Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Friday, September 16

Cerita Pendek Photoshoot Raya 2011.

Salam. Kembali lagi kita di hari cuti 1 Malaysia ni. Masa-masa cuti ni je lah rajin dan ada masa nak hapdet belog. Kesian. Haihhh. Sebelum apa-apa nak tanya, ada nampak apa-apa kelainan tak kat belog kite?? Okay tak? Okay tak? Sebelum-sebelum ni shaye gunakan color hitam sebagai background, lepas tu purple, pink dan kali ni peach pulak. Hehe. Sajeeeee. Bosan sangat tengok rupa lama. So, kite tukar rupa baru. #lompatbintang

Hari tu shaye ada bagitahu kan yang uols yang kitorang pi photoshoot raya kan kan? Bila? Ada dalam entri SINI. Gila lembab kan baru nak letak gambar photoshoot raya tu hari ni. Haihhh. Ate dah ini je masa yang ada. Barulah boleh duduk lama sket depan lappy, kalau tak dua tiga minit terus tertido. Tak sempat nak hapdet belog. Okay cerita pasal photoshoot, actually saje je nak buat photoshoot raya kan memandangkan kitorang ni gila gambar. Tak larat cerita banyak tengok gambar je okay!


Bertempat di Stesyen Keretapi Tanah Melayu Kuala Lumpur kelihatan si Jejaka sedang menunggu kereta api untuk pulang ke kampung untuk berhari raya.


Begitu juga dengan si Gadis yang kononnya nak pulang ke kampung juga. Kampung mana? Kampung Kelang. Hep! Jangan gelak. Shaye nampak!


Si gadis mencuri-curi pandang si jejaka.


Tapi si jejaka tak mahu curi-curi pandang, dia pandang tepat-tepat dalam anak mata.


Lantas mereka berkenalan.


Jejaka : Gadis, mari ikut Jejaka balik kampung untuk ketemu sama orang tuaku?
Gadis : Eh? Mintalah kebenaran orang tuaku dahulu.
Jejaka : Oh maaf. Terlupa.
Gadis : Baiklah Jejaka.


Apa pandang-pandang?

Tiba-tiba......


Hoi Jejaka!


Eh Jejaka dengan Gadis ada kat sini juga?


Hello guys!


Kami pun nak balik raya jugeeeeeeeee. Nak itotttttt si Jejaka dan si Gadis jugeeeee!


Bersalam-salaman memohon ampun salah dan silap andai terasa.


Alaaaahhhh terlepas kereta api terlepas! Tapi kami masih mampu tersenyum gamaknya.


Takpe train pergi rawang masih ada. #tetiba


Bosanlah. kita pergi jalan-jalan dulu yuk!


Sebelum itu....

"Abang, nak duit rayeeeeeeeeeeee!"


Salam perantauan kononnya.


Kantoi kat depan bangunan KTM Berhad rupanya.


Bersama teman-teman berbaju raya di hari yang mulia. Eceh!


Salam kemafaan buat semua. Cerita takde kaitan dengan sesiapa. Ikut suka reka-reka penyedap bahasa sebab tatau nak letak apa jadi caption. Kang biar kosong uols kata shaye pemalas pulak. Hehe. Kisah Jejaka dengan Gadis tu pun rekaan juga. Tamo gelak, tamo muntahdarah okay. Actually ada banyak lagi gambar photoshoot raya, kalau gigih nak menatap boleh klik SINI. Sekian!

Friday, September 9

Sudah-sudahlah bercuti berbelog tu hoi. Cerita pasal raya la pulak.

Salam.

Yuhuuuuuuu! I'm back! Rindu tak? Rindu tak? Actually shaye rindu sangat nak berbelog tapi macam biasa bizi sangat sangat uols! Btw PC kat rumah still belum okay. Tak sempat-sempat nak pi hantar kedai. Nasiblah broadband dah bayar, jadi bolehlah online kat rumah guna lappy. Kemain kan kat entri lepas bagitahu yang shaye bercuti raya kan. Hehe. Cuti berbelog sangat!

Terasa lama sangat tak hapdet belog. Kalau dulu paling lama pun 2 3 hari je. Ini nak masuk 2 minggu hoi! #tepukdahi. Hilang mood sebab tertentu. Tu lah bila dah makin ramai pemenat dari peminat, shaye perlukan ruang untuk diri sendiri. #berbelogGayaArtis

Okay lah okay lah terus kepada point, nak cerita pasal raya. Macam biasa balik kampung Perak dan Selangor. Raya tahun ni biasa-biasa je. Takdelah meriah mana. Sedara-mara pun tak ramai yang bertemu mata. Raya tahun depan beraya dengan laki pulak. Eh? Haha! Raya ni pulak kena menghulur duit raya. Yelah sebab dah kerja kan. Feeling-feeling sangat  gaji pertama time raya!  Berabis jugak tau. Sebut pasal duit raya, disebabkan susuk awet muda ni shaye still dapat duit raya lagi okay!



Sampai-sampai kampung Perak kitorang anak-beranak cari Abah dulu. Rindu-merindu okay sebab Abah balik kampung awal sebelum raya. Sebab dia dah pencen tahun ni so suka hati dia nak balik kampung bila tak macam tahun-tahun sebelum ni. Nak teman Opah kat kampung.  Shaye, mama dan adik-adik? Balik lambat sket la sebab shaye kerja, mama jaga Mimi, adik pon tak balik dari tempat belajar lagi. So, pagi-pagi raya kami sampai kampung terus salam-salam pelok-pelok Abah semua. Mama nak feeling drama nangis senyap-senyap. Rindu Abah lettew. Maklumlah tiada lagi gaduh-gaduh manja di pagi raya.

Alhamdulilah, rezeki mencurah-curah. Black beri beri jatuh daripada langit. Boleh? Now I can update myself with twitter, fb, blog, di mana saja. Sukaaa! Semua kawan-kawan duduk meneka gaji pertama shaye masyuuuk eh sampai jatuh black beri beri sebijik. Padahal! I tell you black beri beri jatuh dari langit uols! Tak percaye sudah. Yelah sekarang kan nak topup kena tax, so meh ber-bbm. Kemain!

Korang, nak Bb pin please! 

Sejak bercuti dari berbelog ini, macam-macam plan dalam kepala. Siyes! Nak setelkan hal-hal yang belum setel, nak upgrade belog sebab macam dah bosan tengok template lama, nak itu nak ini. Nak ke sana ke sini.  Macam-macam sangat!  Penuh penuh dalam kepala ni.

Kerja 6 hari seminggu sangat membataskan shaye untuk merayap sana-sini. Jadi dalam sebulan shaye hanya ada 4 atau 5 hari lebihan (cuti) untuk shaye ke mana-mana. Macam biasa jadual hujung minggu harus dipenuhkan. Supaya penyakit kemurungan shaye tak kembali. Sebab kalau duduk rumah memanjang mati kutu hoi.


See? Jadual bulan ni dah penuh. Yeay! Ni pon kalau takde aral melintang. Maklumlah bulan raya ni banyak benor jemputan rumah terbuka. Jadi lepas-lepas ni kalau nak ajak keluar sila booking sebulan awal. Kekwat kan! Bila masa entah date seswai nak buat open house ni. Semua dah penuh tau.


Pergi sana sini open house rumah orang kemain. Tengoklah nanti kalau ada kelapangan dan dah confirm shaye jemput uols okayy. Tapi tapi tapi ada ke yang nak datang? Hehe. Make sure datang eh kalau shaye buat open house! Okay lah teruskan menatap gambar raya. Actually ada banyak gambar tapi semua yang cousin shaye tag kat fb. Maybe ada yang uols dah tengok kott.


3 dara pingitan yang belum kawin. Seorang dah bertunang, yang lain otw katanya!


Baju raya kali ini banyak sekali. Semalam baru lepas beli lagi 2 pasang. Boleh? Hahah takdelah. Shaye beli baju untuk lepas raya je. Ade ke?  Actually masa raya shaye just pakai  baju raya advance yang shaye dah pakai 2 3 kali pegi majlis mana-mana.  So, kalau dah baju tu dipakai time raya, consider baju raya la kan? Siapa kata baju raya tu wajib baju baru? Jeng jeng jeng!

Cakap pasal baju raya, semua baju raya tahun ni adalah ditaja ye uols. Hahah. Baju merah tu je shaye beli sendiri. Baju purple tu hadiah risik hari tu, dan baju hitam+kelabu baju yang dapat masa majlis #satucintaduajiwa hari tu. Okay sambung tatap gambar raya.
  
 

Bergambar dengan adik-beradik.


  


Tadaaaaa! Si pari-pari kecil pon dapat baju yang sama okay masa bertunang hari tu. Nak kata Mimi dapat hadiah hantaran sekali sebab shaye langkah bendul dia tak jugak. Haha. So, raya kali ini Mimi dapat baju sedondon dengan #bakalbapaktiri dengan mak angkat dia ni. Pakej anak-beranak katanya. 

Okay lah. Itu saja laporan raya dari shaye. Tunggu laporan seterusnya! Bai bai!

Friday, August 26

Away. Cuti Raya.

Sorry guys! Tak nampak muka shaye di Facebook, tiada sebarang update di belog atas sebab-sebab tertentu. Pc rosak, nak on9 guna lappy broadband pulak tak bayor. Aihhh! Ni pon hapdet secara pantas di opis. Dengan ini shaye mengisytiharkan shaye bercuti sampai raya. Selamat Hari Raya buat semua. Maaf Zahir dan Batin. Nah e-card untuk semua. *e-kad raya pinjam dari #tunangkite*

Tuesday, September 14

Rindu ke ? Rinduuu cepat, pelis !

Salam semua. Ha, rindu dengan cik Nemo tak? Rindu tak? *Perasan. Haha. Takdelah, sori tau shaye hilang idea oh nak updated blog. Shaye kat rumah dah pun dari kelmarin. Maklumlah balik kampung. Nanti shaye ceritakan dalam entri akan datang ye. Buat masa sekarang, mood nak mengupdated hilang. Haissyyoooh! Puas dikerah-kerah kepala ni. Pegi blogwalking semua pun cerita pasal raye lagi. Shaye pun nak cerita jugak. tapi nanti-nantilah ye. Tak bersedia lagi nak tunjuk gambar raye. *artis keh ko? Mungkin sebab hari itu belum tiba. Opppssssss! (Tutup mulut). Ok, babai! Nantikan cik Nemo dalam Epilog Raya cik Nemo okeh!

Wednesday, September 8

Ramadhan Hampir Meninggalkan Kita, Raya Bakal Menjelma

Salam semua. Sedar tak sedar Ramadhan hampir meninggalkan kita semua. Sayu hati ini. Maybe esok atau lusa kita menyambut hari raya aidilfitri. Mesti semua orang seronok kan sebab nak sambut raya. Shaye juge okeh. Tapi semua kegembiraan itu menjadi duka apabila mendapat tahu bahawa salah seorang dari pakcik shaye sedang tenat. Hmm, semoga beliau kuat semangat dan Allah berikan beliau keajaiban supaya dia bangun untuk menyambut raya pada kali ini.


Kesempatan ini, shaye memohon ampun dan maaf kepada semua di atas kecelaan shaye dalam menulis, meluahkan, perkongsian shaye selama korang betandang ke blog 50sen shaye ni. Terima kasih kepada semua. TQ sebab menyokong shaye. Semoga aldilfitri kali ini memberi seribu makna kepada kita semua.

p/s : Mintak tolong sama-sama doakan pakcik shaye okeh?

Saturday, June 26

Raya Datang Lagi !

Align CenterSalam sejahtera semua. Semoga sihat-walafiat sentiasa. Sedang buat apa tu? Tidurkah? Makankah? Jogingkah? *Agaknye takde soalan lain cik Nemo ni nak tanya kat korang kan. Haha. Ok, berbalik kepada tajuk. Sedar tak sedar tak lama lagi kita dah nak dekat raya dah kan? Takdelah lama sangat, lebih kurang tiga bulan macam tu. Aiiiissssyhhh!


Amboi, mengeluh bukan main lagi shaye ye? Hahaha. Bukan apa, ganti puasa belum lagi ni. Kena cepat-cepat ganti lepas ni. Takut terlupa. Isyh. Korang? Dah ganti belum? Bukan untuk perempuan je, lelaki pun dah ramai tak puasa penuh sebulan sekarang. Aiiiiihhh! Ape nak jadi ni? So, bawak-bawak la ganti ye teman yep! *Dah mula kena cakap bahasa Perak. Mana tahu kena duduk kampung. Haha.



Gamba ni raya tahun lepas. Rasa macam baru lagi beli baju raya tu, ni nak kena beli lagi dah. Opppss, bukan kena beli lagi ye teman-teman....dah beli dan dah siap tempah dah. Ces ! Ganti puasa tak habis lagi sibuk hantar baju raya. Hohohoh!



Kejap-kejap ! Nak tangkap gambar jap. Senyum semua....! Yeay!




Ok yang belakang, sila senyum ye ! Haha. Masa ni sebenarnya kitorang nak pergi beraya kat rumah membe kitorang. Budak UTHM jugak. Rumah dia dekat sangat dengan Universiti, so kitorang pegi je lah serbu rumah dia ramai-ramai. Masuk ni, dah dua kali raya kitorang pergi. Haha.



Masa ni tak makan lagi. Posing saje lebih. Macam la tak pernah pergi rumah kampung. Aduhai. Bukan apa, rumah dia cantik. Rumah Johor kot chantek-chantek. Ye?? But I tetap likeeee!



Tengok tu? Sanggup ko. Hujan tu sebenarnya. Nak sangat tangkap gambar kat pokok tebu la kunun. Haha. Anak sapo la nih kan. Haha.



Hye ! Shaye Nemo, silalah datang ke rumah Hj Bunawan. Hehe. Seronok! Raya tahun ni nak pergi sini lagi. Ha, lupa pulak nak pesan lagi sekali, yang belum ganti puasa tu sila-silalah ganti ye. Termasuklah shaye. Ini amaran keras.


Agak-agak raya tahun ni dapat tak baju sedondon dengan incik? Tahun lepas sah-sah tak sedondon. Shaye pakai kaler Merah, dia pakai kaler Coklat. Tapi ok jugak, ada ke patut kalau sedondon, dia nak guna baju tu aje buat kawen. Jimat. Kalau tiga tahun raya baju sama, baju tu la tiga persalinan untuk kawin. Gila!



Tak hingin aku !
Hahahahaha~
Lazada Philippines