik ! Bersih ! Shaye nak mandi-manda kat situ. Kesian ok kat sini asyik takde air. Kalau ada pun air keruhnye la hai. Huhu. Nak wat camne. Terpakse. Tak besh.
  4. Shaye suka benda-benda yang berseni ni. Jadi, kat sana ada jugak elemen-elemen seni. Shaye nak tengok puas-puas. Amek gambar semahunya.
  5. Bila gambar semua chantek-chantek, dah tentu korang jelez sebab shaye pegi sane. Haha. Motip? Saje nak bagi korang jelez. Hehe.

Jum pegi Bali? Ewah ! (macam la banyak wang)






Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Tuesday, April 6

My Favourite Sport

Salam semua. Kali ni shaye nak cerita pasal sukan kegemaran shaye. Kejap. Kejap. Korang rasa shaye ni jenis yang suke bersukan ke? Haha. Tidaklah sama sekali. Shaye kaki bangku ok. Takot bola. Orang kejar bola, tapi shaye lari dari bola. Aduhai. Nak main lompat-lompat tinggi sume dah tentunya tak cukup kaki. Nak main baling-baling lontar peluru ke, tak cukup tangan la pulak. Bukan apa, bukan sebab geli-geli berpeluh ke apa. Tapi stamina tak berapa kuat. Haha. makan sayur berkoyan-koyan tapi no komen...Hehe.


Sukan ape ya yang korang rasa-rasa seswai dengan jiwe dan raga shaye? Lumba lari? Jangan berangan. Lompat pagar. Lariik! Tak mau ok! Sebenarnye ada satu je sukan yang paling shaye gemari. Tak pastilah ia dikira sukan ke tak. Nak tahu?


Ha, ni lah dia. Sukan tayang ketiak. Oppss! Haha. Takde maknanye shaye nak pakai macam ni kan. Tak pasal-pasal kantui segala lemak tepuku. Auuuww!



Ye,sukan paling santai dan mengeluarkan peluh ialah Senamrobik! Satu..Dua..Tiga! Tiga lagi..Ayuh! Yeay! You can do it, beybeyh! *berangan lebih.

Sebab shaye suke Senamrobik ialah :

  1. Disamping anda terkinja-kinja senamrobik, buley beramah mesra dengan peserta lain.
  2. Buley bertukar-tukar nombor telefon.
  3. Membandingkan lemak masing-masing supaya lebih bekerja keras lagi.



Ha! Tinggi lagi kak. Korang nak join ke? Jum?
Dengan syarat :



Kepada lelaki-lelaki yang nak join shaye tu, sila menggunakan produk Adidas ni je ok? Yang tak guna tak buley join. Haha.


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Monday, March 29

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

Project Alpha Season 2 akan kembali!
Dan siapa yang diplih pada kali ini? Jum kita tinjau.




Ye, bukan shaye. Adush.



Tapi mereka! Nak tahu siapa mereka, klik gambar ok?



Nak jadi Project Alpha TV Star? Bukan sekarang. Tapi untuk Season 3 nanti. Caranya mudah saja. Sila buat satu video (60 saat or less), mengikut kreativiti anda kenapa anda patut berada di Project Alpha!


Untuk audition, sila ikut arahan berikut:

Step 1: Join ruumz takpun kalau dah join, sila login akaun kamu.

Step 2
: Join Project Alpha ruumz group pulak!

Step 3
: Kemudian, sila upload video kamu ke dalam album yang berlabel 'Auditions'. Buatlah video ape2 pun yang buat kamu rasa kamu layak jadi Project Alpha Star yang seterusnya.

Step 4: Jangan lupa masukkan tajuk dan sedikit penerangan pasal video korang tu.
* Tip: Kamu buley tag diri kamu dendiri supaya ia akan terpapar kat kamu punye ruumz profile page. So, senang la orang lain nak tengok. Tak gitu?

Step 5: Untuk meningkatkan peluang dipilih, kumpulkanlah orang-orang kampung ke, kwan-kawan ke untuk vote video kamu dengan pilih "Like"



Hadiahnya :

Pemenang untuk Top 3 akan jadi sebagai guests bloggers dalam Project Alpha musim seterusnya dan juga akan membawa pulang dengan :

Hadiah Utama
- 3 hari 2 malam menginap di 360Kuching Hotel, Kuching in a Deluxe Room berserta sarapan pagi for 2 pax
- Adidas ACTION 3 hamper bernilai RM100 (Termasuk South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid bernilai RM199

Hadiah Kedua & Ketiga
- Adidas ACTION 3 hamper bernilai RM100 (Termasuk South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid bernilai RM199



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Monday, March 22

No sweat!

Kaum wanita sekalian!

Sila hindarkan diri anda dengan lelaki-lelaki yang berbau peluh. Berpeluh memang baik untuk kesihatan tapi kalau dah sama bau dengan pakcik janggut ape kes kan? Siapa pakcik janggut? Ada kat entry I Just Love Good Smelling People hari tu.


Untuk anda yang kuat berpeluh, seperti yang shaye hebahkan kepada anda mengenai entry I Just Love Good Smelling People, produk yang patut anda gunakan untuk menghilangkan bau peluh takpun bau ketiak anda ialah :

Adidas Action 3 : Fresh Anti-Perspirant Spray.




Kenapa perlu memilih Fresh Anti-Perspirant Spray? Semuanya terjawab kat atas. Kalau nak tahu lebih lanjut, klik gambar di atas buley terus ke web dia.


Dan disebabkan Fresh Anti-Perspirant Spray juga, anak pakcik janggut (Jimi bukan nama sebenar) tidak perlu risau lagi. Maaf! produk ni bukan untuk ternakan ye, tapi Jimi ni duduk tengah bandar. Biaselah. semua benda dia nak try. hoho!


Jimi weng weng!


Project Alpha's Faceboo
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Friday, March 19

My Favourite Surfing Spot

Salam semua. Agak-agak masih tak terlambat ke kalau shaye menulis entry post tajuk kat atas ni? Isyh3..hehe. Biarlah. Tak kire! Nak tulis jugak. Hehe. Ok, korang suke online? Of coz la kan? Tapi kat mana korang suka surf Internet tu? Kat ruang tamu? bilik? dapur? *untuk tukang masak je.


Ok, shaye seorang student. Memang hari-hari kena surf Internet. Banyak benda nak buat. Ececeh. So, kalau nak online terpakse la mengharapkan wifi kat kolej ni. Sebab tu lah, korang akan nampak shaye angkut laptop ni kat mana saja demi mendapatkan signal wifi. Sedih tau. Tak kesian ke kat shaye, incik Nuffnang? Sekarang ni banyak promosi pasal P1 W1max ni:




Kalau ada peluang, nak juge cuba. Agak-agak incik Nuffnang buley bagi tak? *tanya sambil angkat-angkat kening. haha~



Ha, berbalik kepada tempat kegemaran shaye untuk surf Internet kat hostel ni, sebenarnya shaye flexible. Kat mana-mana pun shaye suke asalkan dapat Internet dan tempat itu selesa. Tapi tempat yang paling shaye suke dan selesa ialah:


Ini!!


Eh silap! silap! Bukan kat meja ni! *kantui.






Ha, dah tentu la meja yang dah disediakan kat hostel ni kan. Meja shaye bukan kat atas ni tau. Malas nak amek gambar meja sendiri, so shaye pinjam gambar kat makcik Google je.hehe. Tapi lebih kurang macam ni la mejanya. Takde almari2 kat tepi ok, rimas la pulak. Ok, shaye suke yang kosong je. Depan mata buley tampal-tampal gambar ke, ape2 jelah. Dan sebab shaye suke duduk kat sini ialah :


  • dapat online secara berjemaah dengan rakan serumah sambil tukar-tukar fikiran.
  • dapat jeling-jeling orang sebelah dapat Internet ke tak.
  • ini tempat shaye, takde orang lain buley duduk.
  • dapat feeling-feeling macam duduk kat cybercafe gitu. haha!


ok, itu saje untuk hari ni.
Anda buley rujuk pada link ini.
Project Alpha Season 2



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS
Lazada Philippines