Showing posts with label teater. Show all posts
Showing posts with label teater. Show all posts

Friday, November 15

Review Teater : Supermokh The Musical

Salam uols,

Hello! Hello! Oklah terus direct kepada soalan pertama, dah tengok dah teater Supermokh?! Kepada yang masih belum maklum, masih tak terlambat lagi uols nak menonton sebab memang best! Pasaiapa kite suruh uols pergi tonton Supermokh ni adalah sebab utamanya nak bagi hangpa semua kenai sapa tu Mokhtar Dahari. Ewahhh! Oklah oklah kite mengaku... first masa nak tengok teater ni memang tak kenal dan tak tahu pun siapa Mokhtar Dahari ni. Duk pandang sekeliling sebab muka memasing excited ambik-ambik gambar segala tapi kite duk cuit-cuit orang sebelah tanya "Pssssttt psssssttt, cerita ni pasaiapa?". Terus orang sebelah duk geleng-geleng kepala. 


Sinopsis :
Nama Mokhtar Dahari(Awie) tidak perlu diperkenalkan lagi. Plot utama cerita pun telah menunjukkan kehidupan beliau sebagai seorang yang terkenal di mata dunia kerana beliau memang hebat bermain bola di atas padang. Semangat beliau begitu kuat dan tangkas bermain hingga digelar "Supermokh". Beliau juga ditemani rakan-rakan sepasukan Reduan Abdullah(Rashidi Ishak), Soh Chin Aun(Chi Ho), R. Arumugam(Oliver Johanan) dan Santokh Singh(Clarence Kuna), yang tidak kurang juga hebatnya. pada masa tersebut Dari suatu sudut pula menunjukkan beliau seorang suami yang romantik, penyayang dan setia kepada isterinya Tengku Zarina (Maya Karin). Langit tak selalunya cerah, menang kalah adat permainan. Namun peminat sentiasa mengkritik dan tak dapat menerima kenyataan sekiranya kalah dalam perlawanan. Tekanan demi tekanan diterima membuatkan Supermokh berkecil hati lalu mengundurkan diri dalam pasukan Malaysia. Namun semangatnya tak pernah padam. Bola sepak merupakan jiwa dan cintanya. Nak lihat rentetan kegemilangan beliau? Saksikannya sendiri dalam Teater Supermokh Musical.

Director : Hans Issac & Harith Iskandar
Music Director : Micheal Veerapan

Main Cast :
Awie sebagai Mokhtar Dahari
Maya Karin sebagai Tengku Zarina
Rashidi Ishak sebagai Reduan Abdullah
Chi Ho sebagai Soh Chin Aun
Oliver Johanan sebagai R. Arumugam
Clarence Kuna sebagai Santokh Singh
Douglas Lim sebagai Kenny
Dina Nazir sebagai Nurin

Apa yang best?
Opkos sebab ianya adalah teater muzikal. Mana-mana teater pun bila dibuat dalam muzikal akan jadi best dan menarik. Lagi-lagi ianya dipentaskan di Istana Budaya. Sepanjang menonton mana-mana teater di Istana Budaya memang tak pernah mengecewakan. Semuanya best. Lagu-lagu dalam teater Supermokh memang best. Yang paling best lagu Do You Remember yang dinyanyikan Awie dan Maya Karin di mana lirik dan susunan lagu yang sangat cacthy dan romantik. Tak sangka lagu ini memang sesuai sangat dengan Maya Karin dan Awie. Serius suara diorang sedap sangat. Lagi-lagi Awie, dah macam tengok konsert tau.

Adegan laki bini yang romantik.

 Masa menyanyikan lagu Do You Remember.

Lagi satu sebab yang best, tahniah dan syabas buat pengarah dan semua krew yang terlibat sebab berjaya menonjolkan permainan bola sepak di atas pentas tapi berbentuk tarian. Seriously best. Uols takkan sangka yang gerak geri orang bermain bola ditukar menjadi tarian yang sempurna dan mantap! Sebelum balik, sempat minum-minum bersama salah seorang penari dalam teater ni, katanya diorang berlatih lebih dalam 2 bulan setengah. Hebat kan!

Best tarian masa ni.

Supermokh versi Awie and the gang.

Paling best di mana ada gimik penari bermain bola sambil berbaju LED, seriously memang mantopp habis! Terus saya fikir "Ehhh ni macam group Illuminate dalam 'American Got Talent' jeeeee". Tapi lagi best la sebab dalam teater ni diorang menari sambil main bola. Hihi!
Akhir kata, tak rugi  pun tonton Supermokh. Memang best. Last tayangan adalah pada 18 November 2013 ini di Panggung Sari, Istana Budaya.



Entri atau artikel lain :
Supermokh Suami Romantik, sumber gua.com.my
Gambar Sekitar Prebiu Media Teater SUPERMOKH Sebuah Muzikal, sumber Budiey.com
Dina Teruja Dengan Teater Supermokh, sumber Era fm

Tiket untuk menonton teater muzikal ini dijual di www.ticket2u.biz atau boleh hubungi 03–41478600 atau 019–2111600 untuk pertanyaan lanjut.

Tuesday, October 18

Siapa Dia? Mana Dia? Demam Nora dah tamat kita tatap gambar pulak.

Salam semua.

Moning everybody! #lambailambai. Sihat? Rindu tak? Rindu tak? Itu je lah soalan shaye kannnn! Malas nak say sorry kat uols sebab macam biasalah tadek masa sangat nak hapdet belog yang tak pernah lekang dengan sawangnye. Sampai berhabuk kau tamo hapdet kan kan. Takpelah, macam entri-entri lepas sure rasa macam pameran kat balai seni lukis negara, kali ni macam muzium negara pulak. Entri bergambar ye tuan puan sekalian.

Seperti yang semua sedia tahu, Teater Secret Life Of Nora dah pun tamat dengan berjayanya kalau tak silap shaye. Maklumlah shaye lah yang paling terlembab sekali hapdet belog katanya. Yelah mengikut entri lepas  teater start 29 Nov sampai 16 Oct. Congrats kepada yang terlibat sebab kita dapat respon yang baik dari semua penonton! *clap clap clap*. Yang tak berkesempatan tengok? Rugi tau. Jangan risau dengar-dengar ada tiket persembahan tambahan, last show Sabtu ni. Pegi cepatt! Okay dah la, menatap gambar jom.















Takmo puji banyak-banyak, cukuplah shaye cakap persembahan yang mantapp! Serious best dan tak rugilah uols pi tengok. Kann kann. Semua pelakon bersungguh-sungguh dan pandi berlakon. Yang paling mengujakan, hampir semua pelakon "terbang". Jangan main-main tau. 



Actually ramai tau blogger dan #retis yang kitorang jumpa, Tapi takdelah sempat nak ambik gambar dengan semua. Btw, seronok sebab jumpa ramai kawan-kawan baru. Tak baru sangatlah, kebanyakannya kita dah kenal, duduk bersembang dalam Facebook, Twitter dan blog. So, inilah kesempatan kami bersua muka.


Kita jumpa siapa? Dari kiri @myredfingger, @PwincesN, shaye dan #tunangkite


See? Gigih tak datang pakai baju kurung, baru macam Ana Raffali uols! Kemain sangat kann. Takdelah, actually lepas-lepas tengok teater kitorang nak berangkat terus pergi open house raya. Uols nak tahu tak, sepanjang bulan raya, setiap Sabtu shaye pergi opis pakai baju kurung sebab lepas kerja terus pergi majlis-majlis tertentu. Orang lain pergi opis macam nak pergi pasar je. Yelah Sabtu kann. So, feeling-feeling VIP sangat sebab bizi benor tiap minggu. 


Warna tema kami merah aummm aummm ye tuan-puan. 


Okay bertukar pasangan kejap, itu @hazeecsulaiman bodyguard kami pada hari tersebut.


Bersama Khallela, kembar Yuna kita. Alohh muka tak ready lah. Takpelah asal dapat tampal muka sama-sama cukup.


Kami bersama watak utama dalam teater ni. Tak dapat bergambar dengan tuan badan, bergambar dengan gambar pon jadilah. Sentap kejap. Hehe.


Kali ke tiga shaye tengok teater di Istana Budaya, kali ni dapat duduk seat mahal sekali. Yesssss! #lompatbintang. Thanks kepada @RedMummy!


Jumpa lagi dengan blogger-blogger #retis kita. Dari kiri Daniel Adie, Pojiepooh, Qarl_Haiqal, dan Hizami. 


Eh eh masih terjumpa lagi kawan-kawan yang lain. Dari kiri @hatisamronkin, @aisyalicious, @nemomimosh, @pojiepooh@hazeecsulaiman@PwincesN, @myredfingger. Rasakan semuanya twithandle Twitter. Agak-agak nak beramas mesra boleh polo molo diorang.


Okay last sekali tengok respon penonton pulak.


Retis sangat si baju merah tu kannnn! #larilajulaju

Monday, October 3

The Secret Life of Nora memang besttt! Tak berkesempatan? Kini di Istana Budaya 29 September hingga 16 Oktober!

Salam semua. Dah lama tak update pasal teater kan kan kan? Okay kali ini kita story-mory pasal teater pulak okay? Sabtu lepas bersamaan 1 Oktober bertempat di Istana Budaya merupakan kenangan manis bagi kami semua yang gigih pergi menonton teater The Secret Life of Nora! Firstly, terima kasih yang tak terhingga kepada Redmummy di atas jemputan beliau. Dapat duduk seat mahal lagi uols! #modetayang

Macam biasa, para blogger pun turun padang feeling-feeling join pihak media.  Lebih kurang sama je macam preview Dreamgirls hari tu ramai yang datang. Kali ini best dan sukaaaaa sebab jumpa ramai kawan-kawan blogger. Nanti shaye update gambar okay, ini kita review dulu pasal teater ni.

 

Apa yang mampu diucapkan, meletopp uols! Besttttt sangat! Dari set, lighting, kostum, lagu, tarian,  lakonan semuanya tip top! *thumbs up*. Antara lagu yang shaye suka dan terngiang-ngiang sampai sekarang ialah :

Tiru Macam Saya - The Show Girls.
Siapa Dia - Nora and The Show Girls.
Kau Yang Menulis - Betty.
Kalau Hati Dah Berpaut - Khatijah.

Tapi dalam semua lagu, pastinya lagu Siapa Dia yang beri kesan mendalam sampai terngiang-ngiang okay. Congrats to Roslan Aziz sebab telah memberi nafas baru kepada lagu tersebut. Bestt! Okay jum layan semua lagu Siapa Dia dari pelbagai versi.

Siapa Dia-Zainab Majid versi asal.


Siapa Dia - Adibah Noor versi baru.



Siapa Dia - Tiara Jacquelina versi paling TERBARU



Sinopsis :
Berlatarkan zaman era 60 Malaya, Nora merupakan seorang primadona yang sentiasa dicemburui oleh setiap wanita. Nora begitu popular kerana bakat beliau dalam menari, menyanyi dan sebagainya. Suatu hari, Nora mendapat tawaran berlakon menjadi tunjang utama dalam sebuah syarikat perfileman yang sebenarnya merupakan agen perisikan. Filem yang bakal 'dilakonkan' diadaptasikan dan berkonsepkan dari filem Nora Zain dimana Nora harus dilatih seperti agen perisik sebenar. Nora telah bersetuju dan dia telah pun dilatih oleh Roger Fross (mentor yang dihantar oleh agen perisikan) menjadi agen perisik yang sebenar tanpa diketahuinya. Dalam masa yang sama Nora dan Roger telah pun jatuh cinta. Apabila mengetahui perkara yang sebenar, Nora teramat kecewa namun beliau terpaksa meneruskan misi untuk menyelamatkan wanita-wanita yang mnjadi mangsa Mr.J. Berjayakah Nora dalam misi tersebut? Saksikannya sendiri dalam Teater Muzikal The Secret Life Of Nora!

Main Cast :
Tiara Jacquelina sebagai Agent Nora.
Ryan Silverman sebagai Agent Roger Fross.
Aznil Hj.Nawawi sebagai Mr. J
Adibah Noor sebagai Khatijah
Tony Eusoff sebagai Agent Farouk
Stephanie Van Driesen sebagai Betty.
Aaron Khaled sebagai Sharif.

Harga Tiket :
RM30 dan RM50 (Upper Circle Seats)
RM110 dan RM220 (Grand Circle Seats)
RM120, RM230 dan RM350 (Seats at the Stalls)

Macam mana nak beli tiket? Boleh layari www.airasiaredtix.com atau call 03-87754666 atau pergi sendiri Istana Budaya Box Office.

Friday, July 15

Teater DREAMGIRLS Kini Di Istana Budaya Pada 14 Julai Hingga 24 Julai Ini!

Salam. Yuhuuuu. Ni nak story mory nih. 13 Julai lalu shaye berkesempatan ke majlis tayangan bersama media di Istana Budaya untuk menonton teater muzikal Dreamgirls ni. Broadaway Academy dengan kerjasama KPKK, JKKN dan Istana Budaya mempersembahkan Dreamgirls - The Broadway Musical Sensation pada 14 Julai hingga 24 Julai 2011 ini.


SINOPSIS :
It’s the adaptation from the popular American musical drama film and theatre and now they are bringing it to the local theater! The show will be graced by local stars such as Cheryl Samad, Tony Eusoff, Dafi and Azura Zainal among others. Much like the film version, Dreamgirls follows the story of a 1960s girl group from Chicago called the Dreams who eventually became music superstars, The story spans from 1960s to 1980s period and tells the tale of their journey through up and down. We won’t let you know the complete details as you might probably get the idea. Just head down to Istana Budaya this July and enjoy our local actors and actresses interpret the award winning musical theater! 


Harga Tiket : 
Royal Gala Night : 16 Julai (RM100, RM150, RM200, RM250, RM300, RM350, RM400)
Evening Show : 14,15,19,20,21,22,23 Julai (RM48, RM88, RM128, RM168, RM228, RM288, RM350)
Matinee Show : 16,17,23,24 Julai (RM48, RM68, RM108, RM 148, RM208, RM248, RM350)
Charity Show : 17,24 Julai (RM100, RM150, RM200, RM250, RM300, RM350, RM400)

Tiket boleh didapati di : www.AirAsiaRedtix.com


Barisan pelakon yang terlibat untuk teater musikal Dreamgirls :
Effie White – Elvira Arul and Dina (Singer and performer)
Curtis Taylor Jr. – Tony Eusoff (Celebrity TV and film actor)
Deena Jones – Cheryl Samad (Celebrity TV presenter and host)
Lorrell Robinson – Azura Zainal (Celebrity TV presenter and host)
Michelle Morris – Ruzana Ibrahim (Singer and performer)
C.C White – Dafi (Akademi Fantasia finalist)
Dina – Understudy for Effie White and ensemble (Finalist for Malaysian Idol S1 and celebrity radio DJ)
Reefa – Understudy for Jimmy Thunder and ensemble (Celebrity radio DJ and Malaysia rapper)
Marty Madison – Indi Nadarajah (Celebrity comedian with Comedy Court)
Kris Coleman – Jimmy “Thunder” Early



Komen :
BEST! Lima bintang untuk teater muzikal Dreamgirls ini. Ini kali kedua shaye pergi Istana Budaya untuk tonton teater selepas teater Terima Kasih Cinta yang lepas. Ternyata ianya tak pernah menghampakan shaye. Mantop okay! Nyanyan Dina sangat memukau penonton. Begitu juga dengan pelakon-pelakon yang lain seperti Cheryl Samad, Azura Zainal, Tony Eusoff, Dafi dan lain-lain. Lakonan yang bersahaja dari pelakon import Kris Coleman juga sangat memukau penonton dengan nyanyiannya. Persembahan pentas juga sangat cantik okay. Ia membawakan kita seperti kembali ke zaman itu. Siyes! Tak percaya? Cepat-cepat pi beli tiket dan tonton. Berbaloi-baloi walau harga tiket mahal sekalipun. Apapun terima kasih kepada Broadaway Academy sebab bagi peluang kepada kami untuk menonton teater ini. Special preview lagi. Merasa la kau menonton dengan sidang media. Gila banyak kamera. Ape2pon, BEST! Apa uols tunggu lagi? Serbu Istana Budaya sekarang!

Tuesday, July 12

Nuffnang Twisties Heros Party | Teater Mak Dara Nyonya.

Salam semua. Moning! Yuhuuuuuu! Aktiviti hari minggu kembali. Kesian shaye kan. Kawan-kawan dah jauh, so kena buat aktiviti hari minggu sendiri-sendiri saje. Haiyooh! Ni nak hapdet skett pasal aktiviti hari minggu ni. Ahad lepas shaye join #tunangkite pi Nuffnang punya party. Nuffnang Twisties Heros Party katanya. Tatau apa-apa main join saje. Hehe. Bertempat di The Bees, Jaya One, KL. First time pegi sana. Tapi takpelah dapat makan kira okay la kan. Jimatt belanja. Yeahhh!


Tak ramai sangat yang datang. Blur blur shaye rasa sebab ramai yang shaye tak kenal kat sana. Haha. Pastu tak tahu ape pengisian sume shaye tatau. Blur blur gila. Disebabkan shaye peneman je, tak payah amek tahu pun takpe kott. #ops.


See? Dapat goodies lagi. Suka suka suka! Abaikan tangan orang yang sibuk tuit tuh. Syuuuh syuuuhh! #ops


Ehem, kitorang pakai kuning hari tu. Sebab tema kena pakai kuning atau merah. Gitulah gamaknya. Haha. Pstttt, first time pakai kuning. Taknak pandang baju sendiri sebab cerah sangat rasanya. Silau okay. Haha!  Adush.


Shaye jumpa Cik Lily kat situ. Itu yang pakai baju merah tu. Dia bagus tau. Setiap event Nuffnang uols boleh nampak muka dia. Rajin sangat! Dah boleh jadik orang kesayangan Nuffnang dah ni. Ngeeeee!


Okay, masa untuk Hagemaru kesayangan shaye makan. Hagemaru? Jeng jeng jeng! Orang tertentu je faham.  #tetiba. Hehe. Rugi rasanya tak makan masa ni sebab shaye sebenarnya baru lepas makan kenduri. Dah nak kawin kan, so kena diet skett. #ops #berangan.

Lepas makan kitorang chow secepatnya untuk ke destinasi seterusnya. Keji kan? Datang makan je. Haha. Tapi takpelah, kitorang nak pi tengok teater sebenarnya. Teater Mak Dara Nyonya. Kat #tunangkite punya belog ada story pasal teater ni. Nak tahu pasal Teater Mak Dara Nyonya lebih lanjut boleh baca SINI.


Teater ni dipersembahkan kat MATIC, Jalan Ampang. Ia bermula pada 6 - 12 Julai 2011. Apapun teater ni best! Tak kering gusi melihat lakonan Fara Fauzana, Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Juhara Yaakob, Norzizi Zulkifli, Sherry Abdullah dan Zaifri Husin.


Sepanjang teater ni dipersembahkan, shaye sangat terhibur dengan lakonan Sherry Abdullah yang membawakan watak Nyonya. Siyes lawak gila. Diorang gunakan lenggok bahasa lama-lama. Tapi langsung tak membosankan sebab intonasi dan sebutan diorang sedap dan lucu kadang-kadang. Lakonan Fara Fauzana, Misha Omar dan juga Sarimah tak kurang hebatnya. Semua pandai berlakon. Hehe. Ayat yang shaye takbley lupa :

"Wangnya udah basah, gimana nih?!" - part Nyonya kena paksa keluarkan duit dari celah2 baju.
"Ekornya tidak enak, tuan!!!!!!!!!!!!" - Nyonya letak tangan kepala sambil tayang muntut mantap.
"Meoooooww! Kucing dapurmu di sini" - Panggilan manja Fara Fauzana kat laki dia. Haha.
"Ekornya mantap sekali ya" - Sarimah tak puas hati tengok muntut Nyonya lagi hebat dari dia. Haha.

Ada banyak sangat part yang kelakar tapi shaye dah lupa. Tu lah banyak sangat ketawa. Dan lakonan Juhara Yaakob sebagai Halimah juga tak mengecewakan. Siyes dia pandai bawak watak dan sangat menghayati susah senang dan perjalanan hidup sebelum wujudnya Jamu Mak Dara. Hehe. 


Akhir kata, kalau masih tak terlambat uols pergilah serbu pergi tengok Teater Mak Dara Nyonya. Tak rugi. Best! Last malam ni kott! Nak tahu lebih lanjut? Layari www.makdaranyonya.blogspot.com

Monday, June 13

First time tengok teater bangsawan! Oh Alang Buana hensem!

Salam semua. Good morning semua. Pagi-pagi ni shaye nak update pasal aktiviti hari minggu. Hehe. 10 Jun 2011 hari tu shaye pi tengok teater. Ni kali kedua shaye pi tengok teater, sebelum ni kan shaye pi tengok Teater Terima Kasih Cinta kan. Baru-baru ni pi tengok teater lagi. Kali ni beza sket sebab kali ni shaye pi tengok Teater bangsawan. First time okay! Best la kan bagi orang berseni macam shaye ni. #perasan


SINOPSIS :
Peti harta peninggalan Orang Kaya Awaluddin telah menjadi rebutan tiga orang anaknya, Samsinar, Kidam dan Alang Buana. Pertengkaran berlaku di kalangan mereka apabila peti harta itu hilang. Perkara ini di bawa ke pengadilan Dato’ Wakil Raja. Mereka bertiga telah diberikan sebatang kayu panjang sejengkal oleh Dato’ Wakil Raja bagi mencari siapa yang mengambil peti harta tersebut. Kayu panjang sejengkal akan menjadi lebih panjang daripada ukuran asal jika pemiliknya adalah pencuri.

Perasaan takut menyelubungi diri Alang Buana lalu memotong sedikit kayu miliknya. Pada waktu pengadilan, ketiga-tiga beradik telah menyerahkan kayu masing-masing dan diketahui peti itu telah di ambil oleh Alang Buana. Tiga beradik masih tidak berpuas hati kerana masing-masing ingin memiliki harta tersebut. Maka Dato’ Wakil Raja telah menyerahkan setiap seorang sebilah anak panah dan meletakkan selengkap pakaian orang kaya Awaluddin di suatu tempat di Pekan Sari untuk ketiga beradik diuji siapakah yang paling tepat memanah hati bapa mereka. Barang siapa yang berjaya, orang itulah yang berhak memiliki harta tersebut...saksikan kesudahannya.

Bangsawan ini menampilkan lakonan hebat oleh pelajar, graduan dan pensyarah ASWARA. Juga turut menampilkan persembahan nyanyian oleh M.NASIR, SAFURA YAACOB dan ZEHRA ZAMBRI.

Lakonan Oleh :
NORZIZI ZULKIFLI : SAMSURI
SYAZWAN HASHIM : ALANG BUANA
FATHANAH AMIRAH : SAMSINAR
YUSMAR AFFENDI : KIDAM
SHARUL MIZAD : DATO LELA SETIA
EKMAL YUSOF : AWALUDIN
ELIZA MUSTAPHA : DATIN KAMSIAH
ROSMAN ISHAK : DATO TEMENGGONG
MAZLAN TAHIR : SULTAN
NAJUA NASIR : PERMAISURI
RIME NAZREN : DATO BENDAHARA
SETH HAMZAH : TOK KETUA
MUZAFAR SHAH A.JAIS : DATO BENTARA
SYED ATIQ WAN LONG : PENGIKUT DATO LELA SETIA

10-12 Jun 2011
Jam : 8.30 malam
PANGGUNG BANDARAYA

Tiket : RM 5.00 (tempat duduk terhad)





Komen : 
Not bad. Satu pengalaman baru untuk shaye yang baru first time tengok teater bangsawan. Dah macam orang-orang lamo je rasa. Hehe. Pelakon utama dia yang pegang watak Alang Buana tu hensem. Nama dia Mohd Syazwan. Ada iras-iras ex-boyfren shaye. Siapa? Alohh Ashraff Muslim yang baru tunang tu? Tak kenal? Sah-sah shaye kuat #berangan ni. Haha. Selingan-selingan dia buat pun best. Ada Safura lagi tau. Masa tu dia siap nyanyi lagu hits dia, "Sedalam Mana Cintamu". Feeling habis! Dua kali jumpa Safura, hari tu masa Teater Terima Kasih Cinta. Ni jumpa lagi. Hehe. Btw, pelakon-pelakon dia semuanya berbakat. Jalan cerita menarik. Shaye bajet cerita si Tanggang je ending dia jadi batu, rupanya Alang Buana pon sama. Kesian. Uols tak tengok? Rugi-rugi. Takpe nanti ada teater bangsawan yang lain pulak, jangan lupa serbu. 

p/s : Mohd Syazwan aka Alang Buana, #jomcouple? #larilajulaju. Hahaha!

Thursday, February 24

Sewaktu Blogger Lain Pergi Tengok Pelancaran Movie Ratu, Shaye Membawa Hati Pergi Teater Muzikal "Terima Kasih Cinta"

Salam semua. Tajuk je pun dah bernada jeles kan? Kan? Hahaha. Kelmarin dorang-dorang ni pergi berjimba kat eCurve untuk pelancaran Ratu The Movie. Oh jeles. Tapi jeles shaye diobati dengan pergi menonton teater muzikal "Terima Kasih Cinta". Suke suke suke. First time kott pegi tengok teater. Bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya jam 8.30pm. Kalau uols berminat nak tonton pada hari lain boleh refer jadual persembahan kat SINI :

Sinopsis teater muzikal "Terima Kasih Cinta"

Mengisahkan 5 kisah cinta yang penuh dengan kasih sayang dan pengorbanan.

Kisah bermula dengan Haris yang merupakan seorang suami yang setia dan seorang ayah penyayang. Keluarganya sangat beerti bagi dirinya namun kebahagiaan itu mula runtuh dan berantakan. Adakah dia mampu untuk menyelamatkan kebahagiaan keluarganya yang kian jauh menghilang.

Cerita seterusnya menyajikan Rubiah seorang wanita yang berjiwa kental tetapi kesepian. Dia menemui cinta dengan seorang pesara guru,tapi kehidupannya dengan cinta baru ini sangat menguji kesabaran dan ketahan jiwanya. Mampukah dia untuk menghadapi semua itu dengan kekuatan yang ada.

Azlan, seorang penerbit majalah yang kaya dan berjaya, memiliki segalanya yang diidamkan setiap manusia. Namun, ia masih merasa sesuatu yang kurang dalam hidupnya. Apakah mengejar kesempurnaan dan keutuhan membantunya mengungkap kunci menuju kebahagiaan?

Dyan adalah kakak yang bertanggung jawab dan hanya menginginkan yang terbaik untuk adiknya. Tapi Dhani benci campur tangan Dyan dalam hidupnya. Tapi terjadi yang bakal Dyan hadapi akan merubah segalanya dan masa depan adiknya.

Arianna dalam usaha untuk mencari kekasih yang dicintai. Sepanjang perjalanan, dia bertemu Taufiq, lelaki pemalu dan baik hati, yang membantunya mencari kekasihnya yang berada di kota. Tapi seperti kesukaran dan kepayahan mencari dan mendapatkan semula kekasihnya, dia semakin sedar bahawa apa yang dia cari adalah tepat di depan matanya?

Kelima cerita yang terlibat di dalam Terima Kasih Cinta ini saling jalin-menjalin antara satu sama lain untuk menunjukkan kekuatan dan keajaiban cinta.





Antara pelakon popular yang terlibat terdiri daripada Latif Ibrahim, Safura, Diddy, Tony Eusoff, Norish Karman, Vince, Farahdhiya, Deja Moss, Anding dan Shajiry Damery. Lakonan dorang memang mantop!


See? Dapat autograf dorang. Siyesly malu gila kott nak mintak. Hahaha. Lagi-lagi masa mintak kat Anding. Nasib le kawan shaye temankan. Kalau tak, pengsan. Boleh? Wooot woot! Nak amik gambar dengan diorang, tapi disebabkan shaye sorang-sorang, malu gila kott. Tengok dari jauh sambil buat muka ego pon cukop. Dats why la tak banyak gambar nak bagi korang tengok. Hahaha.


Okeh, komen shaye pasal teater muzikal ni. Disebabkan jalan cerita pun kita dah boleh agak kerana cerita ni kan diadaptasi dari filem Cinta, dengan adanya pelakon-pelakon mantop ni shaye rase teater ni best. Semuanya sangat menjiwai watak dan suara diorang memang best! Mantop! Keseluruhannya, BEST.


Kepada siapa-siapa yang berminat, masih lagi boleh menonton. Korang boleh beli tiket kat SINI.
Lazada Philippines