Showing posts with label meroyan. Show all posts
Showing posts with label meroyan. Show all posts

Monday, July 18

Konghasam kan. Sila berhati-hati okay!

Salam semua. Ooooo emmm jiiii! Pc kat rumah dah kena virus. Masalah betul. Dah la lappy takbley pakai sebab charger bermasalah sejak budak-budak buat main skipping. Ok tipu. Budak-budak ni main langgar-langgar sampai takbley guna dah. So, takbley on lappy. Tengah meroyan-royan kat Facebook #tetiba ada orang ngajak chat. Kunun kawan lama lah sangat. Tak bajet langsung itu virus sebab kita bley berbalas-balas chat dengan dia. Cett. See?


Bagus orang yang buat virus ni sebab selalunya kan virus-virus kat FB dia bagi link-link tertentu. Ini tak, siap boleh chat-chat. Dah tentunya dia sediakan command-command tertentu sebelum mengenakan orang. Tak guna kau! Benci. Sekarang PC kat rumah dah lemau. Nak online takbley sebab dia kacau proxy. Dulu ada belajar cemana nak tukar balik setting untuk kembali ke proxy yang betul tapi dah lupa. Aihhhhh. Last-last ade jugak kena format balik PC ni. Sedih! #nanges.

Nasib baik terjumpa balik wayar plug charger lappy yang lama-lama cuma tukar connector dia je. Nasib baik masih boleh guna. Kalau tak #hilangnyawa shaye sebab takbley online. Dah nak amek kunci kete pergi tepi laut tadi tau. Nak buat ape? #terjunlaut la. Okay-okay. Tipu. Kesian PC ku. Even dah ada lappy, tapi masih sayang kat PC lama. Sebab guna PC lagi best sebenarnya dari pakai lappy yang asyik padam bila panas. Sekian.

*Tengah cari balik semua CD nak install Windows balik kat PC. #kesatairmata 

Updated: Virus tu orang panggil virus "Hi how are you".

Saturday, June 25

Kisah Kak Sue | Luahan Hati.

Salam. Terpanggil jugak nak mencoret karangan bila mengenangkan nasib Kak Sue bukan nama sebenar. Ape kisah sebenarnya? Kalau nak tahu boleh baca kisah Ain Desperado [1] [2] [3]. Sabar je lah kan bila seorang isteri diganggu oleh ex kepada si suami. Actually shaye tak berapa nak faham ape motip si Ain tuh buat semua ni. Apa yang dia dapat? Haihhhhh!

Kisah ni memang tengah hangat dalam INSAN TERSAYANG dimana di situlah tempat shaye mengadu nasib, meluah perasaan bila putus cinta, frust, meroyan dulu. #ops. Okay-okay taknak ingat kisah silam. Tapi hati jadi tak senang, jiwa rasa tak tenteram lebih-lebih lagi bila tengok orang yang kita sayang tengah berduka. Kak Sue bukan nama sebenar dah banyak bagi sokongan kat shaye bila shaye down. Bila shaye bermurung. Kak Sue juga menyedarkan shaye bahawa jika shaye sedang bersedih dan bermurung, ada ramai lagi yang lagi teruk dari shaye. Dan kini alhamdulilah, shaye dapat kekuatan itu. Sekarang, giliran Kak Sue pulak bersedih. Shaye juga turut merasa kesedihan dan keperitan tersebut.

Perjalanan hidup kite tak semudah yang disangka. Dan percayalah tanpa ujian semua tu, kita takkan jadi sematang ini, sekuat ini. Bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Anggap semua yang dah berlalu tu kenangan, pengalaman, pengajaran yang boleh buat kita bangkit semula. Jangan terlalu menyerah. Allah itu Maha Adil. Percayalah, Allah takkan menguji umatNya jika bukan kemampuan sesorang umat itu untuk menanggungnya. 

Buat Ain, pelislah. Nak buat apa menoleh ke belakang? Anggap je lah semua tu kenangan. Biarpun manis semanisnya kurma itu, pelislah. Move on! Betapa rindu pun kau dengan kenangan, sejarah lama, simpan je dalam hati. Bagi peluang orang lain nak bahagia. Diorang dah kahwin dah pun. Kau carilah kebahagiaan sendiri. Jangan hukum diri sendiri sebab kau belum ketemu kebahagiaan. Jangan tutup hati kau dengan alasan bodoh. Ngerti? Simpan je lah niat kau nak bermadu bagai. Kalau shaye diberi peluang bermadu pon shaye taknak, sesungguhnya bermadu itu pahit. 

Buat Kak Sue, bersabarlah. jangan fikir banyak. Anggap je semua ni dugaan. Jangan buat keputusan melulu. Sungguh, shaye tak rela nak tengok orang yang shaye sayang berduka, memendam rasa. Keputusan yang dibuat tu bukan nak guna sehari dua, tapi seumur hidup. Ingat! Tak perlu nak berkorban bagai sedangkan hati sendiri tersiksa. No no no! Ku tak sanggup. Apapun shaye mendoakan yang terbaik untuk kalian semua.  


"Jangan habiskan waktumu untuk mencari orang yang sempurna, tapi buatlah kisah cinta yang sempurna"

Friday, March 18

Paranoia

Good morning. Oppppsss, takde entri jam 7 am hari ni. Tak nyempat nak mengarang sebelum tido. Pagi-pagi ni shaye melayan lagu ni. Kalau rajin, korang boleh dengar jugak. Maksud mendalam untuk orang-orang paranoid. Hoi Santa, shaye dah berjangkit penyakit itu. Demm! Huhu.


Coda - Paranoia

Tak pernah ku begini tak gembira
Oh pasang surut yang tak aku jangka
Oh apa yang dalam genggamanku
Tak dapat ku sentuh
Walau kalanya ku takut mati
Oh dalam perasaan ku tak peduli
Terang menyala bara di dalam hati
Jantungku terhenti

(pre-korus)
Dan lelah ku cari tetap ku mencari
Masihkah ada tempatku bagai dulu

(korus)
Desakan ini memaksa ku pergi
Biar mati pun takkan berani
Ku datang kembali
Paranoia buat ku mengerti
Kerna cukup sudah cukup sudah
Apa yang telah kau beri


Oh berputar belit paksi gelung waktu
Jauh mengejar tapi tak kau tunggu
Oh berjalan cakera mindaku kini dibelenggu
Sememangnya tiada yang sempurna
Oh tak pernah pula ku harapkannya
Oh jelaslah kau bukan untukku
Ku bukan untukmu


(ulang pre-korus & korus)


*Memang ini dunia yang aku cipta, dunia aku tanpa kau.

Friday, February 11

Kalau nak berjimba pon, beragak skett.

Salam semua. Ada la dalam 2, 3 hari tak updated belog kan.Eh bukan seminggu? Entah. Shaye kurang sehat sket. Doakan shaye cepat sembuh ok. Ni takde keje tiba-tiba nak updated story pasal pergi berjimba bersama rakan-rakan. Ha, itulah kerja shaye sekarang. Bersukaria. Enjoy saja. Balik hari tu memang tak lekat kat rumah kott. Hari-hari keluar. Pegi mana? Entah. Jalan-jalan cari pasal.


Okeh cukop mukadimah. Nak dipendekkan cerita, shaye pegi berjimba kat OU je dengan budak rumah. Mula-mula bajet nak pegi window shopping je, jalan-jalan cari jodoh kat sana. Besar kott OU tu. Penat. Konon-konon nak cari tempat melepak la, boleh duduk-duduk santai. At last, shaye berjaya mempengaruhi kawan shaye pegi karok. Lepas gian katakan.


Time tu dah nak malam kott. Pedulik la kan? Dah stress sangat bekerja, masalah peribadi semua, kena la buang itu semua. Orang kat kaunter tu tunjuk harga yang dia charge. Omg, 5 kali ganda dari harga biasa. Tak pedulik dah janji pegang mic. Boleh? Gila kan? Haha. Dah-dah jom layan gambar.













Maceh. Taknak story banyak. Duit berkoyan habis. Maceh !

Monday, January 24

Cukuplah.



Jangan pernah muncul dalam hidup aku lagi.
Luka ini terlampau dalam.
Biar masa yang menyembuhkannya.


*Shaye perlukan pari-pari shaye sekarang.

Saturday, January 22

Di mana pelangi?


Bila kabus, hujan, ribut menyelubungi diri.
Aku harap pelangi akan muncul suatu hari nanti.


*Kembalikan senyuman yang lahir dari hatiku.


Sunday, January 16

Am I move on ?

Tolong pandang ke hadapan, Era.
Dia dah move on dengan hidup dia.
Kau pon perlu move on !
Semua orang sedang bantu kau.

Sedar !


A.P.I- Pelita(Lagu Tema Hooperz)

Verse_1
Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini,

Verse_2
Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,

selagi hayat di kandung badan,

Korus:
Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,

kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke serata dunia,
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas
yang terakhir.

Verse_3
tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
setakat ini,

Verse_4
tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,

ulang Korus.

Bridge:
Selagi jasadku belum terkubur!
Selagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Ulang Korus x 2

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Serata Dunia,
Seperti Cahaya…….

Download SINI

Hajat tercapai !

Salam semua. Yeah ! Semalam Sabtu yang seronok ! Terima kasih banyak kepada yang berkenaan sebab telah menyempurnakan hajat shaye untuk ke suatu tempat. Even kitorang sesat-sesat, ianya sangat fun ! Actually, shaye teringin sangat-sangat nak pegi tempat tu dengan incik tapi tak kesampaian. Tapi tak mengapa shaye dapat jugak pegi. Thanks, guys. *Tiba-tiba terharu.


Bakal updated story kemudian, shaye mahu masak. Hari ni shaye balik rumah sewa balik. Huhu. Esok kerja, tak suke tak suke.

Monday, July 5

Merajuk

Takde mood nak menulis.
Sebab?
Rasa macam takde siapa yang datang bertandang.
Sebab?
Sebab shaye tak menulis.
Jadi nak salahkan siapa?
Salahkan shaye.
Lazada Philippines