Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Saturday, December 10

November yang padat berlalu pergi, selamat datang Disember.

Salam semua.

Hello I'm back! Sedih kann belog ni dah macam biskut, kejap hapdet kejap tak. Tuan belog bizi sangat ye kawan-kawan. Lagi-lagi kat opis dah tak boleh obvious online sangat sebab tak fokus time kerja. Segala aktiviti laman sosial terpaksa dihentikan time bekerja. Malam pulak dah penat, sabtu ahad? Lagilah full dengan aktiviti lain. 

Cepat betul masa berlalu, sedar tak sedar dah masuk Disember kann. Terasa macam Disember lepas baru semalam berlalu. Sungguh takmo ingat Disember lalu. Oklah dah Disember means tinggal berapa bulan lagi nak kawin. Hoyeahh! Takut. T__T. Dipendekkan cerita dalam entri ni shaye selitkan segala aktiviti yang dialalui sepanjang November. 

6 November 2011 - BBQ Di Hari Raya Haji


Raya haji orang sembelih lembu segala kann? Tapi kitorang buat BBQ kat rumah. Jangan ingat buat BBQ je, ketupat rendang semua ada. Dengan mihun suplah, apelah, dengan makanan makcik shaye bawak, meriahhh sangat. Ajak sedara datang rumah, ajak #tunangkite sekali. Rasakan melantak dari pagi sampai malam.

7 November 2011 - Makan besar sempena birthday Abah


Makan sesaje kerja kitorang anak-beranak kann kann? Manalah perut ni tak membuncit. Alahai. Tapi birthday Abah punya pasal Mama nak belanja masa ni. Shaye? Ehem, shaye dah bagi hadiah special kat Abah. Yeayy! Tapi Abah tetap pakai baju hadiah orang tu bagi. Jeles sekali.

12 November 2011 - Misi survey hal kahwin-kahwin


Mengikut tarikh yang telah ditetapkan kami dah tak boleh lembab-lembab lagi nak uruskan apa yang patut. Dan disebabkan kami berkenan sangat baju kat satu butik ni, sanggup pergi booth kat Festival Pengantin kat Mid Valley. Gila nak pengsan masa ni sebab terlupa nak makan dari pagi dah tu menapak satu KL sebab terpaksa survey banyak benda. 


Gigih ni curi masa lepas balik kerja untuk setel apa yang patut. Oh sebab shaye kerja pada hari Sabtu dan wujud kekangan masa untuk join sebarang aktiviti pagi Sabtu, shaye tak dapat join #KarokWithPojie. Tapi takpelah dapat jumpa segala #retis jemputan kat luar tempat karok je.

13 November 2011 - Melawat Rumah Orang Tua Al-Ikhlas.


Penat tu penat jugak, bukan penat sket tapi penat banyaaaaaaaaaaak! Tapi tetap taknak lepaskan peluang untuk join aktiviti kemasyarakatan yang dianjur oleh warga Twitterjaya. Yang ni shaye sempat hapdet, boleh baca SINI.

19 & 20 November 2011 - Kerusus Kawen!


Alhamdulilah, dah selamat berkursus di Masjid Negara KL. Jauh tak pergi kursus? Rasakan. Haha. Feeling Nur dengan Adam macam dalam cerita Nur Kasih sangat masa ni. Korang jangan muntah darah tauu tauu. Kalau tak suka tengok gambar scroll ke bawah cepat-cepat. Ngeee!

20 November 2011 - Sempat Lagi Tengok Teater Bangsawan


Balik je kursus, terus bergegas beli tiket sebab nak tengok teater bangsawan yang dipersembahkan di Panggung Bandaraya KL. Dah alang-alang terus singgah menonton kejap. Mengantuk pon ada sebab baru lepas habis kursus kann tapi terus segar sebab nampak Dato' Jalaluddin Hassan keluar pentas. Motep? Mestilah sebab sukaaa dia berlakon!

26 November 2011 - #TeaWithPojie


Yuhuuuuuu orang ajak naik cruise rugilah taknak kann. Dah orang nak belanja, harus pergi. Tapi shaye special guest takpe takpayah tweet untuk simple CONTEST ni pon takpe kann kann. #jelingjeling sana.

Patutnya Nisa Kay dengan PutriMawar (ENTRI INI) yang dapat peluang naik sama tapi masing-masing ada hal, terpaksalah kita cari orang untuk menggantikan tempat diorang. Yelahh kan dah bayar kann rugilah. Nasiblah Iva dan husband dia #kandajebat nak join. So kitorang minum petang sambil belayar bersama-sama. Kemain kau. Belayar katanya. #tahangelak





Macam mana pengalaman? Bestlah kann. Sweet je. Actually shaye tak pernah naik benda alah ni so gayat semacam takut lemas padahal slow je pun. Perghhh! Tapi dah lama-lama dah tenang dah. Hehe.

27 November 2011 - Hari Keluarga Mendirikan Keluarga


Awal Muharam. Penghijrahan status blogger Anak Perak dan Redlinda (tak jumpa blog nak kasi link) daripada bujang dah jadi laki bini. Alhamdulilah. Sebagai rakan blogger, kenalah pergi tengok diorang kahwin. Disebakan hari tersebut ada banyak sangat slot, kitorang terpaksa gerak awal dan makanya sebelum pengantin sampai kitorang dah sampai dulu. Rasakan!



Tak pernah lagi bawak Mimi keluar sekali sejak tahun lepas. Rindu benor nak bawak anak angkat jalan-jalan. Habis kantui kat media gambar anak. Ececeh. Siapa yang tak kenal shaye semua kompius siapa budak kecik ni. 


Tengah khusyuk bagi si kecil makan, cik Hel datang mai tegur. Terkejut kite tauu tauu. Siyes lama tak jumpa cik Hel. Ehem dia bawak tunang dia tauu tauu. Sempat gak cerita pasal planning majlis dengan cik Hel.

Lokasi seterusnya, rumah kakak kitaaaaaaaa! Sejak mentunang tak pernah jumpa dia sebab bizi sangat. Sampai dia beranak-pinak baru nak pi jengah. Homai baby Syakir dah besar. Dah jadi aunty dah shaye. Masa pergi lawat baby Syakir, Mimi kann ikut sekali. Sebab kitorang semangat tengok baby, sampai satu tahap tu Mimi duduk di suatu sudut termenung sambil jeling kitorang sebab jeles sangat. Kurang kasih sayang kononnya. Kelakar. 


Lokasi seterusnya, rumah #BFF kiteeeeeeee! Tengok baby Auni pulak. Masa ni dia baru 2 minggu, lagi kecik dari baby Syakir. 


Tengok tu kemain suka. Kantui gigi rusak si Mimi. Alahai.

4 Disember 2011 - Hari Bersama Bakal Family.


Yuhuuuuu family dia kemain ngajak pergi A Famosa Melaka bercanda ria anak-beranak. So, kita enjoy!



Lepas mandi-manda singgah Nilai 3 pulak. Paham-paham sendirilah orang pergi nilai 3 tu cari apa kan. Penat sangat tapi berbaloi sebab semua aktiviti tercapai dan berjalan dengan lancar. Sekarang nak isi jadual bulan Disember pulak. #okbai.


Nak keluar dengan shaye? Nak ajak ngedate?
Sila booking sebulan awal. Sekian. 
*statement mintak lempang*

Thursday, October 27

Kite happy bila tengok kakak kite happy.

Salam semua.

Alhamdulilah masuk hari ni dah masuk 5 hari kelahiran Ahmad Izdihar Syakir Ahmad Syazwan. Syukur alhamdulilah dengan kehadiran beliau telah memberi seribu pengertian kepada kakak shaye dan suaminya. Penantian selama 5 tahun berakhir dengan tangisan kegembiraan mereka. Semoga kelahiran ini bakal menceriakan dan membawa sinar bahagia yang berkekalan hingga ke akhirnya. 


Ahmad Izdihar Syakir. Comel kann?

Actually sejak bertunang shaye dah tak pernah berjumpa dengan kakak shaye atas sebab-sebab bizi dengan urusan masing-masing. Selalu sangat sentap-menyentap sebab memang tak berkesempatan sikit pun nak berjumpa. Makan hati dengan status-status facebook dia sebab tak dapat bersama-sama dengan dia selalu. macam dulu. Homaii. #kesatairmata

Even kami dah berjauhan tapi hakikatnya kami masih lagi berhubung tapi tu pon sangat terhad. Masing-masing bizi sangattt. Even kami bukanlah ada pertalian darah tapi shaye dah anggap dia macam kakak sendiri.   Dialah tempat shaye mengadu, dia sentiasa ada bila shaye perlukan seseorang untuk meluahkan masalah. Btw, thanks sis! I miss you. Sangaaatt! :-')

Sejak kehilangan Fabby, shaye tahu dia sengaja membizikan diri supaya takkan rasa sunyi lagi. Tapi alhamdulilah Allah tu maha adil, hilang Fabby berganti Syakir. Anugerah terindah buat dia. Dan sekarang dia happy sekali. Dalam masa yang sama shaye juga turut happy.

   

Tak sabar nak pegi tengok Syakir nak ceciom dia. Nak pegi esok lusa tak sempat sebab shaye bizi dengan konvokesyen. InsyaAllah akan melawat jugak dalam masa terdekat nanti. 

Pesanan buat kakak kami (shaye dgn #tunangkite) :
1 - Dah ada Syakir jangan lupa kitorang ye!
2 - Doakan semuanya berjalan lancar.
3 - Jangan letak jawatan Dekan SKSM!

Wednesday, October 5

Baby comel tetiba jadi baby tua.

Salam semua. Selamat petang. Kali ni rajin pulak hapdet belog kan. Dah lama sangat tinggalkan, ada idea terus hapdet walaupun.....curi-curi. Nahhh! Macam biasa kalau takde job sangat kerja shaye ialah melukis itu ini, tapi shaye tak pandai lukis tapi pandai trace. Eceeh! So, ini nak mantapkan skill tracing kononnya. Sebab shaye masih lemah dalam tracing. So, practice make perfect right? Ngeeeeee!

Asyik tracing doodle , kartun dan segala karakter je, kali ini try trace gambar betul. Shaye guna Illustrator sebab boleh hasilkan vector yang lebih cantik. Gila kau kena berangan lebih semasa tracing. Yelah kena pandai-pandailah lukis shadow ke, ape ke. Nahhhh shaye dah siap trace gambar baby yang sangat comel. Akibat terlampau berangan lebih muka baby jadi tua pulak. Adush. #tepukdahi

Tapi masih boleh dikategorikan baby comel kan?


Please kata YA!
#okbai

Thursday, January 27

Kepada si sayang.



Sayang,
Minggu ni kak Iya tak balik. Malas.
Banyak benda nak buat kat sini.
Jangan nakal-nakal.
Miss you, sayang.


Love,
Kak Iya.
Lazada Philippines