Showing posts with label UTHM. Show all posts
Showing posts with label UTHM. Show all posts

Wednesday, November 2

Minggu Yang Membahagiakan! [ Hari Bergraduasi ]

Salam semua,

Nak #lompatbintang dulu boleh tak? Hehe. Kemain kann! Okay lah okay lah seperti yang telah digerak-gempurkan di Facebook shaye telah pun selamat berkonvo. Hip hip hurayy! Alhamdulilah. Kemain  ramai yang wish tahniah kat wall, inbox mesej dan sebagainya. Tq uols! Dah macam dapat ucapan selamat pengantin baru pulak. Bluek!

Kitorang sengaja gerak awal sebab shaye ada banyak urusan nak disetelkan. Yelah sebelum naik pentas wajib dengar taklimat segala dulu ye adik-adik. Mana tak nye kang nebes sangat sampai tatau cemana nak naik pentas nanti. So, pagi-pagi lagi dah gerak ke UTHM yang tercinta. So sempatlah nak pusing-pusing satu Universiti tunjuk bangunan itu ini kat family. *padahal cari parking tak jumpa-jumpa* Ngeeee!


Ingatkan ape kena la tak boleh parking dekat-dekat dengan dewan. Rupanya ada bas yang disediakan even parking jauh-jauh. So, merasalah kitorang anak beranak naik bas macam nak pegi kelas. Feeling sangat lagi-lagi selamba je pakcik bas tuh tutup pintu bas time-time kitorang dah sampai depan muka pintu bas dan blah. Merasa jugak kena tinggal bas. Sukaaaaa sangat!


Ni masa kat dalam dewan  tempat berkumpul sebelum masuk dewan besar. Masa ni kena dengar segala taklimat dulu. Kemain excited semua. Deborrr jugaklah sebelum nak masuk dewan besar apetah lagi bertentang mata dengan orang yang menyampaikan sijil tersebut. *taste orang tua sangat aku ni kann!* #matila


Untuk fakulti shaye, shaye lah orang yang paling last sekali yang terima sijil maklumlah nama start huruf Z kannn. Tapi takpe, senang skett family nak cari shaye yang mana satu. Tapi #sentap jugaklah sebab takboleh nak bergambar dengan kawan-kawan rapat sebab masing-masing nama jauh-jauh. Alahai.


Muka excited. Jangan komen pasal jubah, sebab jubah tuh memang sengaja nak bagi semua orang sama saiz. Jubah saiz S dah habis, so pakai je lah saiz M. Nasib baik shaye TINGGI, tak sapu lantai pon dah kira bagus la kan. #carut


Saat yang paling bahagia sekali dah tentulah masa naik pentas kann. Rasa berbaloi di atas setiap penat lelah kita selama 3 tahun belajar kat sana. Feeling sangat lagi-lagi part nyanyi lagu UTHM. Kat dewan tu jugak lah masa mula-mula masuk U kena nyanyi lagu tu dan alhamdulilah kat dewan tu jugak hari last shaye menyanyikan lagu UTHM. Feeling habis. Nasib tak nangis. Kental kononnya.

Saat paling membahagiakan jugak bila keluar-keluar dewan nampak #tunangkite dah tunggu siap dengan bunga lagi. Dia wish tahniah siap panggil sayang. *agaknye la sebab nak suruh dia repeat  lagi harapan nak dengar*. Ek eleh itu pon nak heran. Mesti uols cakap gitu kann? Itu first time. #okbai. Homaii nasib baik belom halal. Kalau tak dah lari-lari pepelok ceciom segala. #carut. Sabar sket boleh tak? *ketuk kepala sendiri*

Dan yang lebih membahagiakan shaye dapat first kiss dari Mama. Boleh? Helo helo kitorang anak-beranak tak pandai bagi ciuman percuma tauu tauu. I know on that day Mama, Abah, adik-beradik, #tunangkite sangat happy. Mama cakap masa shaye naik pentas tu dia rasa bangga sangat, happy sangat! Dan shaye boleh nampak kegembiraan dari air muka Mama dan Abah. Membahagiakan orang lain buat kita rasa SUPER BAHAGIA okayy. *kesat air mata*



Adik no 2 shaye tak dapat datang sebab dia belajar kat Kedah. Jauhh sangatt. Takpe, time dia konvo nanti insyaAllah shaye pergi dengan #bakallaki dan family. Eceh.







Yang tak best masa konvo hari tuh hujan lebat. So tak boleh nak bergambar sangat. Jumpa kawan-kawan pon macam gitu-gitu je alahai. Mana yang terserempak tu cepat-cepat suruh snappy. Haha. Sebab kitorang sidang 6 iaitu sidang last sekali. Majlis tamat pon dah petang sangat, time-time tu lah nak amik gambar pulang jubah amik sijil segala. Kelam kelibut hoi. Tahu-tahu esok-esok masing-masing mesej gambar konvo sikit sangat. #sentap


Btw thanks to him untuk minggu ini. Susah payah hoi mengangkut ke sana ke mari. Bukan pergi konvo je, siap ke Pahang sebab ade wedding kat sana. Kite sayang awak lebih la macam ni! *okayy uols boleh muntah darah sekarang*

Thursday, July 29

Library UTHM terbaik oh!

Salam semua. Selamat malam. Sorry sebab shaye bizi dua tiga hari. Haisssyoh! Mesti korang buhsan kan, tak habis-habis bizi. Aduhai. Sorry okeh! At least, shaye updated juge. Ok, hari ni shaye nak promote kat anda semua pasal UTHM. Apekah? Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Jangan ngade-ngade tanya lagi. Kenapa eh bila cakap UTHM, orang confius. Isyh ! UTHM terbaik okeh! Terbaik dari ladang. Haha. UTHM sebenarnya baru nak membangun, dan sekarang dah bangun pon. Tak percaye?


Masa mula-mula masuk sini, bangunan semuanya biasa-biasa je. Sekarang ni, pergh! Macam shopping complex wa cakap sama lu! Hahaha. Agak berbangga la jugak sebab dapat jugak merasa bangunan-bangunan baru UTHM. Antaranya ialah, library baru UTHM. Besar okeh. Pergi library macam pergi lawatan sambil belajar. Haha. Terpinga-pinga sebab besar dan cantik. Confirm nak exam nanti ramai berkampung kat sana. Sebab suasananya sangat tenang dan sangaaaatlah selesa. Ok, jum shaye bawak korang !



Tup tup dah sampai. Opppss. Tutup mulut korang tu. Apa korang menungkan tu? Jum masuk ! *Actually, shaye pun ternganga masa mula-mula sampai sini. Haha. Siyes besar gila ! Ibarat nak masuk Pusat Sains Negara je rasanya. Hahahaha !



Kat tengah-tengah library ni ade taman kecik. Agak-agak stress tengok muka orang-orang dalam library, kita buley melepak kat sini sambil tengok air pancut. Seronok ! *Psssstt, kat sini juge buley jadi port untuk korang cuci mata. Opppss! Ampun, incik. Ampun !



Ha, ni la taman yang dimaksudkan. Bukan taman kot, ada tumbuh-tumbuhan kat tengah-tengah library. Cantik. Siapa lalu sini, semua sibuk nak tangkap gambar. Termasuklah kami. Ngeee..



Smile !
Kechek! *Bunyi sound camera handphone.



Agak-agak kalau jalan sorang-sorang buley sesat ni. Banyak jugak kemudahan yang disediakan library ni. Antaranya kafetaria, kedai buku, kedai alat tulis, bilik perbincangan, dan sebagainya. Maklumlah, bangunan library ni agak jauh sket dengan bangunan-bangunan lain. Jadi takdelah kitorang penat berjalan nak ulang-alik atau sebagainya.



Sebelum masuk, kena amek gambar lagi. Kenangan. Kunun-kunun macam kitorang yang rasmikan library ni kan. Hehe.



Zoom in sket gambar. Hehe.



Ok fine, dah masuk. Buku-buku kat sini boleh tahan banyak. Ok la jugak. Semuanya ok. Library ni ada empat tingkat kot if tak salah dan setiap tingkat dibahagikan kepada fakulti masing-masing. Senang sket nak cari buku. Nak duduk study melepak dengan budak fakulti lain pon takpe kan. Tak salah pon.



Again. Bergambar lagi. Aduhai. Takde orang sangat bolehlah nak posing-posing bagai. Cuba kalau padat orangnya. Malu masing-masing. Haha.



Kitorang datang sini pon nak pinjam buku sebenarnya. Pinjam buku kat sini pon senang. tak payah pegi kaunter dah. pakai mesin je semua. Cepat dan jimat masa.



Sempat lagi tengok pameran mengenai Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang paling excited baju kurung biru tu. Hahaha.



Agak-agak penat pakai tangga, buley pakai lif ye tuan puan. Hehe.



Ok, itu pemandangan dari luar Library. Cantik kan? *Psssstt, Universiti lain ada tak library macam ni? Gile riak cik Nemo kite ni. Hoho.



Ok, penat dah ? Buku dah pinjam, abang kat kaunter dah ngurat, library pon dah rasmi. Tamat lawatan sambi belajar kita hari ni. Conclusionnya, siapa-siapa yang nak masuk belajar, meh sambung belajar kat UTHM. Tak rugi. Oklah, jum kite balik ! Yeay ! Actually sebab klaz batal, kitorang melencong la ke sini. Hehe.


p/s: Part ngurat abang kat kaunter tu bohong semata-mata ye.Harap maklum.

Saturday, June 26

Raya Datang Lagi !

Align CenterSalam sejahtera semua. Semoga sihat-walafiat sentiasa. Sedang buat apa tu? Tidurkah? Makankah? Jogingkah? *Agaknye takde soalan lain cik Nemo ni nak tanya kat korang kan. Haha. Ok, berbalik kepada tajuk. Sedar tak sedar tak lama lagi kita dah nak dekat raya dah kan? Takdelah lama sangat, lebih kurang tiga bulan macam tu. Aiiiissssyhhh!


Amboi, mengeluh bukan main lagi shaye ye? Hahaha. Bukan apa, ganti puasa belum lagi ni. Kena cepat-cepat ganti lepas ni. Takut terlupa. Isyh. Korang? Dah ganti belum? Bukan untuk perempuan je, lelaki pun dah ramai tak puasa penuh sebulan sekarang. Aiiiiihhh! Ape nak jadi ni? So, bawak-bawak la ganti ye teman yep! *Dah mula kena cakap bahasa Perak. Mana tahu kena duduk kampung. Haha.



Gamba ni raya tahun lepas. Rasa macam baru lagi beli baju raya tu, ni nak kena beli lagi dah. Opppss, bukan kena beli lagi ye teman-teman....dah beli dan dah siap tempah dah. Ces ! Ganti puasa tak habis lagi sibuk hantar baju raya. Hohohoh!



Kejap-kejap ! Nak tangkap gambar jap. Senyum semua....! Yeay!




Ok yang belakang, sila senyum ye ! Haha. Masa ni sebenarnya kitorang nak pergi beraya kat rumah membe kitorang. Budak UTHM jugak. Rumah dia dekat sangat dengan Universiti, so kitorang pegi je lah serbu rumah dia ramai-ramai. Masuk ni, dah dua kali raya kitorang pergi. Haha.



Masa ni tak makan lagi. Posing saje lebih. Macam la tak pernah pergi rumah kampung. Aduhai. Bukan apa, rumah dia cantik. Rumah Johor kot chantek-chantek. Ye?? But I tetap likeeee!



Tengok tu? Sanggup ko. Hujan tu sebenarnya. Nak sangat tangkap gambar kat pokok tebu la kunun. Haha. Anak sapo la nih kan. Haha.



Hye ! Shaye Nemo, silalah datang ke rumah Hj Bunawan. Hehe. Seronok! Raya tahun ni nak pergi sini lagi. Ha, lupa pulak nak pesan lagi sekali, yang belum ganti puasa tu sila-silalah ganti ye. Termasuklah shaye. Ini amaran keras.


Agak-agak raya tahun ni dapat tak baju sedondon dengan incik? Tahun lepas sah-sah tak sedondon. Shaye pakai kaler Merah, dia pakai kaler Coklat. Tapi ok jugak, ada ke patut kalau sedondon, dia nak guna baju tu aje buat kawen. Jimat. Kalau tiga tahun raya baju sama, baju tu la tiga persalinan untuk kawin. Gila!



Tak hingin aku !
Hahahahaha~

Wednesday, April 21

Semangat Membara Nak Exam !


Tiba-tiba gamba logo. Haha. Takde gamba lain nak letak.


Ok, salam semua. Entri ni dibuat hasil daripada pencurian masa, sebab kejap lagi nak pegi exam. Ok, wish me luck for my first exam ok? Ape? Of course I'm ready ! Hehe. Soalan objektif buley la. Kejap lagi exam subjek Kenegaraan. Oleh sebab itulah, dari semalam mood patriotik tu tersemat dalam jiwa ni. Ececeh. Mood tu kena ada. Sorry ok tak sempat nak updated apa-apa semalam. Ni updated sket pun jadilah. Bizi oke !


Sebab apa shaye siap awal hari ni? Sebab pagi-pagi lagi takde air. Apehal la time nak first exam ni tiba-tiba takde air pulak. Tapi diorang kata memang dah selalu dah. Aiyooo.. Hep ! Jangan tuduh-tuduh shaye tak mandi pulak. Mandi. Guna apa? Air satu botol. Serius tak selesa. Tapi ok jugak la dari tak mandi kan? Takpelah, mana tahu takde air hari ni sebenarnya dia nak keluar soalan exam senang. Haha. Mengarut !


Ok, uols. Ada masa shaye updated lagi oke ! Wish me luck !

Thursday, March 11

Silalah!



Entri ini khas untuk student UTHM Fakulti Teknologi Maklumat & Multimedia. Ok, malam ni bertempat di dewan kuliah A, dengan julung-julung kalinya akan diadakan Annual Grand Meeting untuk Kelab ITC kita. So, silalah datang beramai-ramai ye. Korang jugak nak Kelab ITC ni bangun semula tapi kalau tak join dan sokong sampai bila pun tak bangun dan berjalan kelab ni kan? So, jum? Yuk?
Lazada Philippines