Showing posts with label lesen Memandu. Show all posts
Showing posts with label lesen Memandu. Show all posts

Monday, November 1

Memandu Time !

Pengalaman belajar kereta adalah sesuatu yang tak dapat dilupakan.



Gambar cerdit to : Google


Berdebar nak bawak kat jalan raya kejap lagi!
Sebab HUJAN!
Chopp! Ada kaitan ke?
Hohoho!
Yang penting shaye debar-debar oh.
Bye!

Saturday, August 21

Shaye tak sehatlah.



Salam semua. Selamat malam. Haisyyyoh! Shaye tak berapa sehatlah. Esok pagi-pagi lagi shaye kena pergi Bengkel (untuk amek lesen memandu). Selsema saje. Batuk-batuk sekali. Huhu. Tak suke oh. Hingus leleh-leleh ni. *Anak siapalah ye. Haha.


Ini mesti gara-gara petang tadi shaye terlebih rajin. Huhu. Nak tahu kenapa? Petang tadi shaye pergi potong rumput tepi rumah masa hujan renyai-renyai. Aduhai. Menyesal la pulak. Tapi takpe, sekurang-kurangnya pecah sket lemak di lengan ni. Batuk ni still tak baik-baik lagi beberapa hari ni. Ubat lama dah habis, ubat baru ni baru nak makan.


Ha, mak kepada Mimi masuk wad lagi. Dah seminggu kot Mimi duduk kat rumah shaye tu. Kesian dia. mesti rindukan family dia. Korang doa-doa la ye mak kepada Mimi tu sembuh. Doakan shaye sehat semula jugak ye. Bukan apa, shaye risau if mak kepada Mimi tak sembuh-sembuh, mana tahu dia taknak hantar Mimi kat rumah dah. Adush. Takmo.


Ok korang, shaye nak berehat ye. Esok kena bangun awal lah. Siapa ada ubat selsema lebih? Bagi kat shaye buley? Hoho. Ok lah, babai sume! Esok shaye tak updated tau. Shaye pergi Bengkel. Tengoklah esok lusa shaye updated lagi okeh!

Tuesday, July 27

Pengalaman Ceramah KPP (Kurikulum Pendidikan Pemandu)

Salam semua. Selamat tengah malam. Semalam shaye kecoh cerita pasal Debaran Nak Pergi Amek Lesen L Semula kan? Terlupa pulak nak cerita pasal pengalaman kedua shaye pergi Ceramah KPP. Apa benda tu? Ceramah mengenai Kurikulum Pendidikan Pemandu. Adanya ceramah ni sebenarnya dapat memberi kita pendedahan pertama sebelum kita bergelar sebagai pemandu di jalanraya tu. Hehe. Haruslah berbangga ye.


Ok, ceramah tu kalau tak silap shaye bila-bila masa pun buley pergi. Dengan bayaran RM70 ye. Bukan free. Ceramah tu berlangsung selama 5 jam. Nak taknak kena jugak pergi dengar ceramah tu. Itu syarat WAJIB nak dapat lesen. So, jangan gedik-gedik takmo pergi. Ok, kitorang pergi ceramah tu Ahad yang lepas. Jam 7 pagi dah kena tunggu pakcik Pusat Memandu tu amek untuk bawak kitorang pergi Pusat Memandu tu.


Itu dia muka-muka yang nak pergi amek lesen. Hehe. Agak excited la jugak. Time menunggu masing-masing duduk berangan nanti nak beli kereta apa. So, untuk pergi ceramah tu masing-masing dalam hati punya semangat yang tinggi nak dapatkan lesen. Sebab tu la masing-masing semangat bangun pagi hari tu. *Bukan main excited lagi.

Bakal-bakal pemandu :


Ojie

Kak Ain


Shaye dan Sue. Alaa, tak nampak muka dia la pulak.


Yes nak sampai dah! Nampak tak nama tempat tu? Akademi Latihan Memandu Penggaram kalau tak salah. Pokok tu mengganggu pulak. Tak nampak lorh. Masa sampai ni, agak berdebar-debar la kan. Ibarat orang baru nak masuk sekolah. macam tu la. Hehe




Ok, sampai-sampai je pergi daftar dan uruskan apa yang patut dulu. Agak ramailah jugak yang nak amek lesen. Nasiblah shaye dan kawan-kawan datang awal. Takdelah kena beratur panjang.



Ok, ini kelas kitorang. Not bad. Tapi maybe sebab Batu Pahat ni kampung-kampung, memang tak berapa canggih sangatlah. Takde ceramah pakai Powerpoint ke apa sume. Biase-biasa je pakai OHP (Overhead Projector) lagi. Macam zaman dulu-dulu sket kalau nak dibandingkan dengan tempat yang shaye pergi sebelum ni. Sebab sebelum ni, dia ada la tunjuk-tunjuk video ke apa ke guna laptop. Tapi kat sini, just bagi ceramah, tengok OHP saje. Adush.


Semangat nak lulus ni.



Kesejukan. Hehe.


Ini antara yang nak amek lesen.


Slot pertama memang tak boleh blah, siyes mengantuk gila. Tak pasan la pulak shaye dah tertido masa kelas kot. Haha. Nasiblah cikgu. Dah tak tahan sangat dah. Sampai juling-juling biji mata ni. Yelah, dia just explain apa yang ada dalam buku. tapi memang patut pun macam tu kan. kalau tak, kita tak dapat info-info tu. Maafkan shaye cikgu sebab terlelap seminit dua minit tiga minit. Hoho.


Slot kedua amek kau. Cikgu dia menyeramkan. Haha. Btw slot kedua seronok dan tak sempat mengantuk pon. Cikgu yang misai panjang, yang suka menjerit kuat-kuat secara tiba-tiba, yang boleh tahu rahsia orang ikut naluri, boleh cakap macam-macam bahasa. Pergh, hebat ! Tiba-tiba rasa macam masuk kelas lakonan okeh. Siyes cikgu tu memang pelik. Cara cakap macamlah nak story cerita hantu kat kitorang. pastu sengaja buat loghat-loghat mat saleh takpun ala-ala nyah. Kelakar sampai nak gelak pon takut. Haha.


Ok, ni buku yang kitorang dapat. Pergi mana-mana pusat memandu pon confirm dapat yang sama. Memang berguna sebab semuanya ada dalam buku ni. So, conclusionnya, pergi ceramah hari tu not bad. Satu pengalaman yang baru sebelum menempuh ujian seterusnya. Doakan shaye dan kawan-kawan okeh !

Debaran nak pegi dapatkan lesen L SEMULA !

Salam semua. Sorry guys ! Shaye sibuk semenjak dua tiga hari ni. Ececeh. *Padahal takde kelas. Bukan apa, siang shaye berpuasa. Jadi shaye ni bukan jenis perut yang senang menahan lapar. Bila lapar, otak tak dapat berfikir nak menulis kan. Tengok perotlah kan. Hahaha. *Alasan. Ok, entry lepas Debaran Nak pergi Amek Lesen dah pun berakhir. Keputusannya lesen L shaye memang sudah mati 2 bulan yang lepas. Alahai ruginye la kan. Terpaksa amek SEMULA.


Ok, sekarang shaye duk mengadap baca buku ni aje. Buku apa? Ha, buku ni gunanya sebagai rujukan untuk kita jawap test nanti. InsyaAllah hujung minggu ni kitorang ingat nak pergi amek test. Cepat kan? hehe. malas nak buat lambat-lambat. Nanti naye je bila assignment dah berlambak, takde masa nak buat test.




Buku ni memang bagus. Semua orang yang nak amek lesen WAJIB ada. Kalau tak, kebarangkalian tak lulus test tu sangat besar. harap maklum. Dekat luar buku ni dijual dengan harga RM 12. Tapi dengan Pusat Memandu Penggaram tu, dia jual RM 5 je. Jimat ! Jimat !




Ok adik-adik, jum baca buku meh. Jangan lupa hafal tau papan-papan tanda, Sistem Kejara lah, dan yang paling penting jangan buta warna. Kalau tak, punah harapan kau nak amek lesen. Ngeeee. Dah ! Ape tunggu lagi ! Baca cepat ! Jangan nak berlagak sebab dah pernah lulus dulu okeh ! *Cepat-cepat baca buku.


Tapi tak sampai setengah jam kemudian.



Kroooohhhh.....Krooooohhhh.... Zzzzzzzzzzzzz..


p/s : Tak guna pegi tido.

Saturday, July 24

Debaran nak Pergi Amek Lesen !


Hello guys ! Assalamualaikum. Ecececeh, persis wanita solehah gitu. Hmm, petang Sabtu ni takde aktiviti jadi menulis blog je la jawabnya. Apa korang tengah buat tu? Dating eh? Oppppss ! Haha. Shaye tak buley dating oh. Sebab shaye ka Johor. Jadi bila shaye kat Johor, incik akan kerja siang malam mencari nafkah. *Statement tak buley blah.


Ok, debaran esok ni hampir tiba. Sebabnya? Shaye dan budak-budak rumah nak pergi dengar ceramah esok. Ceramah apa? Ceramah nak amek lesen kereta. Hehe. Ye, di sini shaye nak buat satu pengakuan. Shaye belum ada lesen kereta okeh ! Jadi ni dah last sem baru terkedek-kedek nak pergi amek lesen. Haisyyooh !


Ini muka-muka yang nak pegi amek lesen.
Kecuali tudung hitam di depan dan lelaki di belakang itu. Haha.


Actually shaye pernah daftar lesen, belajar memandu semua. Tapi semua tu before shaye dapat masuk UTHM ni. Lepas dari tu, benti macam tu aje. Rugi ok. Ni tak sure lesen L hidup lagi ke tak. Tapi ramai yang cakap lesen L shaye dah mati. Betul ke? Ok, kat lesen shaye tulis tarikh last ialah 13hb April 2009. Agak-agak korang hidup ke mati?


Hidup ke mati?


Daripada excited nak pergi amek lesen jadi berdebar-debar la pulak esok takut ada masalah pulak. Huhu. Harap-harap esok semuanya berjalan dengan lancar hendakNya. Risau ! Woooooooooo !


*Tekap bantal kat muke.
Lazada Philippines