Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Sunday, August 21

Iftar With My Sayang ! #BFF Forever (20 Ramadhan 1432)

Salam. Yuhuuuuuu! Salam Ramadhan buat seluruh umat Islam di luar sana. Dah masuk puluh-puluh hari kita berpuasa kan. *kira sendiri*. Alhamdulilah dapat jugak berbuka puasa semeja dengan #BFF kesayangan semalam. Actually plan nak buat #BFF gathering di  mana semua #BFF shaye duduk semeja berbuka puasa sama-sama. Tapi ada pulak yang buat 'janji manismu' terus tak jadi. Punah, musnah harapan. Patutnya berempat tapi at last berdua jugak. Frust sangat okay!


Disebabkan semua plan tak jadi, shaye dan #BFF IbuAdamAlisha tetap meneruskan plan sendiri. Takpelah deting berdua pon okay lah kan. Bajet nak bagitahu sumthing, nak bagitahu berita baik tapi takpelah biar simpan jadi rahsia je. Bertempat di SACC Mall, gigih hujan-hujan pon shaye gerak ke sana sorang-sorang. Memang ramai gila orang, nasib kau lah kan parking kereta tepi-tepi jalan je.


Awal-awal dah reserved tempat takut takde tempat nak makan. Nasiblah kitorang pergi sana awal. Hampir semua kedai full! Haiyohhh!


Sementara nak tunggu buka puasa, deting la dulu pi jalan-jalan kat sana. Sumpah makan hati sebab tengok bazaar kat sana ada jual macam-macam. Haihhh! Duit bape puluh hengget je ade hati nak shopping kan? Harapan. Dapat tengok je lah.


Model #berangan Focus Point. *ikut color baju*


Model #berangan Nokia. *ikut tema baju jugak*



Masa ni la nak borak-borak habis dengan dia. Yelahhh, pasnih tahun depan baru boleh hangout dengan dia atas sebab-sebab tertentu. Nak jumpa memang payah tapi semua tu kami atur dan plan betul-betul supaya semuanya lancar. Shaye kenal dengan dia dah lama sejak belajar kat Politeknik lagi, dan alhamdulilah dia kawan yang sentiasa bersama shaye susah dan senang sampai sekarang. Okay cukup lepas mengadu apa yang patut dengan dia, berkongsi cerita suka dan duka, tibalah masa untuk berbuka puasa!



Shaye berbuka puasa kat Secret Receipe.


Tapi #BFF berbuka kat Uncle K.


Apekah? Haha. Takdelah, kitorang berbuka puasa kat Noodle Station tengah-tengah antara dua kedai tu. Eh? Mana gambar makanan? #ops. Lupa nak amik sebab dah laporrr sangat!! Okay itu saja laporan pagi Ahad ni. Eh pagi? Tengah harilah! #okbai

Friday, August 5

Tips Membeli di Baram / Param

Salam semua. Yuhuuuuu! Entri taip laju-laju ni. Maklumlah masa nak mengadap belog ni sangat terhad sekali. Yelah, pagi petang bizi kerja, balik dah penat selalu sangat tertido pastuh mula lah nak berjaga tengah malam. Haiyooh. Ok lah, hari ni nak share tips membeli di Baram / Param. Apekah? Baram / Param adalah nama singkat budak-budak sekarang duk guna. Sama je maksud dua-dua.

Baram = Bazar Ramadhan
Param = Pasar Ramadhan

Masuk hari ni dah empat hari kita berpuasa, baru semalam shaye menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan. Yelah, balik keje pon dah lewat kan, tak sempat nak singgah-singgah. First time pegi, pergghhhhhhh! Ramainyaaaaaaaa! Bestnyaaaaaaaa! Sukanyaaaaaaaaaa! Okey ini tips yang nak dikongsikan. Eceh!

1. Jangan bawak duit banyak-banyak
Ehem. Pastikan uols tak bawak duit banyak-banyak sebab biasalah bila dah nampak macam-macam makanan depan mata, dengan perutnya laporrr, mulalah nafsu membuak-buak nak beli itu ini kan? So, sila terhadkan duit yang uols bawak. Ingat, membazir tu amalan siapa? Syaitonnirojim. Ate kalau ye pon syaitan sume dah kena ikat, pandai-pandai la kome berjimat. Usah diikut perangai syaitan. Kalau boleh terhadkan berapa je yang uols nak belanja. Seploh hengget je ke sehari, lima hengget ke, dua hengget pon jadik. Penjimatan di situ!

"Hoi, kau nak beli satu Baram/Param ke?!"


2. Plan apa yang nak dibeli
Silalah plan apa yang uols nak beli, apa yang mengidam sangatt. Tulis list nak beli apa. Maklumlah sampai Baram/Param akan dapat suatu aura yang kita susah nak kawal mana satu kehendak, mana satu keperluan. Ate list tu janganlah panjang sangat sampai ke kaki. Sket-sket sudah! Beli apa yang patut je la. Agak-agak makanan tu tak berapa sihat atau memudaratkan kita kalau makan, tak payahlah gedik nak beli. Cukuplah ala kadar je bila berbelanja. Kan! 

"Besorr benor perot nak nelan semua ni"


3. Pakai sopan.
Pakailah sopan-sopan skett sebab semua yang datang situ puasa kan. Kena jaga mata. Semalam shaye pergi pasar ada jugak yang selamba pakai sexy gilaaa pegi Baram/Param. Memanglah takde orang negur tapi beragak skett. Ate puasa ke ko rupe gituuu? Haiyoooh! 


"Errmmm kak, faham tak sopan cemana?"


4. Jangan buat muka ketat
Tahulah uols tengah laporrr, orang ramai pulak tuh bersesak-sesak kan. So, relax sudah, jangan moody macam nak makan orang pulak. Memang takde orang kesah pun ate mana tahu temu jodoh ke kan? Tetiba. Haha. Takdelah, semalam shaye pergi bazar ramadhan nak membeli macam-macam jadi tak jadi nak beli. Sebab? Kat bazaar ramadhan tuh dah jadik tempat reunion tau. Jumpa balik semua kawan-kawan sekolah la, kawan tempat keje la, pakwe lama la. Eh? Haha. So, bila dah pegi bazar ramadhan tu mesti jumpa kawan-kawan lama so tamo muncung-muncung, tamo sombong-sombong okay! 

"Kitorang laporrr jugak tapi kitorang masih mampu buat muka comel"

Apapun pada shaye, Baram/Param ni adalah suatu tempat dimana semua orang berkumpul nak beli makanan dalam satu tempoh jangkamasa yang sama. Masa tu lah kita boleh jumpa kawan-kawan lama, baru nampak muka jiran-jiran, baru nak senyum-senyum dan tegur orang-orang kawasan rumah. Kat situ wujudnya satu keharmonian antara kita dengan penduduk setempat. Okay pasnih siapa nak buat reunion jom pegi Baram/Param! Bluekk! :P

Friday, July 29

Rezeki Puasa.

Salam semua. Yuhuuuuu! Hai hai #lambaitangan. Tak lama lagi kita semua dah nak start puasa kan. Tak sabooor! Makin lama, makin cepat puasa. Bulan 8 dah puasa. Birthday shaye pulak tuh. Takpe-takpe moga sentiasa dikurniakan rahmatNya.

FYI, semalam shaye pergi interview mintak kerja. Gigih kau pergi sorang-sorang pastuh tamo bagitahu siapa-siapa pun. Sebab? Ni first time seumur hidup kott pegi mintak kerja. Kesian. Tu yang debor lain macam. Dan alhamdulilah mintak kerja terus dapat. Yeahhh! Rezeki. Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan. #bakalbos tak tanya banyak, baca-baca resume terus tanya bila nak start kerja. Lega. Cuma dia risau takut shaye tak dapat seswaikan diri sebab satu opis semua cina. Haiyooh. Takpe-takpe, harap-harap semuanya okay.

Setelah sebulan bercuti tanam anggur kat rumah akhirnya rezeki bulan puasa ni datang. Kerja apa? Kat mana? Haha itu rahsia. Tapi shaye rasa shaye bakal suka dengan kerja yang shaye dapat ni. Macam biasa, kerja #perahIdea ni kena tahan stress. Sabar ajelah. Yang penting kumpul pengalaman, kumpul duit nak kawin. Eh? Haha. So, shaye start kerja bulan puasa ni. Doakan shaye sentiasa murah rezeki okay! Okay cerita pasal puasa.....


Shaye cuma nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat semua. Banyakkan beribadah, solat jangan tinggal, jaga tutur kata, dan sebagainya. Tak lama lagi puasa, kepada yang lupa niat puasa dan doa berbuka puasa tu nah :


"Jadikan hari ini lebih baik dari semalam"

Wednesday, September 8

Ramadhan Hampir Meninggalkan Kita, Raya Bakal Menjelma

Salam semua. Sedar tak sedar Ramadhan hampir meninggalkan kita semua. Sayu hati ini. Maybe esok atau lusa kita menyambut hari raya aidilfitri. Mesti semua orang seronok kan sebab nak sambut raya. Shaye juge okeh. Tapi semua kegembiraan itu menjadi duka apabila mendapat tahu bahawa salah seorang dari pakcik shaye sedang tenat. Hmm, semoga beliau kuat semangat dan Allah berikan beliau keajaiban supaya dia bangun untuk menyambut raya pada kali ini.


Kesempatan ini, shaye memohon ampun dan maaf kepada semua di atas kecelaan shaye dalam menulis, meluahkan, perkongsian shaye selama korang betandang ke blog 50sen shaye ni. Terima kasih kepada semua. TQ sebab menyokong shaye. Semoga aldilfitri kali ini memberi seribu makna kepada kita semua.

p/s : Mintak tolong sama-sama doakan pakcik shaye okeh?

Monday, August 30

Merdeka yok | Balik RAYE !



Salam semua. Selamat petang. Seronok ni. Shaye kat rumah sewa tinggal sorang-sorang. So, boleh melayan lagu kuat-kuat. Opppps, puasa. Ok, slow kan tune laptop balik. Hehe. *padahal pakai headphone. Haaa, esok shaye balik raye. Ape dia? Balik RAYE ye kawan-kawan. Gile awal. Nak ikutkan cuti start Jumaat ni tapi shaye buat cuti sendiri. Keadaan tak mengizinkan shaye duduk lama-lama kat sini. Disebabkan semua orang dalam rumah ni dah balik dari last week lagi. Diorang pun buat cuti sendiri okeh. Huhu. Jaat! Tinggal shaye kat sini.


Ok, tiket shaye jam 10am esok, so doakan perjalanan shaye sentiasa dilindungi dan esok jangan lupa kejut shaye okeh? Shaye dah kena insomnia ni. Tak boleh tidur malam, tapi tidur ikut suka je. Haisyyoooh! Masalah-masalah. Huhu. Harap-harap tak tertinggal bas esok. Itu je la tiket yang ada. Kang balik lambat-lambat, lepas raye la ko dapat balik RAYE. Omaigod!


Eh, malam ni merdeka kan? Cepat je rasa kan? Kan? Hehe. Syukur sebab negara kita tetap merdeka sampai sekarang. Tapi sedar tak sedar, kita merdeka secara zahirnya aje, tapi secara dalamannya kita masih dijajah oleh penjajah. Yep, tengok aje la life sekarang ni. Huhu. Takot. Taknak komen panjang, korang tahu sendiri. Apa-apapun, shaye nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke berapa eh?. Renungkanlah pengorbanan yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin kita zaman dulu. Kalau tak kerana jasa diorang, kita pon takkan baik-baik macam ni.


Korang sambut ke? Puasalah. Takde sambut-sambut kot. Sambut kat masjid dengan surau pon ok jugak. Boleh buat doa-doa ke. Shaye? Shaye seumur hidup tak pernah sambut merdeka kot even shaye lahir bulan 8. Hehe. Yelah, sambut pon tak dapat ape. Keluar tengah-tengah malam dengan ramai orangnye. Bahaye tau. Banyak dah kes malam-malam merdeka ni. Huhu. So, better kita sambut dengan doa je. Okeh?


Gamba zaman mude remaje.


Esok incik cuti, kata nak ajak shaye shopping raye. Tapi tadi kata die dah shopping hari ni. Hmm, takdelah shopping esok kot gamaknye. Ni nak majuk doploh empat jam nih. Takpelah. Nak majuk kenape pon kan? Ok lah, lapaq ni. Kat sini takde jual makanan dah. Benci. Mentang-mentang ramai dah balik, peniaga pon takmo meniaga. Huhu. Babai!

Tuesday, August 10

Ramadhan datang lagi



Hello guys. Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Are you okay? I hope so. Are you happy? I hope so. *sape yang kenal Mr.Duncan itu shaye tiru ayat dia.Hehe. Ok, sedar tak sedar esok kite dah nak puasa. Kejap je kan masa berlalu. Rasa macam baru je raya tahun lepas, dah nak masuk raya lagi. Isyh.


Takde apa yang nak dicelotehkan pagi-pagi ni, just nak wish Selamat menjalani ibadah berpuasa dengan sempurna. Jangan puasa yang yok okeh. Dosa. Bulan yang baik, bulan yang mulia, banyak-banyakkanlah beribadah. Masa ni lah peluang kia nak tebus balik apa yang kurang dari bulan-bulan sebelumnya. Setan-setan semua dah kena ikat, jadi semuanya terletak pada diri kita untuk lebih bersemangat nak beribadah.


Lagi satu, bulan puasa ni confirm banyak bazaar Ramadhan yang bukak, jadi bawak-bawak le berjimat okeh. Jangan la boros sangat beli makanan ikot nafsu. *Shaye la orangnye. Haha. Ok, kali ni insyaAllah shaye cuba berjimat dan takmo boros. Lagipun makan banyak-banyak gemuk pulak. Risau ni. Nak raya kang pakai baju raya tak muat pulak. Naye. Hehe.


Ok, again shaye nak ucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa dengan sempurna hendakNya. Jangan ponteng puasa okeh !


Jadual Imsak & Berbuka Puasa 2010
Ok, ini untuk rujukan anda. Maceh !
Lazada Philippines