Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Thursday, November 24

Contest meletop dari HafizudinHamdan Photography!

Hello guys! Salam semua.

Hari ini shaye nak join satu contest. Gigih kan sekarang asyik join contest je? Pedulik? Ngeee. Btw, baru-baru ni shaye join contest dari Kak Long Mawar Merah dan alhamdulilah dapat Tempat Ketiga. #lompatbintang. Lepas ni boleh tengok wayang FREE. Stop cerita pasal benda lain, kita fokus kepada contest kali ini. Sementara tarikh contest belum tutup shaye dengan berbesar hati nak join contest dari HafizudinHamdan Photography.

Even si Hafizudin ni tak suruh shaye bagi sebab kenapa nak join contest beliau, shaye tetap nak bagitahu kat dia. Hope #tunangkite tak baca confession ni. #matila
"Dear Hafiz, I join contest u sebab I dah jatuh hati. #pekupmuka. Errr, I mean bukan jatuh hati kat U tapi dengan hasil gambar-gambar U. So, apakata U bagi I peluang untuk bersesi photoshoot selama 2 jam supaya kita ada masa untuk bersama menghasilkan gambar yang lebih menarik?"
Sudah! Kemain mengayat kann. Takdelah. Actually shaye dah usha HafizudinHamdan ni lama dah. Eh I mean HafizudinHamdan Photography. Tak percaya? Shaye pernah senaraikan servis photography ni kat entri Tips Sebelum Buat Pre Wedding Part 1. Semua servis photography yang telah shaye senaraikan tu mempunyai potensi untuk terus naik. Semuanya muda-muda dan berbakat termasuklah HafuzudinHamdan ni. Bukan nak puji, tapi betul ni cakap ikhlas dari hati dan penilaian sendiri.

Shaye dah godek segala gambar dalam belog dia. Ada macam-macam kategori yang dikelasifikasi beliau sendiri dan kat bawah ini adalah antara gambar kegemaran shaye. Hafiz  ni suruh pilih satu atau dua atau beberapa kann? Sebab dia kata BEBERAPA, shaye pilih banyak. Kenapa? Sebab shaye suka banyak. #okbai

 
Sebab suka gambar ini: 
Of coz sebab gambar ni cantik. Even black & white tapi gambar ni tetap nampak menyerlah.
Link : http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=272


Sebab suka gambar ini:
Pencahayaan dia bagus. Terang tapi masih sedap mata memandang. Hafiz ni pandai sesuaikan pencahayaan even ditempat terang. Kann?
Link : http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=352


Sebab suka gambar ini:
Suasana yang harmoni. Kegembiraan jelas terpancar kat muka masing-masing. Gambar candid tapi cantik cuma lelaki yang hujung tu terlupa pakai stokin. *Eh apa kena-mengena?*
Link : http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=313


Sebab suka gambar ini:
Shaye suka pencahayaan gambar-gambar Hafiz ni. Semua nampak kemas dan sedap mata memandang.
Link: http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=182

 
Sebab suka gambar ini :
Gambar diambil dari sudut yang menarik biarpun gambar tak berapa sharp sangat sebab shaye nampak ada sedikit blur kat bahagian lompatan diorang. Tapi shaye tetap suka gambar ni.
Link: http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=111


Sebab suka gambar ini:
Gambar ini comel sekali. Sekian.
Link: http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=94

  
Sebab suka gambar ini:
Warna dalam gambar ni, kasut tu nampak menyerlah sekali.
Link: http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=355


Sebab suka gambar ini:
Sebab tak sabar nak amik gambar macam ni. Boleh? Hehe. Takdelah. Setelah diperhatikan Hafiz memang suka amik gambar dari jarak dekat-dekat macam ni dan hasilnya cantik. Tiada sebarang kecacatan dilihat. Dia tahu kat mana patut blur, kat mana patut fokus. Kann?
Link: http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=355


Sebab suka gambar ini:
Tempat tu cantik. Pandai Hafiz cari port baik punya untuk amik gambar ciom-ciom. Eh?
Link: http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=343

Oklah tu saja puji-pujian atau komen ikhlas daripada shaye. Hope bisnes fotografi Hafiz lebih maju dan mantap lagi masa depan. Kepada bloggers lain yang masih tak tahu HafizudinHamdan Photography ni tengah buat contest, silalah ke belog beliau untuk maklumat lanjut. Tak tahu mana satu belog beliau? Boleh pergi SINI. Tarikh tutup contest ialah 10 December 2011

Tengok apa lagi? Ayuhhhhhhh!

Monday, November 14

Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.com

Salam semua. 
 
Pagi-pagi ini rajin menjengah ke blog kawan-kawan tiba-tiba terjumpa satu peraduan daripada blog Kak Long Mawar Merah. Teruja dan tertarik dengan hadiah yang ditawarkan lalu saya berkeputusan untuk turut menyertai peraduan ini. Jadi, apalah salahnya kalau saya mencuba nasib kan?

 

Syarat Pertandingan:
1) Semua blogger yang beralamat di Malaysia (senang nak pos hadiah)

2) Tulis 1 entri tentang peraduan ini dan link ke entri ini.

3) Tinggalkan komen di entri ini dengan meletakkan url blog anda yang mengandungi entri penyertaan tersebut.

4) Dalam entri tersebut jawab soalan mudah di bawah:-
a) Menangi hadiah dalam Peraduan Tulis, Teka dan Menang di blog Kak Long Mawar Merah di adakan sempena Ulang Tahun Perkahwinan Kak Long yang ke ____________ pada _________ dan Ulang Tahun ke- ________ mawarmerah2008.com beroperasi di domain dan hosting berbayar.
Jawapan :  Menangi hadiah dalam Peraduan Tulis, Teka dan Menang di blog Kak Long Mawar Merah di adakan sempena Ulang Tahun Perkahwinan Kak Long yang ke empat (4) pada 30 Jun 2011 dan Ulang Tahun ke- dua (2) mawarmerah2008.com beroperasi di domain dan hosting berbayar.

b) Tuliskan komen yang membina tentang blog mawarmerah2008.com ini dengan memasukkan perkara di bawah:
1) Perkara yang patut dikekalkan di mawarmerah2008.com
Komen :  
  • Layout yang simple dan kemas. Harap dikekalkan kerana kekemasan blog mempengaruhi pembaca untuk terus mengikuti blog kita.  
  • Bagus kerana blog jenis mawarmerah2008.com ini tidak seperti blog lain yang dimana blog mereka penuh dengan iklan-iklan semata.
2) Perkara yang patut dibaiki di mawarmerah2008.com
  • Tajuk yang digunakan untuk widget agak mengelirukan pembaca untuk mengetahui fungsinya. Sebagai contoh : "Kelopak Perkembangan Bulan Ini" dan "Bintang popular 2011".
5) Setiap entri mestilah ditulis menggunakan Bahasa Kebangsaan yang baik dan tidak menggunakan ejaan singkatan (sempena Bulan Bahasa kebangsaan tu…)

6) Tarikh akhir penyertaan ialah pada tarikh 20 November 2011 (20/11/2011), tepat jam 11.11 malam.

Hadiah Peraduan Tulis, Teka dan Menang:
Hadiah Utama :  Satu Hadiah Penginapan 3 Hari 2 Malam di rangkaian home-based Swiss Garden Hotel (Swiss Garden Kuantan / Swiss Garden Damai Laut) @ Berjaya Meranti Park Suites Bukit Tinggi Pahang – tertakluk kepada kekosongan tempat di hotel tersebut dan tarikh tempahan sebelum Jun 2012.
Hadiah Kedua :  2 hadiah wang tunai RM 70 setiap seorang (akan dimasukkan dalam akaun pemenang)
Hadiah Ketiga : 3 pasang tiket untuk menyaksikan tayangan filem di pawagam Golden Screen Cinema @ di TGV (Kak Long akan kreditkan harga tiket kepada pemenang)
Hadiah Keempat : 5 x  topup Maxis / Digi/ Celcom RM 10

Menarik bukan setelah mengetahui syarat penyertaan mudah dan hadiah yang ditawarkan? Jadi kepada sesiapa yang ingin menyertai boleh klik SINI. Jangan tunggu lama-lama nanti terlepas peluang!

Friday, November 11

“My Happiest Moment”

Salam semua,

Setiap orang pasti punya kenangan terindah kann? Begitu juga dengan shaye. Dan setiap kenangan tersebut akan kekal bersemadi dalam ingatan biarpun seminit dua kenangan itu berlalu. Tak percaya? Cuba pejam-pejam mata ingat balik apa kenangan yang termanis yang pernah uols lalui. For sure mesti ada dan uols tengah #senyumsimpol kann kannnn?

Tapi kann bagus kalau setiap kenangan tersebut diabadikan dalam bentuk foto? Macam shaye memang kalau boleh setiap saat nak amik gambar supaya shaye tak mahu lupakan walau sedetik masa terindah itu berlalu. Oklah oklahh tamo cerita panjang lebar, let's me show uols my happiest moment ever in my life! 

 
My happiest moment ialah saat-saat Cik Nemo dah berani pegang kucing.
Gambar dengan kucing? Homaigod, Bukanlah! 


Okay tadaaaaaaaaaa!



Motiflah nak tayang gambar pegang kucing kann kannn? Btw saat terindah dalam hidup shaye ialah masa hari konvokesyen baru-baru ini. Rasa happy sangat sebab penat lelah selama ini berbaloi. Dan apa yang membuatkan shaye bertambah happy ialah family datang tengok shaye naik pentas untuk terima sijil tersebut. Bahagia sangat!


Seterusnya ialah pada hari majlis Satu Cinta Dua Jiwa (pertunangan) pada 3 Julai yang lalu. Setelah mengharungi pelbagai ujian yang menduga terhadap diri shaye, si dia hadir menyatakan hasrat beliau. Dan alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan kini kami sedang menanti hari untuk disatukan sebagai suami isteri. Semoga hubungan kali kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Amin.


Percaya atau tidak, kawan-kawan adalah penyumbang terbesar dalam memori indah uols. Begitu juga dengan shaye, aktiviti berjimba dengan kawan-kawan memang best sangat. Hilang stress! 


Dah tentulah saat terindah setiap kali bersama si dia. Si dia memahami dan berkongsi minat yang sama. See? Kalau boleh nak dua puluh empat jam photoshoot saje! Btw, thanks to him sebab membawa kegembiraan buat shaye.

"I don't want a perfect person, I just want someone to act silly with, someone who treats me well and loves being with me more than anything"


Dan setiap apa yang shaye lakukan, apa yang shaye suka, siapa yang shaye sayang, apa yang berlaku ke atas diri shaye dan macam-macam memori lagi sudah tentunya bakal termasuk dalam koleksi gambar shaye. 



Tapi kan saat amik gambar sendiri setiap minit, setiap jam, memang HEAVEN! Shaye memang gila kamera tak dinafikan. Tapi sedih sebab sampai sekarang masih tak mampu nak beli kamera digital sendiri. So, gambar-gambar banyak guna kamera handphone saje. T__T

Manalah tahu bila join OLYMPUS Happy Photography Contest boleh dapat kamera sebijik?


Kannnnn? Wish me luck guys!

Monday, August 15

My Dream Post Wedding Potraiture

Setiap pasangan pasti tercalit impian dalam sesebuah perkahwinan. Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang termeterai dalam penyatuan dua jiwa. Perkahwinan adalah kontrak seumur hidup yang dipersetujui dua insan yang sedang bercinta mahupun tidak. Detik-detik perkahwinan adalah saat yang terindah bagi setiap pasangan di mana setelah berjaya menempuh beberapa tahap iaitu apabila si gadis dirisik oleh si teruna, kemudian melangkah ke satu tahap bertunang dan akhirnya bernikah.

Biar saya kenalkan diri kepada semua, saya si gadis yang hatinya dicuri oleh si teruna. Kami baru saja menempuh tahap yang kedua iaitu bertunang dan menunggu masa untuk disatukan kurang dari dua belas bulan dari sekarang. Kami bukanlah seperti pasangan lain yang telah lama bercinta, tetapi kami baru sahaja mengenali hati budi masing-masing. Dan sudah pastinya kami menyimpan rasa dan perasaan tersebut sebagai bekalan setelah sah menjadi suami isteri nanti. Dan saya yakin, detik tersebut adalah detik terindah bagi kami.

Pelbagai perancangan yang telah dibuat bermula dari sekarang termasuklah persediaan dari segi sebelum, semasa dan selepas perkahwinan memandangkan detik tersebut semakin menghampiri. Buat masa ini, kami masih belum menetapkan tempat untuk berbulan madu, tapi sedang berangan-berangan kununnya nak pergi Bali. InsyaAllah. Kalau murah rezeki, hajat di hati nak buat post wedding sekali. Maklumlah, kami ni kan gila gambar.

Ehem, jangan ditanya apa impian untuk post wedding sebab ianya adalah impian kecil yang mungkin mudah je nak melakukan tapi memerlukan kepakaran untuk photographer tersebut dalam menjadikan gambar-gambar tersebut sangat menarik dan menggagumkan. Lokasi untuk post wedding dalam bilik yang berhadapan dengan laut, di mana kami hanya memakai pakaian tidur atau pakaian biasa pada waktu pagi dan seterusnya terserah kepada photographer untuk mengambil gambar kami dalam shot yang terbaik.



Lebih kurang macam gambar kat atas ni tapi takde pakai macam ni kan, pakai sopan-sopan dan takde lah pulak nak buat aksi ranjang ke apa, gambar biasa je. Gambar tengah nikmati saat berdua mengadap laut, gambar tengah breakfast, gambar tengah bergurau senda dalam bilik, gambar menyuruk-nyuruk dalam selimut ke, gambar tengah bersiap nak keluar jalan-jalan dan banyak lagi. Ok just imagine eh, bila kita pergi honeymoon siapa je yang nak ambil gambar itu semua sedangkan semua tu kenangan. Saya lebih suka gambar yang natural contohnya macam gambar kat bawah ni. Dan saya lebih suka kalau gambar post wedding dalam keadaan Black and White.






Untuk sebelah petang, pastinya nak ambil gambar berdua di tepi laut tengah menikmati sunset. Pastinya dapat hasilkan gambar-gambar terbaik dengan tempat yang menarik!






Simple kan konsep post wedding yang saya impikan. Harap tercapai suatu hari. Buat masa sekarang ini, terlalu banyak servis fotografi yang hebat-hebat di luar sana. Dan setiap daripadanya mempunyai kehebatan, keunikan, kekuatan masing-masing dalam memaparkan hasil yang terbaik. Tetapi ada satu servis fotografi yang berjaya menarik perhatian kami dari segi hasil kerja mereka iaitu Detik Indah Photography.







Sumber gambar : Detik Indah Facebook

Sejajar dengan nama Detik Indah Photography, hasil kerja mereka berjaya memaparkan dengan setiap detik-detik bermakna dalam setiap gambar yang diambil. Biarpun sekeping gambar tidak mampu mengucapkan sebarang kata, namun melalui Detik Indah Photography ia dapat menceritakan setiap bibit cerita dengan keunikan tersendiri dalam gambar-gambar yang dihasilkan. Dan itulah yang kami mahukan di mana setiap detik tersebut dapat disemadikan dalam sebuah album gambar hebat yang bakal dijadikan kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan seumur hidup. InsyaAllah.


Setiap kenangan dan Detik Indah tidak mungkin dapat dipisahkan. 

Klik SINI untuk join contest dan uols berpeluang menang hadiah hebat! Pakej photoshoot untuk post wedding yang bernilai RM1500! Try lah! Khas untuk bakal pengantin je tau! 

Tuesday, April 26

Contest Blog Saya Smart

Moning everybody! Pagi-pagi dah kena tag dengan si Ayie ni suruh masuk contest. Sebab hadiahnya wang ringgit, shaye join. #dasarmataduitan Boleh? Haha. Actually tak berapa faham, contest ni berdasarkan apa, blog semat ke, ape ke? Takpelah, shaye join aje. Buat pengetahuan semua, ini contest yang dibuat anjuran cik Qistina. Boleh klik banner kalau berminat.


Kepada siapa-siapa yang nak turut join, ini antara syarat-syarat penyertaan :
1. Wajib follow belog beliau.
2. Terbuka kepada semua orang
3. Buat satu entri pasal contest ni then tag kepada 4 orang
4. Tinggalkan link kat komen belog dia.

Habuan?
Tempat pertama : RM150
Tempat kedua : RM100

Tarikh tutup?
20 Mei 2011

Tanpa melengahkan masa, shaye nak tag 4 orang :

Thursday, November 18

Contest Menambat Hati Mamat Hijau

Salam semua. Sehat? Eceh ! Okeh hari ni shaye nak join satu contest yang di buat oleh sorang blogger ni. Nak tahu siapa ? Mamat hijau ni. Nak tengok belog mamat hijau? Sila klik SINI. Dan korang akan dihidangkan dengan warna kehijauan dalam belog beliau. Hehe.


Apa sebab shaye join contest beliau? Mamat hijau ni memang rajin komen dalam belog shaye. Dia rajin buat belogwalking. So, mana-mana pegi mesti jumpa belog dia balik punye. Dan beliau juga salah sorang follower shaye.


See? Jadi, sebagai tanda terima kasih shaye kepada beliau, shaye support beliau dengan join contest beliau disamping masuk contest. Mane la tahu dapat menambat hati Mamat Hijau ni. Opppsss! Untuk contest ye. Jangan fikir lain. Hohoh!

Okeh, let's review him!

Seperti yang shaye dah review, beliau ada dua belog. Tak sure la kalau beliau ada belog lain. Yang shaye tahu beliau ada satu belog rasmi beliau, satu lagi khas untuk gambar-gambar.


Belog rasmi Mamat Hijau




Nampak tak apa yang kelainannya template belog-belog beliau ni? Hijau kan? Kalau takde pokok, tumbuh-tumbuhan memanglah tak sah kot. Pada shaye beliau memang bersifat sayangkan alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan. Bagos mamat ni.

Penulisan beliau, memang simple gila. Entri beliau kebanyakannya ringkas, padat dan tepat. Entri-entri beliau juga pelbagai. Senang nak baca. Baca pon tak payah lama-lama, tak payah kerot-kerot nak paham sebab memang simple but go through dengan isi yang nak disampaikan. Dats why la follower dia dah cecah 7++ dah. Clap clap clap !

Acara puji-pujian sudah habis, jum kita kutuk pulak. Oppss, bukan kutuk ye bro. Nak bagi sedikit komen. Hehe. Belog kamu overall dah okeh, nice but terlalu simple. Bukan apa, first impression itu penting. Kalau boleh letak la bloglist ke, link-link yang menarik ke kat tepi-tepi tu. Tu je, yang lain dah ok dah. Hehe.

Oppps, apehal macam terlebih je. Mamat Hijau ni suruh review sket-sket je tapi shaye buat entri cecah kaki pulak. For me, simple la ni. Its okeh kan? Asalkan ikhlas dari hati. Hehe. Okeh kepada yang tak kenal lagi siapa Mamat Hijau ni, boleh pegi baca belog dia. Siapa yang nak join contest ni, boleh klik SINI.

Sunday, August 29

Tenkiu Para Followers !

Salam semua. Selamat tengah malam. Shaye baru bangun tidur ni. Haissyyyooh! Tidur shaye dah tak betul Mane penah tidur malam dah sekarang ni? Huhu. Habislah cik Nemo korang ni dah jadi kelawo malam. Hehe. Harap-harap takde eyebags! Tak suke okeh.


Ok berbalik kepada tajuk, just wanna say Thank You so much too all my followers. Hari ni dah naik 200 orang tapi ape lah sangat kan. Yelah, belog cap ikan shaye ni siapalah yang sudi nak baca kan. Hehe. But its okeh, i don't mind.


Psssst, korang jadi followers shaye kenape eh? Cap ikan pon korang folo kan? Hehe. Takpelah, ape niat korang folo pon, shaye tak penah pakse okeh. Asal jangan gune konsep i folo you, you folo me back. Haissyyyooh! Itu paksaan namenye. Hehe. Ha, tahniah buat Yan Saflina sebab jadi follower yang ke 200. Ala dik, takde hadiah la. Bukan contest pon. Hehe.



Shaye teringin nak buat contest untuk korang, tapi shaye belum punya idea lah! Tengok lah nanti, kalau ada wang lebih shaye buat contest untuk korang okeh? Yang pasti korang yang baca blog ni wajib join and support contest shaye. Haaa, buat yang tak tahu...Sape yang join contest ni ada banyak benefit die jugak. Takdelah korang join contest semata-mata. Hehe.


Ok lah, badan sengal-sengal la. Biaselah mood baru bangun tido, kena perah otak ni mengupdate. Haha. Ok, wish me luck untuk masa depan cik Nemo dan blognya. Eceh! Babai!


*Jap2! Terlupa pulak.. Tenkiu juge kepada silent readers shaye, stalker-stalker sebab selalu singgah blog shaye. Maceh! Even korang tak jadi followers tapi selalu singgah blog shaye, maceh shaye ucapkan.

Sunday, August 22

Beautiful Eyes Contest By NJ-Lens

Salam. Wazzup guys! Hehe. Takde apa, saja nak join contest lagi. Kali ni contest daripada NJ-Lens. Tertarik dengan hadiahnya. Hehe. Nak tahu apa hadiahnya? Ha ni hadiahnya :


1st prize
a pair of GEO contact lens (any design)
1 cute hello kitty lens case

2nd prize
a pair of GEO contact lens ( 1 tone design)


Ok, ini gambar yang shaye pertaruhkan. Taadaaaaaa! Chantek tak mata shaye? Kalau tak cantek, buat-buatlah nampak cantek. *Kelip-kelip mata pandang kat korang. Haha.



Ok, kalau korang nak join contest ni jugak, boleh klik banner bawah ni. Agak ramai la jugak yang dah join. Saje je try-try masuk. Hehe. Korang pon tahu kan, shaye nak lens. Dan kalau buley ianya percuma. Ecececeh !




Syarat-syaratnya :
  1. Be NJ-LENS follower. *sudah!
  2. Link and put NJ-LENS banner in ur blog *sudah!
  3. Snap a close up photo of ur beautiful eyes with or without contact lens. *beres!
  4. Edit photos are acceptable. *ahaaa!
  5. We only accept 1 photo for each entry. *memang bagi 1 je pon!
  6. Write about this contest in ur blog.Put NJ-LENS link in ur entry. *done!
  7. Put this Beautiful Eyes Contest banner in ur side bar. *okeh!
  8. After joining, leave ur name, email & ur entry link at this comment box. *beres!

Wish me luck !

Thursday, August 19

Shaye nak lens tu.

Salam semua. Good morning everybody ! Sehat walafiat ke? Hope semua sehat sejahtera hendakNya. Ok, berbalik kepada tajuk kita pada pagi ini ye tuan puan, shaye nak lens. Huhu. Ok, before ni dalam entry Main-main mata, shaye ada tanya kat korang kan lens mana satu yang cantik ?


Tapi korang tak komen pun. Sentap okeh. Apesal? Tak okeh ke? Yang incik pulak kata shaye ni terlebih membazir. Huhu. Sentap dua kali okeh. Tak besh! Jaat tau. So, disebabkan shaye taknak membazir, secara tiba-tiba shaye telah join contest dari Angelic Shoppe. Saja suke-suke.


Hadiah yang ditawarkan ialah :

Dress ini. Tapi shaye takmo.


Handbag ini. yang ini pon shaye takmo.


Lens. Yang ini shaye maaaaauuuuuu! Haha.


So, di sini i need your vote. Vote lah shaye *Ececeh. Buat muke tebal kejap. Caranya? Mudah saja. Korang ada Facebook? Add Anglic Shoppe as your friend dulu. Tunggu dia approve, then klik link INI, pastu cepat-cepat klik butang Like okeh? Dats all. Itu saja. Tq muaaah2!

Sunday, March 21

CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100



Perhatian! Perhatian! Perhatian semua orang kampung!
Kat sini ada orang nak bagi RM 100 kat kite.
Oleh itu jum la ramai-ramai join contest ni. Tapi lagi bagus kalau korang tak join.
Senang sket peluang shaye. Opppsss! Haha. Tapi kalau korang degil nak join jugak, klik je kat banner kat atas ni kalau nak tahu lebih lanjut ya?


Ok, RM 100 tu pada korang ape la sangat kan? kan? Tapi pada shaye bermakne ok. Lagi-lagi bila poket dah kering. Huhu. Sebagai pelajar yang berdedikasi, jika shaye mendapat RM 100 tu, duit itu akan digunakan untuk membeli buku pelajaran, print assignment, nota, dan sebagainya. Gila hipokrit kan? hahaha.


Ok, ni yang sebetulnya. Jika shaye diberi RM 100, wang itu akan shaye gunakan sepenuhnya untuk :


Makan pagi shaye.



Makan tengah hari shaye.



Dan makan malam shaye.


Untuk sebulan. Cukup kan?


Roti canai = RM 0.70 x 30 hari = RM 21.00
Nasi Ayam = RM 3.50 x 30 hari = RM 105.00
TOTAL = RM 126.00


huhu. Tak cukuplah. Up lagi RM20 buley??

Monday, February 8

Terjah Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka




ok, sekarang kita dalam segmen Terjah!
haha. apahal shaye ni kan? relax2, entry ni sebenarnya khas untuk abg eyriqazz kita yang selalu terjah2 blog orang..Ok, siapa eyriqazz di mata korang? apakah korang kenal eyriqazz ataupun dengan nama lainnya Great Teacher Onizuka ni? Hehe.maybe kepada bloggers yang tak join Nuffnang memang tak kenal siapa dia..Tapi if korang join, memang nama "Great Teacher Onizuka" ni memang tidak asing lagi selain blogger2 tegar yang ada kat luar sana. Walaupun dah berkeluarga tapi beliau masih aktif berblogging dan pandai mencuri hati pembaca untuk selalu bertandang ke blognya.

Ok, apa yang membuatkan orang lain atau shaye tertarik dengan blog beliau :
  1. Penulisan beliau padat dengan isi kandungan atau mesej yang hendak disampaikan. Maksudnya di sini tak la panjang berjela-jela sebab merapu tetapi informasi yang berguna semata-mata. Tapi bila shaye tengok2 balik, masa first abg eyriqazz kita ni tulis blog memang berjela-jela. Tak percaya klik sini. Sekarang dah ok dah. Korang buley klik sini.
  2. Post panjang2 pun if takde gamba pembaca pun jadi malas nak baca kan? So, dari blog beliau la shaye belajar mengenai mutu penulisan. Setiap entry beliau disertakan gambar yang boleh menarik perhatian orang ramai.
  3. Mempunyai entri yang pelbagai, maksudnya bervariasi. Maksudnya tak membosankan. Lagi2 sejak ada segmen Terjah untuk blogger2 tegar, bertambah2 readers dia.. *jelez ok.hehe.
  4. Beliau tak lokek dengan ilmu, oleh itu beliau banyak menulis pasal tips2 yang berguna, segala pengalaman beliau dengan Nuffnang, cerita-cerita macam telenovela dan yang besh cerita Sally tu. Tapi shaye tak pasti dah ada ending ke belum. hehe.
  5. Beliau rajin bertandang dari blog ke blog orang lain dan sampai la ke blog shaye. Sebab selalu jumpa jejak dia kat mana-mana blog.
  6. Beliau kaya dengan bahasa melayu. Beliau suka tulis pantun, seloka dan lain-lain. *buley belajar ni.hihi.

Ok ni komen untuk abang eyriqazz..





Dari segi penulisan memang tip-top! Tapi template macam terlalu simple. If nak guna template tu ok je, header tu kasi tukar sket. Penulisan tip-top, header cantek. Baru gempak kan. bahagian komen pulak, buat pop-up, senang sket nak baca komen sambil baca post..Tu je komen yang shaye rasa abg eyriqazz perlu baiki.. Yang lain dah ok dah..cun saja!

Ha, entri yang paling shaye sukai ialah Ada Apa Dengan RedMummy, sebabnya ialah...beliau menjadikan RedMummy sebagai idola beliau. Dalam entri ni banyak info pasal RedMummy. RedMummy memang salah seorang blogger tegar dan dalam diam shaye juga kagumi beliau. Apa yang kelakarnya dalam entri ni, buley pulak abg eyriqazz ni nak jadi BlueDaddy.hehe.Dan dalam entri ni jugak ada terselit tips blogging..

Ha, shaye rasa itu saja..Kepada semua..jaga-jaga bila shaye dah publish entri ni, pastu bila abang eyriqazz dah baca, ingatlah!

Anda juga turut diperhatikan!


ok, shaye nak tag kat 3 orang.
Jawa a.k.a UserMode

NazatulShima

Aus



Siapa2 nak join contest ni buley la dipersilakan.tapi korang kena kenal dulu siapa eyriqazz ni. Nak join, klik SINI!

Lazada Philippines