Showing posts with label Twitter. Show all posts
Showing posts with label Twitter. Show all posts

Wednesday, November 16

Sesi beramal di #Twtupkaseh 3.0

Salam semua.

Ehem sebelum tu nak tanya soalan cepumas, rindu kiteeee tak??? Ngeeee! Gedik sangatkan! Okaylah kembali kepada tajuk utama, seperti yang telah digerak gempurkan dalam Twitterjaya tempoh hari, Alhamdulilah #Twtupkaseh yang ke 3.0 telah selamat disempurnakan dengan jayanya. Dan dengan bangganya nak kepochi kat uols yang #Twtupkaseh kali ni shaye join! Yesssssss! #lompatbintang

Say what? Tak tahu apa benda #Twtupkaseh tu? No no no tamo macam tu *geleng kepala*. Untuk pengetahuan uols yang tak main Twitter ataupun uols main Twitter tapi tak amik port sangat, sekarang warga Twitterjaya dah mula bergiat aktif dengan macam-macam jenis twtup. Twtup tu ape? Twtup tu lebih kurang gathering antara pengguna-pengguna Twitter mengikut tujuan twtup tu dibuat.  Ngerti? Sebagai contoh, sebelum ni shaye dah join dua Twtup kalau tak silap antaranya :
Banyak jugak twtup yang shaye tak dapat join atas sebab-sebab tertentu macam #Twtupkaseh yang lepas-lepas termasuklah #Twtupraya. Opss sebelum terlupa, #Twtupkaseh tu ialah twtup yang bertujuan membantu insan yang memerlukan atau dengan kata lain di mana sekumpulan warga Twitterjaya yang secara sukarela berkumpul untuk membuat kerja-kerja amal atau kebajikan. First dan 2nd #Twtupkaseh diorang dah pergi melawat ke rumah anak yatim. Dan yang kali ketiga ni ke Rumah Orang Tua Al-Ikhlas.
Actually dah lama shaye nak cari peluang macam ni tapi tak tahu macam mana nak mula. Bertuah sebab masih ada orang muda macam @AidaSue yang mampu jalankan aktiviti macam ni. Hope niat dia dalam menerapkan nilai-nilai kesedaran terhadap insan-insan yang memerlukan kepada belia muda macam kita ni tercapai. Amin.

 
@AidaSue dan @Aisyalicious
 
Okay uols, mari bercerita pasal Rumah Orang Tua Al-Ikhlas ni pulak. Berikut merupakan serba ringkas pengenalan mengenai Rumah Orang Tua Al-Ikhlas :

Pada tahun 2004 rumah ini telah ditubuhkan yang mana pada tika itu hanya menempatkan seramai 10 orang warga emas sahaja. Kini, rumah ini telah menempatkan hampir 20 orang warga emas (lelaki & perempuan) dalam lingkungan usia 60-80an. Kebanyakkan warga emas di sini adalah pesakit dari hospital-hospital kerajaan yang tiada waris dan menghidapi penyakit yang kronik. Hanya 1 @ 2 orang warga emas sahaja yang mempunyai keluarga (anak-anak yang menghantar ibubapa mereka ke sini).
Macam mana pengalaman melawat Rumah Orang Tua? Hurmmmm..opkos rasa sebak bila tengok mak abah orang lain terlantar kesunyian je kat sana. Siyes kita tak tahu apa yang tersimpan dalam hati mereka. Diluar senyum siap boleh ketawa-ketawa, tapi dalam hati? Siapa tahu? Sure diorang rindukan anak-anak kann. #kesatairmata.

 
Ada beberapa warga emas yang sempat kami beramah mesra. Yang pasti setiap dari mereka semuanya mempunyai kisah silam masing-masing. Pakcik-pakcik yang terlantar sakit kat situ, masa muda mereka semuanya kuat-kuat belaka. Berpangkat segala tapi bila dah tua, anak bini amik harta then tinggalkan kat rumah orang tua sebab dah takde siapa nak jaga. Tak semualah macam tu tapi adalah sorang dua. Kesian kann.

 
Kedatangan kami disambut gembira oleh mereka. Siyes nampak diorang happy. Ada yang macam taknak diganggu pun ada (buat-buat tidur). Tapi takpelah. Macam-macam ragam kann. Hehe. Apa yang shaye perhatikan, makin tua umur kita, sebenarnya semakin kita berperangai seperti kebudakan. Sebenarnya warga emas ni sama macam anak kecil yang sentiasa dahagakan perhatian. Kalau boleh dia nak kita di sisi dia 24 jam. Contoh yang diorang perlukan perhatian, macam bila kita pergi kat katil pakcik no 1, pakcik katil no 2 mesti pandang-pandang sambil tunggu je kita pergi kat dia. Samalah macam yang lain.

Okay jum menatap gambar-gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.

Kemain pakcik ni buat peace terbalik. Ngeeeee!

 Tak sure lah diorang tengah buat apa masa ni. Lupa. Hehe.

Owh masa ni kitorang baru sampai kalau tak silap.

Sesi beramas mesra. Eh beramah mesra. #opppsss!


 Masa ni aktiviti karok lagu 60an. Kemain happy pakcik ni siap berjoget.


 #untunglaa makcik tu dapat kiss dari Akim AF.


 Pokok pesanan sebagai kenang-kenangan. nanti bosan-bosan pakcik makcik boleh baca. Gituuuuuu!


 Sempat bergambar dengan Mak Muji (pengasas Rumah Al-Ikhlas)


Sukarelawan dan sukarelawati yang terlibat.


Okay jom layan video #TwtupKaseh 3.0 kat Youtube pulak.


Kepada yang sudi untuk menghulurkan bantuan, boleh berhubung di alamat dan nombor phone di bawah. Sumbangan uols amatlah dialu-alukan :

Rumah Orang Tua Al-Ikhlas.
No.34, Jalan 6/27, 
Taman Putra Perdana, 
47100 Puchong, Selangor.  
Pn Muji 016-6786364.

Saturday, October 1

#ops Kita #terasa.

Copy paste


29 Warning Signs of Twitter Addiction


Guest article by Venkat.
Are you addicted to Twitter? Twitter is the popular micro blogging platform which allows you to send messages (tweets) to your friends, relatives and followers.You can send tweets to your followers with text upto 140 characters. As Twitter has got really popular, there are people spending all day over twitter with signs of twitter addiction.


You are warned that you are addicted to Twitter when


You…


1. Get excited when some one follows you on Twitter.
2. Feel the end of the world when twitter gets an outage.
3. Send @ and RT in messages to your friends in emails.
4. Beg your blog readers to follow you on twitter, then beg your Twitter followers to Retweet the tweet.
5. Post more tweets than blog posts, and turn from full time blogger to full time tweeter.
6. Spend all day on twitter giving yourself the excuse that you are doing great service to your followers, and bunk going to office.
7. Tweet on Twitter more than doingoffice work.
8. Feel over the Moon and on top of the world when some one retweets your tweet
9. Keep searching for your twitter nameand your tweets in real time twitter search.
10. Keep refreshing the twitter page every second for new tweets.
11. Include your twitter profile in your Gmail signature instead of your blog
12. Print your twitter id on business cards.
13. Set Twitter as your browser home page.
14. Add notice in front of office door – “I am on Twitter, Dont disturb”.
15. Use more than 5 twitter clients.
16. Add your twitter name to Google alerts to know what others are speaking about you.
17. Blog more about twitter applications.
18. Add your status message as “Follow me on twitter” to Gtalk and yahoo messenger
19. Use Twoogle to search in Google and Twitter.
20. Keep urging your family members to get a twitter account.
21. Follow lot of people on #FollowFriday
22. Introduce yourself to new persons more as a tweeter than as a businessman.
23. Go crazy about twitter and advertise on news papers, TV and distribute pamphlets to follow you on twitter.
24. Ask your bosses wife to follow you on twitter!
25. Add your twitter id to the nameplate of your house.
26. Keep sending SMS to all your friends to follow you on twitter.
27. Ask questions about Twitter rather than job related queries during interviews.
28. Threaten your wife to get a twitter account and follow you, or warn her of divorce
29. Only wear dresses with twitter logos.

Dah habis baca dah? Hehe. Kite terasalah hoi!

*Jangan tanya kenapa orang tuh makin kurus sekarang*

Teringat masa first dating dibawaknya shaye pergi #iheartmalaysia Twtup di mana masa tu ada ramai orang yang main twitter datang twtupPastu pi tengok Hot Air Ballon 2011Dating keh? Tak paham aku. Masa tu shaye baru-baru lagi berjinak-jinak main Twitter. Ngeee. Sekarang? Setiap masa shaye bertuit sana sini.

So, kalau rasa-rasa nak beramas mesra di Twitter boleh polo shaye di @nemomimosh okayy!

Monday, March 21

#IHEARTMALAYSIA TWEETUP!



Salam semua. Yeahh! Aktiviti hujung minggu bakal di update. Minggu lepas shaye join #iheartmalaysia tweetup! Selalu pegi jumpa warga-warga blogger, ni pegi jumpa warga-warga Twitter pulak. Dah la baru-baru je berkecimpung dalam Twitter. Haha. Yang ni pon ala-ala gathering la untuk warga #iheartmalaysia yang main Twitter. Macam tak percaya kan? Tiba-tiba je kott sampai sini. Bajet-bajet nak pergi #myballonfiesta kat Putrajaya, alang-alang singgah Umai D'Lake Cafe untuk join Tweetup ni kejap.


Sebelum shaye start bercerita, tahukah uols apa #iheartmalaysia? #iheartmalaysia ni adalah satu komuniti yang ditubuhkan atas dasar cintakan nagara Malaysia. Betul ke? Suka hati aku je kan. Hehe. Tapi macam tulah kiranya. Nak tahu lebih lanjut boleh baca sendiri kat web #iheartmalaysia.


Dah baca? Kalau siapa-siapa yang berminat nak join boleh jadi Fan kat Facebook, Iheartmalaysia. Actually komuniti ni baru je ditubuhkan. Kalau rasa-rasa nak follow kat Twitter pon boleh jugak. Uols boleh follow @iheartmy. Yang menariknya, dia ada t shirt khas tau. Shaye nak beli nanti. Yes yes yes! Siapa yang berminat nak beli t-shirt boleh refer SINI.




See? Semua tengah register tu. Isi borang kehadiran ke hape eh? Hehe. Ni masa mula-mula sampai, takdelah ramai yang datang sebab shaye datang awal kott.



@SyaraAphina dan @Pojiepooh



Antara mereka-mereka yang turut menghadirkan diri.



Semuanya sangat peramah ok.



Tahniah kepada @Pojiepooh dan Anwar sebab menang dan dapat peluang naik belon VIP semalam. Itu mereka-mereka yang ambil gambar dengan pemenang. Tahniah diucapkan sekali lagi buat #iheartmalaysia kerana telah menubuhkan satu komuniti baru yang sangat membina untuk orang-orang Malaysia jugak kan. Good luck guys!


*Gambar shaye takde sebab shaye tak pakai t-shirt tu lah. Hehe. Takpe-takpe, kalau shaye beli, shaye tayang kat uols.

Friday, March 11

Tips: 10 Sebab Mengapa Twitter Semakin Digunakan

Salam semua. Good Morning everybody. Shaye di tempat kerja sekarang. Takde kerja nak dibuat, better shaye updated belog. Okey, hari ni shaye nak membincangkan sesuatu topik iaitu mengapa Twitter semakin popular atau digunakan. *Apesal ayat aku skema semacam ni. Di sini shaye nak bertanya, siapa ada Twitter? Angkat tangan jangan segan.

Dah tentunye korang-korang ni hantu Twitter kan? Ececeh, jangan tak mengaku. Kepada yang tak tahu ape kebendanya Twitter ni boleh search pakcik Google. Takpun meh shaye bagitahu :

Twitter ni adalah salah satu daripada social networking dan microbloging di mana pengguna boleh menghantar mesej bila-bila masa dan membaca sebagai Tweets.


Kalau korang perasan la kan, shaye ada tampal Twitter punya widget kat sidebar belog shaye ni. Sengaja je pun supaya korang boleh tahu setiap perkembangan shaye. maklumlah, bukan setiap masa shaye updated belog kan. So, kalau yang rindu-merindu kat shaye boleh baca Tweets shaye okeh.


Dan kalau ada yang rasa-rasa nak follow shaye, bolehlah follow @Nemomimosh. Nanti shaye follow korang balik, bolehlah beramah mesra kan? *Promote Twitter sendiri ke hape ni?

Berbalik kepada tajuk utama, di sini shaye ada menyenaraikan sebab musabab kenapa Twitter semakin meluas digunakan :

1. Tersangat mudah untuk digunakan kerana tidak memerlukan penerangan.

2. Lebih mudah untuk mendapatkan Twitter follower daripada mendapatkan Blog newsfeed subscribers

3. Tak perlu pening-pening kepala nak setting apa-apa. Hanya buat akaun, dan start tweeting.

4. Alasan bagus untuk penulis yang tak berapa bagus sebab Twitter mengehadkan 140 character dalam satu Tweet. So tak kesah lah nak guna shortform ke, salah grammar ke.

5. Twitter boleh buat kita jadi lebih bagus dari sebelumnya sebab dengan Twitter, kita takkan rasa kesepian.

6. Twitter boleh menghubungkan kepada semua kawan-kawan, setiap masa, setiap hari. Lebih-lebih lagi Twitter Mobile pon boleh digunakan kalau agak-agak tak boleh online.

7. Ada ramai gila followers dalam Twitter akan buat uols rasa popular. *Betul ke ni? Shaye dapat kat Internet ok point ni.

8. Twitter merupakan cara untuk uols bertegur sapa dengan artis favourite uols. Tu pon kalau diorang rajin nak balas. Haha.

9. Kalau kita selalu balas-balas tweets dengan orang yang kita follow, kebarangkalian besar dia follow kita semula. Kan senang dapat followers tu. #Yeke?

10. Dengan Twitter, kita boleh promote belog, iklan, dan share apa-apa link yang menarik dengan kawan-kawan.

So, apa lagi. Jum follow shaye di Twitter pulak. Haha.

Lazada Philippines